Hidup ini mesti ada tujuan.... Tujuan menuju ke jalanNYA.. Mengenali siapa kita sebenarnya... Sebagai seorang hamba yang menunaikan hak kepada Tuhannya... Allahu Akbar...

Tuesday, October 12, 2010

Cinta Tak Bersyarat

Hari ni.. aku ke pejabat. Walaupun sepatutnya aku bercuti. Cadang nak pergi rumah ummi.. Nak pergi sehari tapi bawa beg macam nak duduk seminggu. Entahlah, masuk itu masuk ini..ada je benda yang tak cukup dan rasa perlu dibawa. isk..ini baru jalan kat rumah ummi. kalau jalan tempat jauh-jauh? Mau 1 lori aku angkut. Mak dah geleng kepala. "Tu nak duduk terus rumah ummi ke?" Adoi mak ni, ada pula cakap macam tu. Haha..setahun duduk kat bawah ketiak mak, buatkan mak sukar nak bagi aku pergi jalan lama-lama. Tapi kadang-kadang mak juga suruh aku jalan-jalan. "Jadi orang terperap je dalam rumah, pergilah jalan-jalan sekali-sekala" bebel mak 1 hari. Ketika itu, aku menyatakan hasrat untuk mengikut ummi ke Port Dickson. mak tak risau, sebab Kak Nor duduk sana.

Mak tak pernah halang aku nak pergi mana pun. Cuma kalau dia tak suka, dia akan cakap. Tapi tak halang. Dan sebagai anak, kenalah buat-buat faham. Mak percayakan aku. Mak ajar aku hidup berdikari sejak kecil lagi. Dan aku sebagai anak, tidak sekali-kali memungkiri janji dan kepercayaan yang emak berikan padaku. Aku perempuan.. Nak jaga anak perempuan seorang lebih susah daripada jaga lembu sekandang. Itulah pepatah yang sering aku dengar dulu.

Mak.. Kasih dia dalam diam. Walaupun kadang-kadang aku tengok mak lebih dulukan abang aku.. tapi aku tak kisah. Sebab aku memang tabik springg kat abang aku.. Cara dia jaga mak aku, tak siapa boleh lawan. hatta kakak kakak aku sendiri. Tapi aku tahu, mak tetaaapppp sayang aku lebih, sebab aku anak bongsu mak. Yang paling lama duduk bawah ketiak mak. Hahaha..

Kasih mak tak bersyarat. Kalau aku belajar, mak tak pernah harapakan aku dapat keputusan yang cemerlang. yang penting bagi mak, aku jadi orang.. bukan hantu. tapi aku tahu, walaupun mak tak harapkan aku cemerlang, jauuuuhhhhhh kat sudut hati mak, mak masih inginkan aku berjaya.. Jadi anak yang boleh dia banggakan. Cuma dia tak nak cakap..sebab dia tak nak anak-anak dia rasa tertekan. Dan mak tak perlu ucap.. mak tak perlu cakap..semua anak-anak mak faham. Sebab itu semua anak-anak mak berjaya. Dan mak sekarang boleh berbangga cerita, anak-anak dia semua jadi orang. Bukan jadi hantu.

Mak hantar anak dia ke universiti. Mak kerja siang malam.. Pagi-pagi lagi mak bangun siapkan makanan untuk jual kat kantin sekolah. Kuih, mee, nasi..semua mak masak. Lepas tu, pukul 6.30 mak dah tolah semua makanan (guna kereta tolak) naik bukit ke sekolah. Jaraknya cuma 200 meter. Kemudian, sementara tunggu rehat, mak sempat gi menoreh. Dapat 10 pokok pun jadilah. Sambung balik jaga kantin, anak-anak mak yang sekolah akan tolong mak meniaga. Habis kemas kat kantin, mak ke kedai runcit pula.. sampai malam. Ye, memang susah masa tu, tapi walaupun susah, mak berjaya hantar semua anak-anak dia ke Universiti kecuali kakak aku nombor 3. Dia dapat tawaran belajar kat Pahang, tapi dia tolak sebab nak tolong mak aku.

Mak berhabis duit..beribu-ribu.. Tapi mak tak pernah letak syarat, bila kami kerja..kami kena bagi tiap-tiap bulan RM 200 dan sebagainya. tak pernah. Mak tak kisah anak-anak dia bagi ke tak duit. Mak tak pernah ungkit. Abang aku, lepasan sekolah pondok. Dan dah kahwin..sekarang ni kena uruskan sekolah pondok. mak tak pernah minta duit dia.. Kalau abang aku bagi duit, mak simpan.. bila abang din balik Johor dengan isteri dan anak dia.. mak senyap-senyap letak duit kat poket beg dan sebagainya. Begitulah mak..

banyak lagi kisah mak.. pengorbanan mak yang terlalu panjang untuk aku coret di sini.. Tapi, apa yang aku tahu..mak aku sayang semua anak-anak dia. mak tak pernah letak syarat.. tak pernah harap apa-apa dari kami. Makkkk!!!! I love uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..

Monday, October 11, 2010

Saya Itu Saya..

Saya itu saya.. Eh, memanglah saya itu saya.. boleh ke saya jadi dia? Uiks.. berat persoalan ni.. Tapi boleh saja, sebab manusia ini ada yang berselindung di sebalik wajah orang lain. Siapa saya sebenarnya? Bagi yang tidak mengenali saya..mereka akan kata saya sombong. Sebabnya, saya tak pandai nak bercakap dengan orang yang saya baru jumpa atau baru kenal. Saya jarang senyum, sebab saya tak pandai nak senyum kat orang yang saya tak kenal terutamanya lelaki.

Saya suka masak, saya suka jaga budak budak, saya anggap 16 orang anak saudara saya macam anak saya sendiri. Tapi yang paling rapat 5 orang di rumah. Paling banyak kena cubit..5 orang tu jugalah. Maaf, saya memang tegas, terutamanya berkaitan tingkah laku mereka..sebab saya anggap mereka macam anak saya sendiri. Dengan keluarga, saya mengutamakan mereka. Saya sanggup buat apa saja demi mak ayah saya. Di universiti, ada rakan yang pertikaikan sikap saya terhadap keluarga saya.. Mereka kata saya kena fikirkan diri saya juga.. But for me, family first. Saya dibesarkan dalam keluarga yang susah. mak saya adalah inspirasi saya. Ada ke mak yang boleh buat 3 kerja dalam 1 masa? Jaga kantin sekolah, menoreh dan jaga kedai runcit? Tapi mak saya boleh. Kesenangan hari ini bermula daripada kesusahan.. Jadi orang yang nak hidup dengan saya mesti belajar rasa susah dulu sebelum menikmati kesenangan. InsyaAllah.

Saya temui ramai lelaki. Yang nak jadikan saya suri hati mereka. Saya tak minta apa-apa. Saya cuma nak mereka ikhlas terima saya. Ikhlas seikhlas ikhlasnya.. menerima kelebihan dan kekurangan dalam diri saya. Dan saya tak akan minta apa-apa dari mereka. Hidup saya mudah. Saya ada cita-cita.. nak sebarkan ilmu menerusi penulisan. Saya suka menulis. Menulis adalah dunia saya. Buat masa ini, itulah yang menjadi terapi minda buat saya. 

Saya mudah terasa, mudah merajuk.. Tapi mudah juga untuk sejuk. Mudah memaafkan kesalahan orang walau sebesar mana pun kesilapan yang dia lakukan. kalau saya tak suka..tak bermakna saya benci.. kalau saya benci sekalipun, tak bermakna saya tak boleh tegur sapa dia. Bukan hipokrit.. tapi inilah saya. Saya tak suka cari musuh..dan tak perlulah orang nak bermusuhan dengan saya. 

Penampilan saya.. personaliti saya.. bukan bermakna saya tak boleh berfikiran terbuka. Tak bererti saya mencari yang sempurna.. Tak bererti saya skema. Tapi keterbukaan saya juga punya hadnya. Selagi syariat terjaga.. Selagi Islam diletakkan di barisan pertama.. Saya tak kisah..

Saya anak bongsu daripada 8 orang adik beradik. Kalau orang kata anak bongsu ni manja.. Ye, saya mengaku, saya memang manja. Tapi manja-manja saya.. saya juga diajar untuk berdikari. Pergi mana-mana sendiri, jalan-jalan sendiri, cari duit sendiri.. Ada masalah, simpan sendiri. jangan nak susahkan hati mak abah. Sebab apa? sebab kami belajar hidup susah.. Sebab sememangnya dahulu kami susah. Sekarang pun masih juga susah.. Tapi tak adalah melarat. kami bersyukur apa yang ada. Jadi, jangan persoalkan kenapa saya balik kolej, pergi rumah kakak atau berjalan tidak berteman. Ye, keluarga tiada di samping saya. Tapi saya masih punya Allah. Saya yakin Dia akan menjaga saya.

Cukup buat masa ini... Lain masa sambung lagi. Semoga anda mengenali saya.. Agar terjalin ukhuwwah keranaNYA.

Sunday, October 10, 2010

Saya Kuat! Saya Mesti Kuat!

Lewat kebelakangan ini, terlalu banyak ujian yang saya hadapi.. Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah..ujian ini mendekatkan dirku padaNYA. Aku seharusnya bersyukur kerana aku dikelilingi sahabat yang cukup memahami.. Dan orang-orang yang begitu menyayangiku.. Setiap hari, ada saja yang bertanya khabarku. "Nurin ok?", "Nurin sihat?". Yupp, Alhamdulillah saya sihat.. Alhamdulillah saya ok. Terima kasih pada yang sentiasa berada di sisiku.

Namun..hingga kini, saya terpaksa merahsiakan segalanya daripada pengetahuan ahli keluarga saya. Maafkan adikmu ini..sebab Allah saja yang tahu kenapa adikmu tidak mahu berkongsi segala masalah yang melanda. Dan emak.. Saya tahu, emak seakan dapat membaca ada sesuatu yang mengganggu emosi anak bongsunya ini. Tapi di hadapan emak, saya buat muka selamba. Setiap malam, saya selalu baring kat sebelah ketiak emak. Rutin yang saya akan buat sejak dulu lagi. Walaupun cuma sebentar.. walaupun terpaksa berebut dengan Aisyah (anak sedaraku). 5 minit pun jadilah. Tak kira serimas mana pun emak, saya tetap akan ada disebelahnya. Dan dua tiga hari ini, saya dapat rasakan, emak seolah-olah ingi bertanyakan sesuatu, namun ditahannya. Sebab biasanya, emak akan tunggu sampai saya buka mulut dulu. Tapi maafkan saya emak, saya tak akan buka mulut tentang perkara ni. Biarlah saya simpan dalam diri saya.

Kawan di pejabat.. Adeq, orang yang paling rapat dengan saya (sebab kami berdua saja perempuan). Terkejut dia bila mendengar cerita saya. "Kalau adik jadi akak, adik tak boleh terima," ujarnya. Ya, aku tahu..sesiapa pun pasti sukar menerima apa yang terpaksa aku hadapai sekarang. Namun, aku kena positif, setiap yang berlaku tak akan berlaku secara sia-sia.. dan sedikit demi sedikit saya dah nampak hikmah di sebalik semua ini.

Firman Allah dalam surah Al-‘Ankabuut Ayat yang ke-2, ertinya:
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?”
Ya..semua yang berlaku pada diri saya adalah ujian. Saya menerima segala yang berlaku dengan redha. Allah sedang menguji saya.. menguji tahap keimanan saya. Seberat-berat ujian yang pernah saya alami, tak mungkin seberat Bilal Bin Rabah R.A. tatkala menampung batu besar di terik panas matahari padang pasir. Khabbab Bin ‘Arath R.A. begitu terseksa saat besi panas yang membara di atas kepalanya membakar dan menghanguskannya. Namun, mereka telah membuktikan keimanan mereka dan Allah mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang dusta. Di hujung penderitaan yang dialami generasi awal Islam itu, mereka mengakhiri kehidupan menuju alam abadi dengan penuh ketenangan.
Allah ingin memberikan berita gembira kepada kita jika kita bersabar atas ujian yang kita hadapi. Lihatlah Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 155-156, ertinya:
“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Kita milik Allah dan kepada-Nya kita dikembalikan)””

Ya Allah...sungguh besar rahmatMU pada kami. namun, kami saja yang sering lupa akan janjiMU.  Saya tahu, biar apa juga bentuk ujian yang manusia alami, Rahmat Allah tetap akan mengiringi jika kita menghadapinya dengan penuh sabar dan pengharapan kepada Allah. Allah sangat-sangat suka jika hamba-Nya mengadu kepada-Nya, menitiskan air mata di balik tirai malam dan mengakui kelemahannya. Tidak dapat tidak, ujian itu harus dilalui dengan penuh pengharapan kepada pertolongan Allah, kebergantungan yang sepenuhnya kepada pemilik diri kita. Jika tidak, kita akan buntu mencari jalan, kerana hanya Dia penunjuk jalan. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 153, ertinya:
“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan Solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”
Ya, mulai hari ini, saya tekad..saya mesti kuat. Ya, saya kuat. Kuat dalam menempuhi ranjau hidup ini. Kuat dalam melawan segala rintangan. Sayalah mujahidah dan saya ingin jadi permata buat seorang mujahid. InsyaAllah.. 

Friday, October 8, 2010

Mak Oh Mak.. Maafkan Adik Mak..

Balik kerja, jam pukul 5.30. Saya lihat mak baring di sofa. "Kenapa mak tak tengok Aira?" tanya saya. Aira adalah watak dalam cerita Anugerah Cinta di TV9 setiap jam 5.30 ptang. Sinetron kegemaran mak. Mak urut-urut tengkuk, (isyarat minta saya urut). Tak buang masa, saya capai minyak. Badan mak saya picit. Mak sendawa kerap tanda banyak angin kat badan.
"Tadi mak jatuh kat longkang dapur" pelan suara mak. Nak melompat saya masa tu. Terkejut. "Dah tu mana yang sakit?" tanya saya cemas. Mak ada darah tinggi dan kencing manis. Darah tinggi mak biasanya diatas paras 180/120. Wajar saya cemas. "Ni, badan sebelah kiri sakit semua. Tak boleh gerak," ngadu mak pada saya. "Ya Allah, janganlah sampai jadi apa-apa." Saya terus mengurut mak di seluruh badan. Nampak garis-garis luka kecil. Sambil dalam hati saya berdoa agar kesakitan mak dikurangkan. Hampir mengalir air mata saya. Saya tahu mak pasti demam. Lalu saya ambilkan mak ubat tahan sakit. Saya suruh mak makan.

Saya capai selimut. mak dah mula menggigil. "Mak nak makan apa-apa?" Tanya saya lemah. Mak geleng kepala. Saya ingin bingkas, tapi mak bersuara lemah. "Dia ada telefon?" Walaupun namanya tidak disebut, saya tahu siapa gerangan yang dimaksudkan. "Tak," jawab saya lemah. "Kau dengan dia gaduh ke?" Saya hanya diam. Perlukah aku menipu? Tak mungkin. Sambil itu, saya ingat pesan ummi, agar mak tidak diberitahu."Dah dapat yang baik, janganlah sampai putus, sayang. Bukan senang nak dapat jodoh sekarang." Nasihat mak.

Ya Allah.. Mak tak tahu kisah sebenarnya. kali ini saya berlari ke bilik. Saya menangis sepuasnya. Kali pertama setelah saya mengetahui kebenaran, saya menangis sebegini rupa. Kuatkan hatiku Ya Allah.. Tak putus-putus saya berdoa. Mak tak salah, abah tak salah, kak linda tak salah, kak lina tak salah. Saya? Mungkin ini ujian bagi saya.. Tidak sanggup saya berterus terang. Kelmarin masih terbayang wajah muram mak bila saya maklumkan saya tidak akan melangsungkan perkahwinan dengan dia tahun ini. Nampak kecewanya hati tua itu. Ya Allah, ampunkan dosaku kerana terpaksa merahsiakan segalanya dari mak.
Mak, sebenarnya saya tak akan kahwin dengan dia sampai bila-bila. Ingin saja kuluahkan pada mak, tapi saya tahu saya tak mampu.

Sekarang, saya hanya mampu berdoa..agar diberikan kekuatan pada saya menghadapi pertanyaan pertanyaan mereka. Dan saya berdoa, agar Allah pertemukan saya dengan orang yang benar-benar ikhlas menerima saya. Bukan saya mengejar cinta manusia, bukan saya terdesak untuk mencari pasangan.. Namun saya tahu, mak terlalu berharap agar anaknya yang satu ini berumah tangga. Harapan itu dapat saya lihat setiap kali emak berbicara tentang dia di hadapan saya. Ye, sejak kali pertama mak lihat dia, saya tahu mak berkenan. Tapi mak... rupa tak janjikan apa-apa. Berkopiah belum tentu imannya sempurna.. Bukan itu yang saya cari.. Bukan mak.. saya cuma nak orang yang ikhlas menerima saya kerana Allah. Bukan kerana lain.

Saya redha. Dia saya lepaskan dengan ikhlas. Saya merancang, Allah merancang. Namun perancangan Allah lebih hebat. Cuma sampai sekarang, rasa bersalah pada mak makin menebal. Apa yang perlu saya lakukan?

Bebola Ikan Haram?????

Saya adalah penggemar bebola ikan tegar. Setiap hari menu saya mesti ada fish ball. Tapi bila seorang sahabat bagitau yang fish ball haram dimakan, saya tersentap. Adoi, adakah saya terpaksa melupakan makanan kegemaran saya itu buat selama-lamanya?????

Muslim perlu waspada campuran plasma darah dalam makanan...

KAJIAN Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) ke atas 12 sampel isi daging ikan (surimi) digunakan dalam bebola ikan yang diambil daripada beberapa pasar raya di sekitar Putrajaya dan Nilai, Negeri Sembilan didapati mengandungi bahan tidak halal dalam produk berkenaan.

Kajian awal yang dilakukan itu mendapati bebola ikan berkenaan mengandungi plasma darah haiwan yang dicampurkan di dalam ramuan bebola ikan bagi menambahkan kualiti bebola ikan, selain mencantikkan produk itu supaya nampak lebih kenyal dan gebu.

Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Usim, Prof Dr Salmah Yusof, ketika mendedahkan hasil kajian itu menyatakan plasma darah kaya dengan protein yang boleh membantu memberi ciri-ciri yang lebih baik serta kualiti kepada sesuatu produk makanan seperti kekenyalan, mudah dihiris dan berwarna putih.

Lazimnya, beliau berkata, semua bahan itu boleh diperoleh daripada plasma darah ternakan seperti ayam, lembu dan babi. Katanya, penggunaan plasma darah ternyata tidak dibenarkan di dalam Islam kerana ia adalah haram.

“Kajian yang dilakukan bulan lalu, mendapati bebola ikan itu positif daripada bahan tidak halal iaitu mengandungi plasma darah haiwan. Kita juga akan melakukan kajian secara menyeluruh sedikit masa lagi bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenainya.

“Kita menggunakan `teknik enzime linked immuno sorbent assay` (Elisa), iaitu teknik yang lebih cepat dari segi dapatan kajian dan lebih menjimatkan masa,” katanya ketika ditemui pada seminar Minggu Pelancongan Islam dan Halal Antarabangsa, baru-baru ini.

Surimi dijadikan bahan kandungan asas bagi produk seperti sosej, bebola ikan, udang, ketam, mee, isi ketam tiruan produk makanan lain.

Justeru, tidak mustahil, hasil kajian menunjukkan untuk meningkatkan dan mengekalkan kestabilan kualiti surimi, protein plasma darah haiwan dicampur ke dalam surimi. Plasma adalah bahagian cecair yang tidak berwarna sebahagian daripada darah. Secara sederhana, ia diasingkan daripada darah melalui kaedah pengemparan. Selepas diasingkan, plasma ini dikeringkan dengan alat pengering sembur sehingga berbentuk serbuk.

Salmah berkata, ketika ini, pihaknya belum melaporkan hasil kajian berkenaan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengenai produk itu daripada pasar raya di Putrajaya dan Nilai berkenaan didapati tidak halal atas alasan tertentu.

Bagaimanapun, bagi memenuhi tanggungjawab sebagai umat Islam, beliau melalui pembentangan kertas kerja atau ceramah yang dihadiri akan menyebarkan maklumat mengenai isu halal haram ke atas produk makanan.

Katanya, berdasarkan pemerhatiannya dan maklumat dan pengetahuan, seseorang boleh tahu dan mencurigai sesuatu makanan atau minuman yang dibeli itu halal atau sebaliknya.

Sebagai contoh, bentuk fizikal bebola ikan yang dilihat cantik, sempurna dan berkualiti pembuatannya seperti kenyal lazimnya mengandungi plasma darah haiwan.

“Oleh itu, orang ramai seharusnya prihatin apabila ingin membeli produk berasaskan produk isi daging seperti bebola ikan, ketam atau sosej kerana ia mungkin mengandungi bahan yang tidak halal. Kita perlu ada sifat ingin tahu dan sensitif mengenai perkara ini supaya tidak termakan bahan haram.

“Malah, dalam hadis riwayat At-Tabarani juga menjelaskan setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih layak baginya,” katanya.

Salmah berkata, keraguan terhadap penggunaan plasma darah haiwan dalam makanan juga sudah banyak disebarkan di dalam jurnal oleh pakar saintis yang sering memberi penekanan mengenai kewujudan plasma darah haiwan ke dalam beberapa produk makanan.

Beliau menegaskan, tidak mustahil bahan sama digunakan dalam produk berkaitan di negara ini.

Justeru, Usim juga akan memperluaskan kajian ke atas produk berasaskan sosej, tahun depan.

Mengulas lanjut, Salmah berkata, kerjasama menyeluruh membabitkan pelbagai pihak bermula dari peringkat industri, pakar, pengkaji dan Jakim serta agensi berkaitan perlu dipergiatkan bagi menangani kesedaran mengenai isu halal termasuk produk makanan, kosmetik, minuman dan farmaseutikal.

Ha, dah ada kajian.. Jadi kena hati-hati. Masalahnya, perlu ke saya korbankan makanan harian saya tu? Jawapannya tidak, sebab kat rumah, saya selalu buat fish ball sendiri. Yelah, kadang-kadang beli kat pasar, rasanya dah masam, tak sedap.

Senang je nak buat bebola ikan ni. Jom kita try sama-sama:


Bahan-bahan ( anggaran 3 org makan )

  • 400gm isi ikan tenggiri
  • 1 sudu kecil garam (paras rata)
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu kecil tepung ubi
  • 60 ml air sejuk atau secukupnya
  • 1/4 sudu kecil soda bikarbonat
  • secubit serbuk perasa jika suka

                            Cara-cara

  1. Masukkan dlm mesin kisar (food prosessor) isi ikan, lada sulah dan garam, mesin hingga lumat.
  2. Masukkan tepung jagung, tepung ubi, serbuk perasa dan air sejuk kemudian mesin lagi sehingga sebati dan kenyal.
  3. Bulat-bulatkan dgn menggunakan sudu kecil.
  4. Jika ingin guna tangan, celupkan tangan ke dlm air terlebih dahulu ambil secubit pes tadi bulat2 kan sehingga habis.
  5. Didihkan air, masukkan fish ball kemudian rebus sehingga fish ball timbul dipermukaan seketika bolehlah diangkat.

Thursday, October 7, 2010

Pernahkah Anda Melihat Gelapnya Kubur?

Pernahkah anda melihat sempit dan dalamnya liang lahat?

Pernahkah anda membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?

Sedarkah anda bahawa kuburan itu dipersiapkan untuk anda dan untuk orang-orang selain anda?
Bukankah silih berganti anda melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga dekat anda diusung dari dunia fana ini ke kuburan?

Dari buaian dunia yang terang benderang ke kegelapan liang lahat...

Dari keceriaan bermain dengan keluarga dan anak-anak kepada kekerasan tanah dan ulat-ulat ...

Dari kenikmatan makanan dan minuman kepada timbunan debu dan tanah...

Dari kelembutan pergaulan di tengah-tengah keluarga kepada bersendirian yang mengerikan...

Dari tilam yang empuk kepada tempat pergulatan amal yang sangat menakutkan.

Di dalam kubur, liang yang sangat sempit itu, tak lagi berbeza antara pelayan dan sang majikan, yang kaya dan yang miskin, semuanya sama. Nikmat kemewahan dan kelazatan dunia pasti berakhir dengan kematian. Dan segenap umat manusia bersependapat bahawa kematian itu tidak mengenal umur tertentu, waktu tertentu atau sakit tertentu. Hal mana agar manusia selalu waspada dan terus bersiap-siap kerananya.

Kengerian kubur Dari Hani' Maula Utsman , ia berkata, 'Jika Utsman ra. berdiri di samping kuburan maka beliau menangis hingga basah janggotnya'.

Maka dikatakan kepada beliau, 'Jika engkau mengingat Syurga dan Neraka tidak menangis, mengapa engkau menangis kerana ini?

Maka beliau menjawab, 'Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: "Kuburan adalah awal kehidupan akhirat. Jika seseorang selamat daripadanya, maka setelahnya menjadi lebih mudah. Dan jika ia tidak selamat daripadanya, maka setelahnya lebih mengerikan."

Kemudian Utsman ra. berkata, 'Rasulullah saw. juga bersabda, 'Aku tidak melihat suatu pemandangan melainkan kuburan lebih mengerikan daripadanya." HR. Ahmad dan At-Tirmidzi, dihasankan oleh Al-Albani

Umar bin Abdul Aziz rahimahullah suatu hari menasihati para sahabatnya, diantaranya beliau berkata:

Jika kalian melalui kuburan, panggillah mereka jika engkau boleh memanggil. Lihatlah, betapa berdempetnya ( sempit ) rumah-rumah mereka. Tanyakanlah kepada orang-orang kaya dari mereka, masih tersisakah kekayaan mereka? Tanyakan pula kepada orang-orang miskin di antara mereka, masih tersisakah kemiskinan mereka? Tanyakanlah tentang lisan-lisan yang dengannya mereka berbicara, sepasang mata yang dengannya mereka melihat indahnya pemandangan?. Tanyakan pula tentang kulit-kulit lembut dan wajah-wajah yang cantik jelita, juga tubuh-tubuh yang halus mulus, apa yang diperbuat oleh ulat-ulat di balik kafan-kafan mereka? Lisan-lisan itu telah hancur, wajah-wajah yang cantik jelita itu telah dirobek-robek ulat, anggota badan mereka telah terpisah berserakan.

Lalu di mana pelayan-pelayan mereka yang setia? Di mana tumpukan harta dan sederetan pangkat mereka? Di mana rumah-rumah gedong mereka yang banyak dan menjulang tinggi? Di mana kebun-kebun mereka yang rendang dan subur? Di mana pakaian-pakaian mereka yang indah-indah dan sangat mahal? Di mana kenderaan-kenderaan mewah kesukaan mereka? Di mana kolam renang dan telaga peribadi mereka? Bukankah mereka kini berada di tempat yang sangat sunyi? Bukankah siang dan malam bagi mereka sama saja? Bukankah mereka berada dalam kegelapan? Mereka telah terputus dengan amal mereka. Mereka telah berpisah dengan orang-orang yang mereka cintai, harta dan segenap keluarganya.

Kerana itu, wahai orang yang tak lama lagi akan tinggal di kuburan! Kenapa engkau terpedaya dengan dunia? Renungkanlah orang-orang yang telah pergi meninggalkan kita. Sungguh mereka amat berharap untuk dapat kembali ke dunia. Agar dapat menghimpun amal sebanyak-banyaknya. Tetapi, itu semua tidak mungkin terjadi kerana mereka telah dikuburkan.

Yazid Ar-Riqasyi rahimahullah berkata kepada dirinya sendiri, 'Celaka engkau wahai Yazid!, siapa yang akan mendirikan sholat untukmu setelah engkau mati? Siapa yang akan berpuasa untukmu setelah engkau mati? Siapa yang akan memintakan maaf untukmu setelah engkau mati?'

Lalu dia berkata, 'Wahai manusia, mengapa kalian tidak menangis dan meratap kepada dirimu atas sisa hidupmu. Barangsiapa yang akhirnya adalah mati, kuburan sebagai rumah tinggalnya, tanah sebagai tilamnya dan ulat-ulat yang menemaninya, serta dalam keadaan demikian ia menunggu Hari Kiamat yang sangat mengerikan. Wahai, bagaimanakah keadaan seperti ini?' Lalu beliau rahimahullah menangis.


Jom Buat Kek!

Tangan gatal dah ni. lama rasanya tak buat kek. Kalau dulu seminggu sekali mesti buat kek. Sampai orang kat rumah dah tak larat nak makan kek. Haha. Belek punya belek, nampak kek chiffon pandan. Huh, kek kegemaran ni. Den memang suka kek lembut dan gebu macam ni. Jom tolong saya buat kek ni. kalau jadi boleh buka kedai. Hehe, selama ni tau beli je.

Kek Chiffon Pandan


Bahan-bahannya.

6 biji telur ayam (asingkan putihnya)
300gm gula halus
1/4 cawan minyak jagung
240gm tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh garam
1 cawan santan pekat (saya guna susu cair je)
10 helai daun pandan (blend ambik jus je..campur dalam santan jadikan secawan)

Caranya:
1) Pukul 1/2 sukatan gula dengan kuning telur hingga putih warnanya,masukkan minyak jagung dan pukul lagi
2) Masukkan santan yang telah dicampur dengan jus pandan dan garam.
3) Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit hingga habis sambil digaul rata.
4) Dalam bekas lain pukul putih telur dengan cream of tartar hingga kembang kemudian masukkan baki gula halus dan pukul lagi hingga betul2 pekat (kalau terbalikkan tu tak jatuh le..)
5) Campurkan adunan tepung tadi ke dalam putih telur sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan guna spatula satu arah sahaja.

Racun Untuk Hidup

Seorang pemuda berjumpa seorang tok guru sambil berkata : "Guru,saya sudah bosan hidup. Sudah jenuh betul. Apa pun yang saya lakukan selalu kacau. Saya ingin mati'

Guru tersenyum, 'oh,kamu sakit.'

'Tidak guru,saya sihat. Hanya jenuh dengan kehidupan. Itu sebabnya saya ingin mati.'

'kamu sakit. Dan penyakitmu itu dikenali sebagai alahan hidup. Kamu alergi terhadap kehidupan.'

Sang guru memang benar. Banyak kali di antara kita yang alah terhadap kehidupan. Kemudian,tanpa kita sedari kita melakukan hal-hal yang bertentangan dengan norma kehidupan. Hidup ini berjalan terus. Sungai kehidupan mengalir terus, tetapi kita menginginkan status quo.

Kita berhenti di tempat,kita tidak ikut mengalir. Itu sebab kita jatuh sakit. Kita mengundang penyakit. Ketahanan kita,penolakan kita untuk ikut mengalir bersama kehidupan membuat kita sakit. Yang nama usaha,pasti ada pasang surutnya. Dalam hal berumah tangga, perselisihan kecil itu lumrah.

Persahabatan pun tidak selalunya kekal abadi. Kita tidak menyedari sifat kehidupan. Kita ingin mempertahankan suatu keadaan. Kemudian kita gagal, kecewa dan menderita.

'Penyakit itu boleh disembuhkan, asal engkau ingin smebuh dan bersedia mengikuti petunjukku.' Demikian kata guru.

'Tidak guru,tidak. Saya sudah betul-betul jenuh. Tidak, saya tidak ingin hidup.' Pemuda itu menolak tawaran guru.

'Jadi engkau tidak ingin sembuh. Engkau betul-betul ingin mati?'

'ya, memang saya sudah bosan hidup.'

'Baiklah,kalau begitu pagi esok engkau akan mati. Ambillah ubat ini. Setengah botol diminum mala mini, setengah botol lagi pukul 6 pagi esok. Engkau akan mati dengan tenangnya pada pukul 8 malam.'

Pemuda itu pula menjadi bingung. Setiap guru yang didatangi selama ini cuba memberikan semangat untuk hidup. Yang satu ini aneh. Dia bahkan menawarkan racun. Tetapi,kerana memang sudah betul-betul putus harap,pemuda itu menerimanya dengan senang hati. Pulang ke rumah,dia terus menghabiskan setengah botol racun. Dan, dia merasakan ketenangan yang tidak pernah dirasakannya sebelum ini. Begitu relaks,begitu santai!

Tinggal sehari semalam lagi sebelum dia mati. Bermakna dia akan bebas dari segala macam masalah. Malam itu, dia memutuskan untuk makan malam di luar bersama keluarga di sebuah restoran. Sesuatu yang sudah tidak pernah dilakukannya selama beberapa tahun kebelakangan ini.

Kerana mengenangkan itu akan menjadi malam terakhirnya, pemuda tersebut ingin meninggalkan kenangan manis untuk anak isterinya. Sambil makan,dia bersenda gurau. Sebelum tidur,dia mencium bibir isterinya dan berbisik :"sayang,abang mencintaimu. " Kerana malam itu adalah malam terakhir, ia ingin meninggalkan kenangan manis!

Esoknya bangun tidur,dia membuka jendela kamar dan melihat ke luar. Tiupan angin pagi menyegarkan tubuhnya,mengodanya untuk berjogging. Pulang ke rumah setengah jam kemudian,dia melihat isterinya masih lena,barangkali diulit mimpi indah fikirnya.

Tanpa mengejutkannya, dia masuk ke dapur dan membuat dua cangkir kopi. Satu untuk dirinya,satu lagi untuk isterinya. Kerana pagi itu adalah pagi terakhir,dia ingin meninggalkan kenangan manis! Si isterinya berasa aneh sekali.

Di pejabat,pemuda itu menyapa setiap orang,bersalaman dengan setiap orang.stafnya pun kehairanan.Dan sikap mereka pun turut berubah. Mereka pun menjadi lembut.kerana siang itu adalah siang terakhir,dia ingin meninggalkan kenangan manis!

Tiba-tiba,segala sesuatu di sekitarnya berubah. Dia menjadi ramah dan lebih bertimbang rasa,bahkan menghargai pendapat-pendapat yang berbeza,tidak seperti sebelumnya. Tiba-tiba hidup menjadi indah. Dia mulai menikmatinya.

Pulang ke rumah pukul 5 petang,isteri tercinta siap sedia menunggunya di laman. Kali ini, isterinya pula terlebih dahulu memberikan ciuman kepadanya: 'abang,saya minta maaf kalau selama ini saya selalu menyusahkan abang.' Anak-anak pun tidak ingin ketinggalan ' abah,maafkan kami semua. Selama ini abah selalu tertekan disebabkan oleh perangai kami.'

Tiba-tiba sungai kehidupannya mengalir kembali. Tiba-tiba, hidup menjadi sangat indah. Dia mengurungkan niatnya untuk membunuh diri. Tetapi bagaimana dengan setengah botol yang sudah dia minum,petang sebelumnya? Lalu,dia kembali mendatangi sang guru. Melihat wajah pemuda itu, rupa-rupanya guru sudah tahu apa yang terjadi.

'Buang sahaja botol itu. Isinya air biasa. Kau sudah sembuh, apabila kau hidup dengan kesedaran bahawa maut dapat menjemputmu bila-bila masa sahaja,maka kau akan menikmati setiap detik kehidupan. Leburkan egomu,keangkuhanmu, kesombonganmu. Jadilah lembut,selembut air. Dan mengalirlah bersama sungai kehidupan. Kau tidak jemu bosan. Kau akan berasa hidup. Itulah rahsia kehidupan. Itulah kunci kebahagiaan. Itulah jalan menuju ketenangan.'

Pemuda itu mengucapkan terima kasih sambil mengucup tangan guru yang disalaminya, lalu pulang ke rumah untuk mengulangi pengalaman malam sebelumnya. Konon, dia masih mengalir terus. Dia tidak pernah lupa hidup dalam kekinian. Itulah sebabnya,dia selalu bahagia,selalu tenang,selalu hidup!

Air mata Rasulullah: detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohi Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung2 gurun enggan mengepakkan sayapnya. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, Wahai ummatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepadaNya. Kuwariskan dua perkara pada kalian; Al-Quran dan Sunnahku.

Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk ke dalam syurga bersama-sama ku. Khutbah singkat diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu- persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghelakan nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang , saatnya sudah tiba. Rasullullah akan meninggalkan kita semua, keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang dalam keadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik yang berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang keringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. Bolehkah saya masuk? tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, Maafkanlah, ayahku sedang demam. Kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah, Siapakan itu wahai anakku? Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini melihatnya. Tutur Fatimah lembut.Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut. Kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri , tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya . kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap sedia di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah? Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu. Kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. Engkau tidak senang mendengar khabar ini?tanya Jibril lagi. Khabarkan kepada ku bagaimana nasib umatku kelak? Jangan khuwatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: kuharamkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya, kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini. Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkn muka. Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkn wajahmu Jibril? Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal, kata Jibril.

Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku- Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. Ummatii, ummatii, ummatii- Umatku, umatku, umatku. Dan berakhirlah hidup seorang manusia yang mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholi ala Muhammad wa baarik wa salim alaihin.. betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim yang lain agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita. Kerana, sesungguhnya selain daripada itu hanya fana belaka.

Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.


Nama syaitan
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS
6. Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!
7. SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
8. AMIN .hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian :
Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya,Insya-Allah.

Jom Lahirkan Hafiz Dan Hafizah!

Nuramirah hanya perlu dua tahun menjadi hafizah

Oleh Norliza Abd. Rahman

KEMAMPUANNYA menghafaz 30 juzuk al-Quran pada usia tujuh tahun amat membanggakan dan kejayaannya muncul naib johan pertandingan tahfiz peringkat negeri Perak pada sambutan Maulidur Rasul 11 April lalu memberi kepuasan kepada kedua-dua ibu bapanya yang berjaya mengasah bakat luar biasanya.

Nuramirah Azhari, 10, yang mula mengenal al-Quran pada usia lima tahun berjaya menamatkan hafalannya dua tahun kemudian selepas dilatih sehelai muka surat setiap hari oleh ibunya, Nurzahidah Hashim, 37. Dia belajar antara tujuh hingga lapan jam sehari.

Tanpa menunjukkan sebarang rasa jemu, Nuramirah empat beradik bersama abangnya Muhammad Adam, 12, Nurnabilah, 8, dan Muhammad Amin, 5, berlatih menghafaz al-Quran empat kali sehari iaitu waktu pagi, tengah hari, petang dan malam untuk mengasah daya ingatan mereka.

Lebih membanggakan Nuramirah sudah mempunyai 10 anak murid berusia antara enam hingga 12 tahun sejak setahun lalu dan dia berazam memastikan anak-anak muridnya itu berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam tempoh dua tahun dengan berlatih sehelai muka surat setiap hari.

Ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tengku Husin, Gugusan Manjoi, Ipoh, Perak, Nuramira menyatakan rasa gembira kerana tarikh lahirnya mengikut kalendar Islam adalah sama dengan tarikh lahir Rasulullah s.a.w..

"Mungkin ini kelebihannya (sama tarikh lahir dengan Rasulullah), tetapi yang penting kalau hendak jadi seorang huffaz atau hafizah yang baik kita mesti berlatih bersungguh-sungguh," katanya yang bercita-cita menjadi seorang doktor atau pensyarah universiti. Ibunya, Nurzahidah dan bapanya, Azhari Abu Hassan, 39, seorang pelukis pelan mengajar Nuramirah dan anak-anaknya menghafaz al-Quran setiap hari sebaik sahaja mereka berusia lima tahun sementara anak bongsunya, Muhammad Aslam, yang baru berusia dua tahun diberi pendedahan awal melihat abang dan kakaknya mengaji.

Jadual

Menurut Nurzahidah, beliau dan suami menyediakan jadual waktu khas untuk dipraktikkan oleh anak-anaknya. Bermula pukul 5 pagi mereka disuruh bangun membersihkan diri untuk bersolat tahajud, subuh dan membaca al-Quran sebelum berehat selama sejam setengah bermula pukul 7 pagi.

Selepas dikejutkan semula pada pukul 8.30 pagi untuk membersihkan diri dan bersarapan mereka akan berlatih semula menghafaz al-Quran pada pukul 9.45 hingga 1 tengah hari sebelum berhenti rehat untuk bersembahyang zuhur dan makan tengah hari.

Pada pukul 2 petang hingga 2.30 petang anak-anak diajar ilmu dakwah, akhlak, matematik, sains dan bahasa Inggeris. Mereka akan direhatkan selama sejam untuk tidur pada pukul 3 hingga 4 petang sebelum dikejutkan
untuk sembahyang asar dan kembali menghafaz al-Quran sehingga pukul 6.15 petang.

Nurzahidah memberitahu, anak-anaknya akan berehat semula selama 45 minit untuk bermain dan pada sebelah malam seawal pukul 7 mereka sudah dihidangkan makan malam sebelum kembali menghafaz sehingga pukul 9.45 malam bersama anak-anak muridnya seramai lebih 30 orang.

"Pada pukul 10.30 malam hingga 11.30 malam mereka akan disuruh berlatih sekali lagi menghafaz dan pada waktu malam juga saya akan turut mengumpulkan anak-anak untuk bermuzakarah bagi memberi ruang kepada mereka meluahkan masalah masing-masing kerana pendekatan kami berdamping sambil mendidik.

"Inilah amalan harian kami dan pada hari-hari tertentu saya akan pastikan anak-anak dibawa menziarahi sanak-saudara atau sahabat handai serta membawa mereka beriadah seperti pergi ke taman permainan atau berenang. Kami tidak mahu mengongkong kehidupan zaman kanak-kanak mereka," jelasnya.

Walaupun memilih untuk tidak menghantar anak-anaknya mengikuti pendidikan formal, Nurzahidah dan Azhari mengajar mereka membaca, menulis dan mengira di rumah dan tetap bertegas untuk mengekalkan cara didikan sedemikian dengan mendaftarkan mereka mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
atau Sijil Menengah Agama kelak.


Ilmu akhirat

Dengan alasan tersendiri mereka mahu kesemua anaknya dibekalkan dengan ilmu akhirat kerana yakin dengan cara tersendiri anak-anak akan menjadi manusia berguna dan kukuh pegangan agama berbanding anak-anak yang dihantar ke sekolah biasa.

"Anak yang dihantar ke sekolah tidak akan berada di rumah untuk tempoh yang panjang, pagi ke sekolah, petang mereka mengikuti aktiviti kokurikulum, pergi mengaji dan malam mengikuti kelas tuisyen, justeru
berapa jam yang ada untuk kita bersama-sama mereka," soalnya.

Mengenai petua yang diamalkan, Nurzahidah memberitahu, semasa mengandung beliau akan membaca surah Yasin, membaca al-Quran dan banyak berdoa ketika bersolat. Beliau juga akan memastikan hanya mendapat pemeriksaan dan rawatan daripada doktor wanita ketika mengandung sehingga melahirkan anak.

Dari segi pemakanan pula, beliau tidak menyediakan masakan tertentu sebaliknya percaya air tangan setiap ibu merupakan pengikat kasih yang paling mustajab untuk melembutkan hati anak-anak kerana bermula daripada menumis sehingga menghidangkan makanan beliau akan berselawat dan membaca doa tertentu.

"Saya dan suami akan duduk bersama anak-anak untuk bersarapan, makan tengah hari, petang dan malam bersama-sama kerana pada kesempatan itu kita boleh bermuzakarah dan menjelaskan kepada mereka tentang sesuatu perkara seperti hubungan erat sesama keluarga, sanak saudara dan sahabat," katanya.

Sementara itu, Azhari memberitahu, untuk membolehkan anak-anak memberi tumpuan kepada menghafaz al-Quran, rumahnya tidak mempunyai televisyen. Sebaliknya mereka hanya menyediakan sebuah radio untuk membolehkan keluarga mengikuti perkembangan semasa.

"Alhamdulillah anak-anak tidak pernah bersungut kerana sejak kecil lagi mereka sudah diajar supaya menjadi seorang tahfiz, malah saya bimbang dengan adanya televisyen tumpuan mereka pada al-Quran sedikit terganggu.

"Saya juga tidak akan memewahkan anak-anak dengan wang ringgit kerana tidak mahu mereka lalai sebaliknya membelikan barangan yang perlu sahaja," katanya.

Menurut Azhari, ibu bapa yang berhasrat mendidik anak sebagai tahfiz perlu mengikis tanggapan bahawa mereka juga perlu menjadi tahfiz kerana beliau dan isteri bukannya tahfiz tetapi bersyukur kerana dapat mendidik anak-anak sebagai tahfiz dan mempunyai lebih 30 anak murid.


Kembangkan kaedah hafaz al-Quran Nuramirah

Oleh ZUARIDA MOHYIN

Pencipta kaedah menghafaz al-Quran yang diberi nama Al-Huffaz, Dr. Mohd. Shafie Md. Amin bersyukur dan berkongsi kegembiraan dengan kemampuan Nuramirah Azhari, 10, menghafaz 30 juzuk al-Quran pada usia tujuh tahun.

"Hakikatnya, dari segi keupayaan menguasai al-Quran, ia tidak bergantung kepada faktor usia semata-mata. Kalau kes seperti di atas berlaku, alhamdulillah... namun ia tidak bermaksud anak yang sudah dewasa tidak
berpeluang bergelar hafiz atau hafizah. Ini satu tanggapan yang kurang tepat.

"Apa yang kita perlu ingat, setiap kelebihan yang diperoleh itu adalah pemberian Allah s.w.t. dan bagaimana kita berhadapan dengan situasi sedemikian, itulah yang lebih penting. Adakah kejayaan itu menjadikan kita
bangga diri atau sebaliknya?

"Saya lebih suka sekiranya dilakukan satu kajian bagaimana kanak-kanak ini mampu menguasai al-Quran kerana berkemungkinan kaedah yang digunakan itu boleh dikongsikan dan manfaatnya adalah lebih meluas," katanya yang turut mempunyai dua pasang anak yang menghafaz al-Quran semasa di peringkat sekolah rendah lagi.

Sementara itu Imam Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan, Ustaz Hassan Al-Fadhli Abdul Rahman, 38, pula berkata, untuk melahirkan seorang hafiz atau hafizah aspek seperti pemakanan, persekitaran dan asuhan adalah amat penting dijaga. Ini kerana banyak kisah yang membuktikan bahawa ia mempengaruhi kemahiran menghafaz seseorang itu.

Katanya lagi, kanak-kanak yang mempunyai al-Quran di dada hakikatnya lebih mudah untuk menimba ilmu-ilmu akademik.

"Ini kerana ia pernah berlaku dalam keluarga saya sendiri serta seorang teman baiknya. Saya dapati lebih sepuluh orang bergelar hafiz dalam keluarga saya mampu menguasai bidang lain biarpun pada usia yang dikira lewat," katanya. Beliau menasihati sebaik-baiknya seorang itu bukan sahaja bergelar hafiz tetapi turut buktikan kejayaan dalam bidang kerjaya.

Bagi Penyelia Unit Pembangunan Insan di Sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam, Arifin Aziz, terdapat beberapa latar belakang seseorang itu berjaya menghafaz al-Quran. Pertama, ibu bapa, pendidikan dan
persekitaran.

"Imam Syafie bergelar hafiz sewaktu berusia tujuh tahun kerana keprihatinan ibu bapa beliau tentang agama. Ibunya pula sepanjang mengandung berkali-kali khatam dan sentiasa berdoa agar anaknya menjadi hafiz. Malah para saintis turut mengakui bahawa bayi di dalam kandungan boleh mendengar.

"Dalam kes Syeikh Abdul Kadir Jailani iaitu seorang wali Allah, beliau amat menjaga soal pemakanan. Kisah Nuramirah yang berjaya menghafaz al-Quran pada usia tujuh tahun adalah sesuatu yang tidak mustahil kerana telah dibuktikan oleh ulama sebelum ini.

"Sungguhpun ada yang mengatakan kebolehan ini adalah satu bakat semula jadi tetapi kalau ia tidak diasah dan dididik, hasilnya juga tidak menjadi," katanya yang turut berkeinginan melihat anak-anaknya bergelar
hafiz dan hafizah.

Tambah Arifin, Allah s.w.t. mengurniakan banyak kelebihan dan keistimewaan kepada golongan penghafaz al-Quran antaranya diberi syafaat memilih 10 orang untuk dibawa masuk ke syurga dan mereka adalah orang kedua selepas Baginda Rasulullah s.a.w. yang akan masuk ke syurga Allah.


Motivasi

Penyelia Diniyah dan Hafazan di sekolah yang sama, Basir Mohd. Piah pula berpendapat, kebolehan menghafaz al-Quran pada usia tujuh tahun di Malaysia adalah sesuatu yang luar biasa tetapi jika dilihat di
negara-negara Arab, kebolehan menghafaz adalah jauh lebih awal iaitu pada usia lima tahun.

"Peranan ibu bapa amat penting dalam melahirkan hafiz dan hafizah di kalangan masyarakat Islam kita. Mereka bukan sahaja berperanan menyediakan pengajar tetapi pada masa yang sama perlu sentiasa memberi galakan atau motivasi dan memberi insentif di atas segala perkembangan dan pencapaian positif mereka.

"Selain itu aspek kehalalan makanan, sumber rezeki yang diberkati dan niat suci guru yang mengajar juga diambil kira," katanya.

Ibu beranak tiga, Azlida Nik Noor, 42, berkata, meskipun didikan agama serta penguasaan al-Quran wajib diterapkan ke atas anak-anak namun pendidikan formal juga tidak boleh diketepikan.

"Berkemungkinan pada usia peringkat sekolah rendah mereka tidak menimbulkan masalah. Walau bagaimanapun, cabaran alam remaja adalah satu bentuk cabaran yang terpaksa dilalui oleh setiap yang bergelar ibu bapa," katanya yang mengakui seronok apabila terbaca kisah Nuramirah.

Pendidik Nor Shafiza Sabudin, 31, pula menyifatkan ibu bapa Nuramirah beruntung kerana memiliki anak-anak yang cemerlang dalam bacaan al-Quran apatah lagi kejayaan tersebut adalah hasil titik peluk mereka sendiri.

"Anak-anak yang ada al-Quran di dadanya sudah pasti ruh al-Quran itu sudah terserap dalam jiwanya. Malah mereka ini juga boleh berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi. Insya-Allah," kata ibu beranak dua ini.

Pun begitu, beliau ingin berkongsi kisah seorang teman yang hanya menerima pendidikan tahfiz al-Quran sepanjang hidupnya tetapi dalam realiti kehidupannya sekarang menghadapi sedikit kesukaran.

Wednesday, October 6, 2010

Bacalah Duhai Wanita




HASAN BASRI pada zaman mudanya, kelihatan bagus dan tampan, lebih-lebih apabila memakai pakaian mahal. Beliau sering berjalan-jalan sekeliling kampung di kota Basrah kerana sangat senang berdasarkan keindahan dan ramainya penduduk tinggal di kota itu.

Pada suatu hari, ketika Hasan berjalan, secara tiba-tiba beliau melihat seorang wanita cantik.

Melihat wanita cantik itu. Hasan berjalan mengikutinya. Wanita itu menoleh, sambil berkata kepadanya: “Apakah engkau tidak malu?”

Jawab Hasan: ”Malu pada siapa?” Wanita itu berkata. “Malu kepada Zat Yang Maha Mengetahui, mata yang khianat dan apa-apa yang terlintas di dalam hati.”

Tertanam rasa cinta di dalam hati Hasan terhadap wanita itu sehingga tidak sabar dan tidak boleh menguasai nafsunya, akhirnya ia terus mengikuti di belakang wanita itu.

Wanita itu berkata lagi kepadanya: “Mengapa engkau mengikuti aku?” Jawab Hasan: “Sungguh, aku terpesona dengan pandangan matamu itu.” Wanita itu berkata: “Tunggulah di sini, nanti akan aku kirim apa yang engkau kehendaki.”

Hasan beranggapan wanita itu menaruh cinta kepadanya, sebagaimana dia jatuh cinta kepada wanita itu. Beliau pun menunggu di tempat itu.

Tidak beberapa lama kemudian, datanglah seorang pelayan wanita cantik itu kepadanya membawa bekas bertutup sehelai sapu tangan.

Ketika Hasan membuka tutup bekas itu, ternyata dua mata wanita itu ada di dalamnya. Melihat hal sedemikian, maka pelayan terbabit berkata. “Sungguh tuan puteri berkata: “Aku tidak ingin mata yang memuatkan fitnah dan mempesonakan orang.”

Sebaik Hasan mendengar kenyataan ucapan daripada pelayan wanita itu, dia gementar dan berdiri bulu romanya, lalu memegang janggutnya dan berkata kepada dirinya: ”Celaka engkau, sebab sudah berjanggut mengapa tidak malu terhadap wanita cantik itu.”

Dia pun menyesal dan bertaubat pada saat itu sebelum pulang ke rumahnya dan menangis semalaman. Keesokan paginya, Hasan ke rumah wanita itu untuk meminta maaf segala kesalahannya.

Sebaik tiba di rumah wanita berkenaan, rumahnya tertutup dan mendengar suara tangisani wanita dari dalam rumah itu. Akhirnya, beliau pun bertanya apa yang berlaku.

Dikatakan bahawa pemilik rumah itu meninggal. Hasan kembali ke rumahnya dan menangis selama tiga hari.

Pada malam ketiga, dia bermimpi melihat wanita cantik itu sedang berada di dalam syurga.

Hasan berkata kepada wanita itu dalam mimpiya. “Hai wanita yang cantik, maafkan olehmu semua kesalahanku.”

Jawab wanita itu. “Sungguh, semua sudah kumaafkan kerana aku memperoleh kebaikan daripada Allah sebab engkau.” Hasan berkata, “Berikanlah kepadaku akan nasihatmu.”

“Kalau engkau sendirian, berzikirlah atau ingatlah kepada Allah. Dan pada setiap pagi mahupun petang, beristighfar memohon ampun kepada Allah serta bertaubat kepada-Nya.” kata wanita berkenaan.

Mendengar nasihat daripada wanita itu, Hasan menerima dan melaksanakan hingga dia menjadi orang yang masyhur di kalangan masyarakat dengan zuhud dan taatnya kepada Allah.

Akhirnya, dia pun memperoleh darjat tinggi dan mulia serta menjadi seorang wali dan kekasih Allah.

Tuesday, October 5, 2010

Warkah Buat Sahabat..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.
Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Maka jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka kau akan lebih tenang menerima segala penolakan.
Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksakannya kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?
Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar kau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.
Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?
Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar kau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin kau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin kau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah kau mengatakan bahawa kau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.
Wahai sahabatku,
Bersabarlah…
Wallahua’lam

Monday, October 4, 2010

Adab Muslimah Tatkala Berbicara...

Wahai saudariku muslimah………
1) Berhati-hatilah dari terlalu banyak berceloteh dan terlalu banyak berbicara, Allah Ta’ala berfirman:
” لا خير في كثير من نجواهم إلا من أمر بصدقة أو معروف أو إصلاح بين الناس ” (النساء: الآية 114).
Artinya:
“Dan tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma’ruf, atau mengadakan perdamaian diantara manusia “. (An nisa:114)
Dan ketahuilah wahai saudariku,semoga Allah ta’ala merahmatimu dan menunjukimu kepada jalan kebaikan, bahwa disana ada yang senantiasa mengamati dan mencatat perkataanmu.
“عن اليمين وعن الشمال قعيد. ما يلفظ من قولٍ إلا لديه رقيب عتيد ” (ق: الآية 17-18)
Artinya:
“Seorang duduk disebelah kanan,dan yang lain duduk disebelah kiri.tiada satu ucapanpun yang diucapkan melainkan ada didekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir” (Qaaf:17-18).
Maka jadikanlah ucapanmu itu menjadi perkataan yang ringkas, jelas yang tidak bertele-tele yang dengannya akan memperpanjang pembicaraan.



1) Bacalah Al qur’an karim dan bersemangatlah untuk menjadikan itu sebagai wirid keseharianmu, dan senantiasalah berusaha untuk menghafalkannya sesuai kesanggupanmu agar engkau bisa mendapatkan pahala yang besar dihari kiamat nanti.
عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما- عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ” يقال لصاحب القرآن: اقرأ وارتق ورتّل كما كنت ترتّل في الدنيا فإن منزلتك عند آخر آية تقرؤها رواه أبو داود والترمذي
Dari abdullah bin ‘umar radiyallohu ‘anhu, dari Nabi Shallallahu Alaihi wa aalihi wasallam, beliau bersabda:
dikatakan pada orang yang senang membaca alqur’an: bacalah dengan tartil sebagaimana engkau dulu sewaktu di dunia membacanya dengan tartil, karena sesungguhnya kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca.
HR.abu daud dan attirmidzi
2) Tidaklah terpuji jika engkau selalu menyampaikan setiap apa yang engkau dengarkan, karena kebiasaan ini akan menjatuhkan dirimu kedalam kedustaan.
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ” كفى بالمرء كذباً أن يتحدّث بكل ما سمع “
Dari Abu hurairah radiallahu ‘anhu,sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Cukuplah seseorang itu dikatakan sebagai pendusta ketika dia menyampaikan setiap apa yang dia dengarkan.”
(HR.Muslim dan Abu Dawud)
3) jauhilah dari sikap menyombongkan diri (berhias diri) dengan sesuatu yang tidak ada pada dirimu, dengan tujuan membanggakan diri dihadapan manusia.
عن عائشة – رضي الله عنها- أن امرأة قالت: يا رسول الله، أقول إن زوجي أعطاني ما لم يعطني؟ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ” المتشبّع بما لم يُعط كلابس ثوبي زور “.
Dari aisyah radiyallohu ‘anha, ada seorang wanita yang mengatakan:wahai Rasulullah, aku mengatakan bahwa suamiku memberikan sesuatu kepadaku yang sebenarnya tidak diberikannya.berkata Rasulullah Shallallahu Alaihi wa aalihi wasallam,: orang yang merasa memiliki sesuatu yang ia tidak diberi, seperti orang yang memakai dua pakaian kedustaan.” (muttafaq alaihi)
4) Sesungguhnya dzikrullah memberikan pengaruh yang kuat didalam kehidupan ruh seorang muslim, kejiwaannya, jasmaninya dan kehidupan masyarakatnya. maka bersemangatlah wahai saudariku muslimah untuk senantiasa berdzikir kepada Allah ta’ala, disetiap waktu dan keadaanmu. Allah ta’ala memuji hamba-hambanya yang mukhlis dalam firman-Nya:
” الذين يذكرون الله قياماً وقعوداً وعلى جنوبهم… ” (آل عمران: الآية 191).
Artinya:
“(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring…” (Ali imran:191).
5) Jika engkau hendak berbicara,maka jauhilah sifat merasa kagum dengan diri sendiri, sok fasih dan terlalu memaksakan diri dalam bertutur kata, sebab ini merupakan sifat yang sangat dibenci Rasulullah Shallallahu Alaihi wa aalihi wasallam, dimana Beliau bersabda:
” وإن أبغضكم إليّ وأبعدكم مني مجلساً يوم القيامة الثرثارون والمتشدقون والمتفيهقون “.
“sesungguhnya orang yang paling aku benci diantara kalian dan yang paling jauh majelisnya dariku pada hari kiamat : orang yang berlebihan dalam berbicara, sok fasih dengan ucapannya dan merasa ta’ajjub terhadap ucapannya.”
(HR.Tirmidzi,Ibnu Hibban dan yang lainnya dari hadits Abu Tsa’labah Al-Khusyani radhiallahu anhu)
6) Jauhilah dari terlalu banyak tertawa,terlalu banyak berbicara dan berceloteh.jadikanlah Rasulullah Shallallahu Alaihi wa aalihi wasallam, sebagai teladan bagimu, dimana beliau lebih banyak diam dan banyak berfikir beliau Shallallahu Alaihi wa aalihi wasallam, menjauhkan diri dari terlalu banyak tertawa dan menyibukkan diri dengannya.bahkan jadikanlah setiap apa yang engkau ucapkan itu adalah perkataan yang mengandung kebaikan, dan jika tidak, maka diam itu lebih utama bagimu. Rasulullah Shallallahu Alaihi wa aalihi wasallam, bersabda:
” من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيراً أو ليصمت “.
” Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir,maka hendaknya dia berkata dengan perkataan yang baik,atau hendaknya dia diam.”
(muttafaq alaihi dari hadits Abu Hurairah radhiallahu anhu)
8) jangan kalian memotong pembicaraan seseorang yang sedang berbicara atau membantahnya, atau meremehkan ucapannya. Bahkan jadilah pendengar yang baik dan itu lebih beradab bagimu, dan ketika harus membantahnya, maka jadikanlah bantahanmu dengan cara yang paling baik sebagai syi’ar kepribadianmu.
9) berhati-hatilah dari suka mengolok-olok terhadap cara berbicara orang lain, seperti orang yang terbata-bata dalam berbicara atau seseorang yang kesulitan berbicara.Alah Ta’ala berfirman:
” يا أيها الذين آمنوا لا يسخر قوم من قوم عسى أن يكونوا خيراً منهم ولا نساء من نساء عسى أن يكن خيراً منهن ” (الحجرات: الآية 11).
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik.”
(QS.Al-Hujurat:11)
10) jika engkau mendengarkan bacaan Alqur’an, maka berhentilah dari berbicara, apapun yang engkau bicarakan, karena itu merupakan adab terhadap kalamullah dan juga sesuai dengan perintah-Nya, didalam firman-Nya:
: ” وإذا قرىء القرآن فاستمعوا له وأنصتوا لعلكم ترحمون ” (الأعراف: الآية 204).
Artinya: “dan apabila dibacakan Alqur’an,maka dengarkanlah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kalian diberi rahmat”. Qs.al a’raf :204
11) bertakwalah kepada Allah wahai saudariku muslimah,bersihkanlah majelismu dari ghibah dan namimah (adu domba) sebagaimana yang Allah ‘azza wajalla perintahkan kepadamu untuk menjauhinya. bersemangatlah engkau untuk menjadikan didalam majelismu itu adalah perkataan-perkataan yang baik,dalam rangka menasehati,dan petunjuk kepada kebaikan. perkataan itu adalah sebuah perkara yang besar, berapa banyak dari perkataan seseorang yang dapat menyebabkan kemarahan dari Allah ‘azza wajalla dan menjatuhkan pelakunya kedalam jurang neraka. Didalam hadits Mu’adz radhiallahu anhu tatkala Beliau bertanya kepada Nabi Shallallahu Alaihi wa aalihi wasallam: apakah kami akan disiksa dengan apa yang kami ucapkan? Maka jawab Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda:
” ثكلتك أمك يا معاذ. وهل يكبّ الناس في النار على وجوههم إلا حصائدُ ألسنتهم ” ( رواه الترمذي).
“engkau telah keliru wahai Mu’adz, tidaklah manusia dilemparkan ke Neraka diatas wajah-wajah mereka melainkan disebabkan oleh ucapan-ucapan mereka.”
(HR.Tirmidzi,An-Nasaai dan Ibnu Majah)
12- berhati-hatilah -semoga Allah menjagamu- dari menghadiri majelis yang buruk dan berbaur dengan para pelakunya, dan bersegeralah-semoga Allah menjagamu- menuju majelis yang penuh dengan keutamaan, kebaikan dan keberuntungan.
13- jika engkau duduk sendiri dalam suatu majelis, atau bersama dengan sebagian saudarimu, maka senantiasalah untuk berdzikir mengingat Allah ‘azza wajalla dalam setiap keadaanmu sehingga engkau kembali dalam keadaan mendapatkan kebaikan dan mendapatkan pahala. Allah ‘azza wajalla berfirman:
” الذين يذكرون الله قياماً وقعوداً وعلى جنوبهم “. (آل عمران: الآية 191)
Artinya: “(yaitu) orang – orang yang mengingat Allah sambil berdiri,atau duduk,atau dalam keadaan berbaring” (QS..ali ‘imran :191)
14- jika engkau hendak berdiri keluar dari majelis, maka ingatlah untuk selalu mengucapkan:
” سبحانك الله وبحمدك أشهد أن لا إله إلا أنت، أستغفرك وأتوب إليك “.
“maha suci Engkau ya Allah dan bagimu segala pujian,aku bersaksi bahwa tidak ada Ilah yang berhak untuk disembah kecuali Engkau, aku memohon ampun kepada-Mu, dan aku bertaubat kepada-Mu”
Sehingga diampuni bagimu segala kesalahanmu di dalam majelis tersebut.
Ditulis oleh: Haya Bintu Mubarak Al-Buraik
Dari kitab: mausu’ah al-mar’ah al-muslimah: 31-34