Assalamualaikum WBT...
Semoga sahabat semua dirahmati Allah SWT...
“woih, junior kita ke ni? Seksi gila..”
“Biar betul budak ni, Teruknya!”
Perkataan – perkataan ini menggamatkan suasana seketika, tatkala kecoh apabila seorang junior perempuan telah mengupload gambar – gambarnya ke dalam facebooknya.
Saya juga turut melihat. Masyaallah, memang ia cukup teruk sekali. Tidak bertudung dan hanya bersinglet. Apakah ini?
Dimanakah nilai kamu sebagai seorang muslimah wahai junior?
Apakah kamu bermaruah? Dimana taraf kamu sebagai bakal pendidik?
Kamu tidak malukah?
Wanita itu perlu malu
Seorang muslimah yang patuh kepada perintah Allah dan RasulNya tidak akan menggadaikan maruah diri semata-mata mahu nampak moden dan mengikut perkembangan semasa. Wanita wajib malu mendedahkan diri mereka kepada lelaki yang boleh dikahwini dan ditengah-tengah masyarakatnya. Malu seorang wanita itu datang daripada sifat malu kerana takutkan Allah.
Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.Tentang hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)
Kalian tidak takutkah ancaman azab Allah wahai wanita?
Kalian telah berlaku zalim!
Ya, saya mengatakan kalian zalim
Saya tidak akan mengatakan kalian zalim jika kalian sendiri ingin menjadi bahan api neraka. Itu hak kamu jika kamu tidak mahu mendengar nasihat. ( Tetapi itu zalim juga, zalim kepada diri sendiri )
Tetapi,
Tahukah wahai wanita sekalian bahawa Allah telah memberi amanah kepada bapa, abang datuk dan bapa saudara kalian untuk memelihara kehormatan kalian?
Adakah kamu sanggup melempar bapa kamu ke dalam neraka lantaran sifat kamu?
Kamu juga zalim kepada Islam, kerana kamu telah mencalarkan imej Islam.
Kamu juga telah zalim kepada bakal suami kamu, kamu telah mendedahkan bahagian tubuh kamu kepada yang tidak berhak.
Kamu juga telah menzalimi lelaki lain yang bukan mahram melihat aurat kamu, dengan menyebabkan mereka berdosa.
Ingatlah, setiap lelaki yang memandang aurat kamu akan mendapat dosa, tetapi kamu pula akan menanggung dosa setiap lelaki yang memandang kamu!
Kroniknya masalah ini
Kroniknya masalah ini, kerana ia merosakkan kepercayaan masyarakat kepada Islam dan institusi pendidikan. Mungkin orang lain melihatnya sebagai perkara biasa, tetapi saya tidak
Tetapi, atas sikap kita sendiri, manusia-manusia mula hilang hormat kepada warga pendidik. Tetapi saya lebih melihat perkara ini sebagai masalah ummah
“Orang Islam pun pakai seksi”
“Cikgu muslimah pun tak jaga aurat”
Dan manusia-manusia yang berusaha menjatuhkan Islam akan menggunakan hal ini sebagai satu ruang untuk memburuk-burukkan Islam.
Formula di dalam kepala manusia mudah.
Orang Islam = Islam itu sendiri. Apa-apa sahaja orang Islam itu lakukan, maka mereka akan merasakan bahawa itu adalah apa yang Islam ajarkan, lebih – lebih lagi imej yang dibawa oleh warga pendidik.
Penutup : Saya sudah menegur, terpulanglah
Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga.
“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari)
“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari)
Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang wanita. Malah, memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur. Ingatlah kita ini diperhatikan hakikatnya. Diperhatikan oleh Allah dan para malaikat untuk dinilai buat tuaian ladang akhirat. Diperhatikan oleh manusia juga untuk dicontohi. Diperhatikan juga musuh untuk dipergunakan.
Seorang pujangga mengatakan, “hidupnya wajah berkat malu, sebagaimana tanaman berkat air”
Malu adalah kunci segala kebaikan, maka tanamlah sifat malu supaya kita menjadi manusia yang lebih berintegriti.
No comments:
Post a Comment