Hidup ini mesti ada tujuan.... Tujuan menuju ke jalanNYA.. Mengenali siapa kita sebenarnya... Sebagai seorang hamba yang menunaikan hak kepada Tuhannya... Allahu Akbar...

Thursday, October 20, 2011

Bila Nak Kawen????

Assalamualaikum WBT
Semoga Allah melimpahkan kasih sayangNYA buat semua pembaca..
Allahumma Amin Ya Rahim...

Ohoh...tajuk entri kali ni agak kontroversi... Kahwin..kahwin..kahwin... Pergh.. Cik Nurin ni dah boleh jadi doktor cinta dah.. Asyik-asyik cakap pasal kahwin..kahwin..kahwin.. (Ye ke???). Selalu ke cakap pasal kahwin?? Haha.. Ada la lima enam kali.. (pergh...banyaknya kali)



Nak buat macam mana kan..kan.. soalan ni lah yang selalu saya dengar.. Sama ada diajukan ke saya atau sahabat saya.. Dan sekarang ni saya rasa makin banyak pula persoalan ni dilayangkan ke saya.. Adakah kerana usia saya yang makin up..up..and up.. Tuakah saya?? Tua ke? Hm...25 tu tua ke? Huu...tuanya saya..
Memang la kadang-kadang terasa tua..(kadang-kadang ke?) apa lagi bila ramai sahabat yang melayangkan kad undangan walimah..belum lagi yang datang ke majlis dengan mendukung anak.. Mula la diri terasa... betul ke semua ni kawan saya?

Dan seperti biasa...jawapan lazim yang akan diberikan ialah... "bila dan sampai jodoh...." Memang soalan tahap selamat la ni.. Dan terkadang jawapan itu dibalas dengan ayat-ayat sinis penuh sindiran... atau cukup senyuman mengejek (tak tahulah kalau saya sorang perasan). Ayat "kau memilih sangat...", "tu la..hantaran tingi sangat.." memang dah biasa dah menyapa telinga.. Kalaulah setiap ayat itu mengeluarkan haba..rasanya dah cair meleleh tahi telinga..

Dan seperti biasa saya menjawab... "kalaulah hidup saya ni hanya perlu fikirkan diri saya seorang...memang senanglah saya nak buat keputusan.. Dah lama saya kahwin. Tapi saya masih ada mak ayah..yang selama ini menjaga saya..saya punya adik beradik yang selama ini banyak menolong saya.. Adakah patut saya membelakangi mereka?"

Dulu saya pernah tersilap langkah... ternyata Allah bukakan 'mata' saya.. Rupanya seburuk mana pun adik beradik kita... lambat laun, mereka jugalah yang akan menolong kita.. sebab kita darah daging mereka.. Tapi orang lain yang berjanji akan menjaga kita...membantu kita... lambat laun mereka akan membuang kita.. Sebab kita siapa? Kita bukan darah daging mereka.. Setahun dua mungkin bolehlah.. tiga empat tahun kemudian??? Sebab tu..andai anda terasa nak membuang keluarga, nak mengetepikan mereka..fikirlah sedalam-dalamnya..

Ok, kembali kepada soal jodoh... Jodoh itu perlukan usaha.. Betul tak? Sebenarnya..setiap apa yang kita lakukan dalam hidup ini perlukan usaha.. Allah tidak akan mengubah nasib hambaNYA melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri.. Dan setiap usaha yang kita lakukan tak akan berhasil tanpa izin Allah..

Ada orang selalu kata..... ."bilalah aku nak kahwin"... "entah-entah aku tak kahwin sampai bila-bila".. "aku huduh, tak ada sapa nak kat aku... "

Sebenarnya..monolog-monolog seperti ini hanya akan menghancurkan kita.. Memang..saya memahami perasaan sesetengah orang yang menghadapi situasi sebegini.. Hidup seorang diri..jauh dari keluarga..tak ada 'social life'..hari-hari rutin yang sama..cukup menjadikan seseorang itu separuh 'gila'. Nak mengadu masalah tak ada sesiapa..kecuali dinding..cemburu dengan kebahagiaan orang lain apatah lagi apabila orang tersebut berada di sekeliling kita.. Hari-hari terpaksa mengadap kelakuan mereka.. kebahagiaan mereka yang kita belum mampu kecapi...

Tapi......ada tapinya.. Kita lupa.. (sebenarnya bukan lupa..tapi buat-buat lupa), Allah tahu apa yang terbaik buat kita.. Disebalik tangisan..kesunyian...kita tahu Allah sentiasa ada.. Walaupun kita rasa kita seorang hidup kat dunia ni..kita lupa Allah sentiasa melihat dan mendengar doa hambaNYA... Kenapa kita masih mengeluh? Masih ragu? Kenapa hati tetap tidak mahu menerima hakikat? Itulah permainan syaitan..yang sentiasa menggoncang hati kita agar sentiasa merungut, mengeluh dan bersedih.. Tanpa disedari.. kita mempersoalkan..apa yang Allah tadbirkan buat kita.. Astaghfirullahal'azim..

Setiap manusia..Allah berikan ujian yang berbeza.. Ada orang diberikan perjalanan jodoh yang mudah..ada orang yang disukarkan perjalanan mencari jodohnya.. Ada orang Allah berikan kesenangan dahulu..kesusahan kemudian..Ada yang diberikan kesusahan dahulu...kesenangan kemudian.. Apa ya maksudnya???

Saya berjumpa ramai kenalan yang dipermudahkan jodohnya.. Bernikah pada usia muda.. Namun Allah uji mereka dengan keretakkan dalm rumah tangga..ada yang langsung roboh..ada juga yang diuji tanpa penyeri rumahtangga setelah 4-5 tahun berkahwin.. Namun ada pula yang Allah uji dengan perjalanan jodoh yang sukar.. Meniti usia lewat 20-an..ada yang sudah 30 lebih.. Masih belum bertemu pasangan.. Namun sampai masanya...berkahwin juga..dan sehingga kini bahagia... Ada juga yang sekali bertemu sudah sampai jodohnya... Tapi ada juga yang sampai sepuluh kali bertukar pertemuan..namuan masih belum jumpa yang sesuai.. Kenapa? Sebab Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNYA..

Amatlah malang seandainya manusia mengira soal jodoh adalah urusan antara kita dan hati kita sahaja.. Sedangkan kita lupa bahawa hati itu masih ada pemilik yang Maha Agung...iaitu Allah SWT. Oleh itu sentiasalah berdoa dan meletakkan setinggi pengharapan kepadaNYA..

Berusaha mencari jodoh tidak bermakna kita perlu mengarang surat-surat cinta palsu atau bergaul bebas antara lelaki dan perempuan... Sebaliknya berusaha dalam memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.. Kita mungkin mampu merancang setahun dua akan datang.. Tapi Allah sudah merancang beribu tahun yang mendatang..

Mulai saat ini, kesatlah air matamu..saat kau runsing memikirkan jodohmu.. Helakan nafasmu andai urusan jodoh itu menyesakkan dadamu.. Ingatlah...Allah sentiasa mendengar isi hati kita..berdoalah.. Doa itu senjata mukmin...

No comments:

Post a Comment