Hidup ini mesti ada tujuan.... Tujuan menuju ke jalanNYA.. Mengenali siapa kita sebenarnya... Sebagai seorang hamba yang menunaikan hak kepada Tuhannya... Allahu Akbar...

Tuesday, October 18, 2011

Tempahan Kuih Tako @ Pelita..

Assalamualaikum WBT...
Semoga sahabat semua dirahmati Allah sentiasa..
Allahumma Amin Ya Lathif

Pening..pening..pening. Nak tahu tak kenapa saya pening? Sebab mula-mula mak suruh buat 200 biji kuih tako atau sesetengah tempat panggil tepung pelita.. 200 ni untuk anak sepupu yang nak buat tahlil hari sabtu ni.. Ok la, tak jadi masalah sebab den cuti.. Tiba-tiba tadi pagi..mak kata buat lagi untuk majlis cukur jambul anak sepupu ahadnya pula.. Haaaaa??? Itu paling tak pun kena buat lagi 300 biji.. Adoiyai..



Buat kuih ni memang mudah.. Tersangat la mudah. Cuma nak menganyam daun pandan tu ambil masa sikit.. Lebih-lebih lagi bila nak buat banyak. Tapi dah araham mem besar..Takkan nak cakap tak nak kot??
Maka....lusa..mulalah aktiviti menganyam daun pandan.. Nasib baik abah dah pandai buat..so ada yang tolong. Daun pandan ni tak pe..tahan kalau disimpan dalam peti ais (bungkus guna surat khabar). Jadi boleh buat awal.. Cuma susah nak cari sengkuang cina kat sini.. Kalau kat Taman U, banyak kat Jusco.. Cari kat Tesco tak de..Econsave tak de.. Kena pergi Kip Mart la jawabnya.. Huu...

Nak tahu tak macam mana nak buat kuih ni? Jom..saya bagi resepi..

Bahagian Bawah (Warna Hijau)
1 cawan tepung jagung
6 cawan air
3-4 titis pewarna hijau
1 1/2 cawan gula pasir (kalau tak nak manis..letak secawan je)
Senkuang cina yang dipotong dadu

Bahagian Atas (Warna Putih)
9 cawan santan
1 cawan tepung jagung
garam secukup rasa (biar lemak masin sikit)


Bahan ni kena bancuh asing-asing dalam periuk.. Didihkan dengan menggunakan api yang kecil.. Kacau sampai jadi pekat. tuang lapisan bawah dulu baru buat lapisan atas. Masa nak tuang lapisan hijau..masukkan sengkuang cina dulu dalam bekas/kotak pandan. Kalau guna santan kotak...1 kotak (bersamaan 1 cawan) tambah dengan 8 cawan air.. Oh ya...kalau tak nak guna pewarna hijau..nak guna air pandan boleh..tapi nanti tak cantik, warnanya keruh..Bagi yang tak pandai nak anyam daun pandan..boleh je tuang kat mangkuk plastik yang kecil (biasa orang buat dadih)..kemudian masa nak masak kuih tako tu, masukkan sekali 2-3 helai daun pandan yang dah disimpul dalam periuk..nanti dah pekat buanglah daun pandan tu.. So, ada la rasa pandan kat kuih tu walaupun guna bekas plastik..

So....apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang mencuba resepi yang confirm jadi dan confirm sedap.. Boleh jual tau.. daripada beli 3 seringgit.. Buat sendiri ni pun dah boleh dapat 50 biji lebih. ^__^  Selamat mencuba!!

2 comments:

  1. sedapnya..kedua-dua ni feveret mak saya...kalau di tempat saya di perlis/langkawi tako dan tepung pelita tu benda yang berbeza..

    kalau macam resepi Durratul kat sini kat sana panggil tako..kalau tepung pelita bahagian putih/hijau dibuat guna tepung beras tak letak sengkuang...

    pasni boleh buat tako ni..tapi letak dalam bekas plastik je kot sebab tak reti anyam2..:)

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya..kalau saya pun anggap tako dan tepung pelita berbeza sebab rasanya kalau tepung pelita...dia guna daun pisang, bukan pandan.. Tapi ada kawan saya yang tak kenal tako tu apa..dia panggil tepung pelita..

    Resepi ni memang mudah dan murah. Kos tak banyak sebab guna 2 cawan tepung jagung untuk hasilkan kedua adunan tu..dan hasilnya memang banyak.. Tak rugi mencuba..boleh jual.

    ReplyDelete