Assalamualaikum WBT
Semoga sahabat semua dirahmati Allah SWT..
21 Oktober 2010, saya melangkah masuk ke Taska Ihsan.. Bermulalah kehidupan saya bersama-sama anak-anak di sana.. Membawa hati yang sedih..di sanalah saya merawat hati saya. Ternyata..wajah suci anak-anak di sana berjaya mengubati luka. Alhamdulillah..saya bahagia di sana walaupun kadangkala terhiris juga luka lama..
05 Oktober 2011, saya melangkah keluar dari Taska Ihsan.. Hanya Allah yang tahu bagaimana sedihnya perasaan ini bila kali terakhir menatap wajah-wajah mereka.. Renungan Akiff cukup mengesankan dalam jiwa saya. Sehingga menitis air mata tatkala menyerahkan dia pada ayahnya. Entah kenapa...hari itu dia tidak mahu melepaskanku. Bila diletak dia menangis, tidurnya juga tidak lama.. Lebih banyak bermain denganku. andangan terakhirnya yang tak lepas-lepas mendekatkan bibirnya di mukaku.. Argh...sukarnya melupakan itu semua.. Aqlan, biasanya mahu tidur dengan orang lain..kali ini tidak mahu langsung dipegang selain diriku. Tak menang tangan bila terpaksa memegang Aqlan..Akiff dan yang lain. Petang tu..doaku dimakbulkan, Zubayr datang juga akhirnya setelah hampir 2 bulan bercuti. Paling terharu.. Bila ada penjaga yang bersusah payah menyediakan hadiah buatku.. Nak menitis air mata.. tak sangka dihargai.. terima kasih semuanya...
Hm..tak boleh nak cakap banyak sebab dah mengalir air mata ni. hanya Allah saja yang tahu segala isi hati. Apa pun, semoga Allah merahmati kalian dan menjadikan kalian anak yang soleh dan solehah.. Love all of you so much..
No comments:
Post a Comment