Hidup ini mesti ada tujuan.... Tujuan menuju ke jalanNYA.. Mengenali siapa kita sebenarnya... Sebagai seorang hamba yang menunaikan hak kepada Tuhannya... Allahu Akbar...

Friday, August 20, 2010

Tutup Aurat Bermusim.......

Bila masuk bulan puasa..maka akan berlakulah beberapa perubahan. Di Facebook, kelihatan beberapa kenalan mula mengenakan tudung. Kat kawasan rumah pun begitu. Aweks-aweks yang dulunya pakai agak mencolok mata dah mula tukar imej.. Alhamdulillah... Aku hargai niat mereka.. Dan aku juga mendoakan agar Allah membuka hati mereka untuk terus menutup aurat...bukan bertudung sema-mata sebaliknya tutuplah aurta dengan sempurna. Bukan hanya di bulan Ramadhan Al-Mubarak ni..tapi berterusan hingga ke akhirnya. InsyaAllah..
Kerana.. Kita tidak boleh menipu Allah, sebaliknya kita telah menipu diri kita sendiri.. Adakah kita beranggapan Allah hanya ada pada bulan Ramadhan? Atau kita hanya takutkan Allah ketika bulan Ramadhan? Atau hukum menutup aurat ada pada bulan Ramadhan?



Apabila seorang wanita keluar rumahnya (kerana suatu hajat yang diizinkan syara’) atau ketika berhadapan lelaki bukan muhrimnya kerana (suatu hal yang diizinkan syara’), WAJIB atas dia menutupi seluruh tubuhnya dengan jilbab (pakaian luar yang labuh) sebagaimana perintah Allah Ta’ala : 


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan jilbabnya (pakaian labuh diluar)  bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[Al-Ahzab (33)  : 59]  



“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”  [An-Nur (24) : 31]



Sabda Rasulullah      صلى الله عليه وسلم

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim

Daripada Aisyah     رضي الله عه   bahawa Asma’ binti Abi Bakr datang menemui Rasulullah    صلى الله عليه وسلم   dengan berpakaian nipis. Rasulullah  berpaling daripadanya seraya bersabda :

“Wahai Asma’, perempuan yang sudah mengalami haid, tidak boleh dilihat kecuali ini” Baginda lalu menunjuk kepada muka dan dua tapak tangan baginda " (Abu Daud)



"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); dan  Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)


Renung-renungkan...Selamat beramal...

No comments:

Post a Comment