Hidup ini mesti ada tujuan.... Tujuan menuju ke jalanNYA.. Mengenali siapa kita sebenarnya... Sebagai seorang hamba yang menunaikan hak kepada Tuhannya... Allahu Akbar...

Friday, August 20, 2010

Tutup Aurat Bermusim.......

Bila masuk bulan puasa..maka akan berlakulah beberapa perubahan. Di Facebook, kelihatan beberapa kenalan mula mengenakan tudung. Kat kawasan rumah pun begitu. Aweks-aweks yang dulunya pakai agak mencolok mata dah mula tukar imej.. Alhamdulillah... Aku hargai niat mereka.. Dan aku juga mendoakan agar Allah membuka hati mereka untuk terus menutup aurat...bukan bertudung sema-mata sebaliknya tutuplah aurta dengan sempurna. Bukan hanya di bulan Ramadhan Al-Mubarak ni..tapi berterusan hingga ke akhirnya. InsyaAllah..
Kerana.. Kita tidak boleh menipu Allah, sebaliknya kita telah menipu diri kita sendiri.. Adakah kita beranggapan Allah hanya ada pada bulan Ramadhan? Atau kita hanya takutkan Allah ketika bulan Ramadhan? Atau hukum menutup aurat ada pada bulan Ramadhan?



Apabila seorang wanita keluar rumahnya (kerana suatu hajat yang diizinkan syara’) atau ketika berhadapan lelaki bukan muhrimnya kerana (suatu hal yang diizinkan syara’), WAJIB atas dia menutupi seluruh tubuhnya dengan jilbab (pakaian luar yang labuh) sebagaimana perintah Allah Ta’ala : 


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan jilbabnya (pakaian labuh diluar)  bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[Al-Ahzab (33)  : 59]  



“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”  [An-Nur (24) : 31]



Sabda Rasulullah      صلى الله عليه وسلم

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim

Daripada Aisyah     رضي الله عه   bahawa Asma’ binti Abi Bakr datang menemui Rasulullah    صلى الله عليه وسلم   dengan berpakaian nipis. Rasulullah  berpaling daripadanya seraya bersabda :

“Wahai Asma’, perempuan yang sudah mengalami haid, tidak boleh dilihat kecuali ini” Baginda lalu menunjuk kepada muka dan dua tapak tangan baginda " (Abu Daud)



"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); dan  Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)


Renung-renungkan...Selamat beramal...

Nak Jalan Sambil Tutup Mata...

Hari ni 10 Ramadhan... Alhamdulillah, aku dapat menjalani ibadah puasa dengan gembira, sebab sekian lama berpuasa di asrama dan rumah sewa, tahun ni aku berpuasa sepenuhnya di rumah. Seronok berbuka bersama keluarga terutama dengan kerenah anak saudara yang berlima. Nabil baru berusia 5 tahun, tapi dah mula sibuk nak puasa walaupun kadang-kadang mengelat juga. Itu bab puasa dengan family... La ni nak kongsi kisah 1 hari di hari puasa.. Balik dari kerja, Aisyah dah tunggu kat depan pintu. Dengan muka penuh pengharapan (cehhh!).

"Cik, jom gi bazar." Kata Aisayah
"Alah, cik penat la chah.. esok je la," balasku acuh tak acuh. Aisyah hampa. Dia masuk ke dalam.. (rupa-rupanya ngadu kat abah. Hampeh betol).. Bila abah dah hulur duit, tak kan aku tak nak pergi pula kan. Jadi pergi la juga. Jam masa tu baru pukul 6 petang. 

Sampai kat bazar... Mak oiiii!!!!! Sesaknya.... Tak boleh nak lalu. Ramai sangat orang. Ikutkan hati, nak je aku patah balik..tapi tak nak hampakan budak-budak tu. So, aku pimpin Nabil. Aisyah dan Alia aku suruh jalan kat depan. Aku bagi mereka sorang RM3 dan biar mereka buat pilihan mereka sendiri. Aku pun jalanlah dengan Nabil dan 2 orang kakaknya.. Sambil tu, elakkan diri juga dari berhimpit dengan lelaki. Tapi dalam pada masa yang sama..lemah rasa bila mataku menjamu pemandangan yang kurang enak. Nak je aku jerit..kalau ye pun nak tempah neraka..hormatlah sikit pada orang yang nak kejar syurga!!! (Bak kata seorang sahabat..) Yang lelaki..apa salahnya pakai seluar panjang. Itu lelaki, belum sentuh yang perempuan lagi tu. 

Habis je anak-anak sedaraku membeli..kami terus blah.. Haha ini baru namanya beli belah. tak sanggup nak tunggu lama kat bazaar tu. Kalu boleh jalan pun nak tutup mata. Tak mo bukak dah. Seksa..seksa..

Itu kisah kat bazaar. Balik tu, masa buka puasa, aku rasalah apa yang dibeli anak sedaraku.. Murtabak satu RM3. Tapi aku rasa macam makan roti canai.. Tak macam makan murtabak. Alahai, kalau ye pun nak berniaga..janganlah sampai macam ni sekali. Dah la kecik je murtabak tu.. daging pun tiga empat butir je.. yang penuh, bawang. Air tembikai dah jadi air gula.. Belum lagi kuih muih yang tak cukup santan. Ada yang dah masam dah (tanda kuih tu kuih semalam tapi dijual balik). Bukankah menipu namanya. Berkat ker rezeki tu agak-agak? Apa nak jadilah...

Friday, August 6, 2010

Kenapa Umat Islam Lemah???

Nisbah kepada pemikiran logik 'aqal sukar diterima Ummat Islam berjumlah lebih kurang 1.5 billion lemah tak terdaya menghadapi 14juta Yahudi; Lebih kurang 107 orang Islam mengerumuni 1 ekor Yahudi La'natullah. 
Sebahagian orang Islam percaya puncanya kerana Ummat Islam tiada senjata canggih seperti Yahudi!
Sebahagian lagi berpendapat Ummat Islam tidak cukup latihan ketenteraan menghadapi mereka.!
Beberapa orang cerdik pandai agama lagi berkata, kita kekurangan Ilmu sains dan tenologi.!
Yang lain2 ada berpendapat kita kekurangan pakar2 strategi !
Samada yang bersuara seperti ini ada dikalangan orang awam, cerdik pandai agama atau pemimpin2 Islam! 
Benarkah dakwaan2 ini ?
Sejauh mana dakwaan, pendirian dan pandangan2 tersebut bertepatan dengan Al-Qur'an dan Sirah perjuangan Nabi Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam. 
Ini adalah perkara yang patut kita sama2 muhasabah diri. Kerana bagi orang Islam yang sebenar beriman tiada panduan dan pegangan mutlak melainkan perintah Allah dan Sunnah RasulNya. Orang yang teguh pendiriannya akan selamat. Orang yang mencari selainnya akan binasa di dunia dan rugi diakhirat.
Firman Allah Ta'ala:
Al-Anaam [6:153] Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.
Yusuf [12:108] Katakanlah (wahai Muhammad): "inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."

Mari kita renung sirah Nabi Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam yang menjadi pemimpin sepanjang zaman!
Apakah punca kemenangan Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam serta sekalian sahabat Ridhwanullah didunia dan kebahagian di akhirat. 
Mengapa Ummat Islam yang sedikit mendapat kemenangan keatas kafir yang mencapai ribuan ; dengan nisbah 1 melawan 300, atau 1 melawan 1,000 atau 1 melawan 10,000?. 
Mengapa Ummat Islam yang tiada senjata atau sedikit senjata dapat menghadapi kuffar yang lengkap bersenjata? 
Mengapa kafir Mekah, kafir Parsi, kafir Rom semuanya tunduk tersungkur di hadapan Islam sedangkan mereka mempunyai pakar2 strategi dan jauh lebih berpengalaman dalam taktik peperangan ???
Mengapa???
Apakah kekuatan itu ada pada senjata? 
Atau pada bilangan ramainya manusia?
Atau pada Ilmu Sains dan teknologi? 
Renunglah dengan Keimanan.......bacalah Kalam Tuhan Yang Maha Agung dengan penuh ketakutan!

Wednesday, August 4, 2010

Nasyid by Alarm Me - ADAKAH KAU LUPA (Best Quality HD) SALADIN the anima...



Hayatilah video ini... Kemudian cubalah renung kembali.. Bandingkan kekuatan Islam dahulu dengan kekuatan Islam kini... Bangkitlah saudara-saudaraku.. Pertahankan agama kita.. Jangan terus kau leka. Perjuangan kita masih belum selesai.

Tuesday, August 3, 2010

Ahlan Ya Ramadhan...

Tinggal berapa hari lagi Ramadhan bakal menjelma.. Menyinari hari-hari kita dengan zikrullah dan alunan qalam-NYA. Semoga  Allah memanjangkan umur kita agar kita mampu bertemu denganNya dan semoga kita dimasukkan ke dalam golongan manusia yang keluar dari Ramadhan lalu diampunkan dosa-dosa mereka. Dikesempatan ini, saya ingin mengajak sahabat sekalian menyingkap peristiwa yang berlaku di bulan Sya'ban tahun kedua hijrah (sebulan sebelum Ramadhan pertama umat Islam). Keempat-empat peristiwa tersebut amat berkait rapat dengan tabiat dan matlamat pembinaan sebuah ummah yang kuat. Empat peristiwa tersebut adalah:
·                                 Pensyariatan puasa di bulan Ramadhan (Al-Baqarah: 183)
·                                 Pensyariatan perincian zakat (At-Taubah: 103)
·                                 Kewajipan mengangkat jihad senjata (Al-Baqarah: 190)
·                                 Penukaran qiblah dari Masjid Aqsa ke Masjidil Haram (Al-Baqarah: 144)




Keempat-empat peristiwa ini berlaku di bulan yang sama (Sya’ban tahun kedua hijrah) sebagai satu persiapan untuk umat Islam menghadapi satu peristiwa besar yang berlaku pada bulan seterusnya iaitu perang Badar Kubra (17 Ramadhan tahun kedua Hijrah).
Perang Badar adalah peperangan yang benar-benar menguji kekuatan umat Islam. Ia adalah peperangan yang besar dan menjadi lonjakan baru bagi umat Islam. Getirnya peperangan ini boleh difahami dari doa Rasulullah s.a.w. yang berdoa di medan peperangan: “Ya Allah, jika musnah kelompok Islam ini nescaya Kamu tidak akan lagi disembah di atas muka bumi.”
Untuk menghadapinya Allah telah melakukan tapisan dan saringan. Perang Badar hanya disertai oleh 313 orang sahabat r.a. yang benar-benar bersedia. Mereka adalah kelompok sahabat yang terbaik menurut ramai ulama’.
Untuk menghadapinya juga Allah telah mengkhususkan sesuatu hanya untuk umat Islam iaitu puasa Ramadhan dan penukaran kiblah ke Masjidil Haram. Dua peristiwa ini membezakan umat Islam dari umat yang lain. Umat Islam tidak cukup dengan puasa Asyura kerana orang-orang Yahudi juga berpuasa Asyura. Begitu juga tidak berpada dengan berkiblatkan al-Quds kerana agama lain juga ada yang berkiblatkan al-Quds. Dua peristiwa ini melahirkan tamayuz dan memberikan umat Islam identiti yang istimewa. Dengan identiti baru ini umat Islam berasa cukup bangga dan mulia seterusnya melahirkan keyakinan diri yang amat tinggi untuk berhadapan dengan apa juga ujian dan cabaran.
Puasa dan ibadah di bulan Ramadhan pula telah mentarbiah para sahabat r.a. dan meninggikan martabat mereka. Sesungguhnya matlamat Ramadhan adalah takwa itu sendiri. Allah berfirman yang maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183)
Bahkan zakat itu juga bertujuan untuk menyucikan jiwa demi mengangkat martabat mereka. Allah berfirman yang maksudnya:
“Ambillah harta dari orang kaya mereka sebagai satu sedekah untuk membersihkan dan menyucikan jiwa mereka dengannya.” (At-Taubah: 103)
Dengan kekuatan dalaman itulah umat ini bangun. Jasad yang gagah semata-mata tidak akan mampu ke mana-mana tanpa tolakan dalaman yang kuat.
Demikian kita melihat silsilah peristiwa yang berlaku sejak bulan Sya’ban hingga ke Ramadhan tahun kedua hijrah; kesemuanya tersusun melahirkan umat yang benar-benar gagah dan disegani oleh musuh-musuhnya. Moga kita dapat menghayatinya.



Sahabat.. Dikesempatan ini juga saya ingin memohon ampun dan maaf andai kata sepanjang perkenalan kita, ada kata-kata yang mengguris, ada perlakuan yang menghiris.. Sesungguhnya saya adalah hamba-NYA yang hina dan tak lepas dari melakukan kesalahan.. 



Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Ya Allah terimalah puasa dan qiam kami. Ampunkanlah segala dosa kami. Kurniakanlah kami lailatul qadar. Amin.


"Selamat Menyambut Ramadhan"