Hidup ini mesti ada tujuan.... Tujuan menuju ke jalanNYA.. Mengenali siapa kita sebenarnya... Sebagai seorang hamba yang menunaikan hak kepada Tuhannya... Allahu Akbar...

Wednesday, July 28, 2010

Hijrah Remaja: Kenali Remaja

Definisi remaja:

Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun atau 13 hingga 25 tahun. Perkataan 'remaja' berasal daripada perkataan Latin bermakna menuju ke arah kematangan. golongan ini sentiasa mempunyai perasaan ingin mencuba dan sedang menuju ke tahap untuk menjadi dewasa. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa.
Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan bahasa. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa "bermasalah".


Ciri-ciri remaja:


1.         Suka bergaulan dengan rakan sebaya daripada ibu bapa.
Pada peringkat ini, anak remaja akan mula belajar pergaulan dengan orang lain selain daripada ahli anggota keluarga mereka. Ini bermaksud bahawa peringkat remaja merupakan perkembangan sosial seseorang. Sehubungan itu, anak remaja adalah suka berkawan dan senang tersinggung oleh masyarakat sosial.


2.         Suka berangan-angan.
Remaja yang normal mempunyai angan-angan sihat mengenai masa depan  mereka. Mereka sentiasa memikirkan apa yang akan mereka buat masa sekarang.


3.         Senang terpengaruh oleh emosi.
Remaja merupakan orang yang senang terpengaruh oleh emosi. Ini adalah kerana rasional mereka masih berkembang dan belum sampai ke tahap yang mantap.
Berlandaskan definisi dan ciri-ciri remaja di atas, jelas menunjukkan kepada kita bahawa tempoh usia remaja anak-anak adalah satu tempoh yang amat penting dalam menentukan hala tuju peribadi dan kehidupan mereka kelak. Oleh itu, cabaran mendidik remaja amat berat dan memerlukan didikan sempurna yang jitu daripada ibu bapa.

Didikan sempurna pastinya lahir daripada didikan agama. Agama adalah asas segalanya. Jika asas ini tidak diendahkan, maka segala cara dan tindakan yang dibuat oleh ibu bapa terhadap anak mereka pasti tidak akan mendatangkan apa-apa hasil positif.


Remaja dan Hijrah :

Remaja sering dikaitkan dengan masalah. Golongan yang menimbulkan pelbagai masalah, karenah dan kerosakan kepada agama, keluarga, masyarakat dan negara. Persepsi negatif ini perlu diubah. Jangan membiarkan persepsi ini terus menular kepada seluruh masyarakat. Bagaimana hendak mengubah persepi ini dalam keadaan realitinya membenarkan tanggapan negatif masyarakat.

Remaja perlu berhijrah. Melaksanakan perubahan agar diri mereka terlepas daripada belenggu kejahilan dan kejahatan. Hijrah mengajar bahawa melaksana perubahan bukan satu pilihan tapi ia adalah satu kemestian.

Hijrah Rasulullah bersama para sahabat telah membawa perubahan yang besar. Islam yang dulunya ditindas kini dilaksanakan. Islam yang dulunya lemah kini menjadi kuat. Islam yang dulunya dalam ketakutan dan kegelisahan, kini menjadi kebanggaan dan kemegahan.

Hijrah remaja adalah kejayaan mereka mengenal dan mengatasi kelemahan diri, mengetahui di mana keistimewaan dan potensi diri. Dengan ini perubahan akan mampu dilaksana dan dikecapi.




No comments:

Post a Comment