1. Menundukkan Pandangan
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (an-Nur:30). Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; dan katakanlah kepada yang beriman, hendaklah mereka menahan pandanganya dan memelihara kemaluannya (an-Nur:31).
2. Menutup Aurat
ALLAH berfirman dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya (an-Nur:31). Juga firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-ank perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (an-Nur:59).
3. Adanya Pembatas Antara Lelaki Dengan Perempuan
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari sebalik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab (al-Ahzaab:53).
4. Tidak Brdua-duaan Di Antara Lelaki dan Perempuan
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata; Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim). Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duaan dengan seorang wanita kerana syaitan akan menjadi ketiganya(Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi).
5. Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan)
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga keinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (al-Ahzaab:32). Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah betapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertiann janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia bebicara dengan suaminya (Tafsir Ibnu Kathir:3/350).
6. Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis
Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik dari menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya (Hadis Hasan Riwayat Thabarani dalam Mujam Kabir). Berkata Syeikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya (Ash-Shohihah:1/44). Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aisyah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat (Hadis Riwayat Bukhari).
No comments:
Post a Comment