Hidup ini mesti ada tujuan.... Tujuan menuju ke jalanNYA.. Mengenali siapa kita sebenarnya... Sebagai seorang hamba yang menunaikan hak kepada Tuhannya... Allahu Akbar...

Wednesday, July 28, 2010

Hijrah remaja: Remaja Mengatasi Cabaran (bhg 3)

MENGATASI CABARAN HAWA NAFSU

Manusia sentiasa mencari penyelesaian bagaimana igin terselamat daripada nafsu yang cenderung kepada kejahatan dan nafsu lawwamah. Bagaimana ingin memiliki jiwa yang sentiasa tenang dan diredhai Allah S.W.T.

Ketahuilah wahai remaja !!! Sesungguhnya ketika Allah menjadikan jiwa dan nafsu manusia. Seterusnya memasukkan ke dalamnya dua keinginan iaitu kebaikan dan kejahatan. Allah juga telah memberi manusia kebebasan memilih, keinginan yang kuat, akal yang waras dan fitrah yang suci. Setiap manusia diberikan Allah kemampuan dalam membezakan di antara kebaikan dan kejahatan, jalan menuju hidayah dan jalan menuju maksiat.

Allah tidak sesekali membiarkan manusia memiliki nafsu jahat tanpa memberinya sebarang kekuatan untuk mengatasi dan menghindarinya. Di samping menjelaskan dan menerangkan kepada manusia mengenai jalan dan manhaj yang terbaik. Supaya manusia mudah untuk menusuri kehidupan di atas hidayah dan jalan lurus.

Empat kekuatan telah Allah berikan kepada manusia :
           
            (1) Kebebasan Untuk Memilih.

Firman Allah S.W.T :

3. Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) Sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan Yang salah; maka terserahlah kepadaNya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).
(Surah al-Insan, ayat 3)



            (2) Kewarasan Akal.

Firman Allah S.W.T :

   
40. Adapun orang Yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -
41. Maka Sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.
(Surah an-Nazi’at, ayat 40-41)


                (3) Keinginan Yang Kuat.

Firman Allah S.W.T :
  
32. Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan Yang sia-sia dan hiburan Yang melalaikan: dan Demi Sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang Yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
(Surah al-An’am, ayat 32)

           


(4) Fitrah Suci.

Firman Allah S.W.T :

30. (turutlah terus) ugama Allah, Iaitu ugama Yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu;
(Surah ar-Rum, ayat 30)

Kita semua amat yakin bahawa jika manusia menggunakan kebebasan memilih untuk kebaikan. Menggunakan kewarasan akal untuk membuat pertimbangan yang betul dalam setiap perbuatan. Keinginan yang kuat agar menginginkan kebenaran. Berjalan di atas kesucian fitrah menuju hidayah. Maka akan mudah baginya untuk menjalankan perundangan dan peraturan serta mengikut manhaj yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T.

Jika manusia memanfaatkan dan mengguna semua kekuatan yang dikurniakan Allah kepadanya dengan baik dan betul. Ia sekaligus akan membebaskan dirinya daripada cabaran hawa nafsu yang sering membawanya melakukan kejahatan. Maka akan cepatlah nafsu jahat ini berubah daripada nafsu jahat kepada nafsu lawwamah dan seterusnya menjadi jiwa yang sentiasa tenang dan diredhai Allah S.W.T.

Gunakanlah segala kekuatan dan kelebihan yang diberikan Allah kepada kita. Atasi segala keinginan yang mendorong kepada kejahatan. Dekatkan diri kita kepada Allah S.W.T dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Agar jiwa kita menjadi tenang kerana hanya jiwa yang dijanjikan syurga oleh Tuhan Yang Maha Esa.

153. Dan Bahawa Sesungguhnya Inilah jalanKu (ugama Islam) Yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan Yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Surah al-An’am, ayat 153)

Wajiblah ke atas setiap orang yang beriman untuk mengikut dan mengamalkan manhaj ini. Sentiasa berjalan di landasan Allah yang lurus. Jangan sesekali mengikut jalan daripada bisikan dan gangguan syaitan laknatullah

1 comment: