Hidup ini mesti ada tujuan.... Tujuan menuju ke jalanNYA.. Mengenali siapa kita sebenarnya... Sebagai seorang hamba yang menunaikan hak kepada Tuhannya... Allahu Akbar...

Saturday, July 31, 2010

Mulakan Sekarang!!!

Satu realiti kemanusiaan iaitu mahu menjadi insan cemerlang, gemilang dan terbilang. Jika kita 'interview' banduan  kat pusat serenti pun, pasti mreka juga akan kata... "Ya, aku nak 'graduate' dari sini dan aku mahu bina khidupan yang lebih baik di luar sana". Apatah lagi kalau kita tanya pula pada budak-budak sekolah, mahasiswa, ahli politik dan profesor sekalipun... Pendek kata, semua manusia yang bergelar hamba Allah bila ditanya mahukah anda menjadi insan terbilang? Sudah pasti jawapannya adalah, "Of course! Mestilah saya mahu menajdi orang yang berjaya dalam hidup."

Malangnya, majoriti manusia membina impian melangit tetapi tidak melakukan perubahan itu dari akar umbi. Manusia tidak menyedari dan tidak mengenal pasti apakah 1001 cabaran yang bakal menggugat keimanan dalam proses menggapai impian yang diidamkan. Orang yang Berjaya tidak akan takut dengan cabaran. Malah, mereka akan kenal pasti apakah bentuk-bntuk sempadan yang membentengi diri mereka untuk terus kekal mara ke hadapan menerobos pintu-pintu yang menjadi sempadan.

Orang yang cemerlang akan sentiasa berusaha mencari kunci-kunci utama untuk membuka sempadan diri yang terkunci raoat. Bak kata orang dulu-dulu, “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya..

“Dan jika kamu berazam, maka bertawakkallah kepada Allah.” (Surah Ali ‘Imran:159)

Ayat di atas menerangkan, setiap kali niat untuk cemerlang dipasang, maka berserahlah kepada Allah SWT. Ingatlah Dia sentiasa kerana sebagai manusia yang terbatas pengetahuannya, kita tidak tahu apakah yang bakal menduga niat suci kita itu.

Mudah-mudahan, apabila kita mengingatiNYA dan berserah kepadaNYA, Allah juga akan mengingati kita dan mengutuskan para malaikat untuk membantu kita. Kadang-kadang Allah juga akan member motivasi kepada kita melalui ujian-ujianNYA. Tetapi kebanyakkan manusia tidak menyeari hakikat ini. Malah sering berburuk sangka tatkala menerima musibah. Bersabarlah..kerana sesungguhnya Dia tidak akan menguji hambaNYA melainkan apa yang terdaya ditanggung mereka..


Tip-tip untuk berubah:

Lihat kejayaan yang telah dicapai oleh orang yang paling hamper dengan kita.
Analisa kehinaan yang kita hadapi jika tidak berubah.
Lihat kemajuan yang telah dicapai oleh orang yang lebih muda daripada kita.
Wujudkan keinginan untuk memiliki harta benda seperti computer canggih dan sebagainya.
Kenangi kesilapan masa silan ketika muhasabah diri.
Berdoa kepada Allah agar hati didorong keinginan untuk berubah.

Friday, July 30, 2010

Kami dah bertunang!!!

Situasi 1 :
Ketika ahmad dan zul tengah rancak bersembang...tiba-tiba datang Leha yang baru habis kuliahnya....terus menuju kepada Ahmad,salam dan cium tangan Ahmad....




Leha : Assalamualaikum abang...maaf lambat..tadi lecturer bagi extra kelas.
Ahmad : Waalaikumussalam...owh..xper2..abang pun baru je sampai..kebetulan jumpa Zul...
Zul : amboi sopannya...eh...ahmad...bini kau ke nih..owh..kawin tak bagitau member pun eh...
Ahmad : taklah...tunang aku...


Dengan slumber...Ahmad dan Leha yang membonceng motosikal terus berlalu meninggalkan Zul yang terpinga-pinga macam orang tak jumpa jalan balik...(kalo naik keta pn same jer la..)


Situasi 2 :
Selepas hampir 1 jam Rita "bergayut" di telefon....tiba-tiba datang Ina dari biliknya..


Ina : wahhhh..lamanya bergayut kat telefon...kalu ader dahan..dah lama patah tuh...ko bergayut ngan sape tuh...
Rita : Ala..dengan tunang aku lah..bukannya pakwe pun...salah ke...sebab tuh la kalau boleh...aku nak bagitau semua orang yang aku dah tunang supaya tak adalah timbul fitnah kalu aku bergayut lama-lama pun kat telefon...


Situasi 3 :
Nur : wahhhh...sedapnya bau..masak aper nih..eh...hari nih kan giliran aku masak...
Siti : eh..nih aku masak untuk tunang aku lah..jap lagi dia datang...aku nak kasi la dia rasa masakan aku nih..kesian dia asyik makan kat kedai je...


Situasi 4 :
beberapa muslimat sedang rancak berdiskusi...


Mila : Ana,mengharap sangat2 adik2 semua jagalah pergaulan antara muslimin muslimat...jangan selalu berjumpa sangat..kalau ada hal penting...boleh jumpa..tapi biarlah berteman...tak elok..nanti timbul fitnah...kita semua nih dalam persatuan islam...kita bawa nama Islam....tambah-tambah kita semua nih bertudung labuh...Orang semua pandang kita..orang tengok cara kita berkawan...Ana pun sakit mata nih tengok couple2 yang berselerak kat kolej kita nih...asyik berjalan berdua-duaan je...


Lina : betul tuh kak...ana tengok banyak sangat couple2 kat kolej nih...tuh lah tugas kita..nak sedarkan diorang....
Tiba-tiba handphone berbunyi lagu 'ketulusan hati'-aqso dan madina...jeng..jeng..jeng..
Mila : maafkan ana yer...ana ada hal..adik2 sambung la perbincangan kita tadi..ana nak jumpa seseorang sekejap...


Tak lama kemudian....kelihatan Mila meninggalkan sahabat2nya..terus berjumpa tunangnya...dan berjalan berdua-duaan seiringan di tengah2 kolej...ai cik Mila dan si tunang...orang lain perhatikan kamu berdua nih...kata pakai tudung labuh...tak elok la macam tuh cik Mila oi...


Situasi 5 :
Sedang asyik Salima dan Fasehah berjalan2 di tengah2 shopping complex...Tiba-tiba mereka terserempak dengan Qaira dan tunangnya...


Salima : amboi...berdua-duaan tuh....
Tunang Qaira : eh..kami beli barang kahwin...


Situasi 6 :
Suatu hari....karina, zainab dan lily berjalan-jalan di taman untuk menenangkn fikiran setelah seminggu exam...sewaktu hendak pulang ke rumah...


Lily : eh...tuh bukan ke Ramizah..apa hal tunang dia buat kat depan rumah dia tuh....
Zainab : ha'ah lah..apa hal tunang dia datang rumah dia tuh...ishk...tak elok la dia buat macam tuh...dia pakai tudung labuh....aktif usrah...tapi kenapa dia buat macam tuh...
Karina : kak lily...saya rasa lain la tengok macam tuh...saya tau saya nih tak lah pakai tudung labuh..ilmu agama pun tak tinggi mana...kalau macam Ramizah tuh lain lah..pakai tudung labuh..ilmu agama pun tinggi..gayat tuhhh....tapi at least saya tau pergaulan antara lelaki dan perempuan....adab-adab sewaktu bertunang...bukan ke tak elok macam tuh....


Situasi 7 :
Nurul : eh thirah...ada lagi tak jual top up??
Thirah : wahhh..ko nih nurul..tengah2 malam mcm nih nak top up...yer2..ko nak berapa...bukan ke baru 2 hari lepas ko top up RM10...
(untuk pengetahuan...konon2 nya si thirah tuh bisnes top up la)
Nurul : ala thirah..aku meseg2 nih hah..bukan orang lain pun..ngan tunang aku juga...


Berdasarkan situasi-situasi di atas...apa pendapat anda semua...adakah tuh adab2 bertunang dalam islam...


Bertunang tak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalal-kan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri.


Paling sedih sekali...ada tuh yang bawa nama islam...join usrah sana sini...aktif persatuan islam...tapi kenapa tak jaga juga adab2 dalam tempoh bertunang...


takkan selama nih tak tau kot adab2 dalam tempoh bertunang..tuh pun nak kena habaq gak ka???????mai nak ketuk kepala sikit..kasi ingat balik apa yang ustaz ustazah ajar....


Bila ditegur..melenting....naik darah...kata kawan tak faham hati kawan..oit kawan..sebab si kawan tuh faham la dia tegur kawan..kalu kawan tuh tak faham kawan..dibiarkan je kawan..yerlah..ada setengah tuh kata apa..."kubur lain2.."amboi...sedapnya ayat...sekeh kepala kang....


nak ke sebelum tiba hari akad nikah tuh...kita yang mengharapkan redha Allah..tapi bergelumang dengan maksiat...nauzubillah...tolong lah....please lah..nak merayu macam mana lagi..sedarlah...jangan jadikan diri kita nih penfitnah agama...jangan jadikan diri ini..penfitnah kepada muslimat yang cun2 yang bertudung labuh di luar sana....Ada tuh..sebelum bertunang..bukan main tentang dan marah kat sapa2 yang keluar lelaki perempuan...tak jaga ikhtilat...tapi kenapa bila dah bertunang..DIA TAK BUAT PULA APA YANG DIA KATA...LIHAT LAH..KAU SEDANG DIUJI....




"wahai orang yang beriman!mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?(Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"(as-saff : 2-3)


of course lah ada orang akan kata..."ala..tudung labuh pun sama je macam budak perempuan yang lain..keluar juga dengan lelaki...walaupun baru bertunang...meseg2 sayang2..rindu2 gak ngan tunang dia...calling2 tengah2 malam gak ngan tunang dia..sama je semua..tak ada beza pun.."


Hati nih kecewa dengar macam tuh....kecewa yang amat amat amat sangat..nak dirawat pun tak tau macam mana lagi...Sedih...rasa macam dipijak2 kepala..selama nih muslimat yang bertudung labuh jaga maruah...akhirnya...terima padah macam tuh atas sebab kesalahan yang dilakukan sahabat sendiri....


Renung-renungkan lah...Fikir-fikirkan lah...adakah kita terlibat sama...


Psssttt....ana pun risau sama nih..ana dah tulis macam nih...ana pun akan diuji juga suatu hari nanti...
Wallahualam....

Fahami Rahsia Di Sebalik Azan...

Bagaimana kita hendak menjana semula kekuatan kita?
Cuba kita fahami dan hayati betul-betul seruan azan yang kita dengar 5 kali sehari:
 

Allah yang maha besar,Allah yang maha besar 
Aku mengaku bahawa tiada tuhan lain yg berhak disembah,melainkan Allah.2x 
Aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah2x 
Marilah menunaikan solah. 2x 
Marilah menuju kemenangan.2x 
Allah yang maha besar,Allah yang maha besar 
Tiada tuhan melainkan Allah 

1.Allah yang maha besar,Allah yang maha besar 
Sesungguh nya,kalimah azan itu adalah mengandungi falsafah dan pengajaran yang sangat penting bagi setiap muslim untuk menempuh kehidupan ini. 
Kita diminta untuk membesarkan Allah dalam seluruh kehidupan kita,dan dlm semua perkara.Kita mestilah menanamkan kedalam jiwa kita bahawa tidak ada yang lebih besar daripada Allah .Apabila kita telah membesarkan Allah,semua perkara lain menjadi kecil;dan akan tertanam kedalam jiwa kita semangat keberanian yang kental.Kita tidak akn berasa takut lagi terhadap apa sahaja selain dari Allah. 

2.Aku mengaku bahawa tiada tuhan lain yg berhak disembah,melainkan Allah.2xAku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah2x 
Kita juga dituntut untuk memgakui bahawa hanya Allah lah sahaja yang berhak disembah.Kita mesti mengakui keesaan dan keagungan Allah,begitu juga,kita dituntut mengaku bahawa sesungguhnya nabi Muhammad saw itu sebenar-benarnya utusan Allah yang membawa ajaran Islam yang syumul seperti mana yang terkandung di dalam al-Quran. 
Sesungguhnya,pengakuan sahaja tidak cukup,sebaliknya kita di tuntut untuk mengamalkan dan menurut segala ajaran yg di bawa oleh Rasullallah saw itu. 

3.Marilah menunaikan solah. 2x 
Kemudian kita di ajak mendirikan solah.Sesungguhnya solah itu adalah ibu bagi segala ibadah.Ianya merupakan tiang kepada Islam itu,dan juga menjadi tiang kepada kerohanian seseorang Muslim.Sabda Rasullallah saw: sesungguh nya solah itu merupakan tiang ugama.Sesiapa yang mendirikan nya,bermakna mendirikan ugama,sesiapa yang meninggalkan nya,bermakna meruntuhkan ugama.
Sabda baginda lagi:Yang membezakan orang Islam dengan orang kafir itu adalah mendririkan solah.Oleh yang demikaian setiap Muslim itu mestilah sentiasa memelihara dan mengerjakan solah dengan sungguh-sungguh.Barangsiapa yang meninggalkan solah,atau pun meringan-ringankan nya,atau cuai dan lalai dari menunaikan nya,maka terhijablah dia daripada mendapat pertolongan Allah. 

4.Marilah menuju kemenangan.2x 
Setelah kita melaksanakan perintah solat denagn sempurna zahir dan batin,barulah kita diajak kepada kejayaan dan kemenangan.maka layaklah kita memperoleh kemenangan dan kejayaan di dunia dan di akhirat. 

5.Allah yang maha besar,Allah yang maha besar
Tiada tuhan melainkan Allah
 
Setelah kita beroleh kejayaan dan kemenangan,kita sekali lagi di ingatkan bahawa kita mesti terus secara konsisten membesarkan Allah.Apabila kejayaan telah berada dalam tangan kita,jangan sesekali melupakan Allah,jika tidak,kejayaan tersebut akn menjadi kosong ,tidak bernilai langsung di sisi Allah.Dan kita juga dituntut untuk terus mentauhidkan dan mengesakan Allah . 

Kesimpulan nya:
Demikian lah indahnya falsafah dan pengajaran dari azan itu,yang mana,sekira nya dapat dilaksanakan oleh setiap muslim bersungguh-sungguh,nescaya kita akan mendapat pertolongan dari Allah dan kita insyaAllah akan menjadi umat yang kuat dan berjaya di dunia dan di akhirat.

Thursday, July 29, 2010

Percampuran Yang Diharuskan



Setelah kita mengetahui asal hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah haram, maka ia adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. Sheikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya al-Mufassal Fi al-Ahkam al-Mar'ah yang masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di bawah.

1* Harus kerana terpaksa (dharurah)
Ikhtilat yang berlaku kerana terpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya:
"Berkata ahli mazhab Syafie: "Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum ini keadan-keadaan dharurah, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia, maka harus ia menumpangkan wanita tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu hukum menumpangkannya adalah wajib tanpa khilaf. Antara contoh dharurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.



2* Harus kerana keperluan (hajat)
Ulama' berkata, hajat mengambil peranan dharurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di 
sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.

a) Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak
Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual beli, melakukan tawar menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab adab pergaulan.

b) Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman
Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Zahiriah dan Imam at-Tabari. Sudah termaklum kerja seperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.

c) Ikhtilat kerana menjadi saksi
Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah. Menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.
d) Ikhtilat kerana amar makruf nahi mungkar
Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya al-Muhalla bahawa Umar al-Khattab RA telah melantik al-Syifa’ menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.
e) Ikhtilat kerana melayan tetamu
Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasan yang syar'iseperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun ia terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadith Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah SAW dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk Baginda SAW.

f) Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya

Harus bagi wanita makan bersama tetamu dan suami tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syar'i. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah SAW dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama sama baginda. Ini bererti bahawa orang Ansar dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu.

g) Ikhtilat dalam kenderaan awam

Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi dua ibu bapanya, membeli belah dan ke hospital, meski pun ia terpaksa menaiki kederaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi, dia mungkin duduk atau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syar'ie.
h) Ikhtilat dalam kerja-kerja jihad

Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar-Rabei binti Muawwiz katanya:
"Kami bersama Nabi SAW merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah."

i) Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat

Antara suasana yang diharuskan, ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat Baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.

j) Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan

Tersebut dalam kitab Muwatta' persoalan: "Adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan muhramnya?" Berkata Malik: "Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut." Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara. Dalam suasana yang seperti ini akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebagainya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab Islamiah.


Allah maha mengetahui.....

Adab Dalam Pergaulan

Dalam kehidupan seharian... kita akan bertemu dengan ramai orang.. Kita berinteraksi, rapat dengan mereka.. namun, dalam pergaulan itu, pernahkah kita melangkaui batas-batas yang telah ditetapkan?


1. Menundukkan Pandangan
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (an-Nur:30). Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; dan katakanlah kepada yang beriman, hendaklah mereka menahan pandanganya dan memelihara kemaluannya (an-Nur:31).

2. Menutup Aurat
ALLAH berfirman dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya (an-Nur:31). Juga firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-ank perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (an-Nur:59).

3. Adanya Pembatas Antara Lelaki Dengan Perempuan
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari sebalik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab (al-Ahzaab:53).

4. Tidak Brdua-duaan Di Antara Lelaki dan Perempuan
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata; Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim). Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duaan dengan seorang wanita kerana syaitan akan menjadi ketiganya(Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi).

5. Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan)
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga keinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (al-Ahzaab:32). Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah betapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertiann janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia bebicara dengan suaminya (Tafsir Ibnu Kathir:3/350).

6. Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis
Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik dari menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya (Hadis Hasan Riwayat Thabarani dalam Mujam Kabir). Berkata Syeikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya (Ash-Shohihah:1/44). Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aisyah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat (Hadis Riwayat Bukhari).

Hijrah remaja: Remaja Melangkah Menuju Kejayaan (Kesedaran Diri 2)

Setiap Individu Sentiasa Bertanggungjawab:
Kesedaran itu akan lahir daripada pembawaan semula jadi manusia sendiri. Nalurinya sentiasa membangkitkan rasa tanggungjawab mahu melaksanakan sesuatu.

Segalanya bagi memenuhi kehendak diri, naluri, keperluan diri, desakan hati dan juga motivasi yang fungsinya memenuhi jiwa. Manusia dilahirkan dengan fitrah memerlukan makanan, harta, zuriat, kasih sayang, kehormatan diri dan peningkatan kendiri.

Maka dari situlah akan timbul kesedaran bagi memperolehi kehendak-kehendak itu sama ada sekadar perlu ataupun lebih daripada itu. Kita melakukan sesuatu kerana sesuatu. Mungkin kerana keperluan asasi, kepuasan diri, keseronokan dan sebagainya. Maka daripada permintaan-permintaan itu, timbullah tanggungjawab.

Manusia tidak akan pernah berasa puas dengan apa yang diperolehnya. Manusia memiliki kenikmatan tanpa kepuasan dan kehendak yang tidak akan berhenti meminta.

Untuk yang pertama kalinya dalam pemikiran kita, pastilah kita memerlukan pemenuhan terhadap keperluan asas terlebih dahulu. Namun begitu, keperluan asas itu tidak akan pernah dipenuhi dengan ‘sekadar yang perlu’ sahaja.

Fikiran dan keinginan manusia pasti menarik dirinya memikirkan perolehan yang lebih lagi. Daripada keperluan asas, kita akan terus mencari keselesaan dan kenakan yang lebih lagi. Dengan lebih itu lagi, kita mencari kemewahan sebanyak-banyaknya.

Dengan fitrah itu, maka keperluan asas adalah keperluan tubuh jasmani manusia. Manakala keselesaan dan kemewahan hari ini lebih kepada keperluan jiwa manusia.

Jiwa kita sentiasa perlukan yang lebih lagi. Dengan kehendak itu, kita sanggup melakukan apa sahaja. Bahkan kebanyakan orang lebih terkesan jiwanya supaya menimbulkan kesedaran daripada keinginan terhadap kehendak.

Akhirnya, dengan kehendak yang timbul setiap hari dan setiap masa itu memberi dorongan kepada kita untuk sedar yang diri ini sentiasa berada dalam serba kekurangan.

Kita selaku remaja yang normal sering kali timbul rasa keinginan, kemudian sedar dengan kekurangan dan berusaha mendapatkannya. Maka disitulah timbulnya matlamat iaitu berniat mendapatkan apa yang diingini dan kejayaannya adalah memperoleh matlamat itu.

Oleh itu, jangan selalu merungut kerana rimas terlalu banyak tanggungjawab. Sedangkan itu semua perkara normal yang datang daripada diri. Diri sendiri yang berkehendak bagi memperoleh keperluan asas, kemewahan, ingin dihargai dan diberi perhatian. Maka tanggungjawab untuk dilaksanakan adalah harga bayaran.

Hidup tanpa tanggungjawab memang membosankan. Rasa seronok hanya pada permulaannya sahaja. Selepas itu, diri akan memberontak kerana dalam pembawakan diri atau ‘fitrah’ semula jadi, kita adalah bertanggungjawab. Itulah yang dimaksudkan manusia hidup sebagai ‘khalifah muka bumi’ dan juga sebagai pemimpin yang mentadbir kemakmuran alam.

“Nilai daripada seseorang itu ditentukan daripada keberaniannya untuk bertanggungjawab, mencintai hidup dan pekerjaannya”. – Kahlil Gibran

Berfikir :
Kemampuan berfikir dan merenung adalah asset berharga pada manusia. Kerana dari situlah datangnya berbagai kebaikan apabila ia digunakan dengan baik dan dari situ jugalah akan datangnya kejahatan sekiranya ia disalah guna. Di situlah letaknya nilai kemanusiaan pada seseorang berbanding makhluk yang selainnya.

Kita menjadi unggul kerana akal fikiran. Dan akal fikiran itu akan ada harganya kalau ia sentiasa digunakan. Manusia mempunyai akal sehingga daripadanya akan lahir perasaan, idea, pengetahuan, pemikiran dan sebagainya. Sedangkan makhluk-makhluk lain hanya memiliki otak sahaja yang hanya berfungsi memenuhi kehendak seharian semata-mata.

Haiwan melakukan perkara yang hampir sama setiap hari. Seekor burung pada setiap pagi keluar mencari makan, kemudian pada petang harinya pulang ke sarang. Kalau ada peningkatan pada kehidupannya, hanya sedikit. Mungkin hari ini makan cacing,. Bulan seterusnya makan buah-buahan yang lebih enak kerana menjumpai dusun buah-buahan.

Manusia setiap hari boleh berubah. Sama ada menjadi semakin teruk ataupun semakin baik. Perubahan pada diri manusia itu begitu drastik. Kerana adanya pemikiran, membuatkan manusia memiliki perasaan bosan melakukan hanya satu kerja. Sekurang-kurangnya kita mahukan perubahan sama ada dalam perubahan bentuk mahupun peningkatan.

Itu kelebihan pada manusia. Memang sejak awal penciptaannya, Allah telah mengajarkannya ilmu asas tentang nama-nama benda. Manusia dipercayai memiliki pengetahuan itu kerana kelebihan berfikir dengan akal.

Semasa penciptaan manusia pertama. Al-Quran ada mengisahkan melalui surah al-Baqarah ayat 31 yang bermaksud, “Allah mengajarkan kepada Adam sekelian nama-nama barang.”

Manusia dikurniakan dengan kemampuan untuk belajar dan menganalisis dengan keunikannya tersendiri yang tiada pada makhluk lain.

Benda-benda lain adalah tidak berakal sejak asal. Begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Haiwan-haiwan mempelajari sesuatu hanya sekadar untuk memenuhi keperluan asasinya seperti mendapatkan makanan, minuman, habitat serta menyelamatkan diri daripada bahaya. Mereka mempelajari sesuatu itu dengan kesukaran.

Sedangkan kita sebagai manusia dikurniakan akal fikiran sejak awal kelahiran. Kita mempelajari sesuatu bukan sekadar mengetahui apa yang cukup sahaja.

Kita mempelajari untuk mengetahui sesuatu tentang apa, mengapa, bagaimana, bahkan mengetahui dan menemukan banyak lagi cabang-cabang ilmu yang lain sehinggalah ia berkembang daripada semasa ke semasa. Maka kesan dan hasil daripada ilmu seorang manusia itu adalah jelas serta bermanfaat kepada yang lainnya.

Daripada situlah kita berfikir dan sedar bahawa tidaklah kita diciptakan sebagai khalifah muka bumi ini sia-sia sahaja. Membangun, mentadbir, memaju dan mengimarahkan bumi adalah tanggungjawab umat manusia.

Maha Suci Tuhan yang menciptakan pembawaan kemanusiaan itu dengan daya kendiri dan motivasi daripada dirinya untuk memajukan bumi-Nya.

Al-Quran banyak menyatakan tentang bukti-bukti dan kesedaran terhadap apa pun, hanyalah akan diperoleh oleh mereka yang berfikir, memerhatikan dan diberi petunjuk ke arah kebaikan dan kebenaran.

Walau sehebat mana pun kelebihan dan kehebatan yang dikurniakan kepada kita, tidaklah ia akan bangkit melainkan dengan daya pemikiran dan sentiasa merenung kejadian hidup.

Hijrah remaja: Remaja Melangkah Menuju Kejayaan (Kesedaran Diri)

Dalam Diri Ada Kesedaran:
Permulaan bagi sebuah kejayaan adalah kesedaran yang bakal menumbuhkan matlamat. Demikianlah susunannya bagaimana perjalanan seseorang manusia itu untuk berjaya. Walau apa pun keadaan atau puncanya, semua orang berharap supaya setiap orang dapat memiliki kemampuan untuk sedar ini dan berfikir tentang kemajuan diri. Dan sebenarnya, ada daya petunjuk dalam diri kita.

Kita patut bersyukur, berbangga dan merasa beruntung kerana setiap daripada kita adalah orang-orang yang mampu mendapat petunjuk dan memiliki kesedaran tentang diri. Paling tidak pun, kita pada hari ini masih lagi memegang peranan sebagai seorang yang berguna. Masih lagi meminati untuk melakukan aktiviti berfaedah.

Jika dilihat disebalik kehidupan kita. Atau dilihat dunia orang lain, masih ramai lagi orang yang lebih suka berfoya-foya tanpa memikirkan tentang perkara-perkara yang bermanfaat. Cuba kita imbas kembali, bahawa kesedaran diri adalah perkara paling bermanfaat yang memulakan langkah kejayaan hidup kita.


Semuanya datang daripada anugerah Allah S.W.T yang memberikan kita kebijaksanaa lalu akhirnya hidup dan segala aktiviti seharian kita ini memiliki petunjuk tersendiri. Allah telah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud, “Kalau tidak kerana kurnia dan nikmat Allah kepadamu, maka tentulah kamu mengikut syaitan. Kecuali sebahagian kecil sahaja (di antaramu).”

Memang benar! Setiap daripada kita yang lahir di dunia ini memiliki perangai atau sikap asal yang sentiasa tertarik ke arah kebaikan dan kebenaran. Betapa nikmatnya hidup jika kita faham yang sebenarnya apa saja yang ada di muka bumi ini adalah dibolehkan. Semua perkara adalah berasaskan kebaikan kecuali kita sendiri yang berlebihan (melampau).

Ulama’ juga telah menyebut, setiap perbuatan di dunia ini adalah dibolehkan untuk kita kecuali beberapa perbuatan. Kebebasan itu tidak terkira banyaknya. Akan tetapi larangan itu boleh dikira. Hanya yang disebut atau dilarang tidak boleh dilakukan, maka itulah yang terlarang. Sedangkan yang tidak disebut dan dilarang, terpulanglah untuk dilakukan.

Semuanya bergantung pada kita. Bagaimana kita sedar untuk memberi maklum balas terhadap bagaimana kita menerima dan bertindak balas terhadap kebenaran. Kebenaran dan kebaikan itu ada dalam diri. Tinggal diri sendiri yang memerah dan mengeluarkannya. Barulah menjadi dan barulah ada permulaan langkah kejayaan.

Segala perjalanan hidup dan kejayaan kita adalah bermula daripada kesedaran diri. Kesedaran adalah langkah pertama!

Tanda Kiamat Sudah Dekat

TERBITNYA MATAHARI DARI BARAT...................

Menjelang akhir zaman nanti, akan terjadi peristiwa terbitnya matahari dengan munculnya BINATANG MELATA dari perut bumi....
Jika terbitnya matahari dari barat dikatakan waktu itu sebagai tidak diterimanya keimanan seseorang maka kemunculan binatang melata diwaktu dhuha menjadi pelengkap tanda ini
Binatang tersebut akan membawa CINCIN NABI SULAIMAN A.S dan TONGKAT NABI MUSA A.S untuk memberi cap MUKMIN DAN KAFIR mereka yang dicap dengan tongkat NABI MUSA A.S akan menjadi kafir dan dicap dengan cincin NABI SULAIMAN A.S akan bercahaya wajahnya... itulah wajah orang mukmin........

HADIS RASULULLAH S.A.W 

Sebuah hadis NABI S.A.W ada menerangkan berhubung dengan CINCIN NABI SULAIMAN A.S dan TONGKAT NABI MUSA A.S ini...
Dalam sabda NABI S.A.W mengenai pekara tersebut yang maksudnya.... " Binatang bumi itu akan keluar dengan membawa TONGKAT MUSA dan CINCIN SULAIMAN , maka ia akan mengecap hidung orang kafir dengan tongkat dan akan membuat terang wajah orang mukmin dengan cincin sehingga dengan demikian apabila telah berkumpul beberapa orang yang makan semeja hidangan , maka salah seorang dari mereka akan berkata.

" MAKANLAH INI WAHAI ORANG MUKMIN DAN MAKANLAH INI WAHAI ORANG KAFIR"

Hadis ini diriwayatkan oleh Abdu Daud , Ath-Thayalisi, Ahmad dan Ibnu Majah . semua riwayat tersebut berasal dari Hammad bin Salamah dari Abi Hurairah...................

dihapuskan sepuluh keburukkan (dosa) dan diangkat sepuluh darjat (kemuliaan).


عَنْ أَبِي طَلْحَةَ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ: أَصْبَحَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا طَيِّبَ النَّفْسِ يُرَى فِي وَجْهِهِ الْبِشْرُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَصْبَحْتَ الْيَوْمَ طَيِّبَ النَّفْسِ يُرَى فِي وَجْهِكَ الْبِشْرُ قَالَ أَجَلْ أَتَانِي آتٍ مِنْ رَبِّي عَزَّ وَجَلَّ فَقَالَ مَنْ صَلَّى عَلَيْكَ مِنْ أُمَّتِكَ صَلَاةً كَتَبَ اللَّهُ لَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ وَمَحَا عَنْهُ عَشْرَ سَيِّئَاتٍ وَرَفَعَ لَهُ عَشْرَ دَرَجَاتٍ وَرَدَّ عَلَيْهِ مِثْلَهَا

Terjemahan: Daripada Abi Thalhah al-Anshari (radhiyallahu ‘anhu), beliau berkata:

Pada suatu hari, Rasulullah berada dalam keadaan yang sangat baik, jelas terpapar pada wajahnya kegembiraan, maka (para sahabat) bertanya:

“Wahai Rasulullah, pada hari ini engkau dalam keadaan yang sangat baik, jelas dapat dilihat kegembiraan pada wajahmu?” Beliau berkata:

“Benar, telah datang kepadaku (malaikat) dari Tuhan-ku, ia berkata:

“Sesiapa yang berselawat kepadamu dari ummatmu satu kali, nescaya Allah mencatat baginya sepuluh kebaikan, menghapuskan darinya sepuluh keburukkan (dosa), mengangkat baginya sepuluh darjat/kemuliaan, dan membalas kepadanya sebagaimana selawat tersebut.” (Hadis Riwayat Ahmad, 26/272, no. 16352. Syaikh Syu’aib al-Arnauth berkata: Isnadnya dhoif. Dinyatakan sebagai Hasan lighairihi oleh Syaikh al-Albani, Shohih at-Targhib wa at-Tarhib, 2/135, no. 1661)