Hidup ini mesti ada tujuan.... Tujuan menuju ke jalanNYA.. Mengenali siapa kita sebenarnya... Sebagai seorang hamba yang menunaikan hak kepada Tuhannya... Allahu Akbar...

Friday, December 31, 2010

Tahun Baru... Azam Baru???

Tinggal berapa jam saja lagi kita dah melangkah ke tahun baru.. 2011. Sebelum ini... masa yang ada dicuri sedikit untuk memuhasabah diri.. Merenung kembali masa-masa yang berlalu.. Ternyata banyak kelemahan dan kekurangan yang telah dilakukan..

Sebenarnya.. sepanjang berlalunya 2010... banyak kenangan manis dan pahit yang terjadi.. Manisnya... Apabila hasrat menjadi seorang penulis terlaksana tatkala buku sulung saya diterbitkan.. Diikuti dengan majlis konvokesyen saya.. perkenalan saya dengan ibu angkat.. dan banyak lagi.. ang pahit pula.. apabila saya diuji dengan ujian yang cukup hebat.. Sehinggakan sampai satu tahap.. saya sendiri sudah tidak mampu untuk menghadapi semua ini lagi. Mujur..masih ada sisa kekuatan dalam diri saya. Justeru saya masih di sini.. Sebab itulah..lewat kebelakangan ini, post saya lebih menjurus kepada luahan hati (cehh... dalam hati ada lautan darah kononnya)

Namun..saya sedar, sebesar manapun ujian yang mendatang..pasti ada hikmah yang tersembunyi.. Dan saya menunggu hikmah disebalik semua ini.

Ok..kita mula pada topik asal.. Tahun baru...azam pun kena baru juga ke? Uiks.. azam lama pun tak terlaksana lagi ni.. Ke nak kena bawa azam lama tu ke depan? Musykil..musykil...

Ada orang suka menyalahgunakan nama “Azam” dan kemudian mengatakan sia-sia sahaja membuat azam, tak pernahnya jadi. Kata mereka. Pengalaman saya lain pula. Alhamdulillah, kebanyakan azam saya tercapai, cuma cepat atau lambat sahaja. Dan kadang-kadang ia datang dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Lagipun bukankah Allah sudah berjanji kepada kita, berdoalah dan DIA akan makbulkan. Percayalah dengan yakin dan saya yakin, amat mustahil untuk anda tidak mencapainya, walau apa pun target anda. Cuma sooner or later sahaja.
 Azam saya dulu-dulu... nak pastikan novel saya yang pertama diterbitkan... Halangan>>>> Sebab banyak sangat habiskan masa depan komputer dek benda lain.. saya jadi blank.. kering idea.. hampir 6 bulan.. (Lame kan??) ditambah dengan ketiadaan laptop.. usaha murni saya semakin sukar. (Hahaha).. AKHIRNYA>>> Saya tak dapat terbitkan novel..tapi saya dapat tulis buku dan berjaya dicetak 2 kali.. (Yesss!!!!!) Dan novel kini berada dalam proses akhir sebelum siap sepenuhnya..

Ada banyak lagi azam.. nak buka bisness, nak dapatkan lesen.. nak dapatkan laki (ops..hahaha) Ada sesetengahnya yang mengambil masa yang sekejap untuk berjaya, ada yang mengambil masa lama sedikit, tetapi tetap tercapai akhirnya.

Kepada sesiapa yang masih ragu-ragu mengenai konsep azam ini, cuba anda check balik. Anda sebenarnya berazam ataupun berangan? :)

Bila anda berazam, anda at least buat sedikit tindakan ke arah untuk mencapai azam tersebut. Kalau berangan, hehe… sendiri mau ingatlah. :)

Dan saya tahu ramai orang di luar sana yang takut dan tak yakin dengan konsep azam ini. (Jangan bimbang, ada bukan keseorangan. Saya pun begitu. Sebab itu saya faham benar :) ) Sebenarnya, jika anda termasuk dalam golongan ini anda bukan tak yakin dengan konsep azam tapi anda tidak yakin dengan kemampuan anda sendiri untuk mencapainya. Sudah banyak tokoh terkenal memperkatakannya, Azizi Ali sendiri mengatakan ia adalah senjata beliau yang paling “power”, if it doesn’t work with you, there is something wrong with you. Dan dari pengalaman saya berkomunikasi dengan ramai orang yang berjaya dan tidak berjaya, saya akan kata “For sure”. Memang beza langit dan bumi antara cara komunikasi orang berjaya dan orang yang gagal ni… :)

Tips saya jika anda ada masalah kurang keyakinan diri ini:

1) Senaraikan kejayaan anda dan bersyukur mengenainya. (orang putih kata Gratitude List, jika perlu bantuan software sila ke GratitudeLog.com)

Ramai orang apabila diminta menyenaraikan kejayaan mereka, mereka akan listkan “Graduasi, Kahwin,blablabla…)
Itu bukan apa yang saya maksudkan! Itu bukan kejayaan, melainkan anda betul2 rasa itu kejayaan bagi anda.
Kejayaan ini tidak semestinya apa yang orang lain rasa kejayaan. Kejayaan boleh jadi berjaya tunggang basikal (saya belajar 4 tahun baru boleh), berjaya belajar bawa kereta (saya tanam azam bertahun baru boleh bawa).

Bersyukur dan appreciate walaupun kejayaan yang kecil.

Ingatlah kejayaan yang kita anggap kecil itu sebenarnya pada orang lain adalah kejayaan yang besar, bahkan bagi kita sendiri beberapa tahun yang lepas pun adalah sesuatu yang mustahil untuk dicapai.

Jadi bila kita sudah mencapainya, bersyukurlah dan raikanlah.

2) Bila anda dah ada list kejayaan anda, barulah anda akan terasa “sedikit” hebat, positif dan sedikit termotivasi. Nah, reframekan diri anda ketika dalam situasi ini dan barulah cuba untuk capai azam anda yang anda rasakan mustahil itu.

Mari kita jadikan post ini sebagai post yang positif dan membina. Kongsi kejayaan-kejayaan anda di ruangan komen. Walaupun anda takut riak, jangan bimbang. Takde riak-riaknya. Ini untuk tujuan motivasi, bukan sahaja untuk memotivasi diri anda, tetapi motivasi diri pembaca lain apabila melihat kejayaan-kejayaan anda (anda boleh tulis banyak kali). Mari kita kongsi. :)

Thursday, December 16, 2010

Jalan Mana Yang Harus Ku Pilih????

Entah kenapa..saat ini aku loinglai. Tak lagi mampu menahan semua ini. Aku cuba untuk bangun setiap kali terjatuh. Namun semakin aku cuba.. semakin lemah. Ya Allah.. apa yang harus aku lakukan???

Ya Allah, andai dia bukan yang terbaik untukku.. Aku redha dengan ketentuanMU. Kau luputkanlah dia dari perasaanku.. Tapi Ya Allah..andai sememangnya dia milikku, janganlah Kau uji kami dengan ujian yang tak mampu kami tanggung.

Antara keluarga dan kekasih.. Semuanya mudah untuk ku pilih jika tidak melibatkan agama.. Jika tidak melibatkan akidah.. Tidak tega aku melihat dirinya goyah semata-mata kerana kecewa. Sayangku kepada dia kerana sayangku kepada ALlah. Namun entah kenapa.. banyak pula halangan mendatang. Aku buntu. Tak ada tempat untuk aku mengadu.

Keputusan aku untuk pergi jauh dari semua.. bukan satu keputusan yang mudah. Mungkin ini bukan jalan yang terbaik, namun jalan mana lagi yang harus ku pilih?? Andai di sini hanya mengundang derita..

Ya Allah.. Hanya padaMU aku berserah. Kau berikanlah aku petunjuk.. jalan mana yang harus kutempuh.

15 Januari 2011  >>>>>> aku akan pergi...

Monday, December 6, 2010

Hijrah: Jadikan Iktibar

HIDUP ini menuntut pengorbanan. Ada yang terpaksa bermandi keringat bertungkus lumus membina kehidupan. Tidak kurang yang menitiskan air mata demi mendapatkan kebahagiaan.

Manusia hanya boleh berusaha, namun Allah yang menentukannya. Permasalahannya adalah jika kita kurang berusaha, cepat menyerah, berkeluh kesah dan akhirnya menyalahkan orang lain di atas kegagalan.

Alangkah ruginya jika kebanyakan umat Islam masih memiliki mentaliti sedemikian.

Pada awal tahun hijriah ini, sepatutnya Muslimin menilai kembali pencapaian mereka. Kita perlu bijak menemukan kekurangan dan kelemahan yang menjejaskan kegemilangan diri, umat, bangsa dan negara.

Firman Allah bermaksud: "Wahai orang beriman. Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhati apa yang ia telah sediakan untuk hari esok. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan segala yang kamu kerjakan." (Surah Al-Hasyr, ayat 18)

Sejarah hijrah sentiasa menyuntik semangat pada diri setiap orang beriman.

Kejayaan Rasulullah SAW merancang perjalanan hijrah dari Makkah ke Madinah dengan tuntutan wahyu Allah jelas menunjukkan kepakaran berfikir dan bertindak dengan kebijaksanaan amat penting untuk menjayakan sesuatu perancangan.

Pernahkah kita menulis pencapaian yang mesti diperoleh dan langkah untuk mewujudkannya? Bagaimana dengan kerja dan usaha yang dilakukan? Sudahkah dibuat dengan bersungguh-sungguh?

Ingatlah perjalanan hijrah Rasulullah SAW yang penuh dengan penderitaan. Adakah kita melalui jalan yang sama? Jalan untuk mencapai kejayaan dunia akhirat.

Prof McClelland (1958), pakar psikologi yang banyak mempelopori kajian ke atas psikologi kejayaan individu, dalam kajiannya mendapati ciri personaliti yang berjaya adalah:


  • Mereka yang melaksanakan tugas yang mencabar dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas.

  • Mereka memiliki dorongan yang kuat untuk memajukan diri sendiri.

  • Mereka amat mementingkan penilaian atas kerja yang dibuat untuk kemajuan yang lebih baik lagi.

    Tiga ciri seperti di atas sangat elok untuk diterapkan dalam kehidupan peribadi Muslim.

    Ciri seperti inilah yang ada pada diri Rasulullah SAW serta sahabat dan dalam peristiwa hijrah ternyata amat terserlah personaliti berkenaan.

    Untuk mencapai cita-cita, kita perlukan orang lain yang sudi membantu. Jika kelemahan kita dalam soal ibadat, maka kenapa tidak berbaik-baik dengan kawan yang alim lagi salih?

    Jika kemalasan dan sikap tidak bertanggungjawab ada pada diri, lebih elok jika berkawan dengan orang yang berjaya dalam hidupnya.

    Itulah kebaikan bergaul dalam kehidupan sehari-hari. Jangan berasa hanya kawan baik yang boleh membantu kejayaan. Malah, lawan pun sebenarnya memberi kesan positif dalam menjana kejayaan itu.

    Beruntung jika mempunyai lawan, ia adalah cabaran bagi anda. Anda dapat khidmat daripadanya dengan ikhlas yang boleh dijadikan perunding dan penasihat tanpa bayaran.

    Jangan bersedih jika mempunyai lawan dalam kehidupan anda. Manfaatkan ia demi pencapaian yang lebih menguntungkan. Demikianlah teladan daripada hikmah hijrah yang mana Rasulullah SAW sentiasa berfikir positif di tengah-tengah lawan yang ganas dan tanpa berputus asa sedikit pun dalam perjuangannya.

    Bersyukur kepada Allah atas kejayaan dan cepat bangkit daripada kejatuhan.

    Umat Islam yang hidup dihimpit oleh kuasa besar dunia terpaksa bersaing untuk tidak tenggelam dalam arus kemajuan moden.

    Jika pada diri umat Nabi Muhammad SAW bersemadi kekuatan, semangat keberanian dan kebijaksanaan yang diambil daripada sari pati buah hijrah yang ranum dan manis, ia boleh menjadi ubat mujarab bagi penyakit umat ini.

    Semangat itu seperti obor yang membakar diri Salahuddin Al-Ayyubi dan pengganti beliau di bumi Palestin.

    Bagaimana dengan kita? Adakah kita menghargai hidup yang aman damai di bumi Malaysia ini dengan penuh kesyukuran?

    Apakah kerja yang sudah dibuat demi umat, bangsa dan negara untuk memastikan kejayaannya berkekalan? Kita amat lantang menyuarakan keamanan sejagat dan menolak peperangan. Namun, kita hanya bisa berteriak dan menangis melihat anak kecil di Iraq terkena radiasi senjata nuklear dan kaum wanita amat takut melahirkan anak yang cacat.

    Sementara bumi Palestin masih lagi ditawan Yahudi. Kita belum mampu menunjukkan taring kepada kuasa besar dunia. Keupayaan kita terlalu sedikit dan masih banyak yang perlu diusahakan dengan bermujahadah.

    Sahutlah cabaran hijrah dengan peranan masing-masing untuk kejayaan umat. Pada awal Muharam ini sekali lagi kita ketuk pintu hati, perjuangan hijrah Nabi SAW harus diteruskan.

    Kitalah yang akan menjadi pejuang, aktor dan aktivisnya serta seharusnya umat Islam di Malaysia sedar bahawa kebangkitan Islam mesti dimulakan daripada peribadi anda, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

  • Ujian Penebus Dosa

    BISMILLAH…

    Dalam menempuh kehidupan seharian kita tidak dapat lari daripada berdepan pelbagai perkara yang tidak diingini oleh semua manusia seperti musibah kehilangan insan tersayang, sakit, kemusnahan harta benda dan sebagainya.

    Namun agama kita kita tidak menjadikan semua musibah itu sebagai perkara yang sia-sia. Orang mukmin yang bersabar dan reda dengan musibah tersebut akan diganjari dengan pahala daripada Allah SWT.

    Setiap perkara yang menimpa seseorang berupa sakit, kesulitan, kesusahan, kesedihan atau keletihan, bahkan duri yang menusuk sekalipun, maka semua itu sebagai penebus dosa.Kemudian jika dia bersabar dan mengharap pahala maka di samping mendapat penghapusan dosa dia juga mendapatkan pahala atas kesabarannya dalam menghadapi musibah yang menimpanya. Maka musibah-musibah itu merupakan penebus dosa bagi seorang yang beriman, hal ini berdasarkan firman Allah Ta’ala :

    Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).

    Apabila musibah itu disebabkan oleh tangan-tangan kita, maka ini menunjukan bahwasanya musibah itu penghapus dan penebus dosa yang kita lakukan di masa lalu. Demikian juga Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda :

    Tidaklah seorang mukmin tertimpa kelelahan, sakit, kesuliltan, kesedihan, kegundahan, dan gangguan, bahkan duri yang menusuknya sekalipun, kecuali Allah akan menghapuskan dosanya karena musibah itu.(Imam al-Bukhari )

    Maka kita hendaklah reda dan bersabar bila diuji dengan sakit, demam, letih dan sebagainya. Anggaplah itu semua penghapus dosa-dosa yang telah kita lakukan saban waktu. Bersabarlah, jangan merungut dan tidak berpuas hati dengan ujian Allah SWT. Semoga Allah merahmati kita semua.