Hidup ini mesti ada tujuan.... Tujuan menuju ke jalanNYA.. Mengenali siapa kita sebenarnya... Sebagai seorang hamba yang menunaikan hak kepada Tuhannya... Allahu Akbar...

Thursday, March 31, 2011

Malam Pertama Dialog Suami Isteri - 18SX

Di malam yang hening , merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil...malam yang dinanti2kan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi.

Alam bagaikan mengerti , hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini.

Satu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua muka , menatap wajah pasangan dengan lebih dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka.

Sebelum ini , mereka tidak pernah sedekat ini , jika adapun bertemu di hadapan keluarga masing-masing , jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan...tidak pernah mereka berjalan beriringan...tidak pernah mereka menjangka bahawa satu perkenalan , satu masa yang singkat terus membawa kepada jinjang pelamin...Alam pernikahan yang begitu asing bagi mereka.

Malam semakin larut....Si suami membasahkan tubuhnya...menyucikan diri , aneh?..bisik isterinya..di malam2 begini yang dingin mengapa perlu membasahkan tubuh?..lebih aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik belakang yang kosong...agak lama...sehingga memaksa isterinya mengintip di celahan pintu bilik itu...Alangkah terkejutnya , suaminya seakin mati..kaku dengan gerakan sujud..dan terdengar esakan kecil...umpama merintih.

Dia tahu!, apa yang dilakukan oleh suaminya..dan dia akur...itulah Cinta suaminya yang sejati...dia tidak perlu cemburu dengan cinta itu...ataupun dia pernah berfikir walaupun segunung cintanya pada suaminya...tidak akan sama dengan cinta suaminya di bilik kosong itu..

Dia menunggu....berteleku di atas taburan bunga mawar diatas katil empuk itu.
Si suami keluar dan memandang tepat ke arah isterinya...isterinya menunduk malu..

Isteri : Mengapa awak pilih saya?

Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah)

Isteri : Ramai kan yang berniqab

Suami : Kerana Awak ada Agama

Isteri : Ramai kan yang ada Agama

Suami : Kerana Awak adalah Jodoh ketentuan dari Allah S.W.T

isteri kehabisan soalan...dia tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi.

Suami : Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus tidak melihat wajah awak...tetapi saya melihat di rumah awak ..dihadapan ibu bapa awak ..ketika mereka menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak...dan ketika awak membuka niqab...saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama saya memiliki awak.

Isteri : Saya tidak Cantik....

Suami : Baiklah beristerikan perempuan yang berkulit hitam , berbibir tebal...tetapi mempunyai Agama dalam dirinya adalah nikmat yang paling cantik , daripada memiliki isteri yang berkulit mulus , tetapi tiada agama dalam dirinya..tetapi jika cantik dan ada agama itu adalah anugerah Allah kepada saya.Tetapi adakah perempuan sedar ..mereka yang menampakkan kecantikan yang haram mereka dedahkan tetapi akhirnya mereka adalah bahan bakar di neraka kelak...Wana'uzubillah..

Isteri : Saya juga ingin cantik...

Suami : Sayang..kecantikan awak takkan kekal...awak akan dimakan usia..tetapi mahukah awak kekal cantik selamanya?

Isteri: Itu yang saya mahukan...

Suami : Mahukah awak menjadi secantik bidadari...malah lebih dari itu?

Isteri: Perempuan di dunia ini sehabisnya menyolek diri mereka umpama bidadari tetapi adakah mereka berjaya?

Suami : Ada Caranya...malah tidak perlu berhabis ribuan ringgit!

Isteri: Yakah..?, tunjukkan caranya!

Suami : Rasulullah pernah berkata “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Isteri : Saya Kurang faham... dimana alat-alat mekapnya?

Suami : Rasulullah pernah berkata " Dari Anas bin Malik ra bahwa Rasulullah bersabda :
“Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-Bazaar).

Isteri : Bagaimana cantiknya saya di dalam syurga nanti?

Suami : Tolong ambilkan Al-Quran atas meja tu dan Tafsir Ibnu Kathir yang kawan awak hadiahkan tu ...Awak ada wudukkah?

Isteri : Ada...nanti sekejap..

Suami : Lihat Surah Al-Waqiah , "Sesungguhnya kami akan ciptakan mereka secara langsung ". (ayat 35 ) , Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa wanita baik mereka itu tua atau tidak mereka akan dibangkitkan dengan ciptaan yang baru . Dalam keadan mereka itu muda dan perawan . Ini dikuatkan lagi dengan ayat yang berikutnya " dan kami jadikan mereka itu gadis perawan " (ayat 36)

Isteri : Saya belum dapat bayangkan macam mana cantiknya saya nanti...

Suami : Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman lagi " (–tentang wanita-) penuh cinta (–kepada suami mereka- ) lagi sebaya umur " (ayat 37) . Dalam Ayat ini , Allah menerangkan mereka ini-wanita- terlalu asyik mereka hanya kepada suami mereka sahaja manakala suami mereka juga asyik kepada mereka . Cinta mereka hanya kepada suami mereka sahaja. ( Tafsiran Ibn Abbas)

Isteri : Sohih tu bang...tapi saya nak bayangkan macamana cantiknya saya dalam syurga nanti..

Suami: Baiklah...tunggu sekejap saya ambil kitab hadis , lihat , ini ada Riwayat dari Hadis Tabrani , sambungan dari yang zahir lebih baik dari yang batin...yang saya ceritakan tadi...ingatkah?

Isteri : Oh..ada2 ingat....

Suami : maka bertanya lagi Ummu Salamah : Dengan apa ?–yang menyebabkan mereka lebih baik – Baginda pun bersabda : dengan solat mereka,puasa mereka dan ibadat mereka kerana Allah . Malah Allah memakaikan pada muka mereka cahaya, pada badan mereka sutera, kulit mereka berwarna putih, pakaian mereka berwarna hijau, malah mereka dipakaikan dengan perhiasan berwarna kuning –yakni emas- rantai mereka daripada permata ,sikat mereka daripada emas . Lalu mereka berkata : kami kekal –didalam syurga- dan kami tidak akan mati lagi , kami memperolehi nikmat dan kami tak akan bersedih lagi, kami akan kekal –didalam syurga dan kami tidak akan berpindah , kami adalah orang yang redha dan kami tidak akan marah , beruntunglah sesiapa yang kami (dijadikan )untuknya dan (dijadikan) dia untuk kami . Lalu Ummu Salamah bertanya lagi : Wahai Rasullallah , ada dikalangan kami yang berkahwin dengan dua orang lelaki , atau tiga orang lelaki atau empat orang lelaki (bukan dikumpulkan sekali tetapi merupakan perkahwinan yang kedua selepas kematian , cerai atau lainnya) , kemudian perempuan itu mati dan dapat masuk kedalam syurga begitu juga bekas-bekas suaminya juga masuk syurga , maka siapa yang akan menjadi suaminya (didalam Syurga) , Baginda menjawab : dia akan memilih yang terbaik dikalangan mereka dari segi akhlak . Nah ! Hadis ini dengan jelas menampakkan kelebihan orang wanita daripada bidadari .

Isteri : Alhamdulillah ..baru saya faham...maksudnya jika saya berjaya menjadi wanita solehah dengan ciri2 dari firman Allah dan Hadis ..maka saya akan masuk syurga dan menjadi lebih cantik dari bidadari!

Suami : Wanita yang merupakan ahli syuga juga mendapat nikmat yang tak ternilai banyaknya . Dan nikmat yang diperolehi oleh wanita atau lelaki didalam syurga adalah sesuai dengan fitrah kejadian kejadian mereka. Cubalah kita renungi baik awak atau pun saya , apakah yang amat dihajati oleh kita dan sekiranya kita diberi peluang nescaya kita akan mendapatkannya ? Pada pandangan saya , orang lelaki lebih berhajat kepada wanita manakala wanita pula disamping berhajat kepada suami -akan tetapi kecantikan dan kejelitaan lebih menjadi tumpuan pada mereka . Bukankah semua ini terdapat di dalam syurga ?

Isteri : Saya tahu sedikit dari ilmu yang saya kutip..tetapi ada yang saya lupa, eloklah saya mendengar sendiri dari suami saya!

Suami : Ya ..saya juga muzakarah dengan Awak , lagi satu...bidadari Syurga yang bukan dari kalangan isteri saya akan memarahi awak juga!

Isteri : hah!..bidadari marah saya?..kenapa..macamana awak tahu?

Suami : buka kitab hadis tadi..baca “Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika tidak, maka bidadari-bidadari isterinya di syurga akan berkata kepadanya : Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” (HR. Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal ra).

Isteri : Wah....saya amat takut jika awak meninggalkan saya di dunia lebih menyedihkan jika saya tidak dapat berjumpa awak di syurga!

Suami : “Harta yang utama adalah lisan yang senantiasa berzikir, hati yang senantiasa bersyukur dan isteri beriman yang membantu suami dalam menegakkan bangunan imannya.” (HR. Ibnu Majah dan Tirmidzi).

Isteri : Alhamdulillah...baru saya faham sejelasnya...terima kasih abang...tetapi itukan banyak persoalan tentang saya...bagaimana saya dalam keluarga yang taat kepada perintah Allah...yang menghidupkan sunnah Rasululullah dan akan mendapat nikmat Syurga...bagaimana dengan diri abang?

Suami : Oh itu masa tidak mengizinkan..biarlah kita berbicara satu bab dengan teliti...insyaAllah esok malam kedua kita bicarakan soal itu ya...nanti kita minta ahli-ahli u-jam tolong buatkan artikel!

Isteri : Asyik2 U-jam...Baiklah...jadi sekarang saya nak tuntut tanggungjawab abang!

Suami : Selamat membaca ya pengunjung u-jam...jangan lupa share artikel ini dan letakkan link u-jam sebagai sumber....penat dah menaip ni...hangpa copy paste ja... =)

Artikel Asal Penulis : Ibnu Rahman

Rujukan : Al-Quran & Hadith , Kitab Muktabar



http://u-jam.blogspot.com/2010/12/malam-pertama-dialog-suami-isteri-18sx.html

Sunday, March 27, 2011

Doa Seorang Kekasih - In Team


Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA.. Walau apa pun taqdir-NYA, terimalah dengan redha. Pasti terkandung hikmah disebalik semua yang berlaku.. PadaNYA kita memohon perlindungan, dihindari daripada kesedihan berpanjangan.. InsyaALLAH, akan ada ganjaran buat hambaNYA yang sabar..

Saturday, March 26, 2011

Suami Wanita Penghuni Syurga...

Siapakah suami bagi wanita penghuni syurga?

Soal Jawab Agama: Jika seorang wanita yang solehah masuk syurga namun suaminya tidak masuk syurga, apakah beliau akan bernikah dengan ‘bidadara’?

Jawapan:
Untuk menjawab pertanyaan di atas, saya akan nukilkan fatwa salah seorang ulama terkemuka di zaman ini, Syeikh al-’Utsaymīn.

Syeikh Muhammad al-’Utsaymīn pernah ditanya, “Jika seorang wanita dari kalangan ahli syurga belum pernah bernikah di dunia, atau beliau sudah bernikah namun suaminya tidak masuk syurga, maka siapakah yang akan bersama wanita itu (di syurga)?”

Beliau menjawab, “Jawapan atas pertanyaan ini dapat diambil dari keumuman firman Allah Taala:

وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِي أَنفُسُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ نُزُلاً مِّنْ غَفُورٍ رَّحِيم

“Dan bagi kamu di dalamnya (akhirat) apa yang kamu inginkan dan bagi kamu (pula) di dalamnya apa yang kamu minta. Sebagai hidangan (bagimu) dari Rabb yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Fushshilat [41]: 31-32)

Juga dari (keumuman) firman Allah Taala:

وَفِيهَا مَا تَشْتَهِيهِ الْأَنفُسُ وَتَلَذُّ الْأَعْيُنُ وَأَنتُمْ فِيهَا خَالِدُون

“Dan di dalam syurga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya.” (QS. Az-Zukhruf [43]: 71)

Jika seorang wanita termasuk ahli syurga dan dia belum pernah bernikah (di dunia), atau ternyata suaminya (di dunia) tidak termasuk ahli syurga, maka apabila wanita itu memasuki syurga nescaya dia akan mendapati bahawa di syurga ada pemuda2 yang juga belum bernikah (di dunia), yang mana pemuda2 tersebut memiliki isteri-isteri dari kalangan bidadari dan wanita-wanita dunia—jika mereka menghendaki dan jiwa mereka menginginkan hal itu. Maka begitu pula yang kita katakan terkait dengan wanita tadi—(iaitu) apabila dia belum memiliki suami (di dunia) atau dia memiliki suami di dunia namun suaminya tidak masuk syurga bersamanya—bahawa apabila ia ingin menikah maka ia pasti akan mendapatkan apa yang ia inginkan tersebut, berdasarkan keumuman ayat-ayat di atas. Pada saat ini saya belum mendapati nas yang khusus dalam permasalahan ini, dan ilmu adalah milik Allah Taala.” [Fatwa al-Aqidah, hal. 312]

Dalam kesempatan lain beliau berkata, “Termasuk hal yang umum diketahui bahawa pernikahan termasuk perkara yang paling diinginkan oleh jiwa, dan hal ini terealisir(Tohirah tafsirkan sbg TERWUJUD)bagi penduduk syurga, baik laki-laki maupun wanita.”

Beliau juga berkata, “Hanyalah disebutkan isteri-isteri bagi para lelaki, sebab lelaki adalah pihak yang mencari dan menginginkan wanita. Kerana itulah hanya disebutkan isteri-isteri bagi para lelaki di syurga dan tidak disebutkan suami-suami bagi para wanita. Namun hal ini bukan bererti para wanita tersebut tidak memiliki suami (di syurga), bahkan wanita-wanita tersebut memiliki suami-suami dari kalangan anak Adam.” [Fatwa al-Aqidah, hal. 313]

Thursday, March 24, 2011

Tawakal Sajalah Pada Allah...

Bila sebut fasal tawakal.. semua akan terfikir maksud berserah. Menyerahkan segala-galanya kepada Allah. sebahagian orang menganggap bahawa tawakal adalah sikap pasrah tanpa melakukan usaha sama sekali. Contohnya dapat kita lihat pada sebahagian pelajar yang keesokan harinya akan melaksanakan ujian. Pada malam harinya, sebahagian dari mereka tidak sibuk untuk menyiapkan diri untuk menghadapi ujian esok namun malah sibuk dengan main game atau hal yang tidak bermanfaat lainnya. Lalu mereka mengatakan, “Saya pasrah saja, paling esok ada keajaiban.”


Apakah semacam ini benar-benar disebut tawakal?! Semoga perbahasan kali ini dapat menjelaskan pada pembaca sekalian mengenai tawakal yang sebenarnya dan apa saja faedah dari tawakal tersebut.


Apakah Sebenarnya Tawakal?


Ibnu Rajab rahimahullah dalam Jami’ul Ulum wal Hikam tatkala menjelaskan hadits no. 49 mengatakan, “Tawakal adalah benarnya penyandaran hati pada Allah ‘azza wa jalla untuk meraih berbagai kemaslahatan dan menghilangkan bahaya baik dalam urusan dunia maupun akhirat, menyerahkan semua urusan kepada-Nya serta meyakini dengan sebenar-benarnya bahawa ‘tidak ada yang memberi, menghalangi, mendatangkan bahaya, dan mendatangkan manfaat kecuali Allah semata‘.”


Tawakal Bukan Hanya Pasrah

Perlu diketahui bahawa tawakal bukanlah hanya sikap bersandarnya hati kepada Allah semata, namun juga disertai dengan melakukan usaha.

Ibnu Rajab mengatakan bahawa menjalankan tawakal tidaklah bererti seseorang harus meninggalkan sebab atau sunnatullah yang telah ditetapkan dan ditakdirkan. Kerana Allah memerintahkan kita untuk melakukan usaha sekaligus juga memerintahkan kita untuk bertawakal. Oleh kerana itu, usaha dengan anggota badan untuk meraih sebab termasuk ketaatan kepada Allah, sedangkan tawakal dengan hati merupakan keimanan kepada-Nya. Sebagaimana Allah Ta’ala telah berfirman (yang ertinya), “Hai orang-orang yang beriman, ambillah sikap waspada.” (QS. An Nisa (4): 71). Allah juga berfirman (yang ertinya), “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sigupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang.” (QS. Al Anfaal (8): 60). Juga firman-Nya (yang ertinya), “Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kunia Allah” (QS. Al Jumu’ah (62): 10). Dalam ayat-ayat ini terlihat bahawa kita juga diperintahkan untuk melakukan usaha.

Sahl At Tusturi mengatakan, “Barang siapa mencela usaha (meninggalkan sebab) maka dia telah mencela sunnatullah (ketentuan yang Allah tetapkan -pen). Barang siapa mencela tawakal (tidak mau bersandar pada Allah, pen) maka dia telah meninggalkan keimanan. (Lihat Jami’ul Ulum wal Hikam)

Burung Saja Melakukan Usaha untuk Kenyang

Dari Umar bin Al Khaththab radhiyallahu ‘anhu berkata, bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Seandainya kalian betul-betul bertawakal pada Allah, sungguh Allah akan memberikan kalian rezeki sebagaimana burung mendapatkan rezeki. Burung tersebut pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali petang harinya dalam keadaan kenyang.” (HR. Ahmad, Tirmidzi, dan Al Hakim. Dikatakan shahih oleh Syaikh Al Albani dalam Silsilah Ash Shohihah no. 310)

Imam Ahmad pernah ditanyakan mengenai seorang yang kerjaannya hanya duduk di rumah atau di masjid. Lelaki itu mengatakan, “Aku tidak mengerjakan apa-apa sehingga rezekiku datang kepadaku.” Lalu Imam Ahmad mengatakan, “Orang ini tidak tahu ilmu (bodoh). Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda, “Allah menjadikan rezekiku di bawah bayangan tombakku.” Dan beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda (sebagaimana hadits Umar di atas). Disebutkan dalam hadits ini bahawa burung tersebut pergi pada waktu pagi dan kembali pada waktu petang dalam rangka mencari rezeki. (Lihat Umdatul Qori Syarh Shohih Al Bukhari, 23/68-69, Maktabah Syamilah)

Al Munawi juga mengatakan, “Burung itu pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali ketika petang dalam keadaan kenyang. Namun, usaha (sebab) itu bukanlah yang memberi rezeki, yang memberi rezeki adalah Allah ta’ala. Hal ini menunjukkan bahawa tawakal tidak harus meninggalkan sebab, akan tetapi dengan melakukan berbagai sebab yang akan membawa pada hasil yang diinginkan. Kerana burung saja mendapatkan rezeki dengan usaha sehingga hal ini menuntut pada kita untuk mencari rezeki. (Lihat Tuhfatul Ahwadzi bisyarhi Jaami’ At Tirmidzi, 7/7-8, Maktabah Syamilah)

Tawakal yang Termasuk Syirik

Setelah kita mengetahui pentingnya melakukan usaha, hendaknya setiap hamba tidak bergantung pada sebab yang telah dilakukan. Kerana yang dapat mendatangkan rezeki, mendatangkan manfaat dan menolak bahaya bukanlah sebab tersebut tetapi Allah ta’ala semata.

Imam Ahmad mengatakan bahawa tawakal adalah amalan hati yaitu ibadah hati semata (Madarijus Salikin, Ibnul Qayyim, 2/96). Sedangkan setiap ibadah wajib ditujukan kepada Allah semata. Barang siapa yang menujukan satu ibadah saja kepada selain Allah maka bererti dia telah terjatuh dalam kesyirikan. Begitu juga apabila seseorang bertawakal dengan menyandarkan hati kepada selain Allah -yaitu sebab yang dilakukan-, maka hal ini juga termasuk kesyirikan.

Tawakal semacam ini boleh termasuk syirik akbar (syirik yang dapat mengeluarkan seseorang dari Islam), apabila dia bertawakal (bersandar) pada makhluk pada suatu perkara yang tidak mampu untuk melakukannya kecuali Allah ta’ala. Seperti bersandar pada makhluk agar dosa-dosanya diampuni, atau untuk memperoleh kebaikan di akhirat, atau untuk segera memperoleh anak sebagaimana yang dilakukan oleh para penyembah kubur dan wali. Mereka menyandarkan hal semacam ini dengan hati mereka, padahal tidak ada satu makhluk pun yang mampu mengabulkan hajat mereka kecuali Allah ta’ala. Apa yang mereka lakukan termasuk tawakal kepada selain Allah dalam hal yang tidak ada seorang makhluk pun memenuhinya. Perbuatan semacam ini termasuk syirik akbar. Na’udzu billah min dzalik.

Sedangkan apabila seseorang bersandar pada sebab yang sudah ditakdirkan (ditentukan) oleh Allah, namun dia menganggap bahawa sebab itu bukan hanya sekedar sebab (lebih dari sebab semata), seperti seseorang yang sangat bergantung pada majikannya dalam keberlangsungan hidupnya atau masalah rezekinya, semacam ini termasuk syirik ashgor (syirik kecil) kerana kuatnya rasa ketergantungan pada sebab tersebut.

Tetapi apabila dia bersandar pada sebab dan dia meyakini bahawa itu hanyalah sebab semata sedangkan Allah-lah yang menakdirkan dan menentukan hasilnya, hal ini tidaklah mengapa. (Lihat At Tamhiid lisyarhi Kitabit Tauhid, 375-376; Syarh Tsalatsatil Ushul, 38; Al Qoulul Mufid, 2/29)

Ingatlah bahawa tawakal bukan hanya untuk meraih kepentingan dunia saja. Tawakal bukan hanya untuk meraih manfaat duniawi atau menolak bahaya dalam urusan dunia. Namun hendaklah seseorang juga bertawakal dalam urusan akhiratnya, untuk meraih apa yang Allah redhai dan cintai. Maka hendaklah seseorang juga bertawakal agar bagaimana boleh teguh dalam keimanan, dalam dakwah, dan jihad fii sabilillah. Ibnul Qayyim dalam Al Fawa’id mengatakan bahawa tawakal yang paling agung adalah tawakal untuk mendapatkan hidayah, tetap teguh di atas tauhid dan tetap teguh dalam mencontoh/mengikuti Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam serta berjihad melawan ahli bathil (pejuang kebatilan). Dan beliau rahimahullah mengatakan bahawa inilah tawakal para rasul dan pengikut rasul yang utama.

Kami tutup perbahasan kali ini dengan menyampaikan salah satu faedah tawakal. Perhatikanlah firman Allah Ta’ala (yang ertinya), “Barang siapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan memberikan jalan keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (QS. Ath Thalaaq (65): 2-3). Al Qurtubi dalam Al Jami’ Liahkamil Qur’an mengatakan, “Barang siapa menyerahkan urusannya sepenuhnya kepada Allah, maka Allah akan mencukupi keperluannya.”

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah membaca ayat ini kepada Abu Dzar. Lalu beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepadanya, “Seandainya semua manusia mengambil nasihat ini, sungguh hal ini akan mencukupi mereka.” Yaitu seandainya manusia betul-betul bertakwa dan bertawakal, maka sungguh Allah akan mencukupi urusan dunia dan agama mereka. (Jami’ul Ulum wal Hikam, penjelasan hadits no. 49). Hanya Allah-lah yang mencukupi segala urusan kami, tidak ada ilah yang berhak disembah dengan hak kecuali Dia. Kepada Allah-lah kami bertawakal dan Dia-lah Rabb ‘Arsy yang agung.


Tuesday, March 22, 2011

Wanita Solehah Menjadi Pilihan Dalam Membina Keluarga Bahagia..

Apabila seorang lelaki mukmin berhajat untuk  mendirikan rumah tangga, perkara yang paling penting difikirkan adalah mencari calon isteri terdiri daripada wanita solehah. Siapakah wanita yang solehah itu? Wanita solehah adalah wanita yang menutup auratnya, mempunyai akhlak yang mulia dan sentiasa menjaga kehormatan dirinya dan menjauhkan daripada fitnah dan pergaulan bebas tanpa had yang dibenarkan oleh syarak.
Sebelum pemilihan dilakukan, lelaki mukmin akan sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T semoga dipertemukan calun isteri yang solehah. Jika telah bertemu apa yang dihajatkan yang dapat mengisi keperluan hidupnya dan dapat melayari bahtera kehidupan dengan tenangnya kerana hidup lelaki bujang tidaklah sama dengan lelaki yang berumah tangga.

"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi. Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki."

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "(Surah ar-Rum ayat 21)

Nabi S.A.W pernah berdoa dihari perkahwinan puterinya Fatimah Azzahra dengan suaminya Sayyidina Ali bin Abi Talib : “ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “

Berdasarkan doa Nabi S.A.W. hakikat perkahwinan dalam Islam bukannya sekadar pertemuan dua mempelai lelaki dan perempuan dan memenuhi keparluan zahir dan batin semata-mata, tetapi perkahwinan dalam Islam meragkumi  keberkatan dalam kehidupan , diberi rahmat dalam keturunannya (mendapat anak yang soleh dan solehah),  menjadi sumber ilmu yang bermanfaat (isteri mendapat tarbiah dan bimbingan daripada suami dan suami pula mendapat nasihat daripada isteri), hikmah dan mendatangkan aman untuk umat (melahirkan baitulmuslim dan merelisasikan Islam dalam kehidupan).

Jika matlamat ini menjadi pegangan oleh setiap pasangan muslim yang ingin berkahwin maka tidak akan berlaku penceraian, fitnah memfitnah dan pergolakan rumah tangga yang parah.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda maksudnya  : "Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatan dirinya."

Inilah dia ciri wanita solehah pilihan lelaki mukmin yang soleh. Di wajah wanita solehah ini terdapat cahaya yang membuat hati suaminya terasa sejuk , mengembirakan dan mendatangkan cinta dan kasih sayang. Cahaya itu datang dari kesan wuduk, solat,  membaca al-Quran,  cinta dan kasih pada Allah S.W.T dan memiliki hati yang bersih daripada hasad dengki dan mabuk dunia.

Wanita solehah sentiasa taat pada perintah suaminya yang tidak bertentangan dengan syarak. Lahir kepatuhan ini kerana mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya.

Suami yang soleh sentiasa berdoa seperti yang terdapat di dalam al-Quran : "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya (menyejukkan mata) dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa." (Surah al-Furqan  ayat 74)

Wanita solehah juga sentiasa menjaga harta suaminya dengan amanah dan menjaga kehormatan dirinya dan tidak membuka keaiban suaminya kepada sesiapa saja termasuk kepada kedua orang tuanya.

Wanita solehah sentiasa berdoa selepas solat untuk menjaga kebahagiaan rumahtangganya dengan doa :
“ Ya Allah , ya Tuhanku, dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada diriku dan suamiku. Berkatilah keluarga yang kami bina  dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan kami ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah kami ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang kami bina ini berkekalan hingga ke akhir usia dan pertemukan kami nanti di syurga-Mu, dan kurniakanlah kepada kami zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di hari akhirat dan jauhkan kami daripada seksaan api neraka"



Wanita solehah sentiasa bekerja bersama-sama dengan suaminya untuk berdakwah dan menjalankan tarbiah. Dia juga sentiasa melaksanakan amar makruf nahi mungkar terutama untuk para wanita sendiri. Jika beliau seorang berilmu maka ilmunya akan sentiasa disampaikan kepada orang lain supaya ilmu tadi akan mendatangkan manfaat.

Jika dia seorang hafizah maka perlulah mengajarkan ilmu al-Quran untuk mereka yang memerlukannya terutama para ibu dan kanak-kanak.

Wanita solehah juga sentiasa menjadi pendorong dan penggerak kepada para suami jika ada saatnya si suami merasa futur dan ingin berehat-rehat di rumah, kerana iman ini kadangkala naik dan kadangkala turun. Begitulah berlaku saling nasihat menasihati di dalam rumah tangga yang dibena.

Wanita solehah hatinya sentiasa terpaut (teringat-ingat) kepada Allah S.W.T.  Merasakan segala ketaatan dan amal ibadahnya itu, bukan daripadanya.  Sebaliknya itulah kurniaan Allah kepadanya. Apabila mendapat nikmat dan kesenangan, dia tidak leka dengannya tetapi hatinya terus terkenang kepada Allah yang memberi nikmat.

Sehingga dengan itu dia tidak pernah melupakan perintah syukur sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al Quran dalam surah Al Baqarah ayat 172 yang bermaksud: “Bersyukurlah kamu kalau betul engkau menyembahNya.”

Apabila didatangi dengan berbagai ujian tidak kiralah samada ujian besar mahupun kecil; bagaikan orang yang terkena kejutan elektrik; hatinya terus terkenang-kenang dosa-dosa yang telah dilakukan.

"Apakah ujian demi ujian yang datang itu untuk menghapuskan dosaku? Atau untuk mendidik diriku agar lebih  solehah? 'Wahai Tuhanku, kalau beginilah hukumanMu untukku di atas dunia ini, aku rela menerimanya dari diazab oleh api neraka yang amat pedih. Ampunkan dosa hambaMu ini ya Allah.”

Suami yang bertanggungjawab akan merancang dan melaksanakan tarbiah dirumah dan dibantu oleh isteri yang  solehah kerana tarbiah tidak boleh terhenti   dalam keadaan apa sekali pun kerana kelalaian dalam meneruskan tarbiah akan mendatangkan kepincangan.

Punca penceraian yang banyak berlaku kerana suami isteri hanya merancang dan melaksanakan hal-hal duniawi semata-mata dan tidak dimasukkan perancangan ukrawi iaitu pendidikan roh dan hati. Akibatnya jiwa tidak di isi dengan iman dan Islam dan akhirnya rohani menjadi kontang dan  nafsu menjadi penentu segala-galanya.



Wanita solehah sentiasa menghiasi diri dengan akhlak Islam dan sifat-sifat terpuji yang boleh melindungi dirinya dari kemurkaan Allah S.W.T., bersedia menjadi isteri yang taat kepada suami, berfikiran positif terhadap poligami dan bersedia berkongsi kasih sayang jika di takdirkan berlaku di dalam rumah tangga.Menjaga kehormatan diri, menjaga harta suami dan meneruskan proses tarbiah keatas anak-anak ketika ketiadaan suami di rumah.

Wanita Solehah juga pandai mengemas dan menghias rumah. Pandai menguruskan perbelanjaan keluarga dengan berjimat cermat dan tidak boros. Pandai mengambil hati suami dan anak-anak dan tahu menyediakan menu makanan yang berhasiat untuk keluarga dan berkemahiran menjahit pakaian.

Wahai lelaki yang mukmin! Jika kalian berhajat memiliki wanita solehah untuk menjadi isteri kalian yang memenuhi ciri-ciri yang dinyatakan di atas kalian perlulah memiliki ciri-ciri lelaki soleh yang taat dan patuh kepada Allah dan Rasul-Nya , berilmu dan mempunyai akhalak yang mulia. Maka barulah hajat kalian akan di makbulkan oleh Allah S.W.T. kerana dalam al-Quran Allah S.W.T. ada menyatakan bahawa lelaki soleh hanya  untuk wanita yang solehah. Sekufu dalam Islam adalah sama-sama beriman dan bertakwa, seiring sejalan menuju keredaan Allah S.W.T.

Monday, March 21, 2011

Wanita Solehah Lebih Mulia Daripada Bidadari Bermata Jeli

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya :

Aku bertanya, "Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari bermata jeli?

Baginda menjawab, "Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat."

Aku bertanya, "Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari?"

Baginda menjawab, "Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas."

Mereka berkata : "Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali. Kami reda dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya."

(Hadis Riwayat ath-Tabrani)

Subhanallah...alangkah mulianya darjat seorang wanita solehah! Sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi motivasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..

Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?

Wanita solehah seniasa mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi cintanya kepada dirinya sendiri dan manusia seluruhnya.

Wanita solehah tidak suka perangai wanita jahiliah yang suka berhibur dan berhias diri hingga menimbulkan fitnah dunia.

Wanita solehah tidak bermusafir melainkan bersama mahram atau suaminya. Kecuali dalam keadaan terpaksa dan berhati-hati menjaga keselamatan dirinya.

Wanita solehah sentiasa membantu dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa dan menjauhkan dirinya daripada membantu dalam bermaksiat kepada Allah S.W.T.

Wanita solehah sentiasa bersedekah dan infak di jalan Allah, samaada dalam keadaan susah atau senang.

Wanita solehah sentiasa berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, adik beradik dan kaum kerabatnya, tidak suka memutuskan silaturahim

Wanita solehah sentiasa menjaga solat fardu , puasa Ramadan, mentaati suaminya dan menjaga kehormatan diri.

Wanita solehah sentiasa menjaga hubungan baik dengan jiran tetangga dan menghormati tetamu.

Wanita solehah bukanlah dilihat  dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.

Wanita solehah bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya , tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.

Wanita solehah bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya menyayi dan bernasyid, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan yang benar, tidak mengumpat, mengadu domba dan keluar kata-kata kesat.

Wanita solehah bukan dilihat dari keahliannya berbahasa dan berpidato, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah untuk menegakkan kebenaran.

Berdasarkan ayat 31, surah An Nurr, Abdullah Ibn Abbas dan lain-lainnya berpendapat,

"Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram"(As Syeikh Said Hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)

Firman Allah S.W.T maksudnya : "Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik"(Surah al-Ahzab ayat 32)

Wanita solehah bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian yang berfesion dan mahal-mahal tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Bertudung labuh dan berbaju kurung tidak membenarkan bentuk tubuhnya di tonton oleh lelaki yang bukan mahram.

Wanita solehah bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.

Wanita solehah bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa reda dan kehambaan kepada Tuhannya, dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.

 Wanita solehah bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul dan sentiasa menjauhkan dirinya daripada fitnah.

Sahabat yang dimuliakan,
Wanita solehah itu berhati lembut, menyenangkan dan menyejukkan bila dipandang mata serta menenteramkan hati setiap pemiliknya. Dialah wanita solehah yang menjaga kesucian dirinya. Allah telah menetapkan beberapa wanita mulia sebagai penghuni surga dan penghulu (pemimpin) para bidadari.

Firman Allah S.W.T. dalam surah ad-Dukhan ayat 51-54 maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang bertakwa berada di tempat yang aman. Di dalam taman-taman dan mata air-mata air. Mereka memakai sutera halus dan sutera tebal (duduk) berhadap-hadapan. Demikianlah dan Kami jodohkan mereka kepada bidadari-bidadari bermata jeli".

Ingatlah wahai lelaki mukmin! Orang yang terbaik dikalangan kalian adalah orang yang berbuat baik kepada isterinya (wanita solehah) dan memuliakan kaum wanita. Nabi S.A.W mengatakan orang lelaki yang menghina wanita adalah orang yang tidak tahu budi.

Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) Lagi sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Hadis Riwayat Abu ‘Asakir).

Nabi S.A.W.  bersabda yang bermaksud " Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita solehah. "

Begitulah Islam memuliakan wanita solehah bukan saja dia adalah bidadari di dunia tetapi dia juga akan menjadi ketua bidadari di syurga.

Tuesday, March 15, 2011

Jalan-jalan ke Terengganu...

11.03.2011: hari yang dinanti-nanti.. Aku, Ummi dan Nisa'e menunggu di stesen bas Larkin untuk ke Terengganu. 5 jam menunggu di sana sesuatu yang memenatkan ditambah dengan perjalanan yang memakan masa lebih 8 jam menambah lagi kesengalan tulang belakangku.
12.03.2011: Subuh lagi kami tiba di Kuala Terengganu. Menunggu ketibaan sahabat yang lain. Dari jauh dah nampak kelibat Kak Najihah dan diikuti Kak Supriyani. Aku, Nisa'e dan Kak Yani bertolak ke Hotel Midtown manakala Ummi dan Kak Jihah menunggu Iffah yang tiba lewat. Sambil menunggu masa check in, kami mencari gerai bagi mengisi perut yang kosong sedari malam tadi. Sempat menjelajah sekitar bandar Kuala Terengganu. jalan-jalan ke Pasar Payang bersama jeng..jeng..jeng. (hahaha). Bilik yang hanya untuk 2 orang, kami sumbat dengan 6 orang, memang penuh tapi happening. lepas Asar kami ke Kuala Ibai, rumah ustaz Alhaudie. pening..pening..pening.. Tiba-tiba ada problemma kat bahagian memasak. Dan seperti yang ku jangka.. Ummi dengan selambernya menyerahkan tugas itu kepadaku.. Aku??? Alaaaa..baru ingat nak makan makanan Terengganu. Malam lepas isya' ingat nak gi Mydin beli barang. Tapi kasihankan seorang sahabat ikhwan yang baru sampai (naik motor dari KL ke Tganu), maka kami memenuhi sessi melantak. Makan simple-simple. Kemudia bergegas ke Mydin (walaupun ada lagi 40 minit sebelum Mydin tutup) Pergh...bayangkan dalam masa 30 minit, kami dikehendaki mencapai semua barangan yang diperlukan untuk memasak sepanjang 2 hari program. kelam kabut tapi akhirnya kami berjaya!!! malam tu balik..kami kepenatan. Tidur mati.

13.03.2011: Hari pendaftaran. tapi lepas subuh kami dah bertolak ke rumah ustaz Alhaudie. Sampai je terus ke dapur membantu Kak Ani (isteri ustaz) memasak. Disebabkan awal-awal lagi ummi dah berikan tugas di dapur dengan aku..maka sampai ke tengah hari la aku terperap kat sana. Seronok bila dapat jumpa sahabat sahabat halaqah.net. Ustaz hasin..Kak Keju.. Aliya..Suhaila dan yang lain-lain. program memang padat sampai tak cukup rehat. petang lepas Zuhur ada ceramah.Lepas ceramah aku perap ikan pari dan ikan kembung. Ops, sebelum tu Kak keju dengan ibu ustaz siang ikan sebab kalau serah kat aku..alamak tak serupa ikan la jawabnya...sambung malam ada ceramah di Masjid Kg Kolam.. Tapi yang paling best, malam tu lepas ceramah ada bbq..Berpeluh-peluh Pak Long dan naim nak hidupkan api. kesian.. Makanannya??? sedapnya...... Alhamdulillah, semua makanan habis.

14/03/2011: Sarapan pagi ustaz tempah nasi dagang, so aku dan Kak yani tinggal buat air. Lepas makan, kami buat mural di PASTI manakala peserta ikhwan pergi bersihkan kubur. Mula-mula macam tak cantik je mural tu tapi lama-lama cantik juga.. hahaha..Tengok jam dah pukul 11, Kak keju tak datang-datang. padahal dia yang sepatutnya masak nasi ayam. jadi, bila tengok masa dah makin suntuk, akulah yang mengambil alih tugas dia (mengelat!!!!!!!). Nasib baik Kak Ani dah start goreng ayam dan potong sayur. Aku tinggal masak nasi, sos dan sup. Ayam tu dah diperap daripada semalam jadi memang mudah la kerja hari ni.
Lepas makan, masuk waktu Zuhur. kena cepat sebab pukul 2 ustaz Azhar idrus nak datang. Adakan sessi soal jawab bersama beliau. Lepas tu kemas barang di homestay dan ke dapur untuk masak mee hoon. Lepas Asar baru dijalankan aktiviti penyampaian hadiah.. Pukul 6 kami bertolak p[ulang. Masa ni sangat sedih. Tapi malunya....sempat juga yang menyakat aku. cehh, tak apa..tak apa.. ada lori ada bas.

Aku naik kereta kak keju dengan Ummi dan Nisa'e. yang lain ada yang naik bas..motor dan kereta. kami tak balik ke Johor sebaliknya ke KL dulu. Pukul 3 pagi sampai di rumah anak ummi, tumpang sekejap di sana.

15/03/2011: Pukul 8.00 pagi bertolak ke Johor bahru. Sampai rumah mak pukul 3 petang..zzzzzz

Tuesday, March 8, 2011

Solatlah Dengan Khusyu'

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Masud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah s.a.w: 
"Apakah amalan yang paling utama?"
 Baginda s.a.w. bersabda: "Soalt pada waktunya."
 Aku bertanya lagi: "Kemudian apa lagi?"
 Baginda s.a.w. bersabda: "Berbakti kepada kedua orang tua. "
Aku bertanya lagi: "Kemudian apa lagi? "
Baginda s.a.w. bersabda: "Berjuang pada jalan Allah."
Kemudian aku bertanya lagi kepada Baginda s.a.w., semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan baginda s.a.w."
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Berapa ramai orang yang mendirikan solat, tetapi yang diperolehinya hanya penat dan letih kerana mereka itu lalai dalam solatnya."

Menurut Imam Ghazali bahawa solat itu ialah merupakan munajat seorang hamba terhadap Tuhannya. Apabila solat itu sebagai munajat sudah tentu ia dilakukan dengan penuh kesedaran di samping khusyuk dan tawaduk. Bagaimana mungkin seorang yang lalai boleh berbisik atau berdialog dengan Allah.

Khusyuk menjadi syarat sama ada solat seorang akan diterima oleh Allah. Jika khusyuk tidak wujud dalam diri orang yang menunaikan solat, maka ruang kosong itu pasti terisi dengan sifat lalai. Orang yang lalai tidak akan merasai keagungan Allah, sekalipun lidahnya mengucapkan kalimah-kalimah yang mengandungi kata-kata pujian kepada Allah.

Solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih awal di akhirat kelak oleh Allah berbanding amalan-amalan lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan lain.
Solat itu, hebat statusnya dalam pandangan Allah, hebat cara penurunan kepada Rasulullah s.a.w. hebat cara melakukannnya, ditentukan waktunya, terikat kepada beberapa syarat rukun dan sunat sunatnya.

Di antara syaratnya mestilah suci dari hadas kecil dan besar, tubuh badan, pakaian dan tempat solat mestilah bersih dan segala najis dan kotoran dan mesti menghadap kiblat (Baitullah). Kedudukan Solat adalah sebagai tiang agama, tertegaknya solat maka tegaklah agama dan runtuhnya solat maka runtuhlah agama, dan kita harus INGAT..ianya merupakan soalan pertama yang akan diajukan kepada kita semua sewaktu sekalian manusia itu dihisab di Padang Masyar nanti. Sabda Nabi s.a.w. maksudnya :
“ Persoalan pertama yang akan ditanya manusia di akhirat kelak dan amalannya ialah persoalan solat. Jika solatnya diterima oleh Allah, maka akan diterima seluruh amalannya yang lain dan sekiranya solatnya ditolak oleh Allah, akan ditolak semua amalannya ” 
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majjah)  

Hadis ini bermaksud : Jika ibadah solat itu diterima Allah, maka akan diterima semua amal ibadah yang lain, tetapi jika ibadah solat itu ditolak maka ibadah yang lain juga akan ditolak. Kerana solat ini terlalu tinggi darjatnya disisi Allah, lantaran itu perintah solat ini diterima Nabi s.a.w. mendapat perintah solat secara langsung daripada Allah s.w.t. di Arash Illahi. 
Antara amalan untuk mendapat khusyuk dalam solat dan kemanisan ibadah ada 17 perkara :

1.Sentiasa melaksanakan solat berjemaah (yang paling afdhal ialah di masjid).

2.Menjaga makan minum agar terjamin halalnya (pastikan tidak di makan makanan yang haram dan syubhat kerana ianya boleh mengelapkan hati).

3.Membanyakkan sedekah kepada fakir dan miskin.

4.Jangan solat dengan menangguh untuk membuang air besar atau kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat.

5.Mengambil wudhuk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota wajib serta mengingati niat atau do'a apabila air melalui di tiap-tiap anggota.

6.Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti akan menghadap pembesar negeri.

7.Tempat sujud dipastikan tidak ada gambar yang menganggu fikiran atau membimbangkan hati.

8.Mengingatkan mati dan kemungkinan itulah solat kita yang terakhir dalam hidup.

9.Menyedari bahawa kita sedang berhadapan dengan Allah Yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hamba-Nya.

10.Memenuhkan dada dalam perasaan takut dan rendah diri kepada Allah yang melihat segala gerak geri kita.

11.Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Al-Qur'an dan segala zikir.

12.Sebelum mengangkat takbir, membaca surah An-Nas, selawat atas Nabi s.a.w., istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan.

13.Memandang ketempat sujud dan tidak terlalu banyak mengerakkan anggota badan.

14.Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.

15.Memanjangkan sedikit tempoh semasa rukuk dan sujud.

16.Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan solat.

17.Jangan menjeling ke kiri dan ke kanan. 

Akhirkata marilah sama-sama kita perbaiki solat kita supaya ianya menjadi khusyuk dan berkualiti dan dapat di persembahkan kepada Allah s.w.t sebagai persembahan yang pertama ketika berhadapan dengan Allah s.w.t. di hari akhirat nanti. Bila lulus solat kita maka segala amalan-amalan yang lain akan mudah melalui proses timbangan amal. Semoga kita ditempatkan oleh Allah s.w.t. kedalam Syurga yang disediakan-Nya untuk hamba-hamba-Nya yang dikasihi.

Tips Memilih Sahabat

Assalamualaikum..

Kali ini saya nak kongsi tips bagaimana nak pilih sahabat. Sahabat ni ada macam-macam sahabat. Sahabat dunia akhirat..sahabat dunia saja.. sahabat menangis dan ketawa.. ada sahabat yang datang time ketawa sahaja tapi jarang sangat nak jumpa sahabat yang hanya time menangis saja, time ketawa dia hilang... ( ada ke?) Tak kiralah sahabat yang bagaimana pun kita cari, kalau boleh pastikanlah sahabat itu benar-benar membawa kita ke jalan kebaikkan, bukannya kehancuran.


NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.



Susah bukan nak cari sahabat sebegini? Namun percayalah..kalau kita benar-benar ikhlas dalam menjalin ukhuwwah persahabatan, InsyaAllah DIA akan mempertemukn kita dengan sahabat yang benar-benar membawa kita ke jalanNYA. Yang penting jangan putus untuk berdoa. insyaAllah.

Monday, March 7, 2011

Cari Jodoh????

Setiap manusia menginginkan pasangan yang baik dalam kehidupan ini.Justeru itulah, fenomena dalam masyarakat kita memperlihatkan kebanyakan wanita atau lelaki baik akan berumahtangga dengan pasangan yang baik juga dalam kehidupan mereka. Perkahwinan antara wanita atau lelaki baik dengan pasangan baik dikira sebagai sesuatu yang wajar dan amat bertepatan dengan keadaan kerana seseorang yang baik sudah sepatutnya berpasangan dengan yang baik juga. Jika diqiaskan kepada rupa, ia boleh diibaratkan sebagai "pertemuan bagai pinang yang dibelah dua."
Di dalam al-Qur'an,Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:    "Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."

Bagaimanapun, fenomena dalam masyarakat kita juga memperlihatkan, sesetengah manusia baik sama ada wanita atau lelaki tidak pula bertemu jodoh dengan pasangan yang baik. Disebabkan keadaan itu, rumahtangga mereka juga sering kelihatan tidak bahagia dan sesetengahnya turut musnah.Kenapa kejadian seperti itu berlaku? Sedangkan di dalam Surah an-Nur; ayat 26, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud,

"Wanita baik untuk lelaki baik dan lelaki baik untuk wanita baik."

Pada sesetengah pihak, ayat 26 dalam Surah an-Nur itu difahamkan sebagai janji Allah kepada setiap hambaNya yang akan menjodohkan seseorang yang baik dengan pasangan yang baik juga. Sedangkan pada dasar dan hakikatnya, malahan dalam sebarang keadaan, tempat dan masa, Allah s.w.t. tidak sekali-kali memungkiri janjiNya kepada setiap hambaNya.

Dengan kewujudan perkahwinan seseorang yang baik sama ada wanita atau lelaki dengan pasangan yang tidak baik, sesetengah pihak turut bertanya, apakah pula hikmah yang terselit di sebalik ketentuan Allah terhadap jodoh seseorang yang baik dengan yang tidak baik itu?

Yang sebenarnya ayat tersebut bukanlah menyentuh Qadha' dan Qadar Allah terhadap jodoh seseorang. Dengan kata lain,ia juga bukanlah merupakan janji Allah kepada manusia baik yang akan dijodohkan dengan pasangan yang baik.Sebaliknya, ayat berkenaan merupakan peringatan Allah kepada setiap hambaNya atau kepada umat Islam agar memilih manusia yang baik untuk dijadikan pasangan hidup masing-masing.Untuk memahami ayat tersebut dengan mendalam, setiap umat Islam perlu mengetahui sebab-sebab atau latar belakang penurunan ayat berkenaan oleh Allah s.w.t. Ayat itu sebenarnya diturunkan oleh Allah ekoran terdapat tuduhan atau fitnah terhadap isteri Rasulullah s.a.w. Siti Aisyah yang kononnya melakukan perbuatan jahat dengan seorang lelaki.

Ekoran fitnah itu, ada umat Islam yang mempercayainya. Sedangkan yang sebenarnya, Siti Aisyah itu wanita yang amat baik dan amat suci yang tidak pernah melakukan perbuatan sedemikian, malahan tidak pernah sedikitpun pun terniat melakukannya. Disebabkan peristiwa itulah, Allah s.w.t. menurunkan ayat itu.Ia merupakan penjelasan Allah mengenai kedudukan sebenarnya mengenal fitnah itu yang tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

Selanjutnya setiap umat Islam juga perlu memahami dengan mendalam firman Allah s.w.t. dalam Surah an-Nur; ayat 3 yang bermaksud:
 "Laki-laki berzina tiada berkahwin melainkan dengan perempuan berzina pula, atau perempuan musyrik.Perempuan berzina tiada berkahwin, melainkan dengan laki-laki berzina pula atau laki-laki musyrik.Yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang beriman."

Ayat tersebut tidak bermaksud lelaki yang berzina hanya mesti berkahwin dengan wanita yang berzina dan wanita yang berzina hanyalah boleh berkahwin dengan lelaki yang berzina sahaja. Jumhur ulama mengatakan, hukum ayat itu telah dimansukhkan oleh Allah s.w.t. Ia dimansukhkan oleh Allah dengan ayat 32-33 dalam Surah an-Nur juga yang bermaksud kahwinilah wanita di kalangan kamu, dengan terjemahan penuhnya yang bermaksud:

"Dan kahwinlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan hamba sahaya lelaki dan perempuan yang soleh. Kalau mereka miskin, nanti Allah akan memberikannya kekayaan dari kemurahanNya dan Allah itu luas pemberiannya dan Maha Tahu. Orang-orang yang tiada memperoleh belanja, hendaklah menjaga kehormatan (jangan berzina), sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya. Hamba-hambamu yang menuntut mukatabah (kemerdekaan dengan pembayaran wang), hendaklah kamu terima, jika kamu ketahui bahawa ada kebajikan pada mereka. Berikanlah kepada mereka harta Allah yang diberikanNya kepadamu. Janganlah kamu paksa hamba-hambamu berzina, jika mereka menghendaki kesucian, supaya kamu mendapat harta benda waktu hidup di dunia. Barang siapa memaksa mereka, maka Allah sesudah paksaannya itu Pengampun lagi Penyayang.

Dengan pemansukhan itu bermakna ayat itu sudah tidak lagi menuntut umat Islam sama ada lelaki atau perempuan yang berzina hanya boleh berkahwin dengan yang berzina sahaja, tidak dengan yang baik.

Sebaliknya ia telah menjadi umum. Lelaki yang baik dibolehkan berkahwin dengan wanita yang berzina, perempuan yang berzina dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang baik, perempuan yang baik dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang berzina atau lelaki yang berzina juga boleh berkahwin dengan wanita yang baik. Jadi maknanya, jodoh pertemuan seseorang itu di tangan Allah, tetapi kita diminta berusaha memilih pasangan yang baik, yang soleh atau solehah. Kalau seseorang itu mendapat jodoh dengan pasangan yang kurang baik, pasangannya yang baik itu mestilah berusaha membaiki perangai pasangannya yang kurang baik itu.

Berhubung dengan perubahan perangai seseorang yang kurang baik menjadi baik apabila berkahwin dengan orang yang baik pula, kalau seseorang yang kurang baik atau tidak baik sama ada lelaki atau wanita berkahwin dengan orang yang baik, tidak pula boleh dikatakan perangainya akan pasti berubah menjadi baik sejajar dengan kedudukan pasangannya sebagai orang yang baik.Tetapi pengaruh persekitaran dari orang yang baik mungkin mempengaruhi individu dari tidak baik kepada baik. Inilah kekuatan agama yang ada pada diri seseorang yang mampu untuk menarik pasangannya mentaati Allah dan RasulNya.

Dalam Islam, seseorang yang baik dengan menilai baik hubungannya dengan Allah dan hubungannya dengan manusia. Kalau orang yang baik itu ada kekuatan agama seperti yang dimaksudkan tadi diharuskan dia berkahwin dengan orang yang kurang baik itu, untuk tujuan menyelamatkan orang berkenaan sama ada lelaki atau perempuan dan terus hanyut dalam kesesatan atau kemaksiatan. Ini adalah dakwah.

Dalam Islam, kalau seseorang tu telah bertaubat, kita disuruh menerima orang yang sudah bertaubat itu. Kalau tidak, berdosa. Sebab dalam Islam, orang yang sudah bertaubat itu dikira sudah bersih.Tetapi terdapat juga kejadian di mana masyarakat tidak menerima orang yang telah bertaubat.

Inilah silapnya sesetengah anggota masyarakat kita. Orang yang sudah bertaubat pun dikatakan masih jahat juga. Banduan-banduan yang sudah keluar dan penjara yang sudah bertaubat itu sepatut diterima baik oleh masyarakat.Bohsia dan bohjan, penagih dadah dan sesiapa sahaja yang bersalah dan kemudian yang sudah bertaubat sepatutnya kita terima mereka dan didik mereka ke arah Islam.Tetapi sesetengah anggota masyarakat kita tidak juga mahu menerimanya.Akibatnya,ia mendatangkan kesan buruk pula kepada orang berkenaan dan kepada masyarakat.

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :
 "Dan orang-orang yang apabila berbuat kejahatan atau menganiaya dirinya, (kemudian) mereka ingat akan Allah, lalu mereka meminta ampun atas dosanya. Dan tiadalah yang mengampunkan kecuali Allah. Mereka tiada berkekalan di atas dosanya itu sedang mereka mengetahui."
(Surah  Ali Imran ayat 135 )

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertaubat dan mengasihi orang yang mensucikan dirinya." 
( Surah Al BaQarah ayat 222 )

(Di petik daripada tulisan Mohd Syafiqi Zakaria)