Hidup ini mesti ada tujuan.... Tujuan menuju ke jalanNYA.. Mengenali siapa kita sebenarnya... Sebagai seorang hamba yang menunaikan hak kepada Tuhannya... Allahu Akbar...

Thursday, April 28, 2011

Muhasabah Diri

Rasulullah s.a.w telah mendedahkan satu hakikat yang wujud dalam perjuangan dakwah supaya umat Islam dapat mengambil sikap yang bijaksana, di mana Baginda mendedahkan bahawa terdapat manusia yang bergelumang dengan maksiat, berjiwa munafiq dan tidak beriman turut serta berjuang menegakkan syiar Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Sesungguhnya Allah menguatkan agama dengan lelaki yang fajir (jahat)".(Riwayat Bukhari)

'Fajir' di sini bermaksud orang yang bergelumang dengan maksiat-maksiat dan perbuatan-perbuatan yang haram.

Sesetengah pandangan Ulama' Islam mengatakan orang alim yang tidak beramal dengan ilmunya sedangkan orang lain mendapat faedah dan beramal dengan ilmu yang diajar olehnya dikira dalam golongan 'fajir'. Golongan pemerintah yang zalim juga dikira golongan manusia yang fajir.

Di dalam sejarah perjuangan Islam sejak zaman dahulu hingga sekarang terdapat banyak contoh-contoh yang menunjukkan betapa manusia yang bersifat 'fajir' ini dapat mengaburi pandangan orang Islam dengan perjuangan mereka yang gigih unuk menegakkan Islam. Mereka ini sering melaungkan kata-kata berbentuk perjuangan tetapi sebaliknya lain pula tindakan yang dilakukan.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Kebanyakan para syahid umatku adalah orang yang mencari nama. Dan betapa banyak yang terbunuh antara dua barisan, Allah sahajalah yang mengetahui dengan niat masing-masing".(Riwayat Muslim)

Jadi, seharusnya niat seseorang pejuang itu hendaklah berhati-hati dari sifat 'fajir' dan juga bersifat riya' yang membolehkan segala amalan terhapus dan terlepas dari ciuman bau syurga.

Wassalam...

Tertipu Lagi

Di suatu hari, seorang lelaki sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Dia berjalan dengan menarik seekor keldai di belakangnya. Seorang pencuri melihat hal ini. Dia mengendap-endap dan memutuskan tali pengikatnya dan mengambil keldai tersebut. Setelah beberapa lama, sang empunya keldai pun menyedari bahawa keldainya telah hilang. Dia berlari ke sana sini mencari keldainya dengan panik.
Sampailah dia pada sebuah perigi. Di tepi perigi, dia nampak seorang lelaki tetapi dia tidak tahu bahawa lelaki itulah yang telah mencuri keldai miliknya. Dia bertanya kepada lelaki itu adakah dia melihat seekor keldai di sekitar tempat itu.


Pencuri itu tidak menjawab, malah dia menangis dan bersimpuh di tepi perigi.


"Mengapa kau menangis?" tanya pemilik keldai kehairanan.


"Dompetku jatuh ke dalam perigi ketika aku menimba air. Jika kau dapat membantuku mengambilnya, aku akan berikan kau seperlima dari wang yang ada dalam dompet itu. Kau akan mendapatkan seperlima dari seratus dinar emas di tanganmu!"


Pemilik keldai pun berfikir, "Wah! Wang itu cukup untuk membeli lebih dari sepuluh keldai! Bila satu pintu tertutup, sepuluh pintu lain akan terbuka."


Dia segera membuka pakaiannya dan turun ke dasar perigi. Sudah pastinya di dalam perigi itu tidak terdapat apa-apa. Dan si pencuri pun melarikan pakaian orang itu.


Moral:
Apabila satu kerugian saja membuatmu amat gelisah, maka kerugian-kerugian lain akan datang kepadamu dengan mudah. .


Sunday, April 24, 2011

Airmata Seorang Wanita..

Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”


Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.” si ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”


Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:


“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur...


KUberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar...


KUberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa...


KUberikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.


KUberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.


KUberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.


KUberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.


Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”


Bersyukurlah dilahirkan sebagai wanita…


Tambahlah bersyukur dilahirkan sebagai wanita Muslimah...


AMIN...

Seandainya Aku Jatuh CInta




YA MUHAIMIN, andai aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.


YA ALLAH, andai aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta yang semu.

YA RABBANA, andai aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada-Mu.


YA RABBUL IZZATI, andai aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalan-Mu.


YA ALLAH, andai aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.


YA ALLAH, andai aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu.


YA ALLAH, andai aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.


YA ALLAH, andai kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.


AMIN…

Saturday, April 23, 2011

Masak Itu Mudah..

Assalamualaikum WBT
Semoga pembaca semua dilindungi Allah..

Entah kenapa, mood masak memasak saya memuncak. Lama tak mencuba resepi baru, dan lama juga tak praktikkan resepi lama. Waa, pasti banyak yang terlupa. Kalau kat rumah ummi ni, saya tak berapa ligat nak masak sebab dapur orang.. Tapi bila balik kampung, memang saya pulun habis-habisan. Time ni mak dan kakak memang tak boleh nak kata apa. Tapi yang paling happy of course la anak sedara saya yang 5 orang tu. Ada saja yang diorder.. Nak pizza la, muffin la.. chicken grill, popia.. Semua main order.

Sebut pasal muffin, tau tak, benda alah ni paling senang nak masak? Simple dan sedap. Biasanya saya akan buat banyak-banyak sebagai bekalan anak-anak sedara saya. Kadang-kadang mereka bawa ke sekolah dan bagi kat cikgu. Saya ada banyak resepi muffin ni. Tapi sebenarnya, resepi ni boleh diolah ikut selera kita. 1 resepi boleh jadi dua tiga jenis. Ikut kreativiti.

Jom saya kongsikan dengan anda, 1 resepi muffin asas yang boleh bertukar menjadi muffin pelbagai perisa..

Bahan-bahan untuk muffin ini:

2 cawan tepung naik sendiri
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan gula kastor
1 biji telur
1 cawan susu segar
1/4 cawan minyak masak/mentega cair



cara-cara:
1. panaskan oven...180-200 darjah celcius..ikut kesuaian oven.oven aku..aku guna suhu 185
2.dalam mangkuk/bekas besar, campung tepung+garam+gula...gaul sebati guna senduk kayu.kemudian buatkan lubang di tengah
3. dalam mangkuk kecil, pukul telur sikit(macam pukul telur dadar),masuk susu dan minyak.tuang dalam mangkuk berisi tepung tadi.
4. gaul sebati guna senduk kayu dalam 4-5 kali gaul.adunan memang akan nampak berketul ketul sedikit.
5. masuk dalam bekas muffin 3/4 penuh. aku guna souffle cup,so tak perlu guna tiffin muffin.kalau guna bekas muffin yang biasa,perlu letak dalam  tiffin muffin.
6. masuk dalam oven.bakar selama 25 min.

Note:

boleh pelbagaikan rasa muffin. kalau nak buat muffin blueberry..tambahkan 1 cawan bluberi segar/jem bluberi,kalau nak buat muffin kurma atau kismis..tambahkan 1 cawan kurma/kismis yang telah dipotong2 ,kalau nak buat muffin choc chip...tambahkan 1 cawan choc chip...kalau nak buat muffin choc chip inti cadbury...tambahkan 1 cawan choc chip..dan letak adunan separuh dalam cup muffin,masuk choc cadbury kemudian tambahkan lagi adunan...kalau nak perisa cheese..tambahkan 1 cawan cheddar cheese yang telah di parut..dan macam2 lagi..ikut kreativiti masing2 ye:)

Ok.. dah dapat resepi kan? Cuba tau.. Nak masak ni kena ada keberanian yang tinggi. Berani mencuba dan berani dikritik. Biasalah, sekali cuba kalau tak sedap..jangan mengalah.. cuba dan cuba lagi. Macam saya juga.. suka ambil resepi kat internet. Bila cuba kadang-kadang ada yang menjadi dan tak jadi. So, dah biasa kena kutuk.. Last-last bila menjadi selalu.. family tak kutuk lagi. malah diorang suka.

Apa untungnya pandai masak? Eh, banyak sangat untungnya.. Pertama, tak payah susah nak makan luar atau nak beli kat kedai. Kita tahu tahap kebersihan..halal tak halal barang dan lain-lain lagi. Murah pun murah sebab tak ada side cost. 

Lagi satu, bila memasak..kita panggil budak-budak tolong sama. Secara tak langsung dapat tingkatkan lagi pengetahuan dan imiginasi mereka. Di samping tu, seronok juga bila dapat penuhi permintaan mereka.. 

Oh ya, tak dapat la nak masukkan segala masakan yang pernah saya buat sebab saya tak de kamera.. Mungkin satu hari nanti saya akan titipkan koleksi hasil kerja tangan saya. insyaAllah.. 


Allahu Rabbi, Berikanlah HambaMU Kekuatan..

Ketahuilah olehmu...

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..

Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha..

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.

Allah SWT sudah menghitung air matamu..

Ketika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berjalan begitu saja.

Allah SWT sedang menunggu bersamamu..

Ketika kau berfikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi..

Allah SWT sudah punya jawabannya..

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan.

Allah SWT dapat menenangkanmu..

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelpon.

Allah SWT selalu berada disampingmu..

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang..

Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya
dan Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu
kelak..


Ketika kau merasa bahwa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas.

Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu dan Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu..

Ketika kau merasa telah dikhianati dan dikecewakan.

Allah SWT dapat menyembuhkan lukamu dan membuatmu tersenyum..

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur.

Allah SWT telah memberkahimu..

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban.

Allah SWT telah tersenyum padamu..

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi.

Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu..

Ingat dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap.

Allah SWT Maha Mengetahui.

Friday, April 22, 2011

Sedapnya...

Assalamualaikum WBT
Alhamdulillah atas nikmat dan rahmat dariNYA..


Malam ini, sambil menjadi pembaca setia di halaqah.net, saya gatalkan tangan mencari beberapa resepi baru. Internet ni berguna jika dimanfaatkan sebaiknya. Saya dah lama teringin nak buat home-made bread.. Tapi kebanyakkan roti yang saya jumpa menggunakan high-protein flour dan susah nak cari tepung tu. Tapi saya jumpa 1 resepi yang guna tepung gandum..


BUTTER ROLLS
Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~~~

  1. 1 sudu makan gula
  2. 1/2 cawan susu cair/segar
  3. 1 oz yis (boleh guna dry yeast)
  4. 250 gm tepung gandum (2 cawan)
  5. 15 gm (1 sudu makan) mentega
  6. 1 biji telur
Cara Membuatnya
~~~~~~~~~~~~~~~~
  • Masukkan kesemua bahan dan gaulkan sehingga sebati perlahan-lahan.
  • Uli adunan hingga jadi doh yang lembut & tak lekat di tangan. Jika doh lembik, tambahkan tepung & uli lagi hingga doh lembut & kental.
  • Biarkan di bawah penutup kain lembab hingga doh naik 2 kali ganda.
  • Tumbuk doh untuk keluarkan angin, canai dan bahagikan kepada saiz kecil seberat lebih kurang 35 gm.
  • Buat bentuk bulat (ikut suka hati pun boleh) dan masukkan dalam acuan.
  • Sapukan kuning telur untuk kilat. (boleh letak keju mozarella untuk topping).
  • Bakar pada suhu 200 darjah C selama 20 min.

Ok..nampak simple, dan boleh cuba time balik kampung nanti.. InsyaAllah.

Dan saya sememangnya dah try buat sekali resepi ni.. Hasilnya memang sedap. Macam makan ice creame.. Teringin sangat nak buat lagi sekali. Apa lagi? Next week operasi la kat rumah. Nyum..nyum..

Oreo Cheesecake

Bahan-bahan ( 18 cm )
  • Lapis Bawah: (Biscult Oreo)
  • 120g Biscult Oreo (keluarkan isi **& hancurkan)
  • 70g unsalt butter (cairkan)
  • Lapis Atas: (Cheese)
  • 250g Cream Cheese (lembutkan)
  • 120g Gula Kaster
  • 2 keping biscult oreo (keluarkan isi ** & hancurkan)
  • isi biscult oreo yg dikeluarkan **
  • 150g Dairy Whipping Cream
  • 1½ tbsp gelatine
  • 80ml full cream milk

Cara-cara

  1. Lapis Bawah/crust:
  2. Campurkan biscult oreo dgn butter, tuang ke pan (18cm) yg boleh buka tepi, tekan rata dgn kuat. Masuk ke dlm peti sejuk.>>combine all ingredients & press into a 18 cm round springform pan. chill in the fridge until firm.
  3. Lapis Atas/filling:
  4. Pukul cream cheese & gula kaster sehingga licin. Masukkan bahan lain pukul sebati. (biscult oreo yg hancur,isi biscult,whipping cream)>>beat cream cheese & caster sugar until smooth. add in the remaining ingredients & mix will.
  5. Campurkan Gelatine & Full cream milk kemudian masak hingga cair (gunakan cara double boil)>>combine gelatine powder, full cream milk & double boil until dissolved.
  6. tuang masuk campurkan gelatine & milk ke cara 4 (sebati), kemudian tuang ke atas biscult oreo yg buat tadi>>pour into 4 mixture & mix well.Spread onto the crust
  7. Masukan ke dlm peti sejuk selama 3 jam baru boleh dihidangkan>>chill in the fridge for 3 hours b4 serving

Jangan Bersedih...Pujuklah Hatimu..

Assalamualaikum WBT
Semoga Allah merahmati pembaca sekalian.. InsyaAllah


Kali ini entri saya tentang Jangan Bersedih.. (Kes nak pujuk diri sendiri).

Mungkin Anda pernah membaca ayat ini:
Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah beserta kita.” (At-Taubah:40)
Lalu, bagaimana jika kita tetap merasa bersedih? Ini artinya ada sesuatu yang salah dalam hati kita. Dalam ayat diatas, kita tidak perlu bersedih sebab Allah beserta kita. Jika kita masih tetap saja bersedih, artinya kita belum merasakan kedekatan dengan Allah.
Yang dimaksud bersedih bukanlah berarti menangis. Menangis dalam rangka takut dan berharap kepada Allah malah dianjurkan supaya kita bebas dari api neraka. Bersedih yang dilarang adalah kesedihan akibat ketidaksabaran, tidak menerima takdir, dan menunjukan kelemahan diri.
Bersedih Itu Manusiawi
Para Nabi bersedih. Bahkan Rasulullah saw pun bersedih saat ditinggal oleh orang-orang mencintai dan dicintai beliau. Namun, para Nabi tidak berlebihan dalam sedih. Para Nabi segera bangkit dan kembali berjuang tanpa larut dalam kesedihan.
Bersedih Tidak Diajarkan
Bersedih (selain takut karena Allah) tidak diajarkan dalam agama. Bahkan kita banyak menemukan ayat maupun hadist yang melarang kita untuk bersedih.
Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah beserta kita.” (QS.At-Taubah:40)
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (QS.Ali ‘Imran:139)
Rasulullah saw pun berdo’a untuk agar terhindar dari kesedihan,
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kekufuran dan kefakiran; Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari adzab kubur. Tiada Tuhan kecuali Engkau.” (HR. Abu Dawud)
Lalu, bagaimana supaya kita tidak bersedih?
Jika kita melihat ayat dan hadits yang disebutkan diatas, setidaknya kita sudah memiliki dua solusi agar kita tidak terus berada dalam kesedihan.
Pertama: dari ayat diatas (At Taubah:40) bahwa cara menghilangkan kesedihan ialah dengan menyadari, mengetahui, dan mengingat bahwa Allah bersama kita. Jika kita sadar bahwa Allah bersama kita, apa yang perlu kita takutkan? Apa yang membuat kita sedih. Allah Maha Kuasa, Allah Maha Penyayang, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.
Saat kesedihan terus menimpa kita, mungkin kita lupa atau hilang kesadaran, bahwa Allah bersama kita. Untuk itulah kita diperintahkan untuk terus mengingat Allah.
Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” (QS Ar Ra’d:28)
Dari ayat ini, kita sudah mengetahui cara menghilangkan kesedihan, kecemasan, dan ketakutan yaitu bidzikrillah, dengan berdzikir mengangat Allah.
Saat saya mengalami kesedihan, ketakutan, atau kecemasan, ada tiga kalimat yang sering saya gunakan untuk berdzikir.
  1. Istighfar, memohon ampun kepada Allah.
  2. La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  3. Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
  4. Tentu saja, masih banyak kalimat-kalimat baik lainnya yang bisa Anda ucapkan
Alhamdulillah, kesedihan, kecemasan, dan ketakutan menjadi sirna setelah berdzikir dengan kalimat-kalimat diatas. Tentu saja, bukan saja dzikir di lisan tetapi harus sampai masuk ke hati.
Kedua: cara menghilangkan kesedihan ialah dengan berdo’a seperti dicontohkan oleh Rasulullah saw. Nabi pun meminta pertolongan Allah, apa lagi kita, jauh lebih membutuhkan pertolongan Allah. Maka berdo’alah.
Tentu saja, masih banyak cara supaya kita tidak bersedih. Saya bisa menulis buku tebal jika mau membahas semuanya. Namun, dengan dua cara utama diatas kita akan mendapatkan mamfaat yang luar biasa. Bersedih masih mungkin kita alami, tetapi tidak lagi bersedih yang berlebihan dan berlarut-larut. Karena hidup dan perjuangan harus berjalan terus.
Janganlah kamu bersedih, Tetap tersenyum seberat apapun beban hidup yang kita rasakan. 

Thursday, April 21, 2011

Aduh... Sakitnya!!!

Assalamualaikum WBT..
Alhamdulillah, syukur pada Allah yang memberikan rahmatNYA.
Semoga kalian diberkati Allah sentiasa..

Saya diberi kesempatan sekali lagi untuk menulis. Entri kali ini, saya ingin kongsikan kisah di Taska Ihsan. Sudah lama tidak berkongsi cerita kehidupan saya bersama anak-anak di sana. Alhamdulillah, masing-masing semakin membesar.. Zaqwan, Haaziq, Hani Zulaikha, Danny, Balqis, Intan, Maya, Anis, Aqlan, Zohaib dan Ramai lagi. Gembira tatkala melihat perkembangan mereka.

Hari ini, sedang saya sibuk membasuh botol, Syahim datang lantas menunjukkan sikunya yang berdarah. Menangis tak berhenti akibat kesakitan. Saya yang sememangnya takut darah mula rasa seram sejuk. Naum memandangkan tiada sesiapa yang membantu, saya ambil tisu dan basahkan dengan air panas. Saya cuci tangannya yang luka sebelum menyapu ubat.

"Aduh...sakitnya cikgu..sakit.." rintih Syahim
"Sikit je ni, Syahim kan budak lelaki. Kenalah kuat," pujuk saya lembut. Syahim kadangkala menarik tangannya dari pegangan saya. Mungkin tak tahan sakit.
"Syahim panjat dollhouse tu ke?" Tanya saya sambil menunjukkan ke arah rumah mainan yang besar yang menjadi tempat anak-anak taska bermain. Dia menganggukkan kepala.
"Itulah, kan cikgu dah kata, lepas mandi tidur. Jangan main panjat-panjat. Sekarang dah jatuh. Sakitkan?" Tanya saya. Syahim mengganggukkan kepala.
"Bila cikgu cakap, kena dengar. jangan melawan. Allah tak suka orang yang tak dengar cakap cikgu. Sama macam Allah tak sayang dengan orang yang selalu lawan mama dia. Sebab kat sekolah, cikgu ni dah macam mama Syahim. Faham?"
"Kenapa cikgu macam mama?" Tanya Syahim
"Sebab kat rumah, yang bagi makan siapa? mama kan? Kalau Syahim sakit siapa bagi ubat?"
"Mama," Jawab Syahim.
"Pandai. Kalau Syahim buat homework, siapa ajar kat rumah?" Tanya saya lagi.
"Mama.."
" Dah tu kat sini kalau Syahim nak makan, siapa yang bagi?"
"Err, cikgu"
"Kalau Syahim sakit..siapa letak ubat?"
"Cikgu juga.. Ha'ah la.. cikgu macam mama." Jawab Syahim girang. Bijak budak ni. Mudah membuat konklusi.
"Haa, sebab tu tak boleh lawan cikgu. Sebab cikgu pun macam mama Syahim juga. Allah tak sayang orang yang suka lawan mama."
"Kalau Allah tak sayang macam mana cikgu?"
"Kalau Allah tak sayang kita, nanti jadi macam ni lah. Allah bagi Syahim sakit.. Syahim nak makan, ALlah tak bagi. Sebab dia nak Syahim sedar. Ooo..Allah bagi aku sakit, maknanya aku ada buat salah kat Allah."
Syahim terlopong. Kelihatan Miza Faqihah, Syakir, Amira Wardah dan Nasuha turut terlopong mendengar ceritaku.
"MIza tahu tak, macam mana nak minta maaf kat Allah kalau kita buat salah?" Tanyaku. Dia menggelengkan kepala.
"Bila kita buat salah, kena sebut.. Astaghfirullahal'azim. Ikut cikgu semua..."
"Astaghfirullahal'azim.."
"Pandai pun."

Selesai meletakkan ubat, saya kembali menyambung tugas. Manakala mereka semua tertidur keletihan sementara menunggu cikgu yang lain ambil mereka untuk ke kelas mengaji.

Tuesday, April 19, 2011

Aduhai la Hati..

Assalamualaikum WBT

Semoga Allah melindungi kalian semua dari orang yang bersifar dengki..

Entri kali ini saya nak kongsikan bersama.. topik yang selalu menjadi bualan dan kerap dihadapai oleh saya dan mungkin juga anda. Masalah hati ni susah sikit nak ubat. Apatah lagi hati orang. Selalu terjadi kes orang dengki, sakit hati, busuk hati dengan kita. Kadang-kadang puas mencari di mana silap kita. Dan kadang-kadang nampak juga, mungkin memang kita silap.. maka bolehlah cepat-cepat minta maaf atau jernihkan mana yang patut. Tapi masalahnya bila kita tak tahu atau tak nampak di mana silapnya.


Ada orang pula sakit hati sebab memang kita pernah kecikkan hati dia. Tapi jangan tak percaya, ada orang pula memang sifatnya suka dengki kat orang walaupun kita tak pernah buat salah dengan dia. yelah, berbual pun tak pernah, berjumpa apatah lagi, tiba-tiba dengki mendengki. Apa kess?

Bila sifat ini dah merajai hati.. maka mereka puas tatkala melihat orang lain jatuh, bertepuk sorak tatkala sahabatnya didalam kesusahan, dan berpesta tatkala saudaranya dalam musibah. Malah ada yang sanggup mempergunakan pelbagai taktik bagi memastikanlawannya jatuh dan rebah. Na'uzubillahiminzalik.

"Atau apakah orang yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahawa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka". (Surah Muhammad: 29)

Yupp, mungkin hari ni anda gembira..anda bertepuk sorak dengan apa yang menimpa mereka. namu anda lupa, Allah itu Maha Adil. Kamu akan diperlakukan sebagaimana kamu lakukan dahulu. So, pastikah anda akan selamat daripada menerima nasib yang sama?

Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kalian saling mendengki, saling menfitnah (untuk suatu persaingan yang tidak sehat), saling membenci, saling memusuhi dan jangan pula saling menelikung transaksi orang lain. Jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara muslimnya yang lain, ia tidak menzhaliminya, tidak mempermalukannya, tidak mendustakannya dan tidak pula melecehkannya. Takwa tempatnya adalah di sini -seraya Nabi SAW menunjuk ke dadanya tiga kali. Telah pantas seseorang disebut melakukan kejahatan, karena ia melecehkan saudara muslimnya. Setiap muslim atas sesama muslim yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya. ” (HR. Muslim dari Abu Hurairah ra)

ALLAH SWT berfirman:
“Katakanlah, Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai sebuah dari kejahatan makhluk Nya,” kemudian Dia berfirman, “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki”. (AI Falaq(113): 1, 2 dan 5).

Diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahwa Rasululloh SAW bersabda:
“Ada tiga hal yang menjadi akar semua dosa. Jagalah dirimu dan waspadalah terhadap ketiganya. Waspadalah terhadap kesombongan, sebab kesombongan telah menjadikan iblis Inenolak bersujud kepada Adam. Waspadalah terhadap kerakusan, sebab kerakusan telah menyebabkan Adam memakan buah dari pohon terlarang. Dan jagalah dirimu dari dengki, sebab dengki telah menyebabkan salah seorang anak Adam membunuh saudaranya.” (HR Ibnu Asakir).

Oleh yang demikian.. muhasabah diri kita. Andai ada sifat dengki mahupun busuk hati yang bersarang dalam diri..maka buanglah.  Selalulah membaca:

Surah "al-Fatihah",
"Ayat al-Kursi",
"TIfa Qul", iaiatu surah "Qul Kuwal-Laahu Ahad" , Surah "Qul a 'uuzubirabbil Falaq" dan Surah "Qul a 'uuzubirabbin Naas."

Monday, April 18, 2011

Rabbi yassir ya Allah

Assalamualaikum WBT
Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah..

Doa itu senjata mu'min, justeru janganlah kita mensia-siakannya.. Ayuhlah memohon kepadaNYA..

اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلالِكَ عَنْ حَرامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

“Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang halal (hingga aku terhindar) dari yang haram. Kayakanlah aku dengan AnugerahMu, (hingga aku tidak minta) kepada selainMu”.

Kisah di sebalik doa ini :

Menurut sebuah riwayat dari al-Imam al-Tirmizi, seorang lelaki bertaraf hamba telah datang berjumpa dengan Sayyidina Ali ra meminta agar ditunjukkan jalan membolehkannya hidup merdeka dan bebas. Sayyidina Ali memberitahunya jika kamu beramal dengan doa yang pertama di atas, engkau akan dapat membayar hutangmu walaupun jika sebesar gunung.

Cintailah Semampunya..

Asalamualaikum WBT
Semoga pembaca semua dirahmati Allah SWT

Sukar sebenarnya untuk saya menulis sesuatu tentang cinta. Episod demi episod pedih yang saya lalui mengikis keyakinan diri. Ya, hidup ini penuh ranjau dan duri dan kita tidak punya pilihan selain terus melalui jalan yang berliku itu.Tapi bukanlah bermakna saya menyalahkan taqdir mahupun berputus asa. Disebalik mehnah yang melanda, saya memanjatkan setinggi kesyukuran kerana segalanya mendekatkan saya kembali pada Allah..  Alhamdulillah.
Cinta itu subjektif. namun cinta bukan menjamin segala-galanya. Kalau tidak, masakan setiap minit ada saja berlaku penceraian? Adakah perasaan cinta yang terbina sejak sekian lama boleh terhapus sekelip mata? Cinta menjadikan manusia mudah lupa, cinta juga menjadikan manusia terlalu rakus sehingga ada yang terdesak dalam memburunya. Begitu mudah?   

Entah apa yang diburu oleh manusia ini… yang hidup di dunia tanpa menyedari hari kembalinya yang pasti ke akhirat. Di mana diletakkan Allah dalam peta cintanya sesama manusia. Suami yang ada dipersia, lelaki lain pula dicari sebagai ganti. Konon suaminya tidak bertanggung jawab, tidak romantik, tidak pandai membelai atau apa sahaja. Berikan nama yang buruk pada anjing dan bunuh saja! Begitu kata pepatah Inggeris. Apabila hati sudah berubah, segala kebaikan dahulu dilupakan. Ada pula, isteri yang di sisi sudah setia, perempuan baru pula diburu kononnya demi cinta sejati. Segala yang buruk-buruk dibongkar, dijadikan justifikasi untuk menghalalkan cinta baru yang digilai siang dan malam. Belum lagi yang bujang trang tang tang.. Menukar pasangan umpama menukar pakaian.
Sedarlah, buruanmu takkan berhasil,  bahkan akan terjadi kebinasaan. Namun dia degil, dia pergi jua. Percayalah, tidak akan ada ketenangan dan kebahagiaan di atas kesusahan, kezaliman dan penindasan terhadap orang lain (apatah lagi yang dizalimi itu isteri atau suami atau anak-anak mu sendiri). Allah benci orang zalim! Dan kebencian itu sudah cukup untuk menyebabkan penderitaan seumur hidup.
Bagi yang ditinggalkan… sedarkan dia. Doakan dia. Berusahalah sedaya mungkin untuk ‘mengembalikan’ dia kepada cinta yang nyata. Namun kalau dia berdegil, biarlah dia pergi. Hidupmu terlalu singkat untuk ‘dirosakkan’ oleh dia seorang. Ingat dia itu bukan cinta nombor 1!   

Hirarki Cinta
Nombor 1 Allah. Nombor 2 Rasulullah. Nombor 3, suami). Itulah turutan cinta seorang wanita bernama isteri, (jika  pada lelaki, nombor 3 itu ibu, no 4 itu apa, no 5 baru isteri). Agar tidak menderita, jagalah turutan cinta ini. Yang dahulu, wajar didahulukan. Yang kemudian, mesti dikemudiankan. Jangan disusun cinta itu begini… Nombor 1 suami. Nombor 2 suami. Nombor 3 pun suami. Ini tindakan yang bakal mengundang kecewa.
Jangan pinggirkan Allah kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta. Jangan dilupakan Rasulullah kerana dia yang memberi panduan untuk bercinta. Ingat pesan Rasulullah melalui sabda Baginda dalam hadis riwayat al-Tirmizi yang bermaksud: “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang, tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.”
Perkahwinan dibina dengan harapan. Untuk mencapai harapan, tidak cukup dengan rasa cinta. Ia perlukan tanggungjawab. Kata bijak pandai, sesuatu akan berakhir mengikut bagaimana ia bermula. Mukadimah banyak menentukan natijah. Untuk mengekalkan cinta sampai ke hujung (hujungnya di syurga), mesti diperkukuh dari pangkalnya. Perkahwinan dimulakan dengan percintaan, tetapi disempurnakan dengan tanggungjawab. Dan sebaik-baik cinta ialah cinta yang didasarkan oleh tanggungjawab. Sebab itu ahli bijaksana mendefinisikan cinta sebagai “rasa ingin bertanggungjawab kepada seseorang”.
Janganlah hendaknya cinta dan rumah tangga dibina hanya sekadar untuk memenuhi kehendak fisiologi dan biologi. Itulah cinta yang diilhamkan oleh Tuhan untuk haiwan (demikian kata al-Farabi). Juga bukan untuk mengejar status sosial. Jika rumah tangga hanya dibina untuk makan minum, perlindungan (rumah), pengangkutan (kereta), berkelamin (seks), kawan (sosial), kesihatan dan penghargaan diri (ego), apa bezanya cinta kita dengan cinta haiwan. Itu cinta kelas kedua.
Jika itulah bentuk cinta kita, itu hanya cinta alat bukan matlamat. Cinta kelas kedua mesti dibawa kepada cinta kelas pertama. Pandang wajah suami kita, bolehkah dia membawa kita kepada cinta Allah? Renung mata isteri kita, apakah dia teman kita menuju Allah? Jika ya, alhamdulillah, syukur. Kita sudah berada di jalan yang betul. Maka melangkahlah dengan yakin walau terpaksa menempuh pelbagai kesusahan. Jika belum, berusahalah, berdoalah… agar dia mampu juga. Jika tidak hari ini, esok. Jika tidak esok, lusa. Teruskan berusaha dan berdoa.    

Ma’jun Cinta
Tidak kira di tahap manapun rumah tangga kita; di permulaan, pertengahan atau pengakhiran, marilah bermuhasabah. Apakah rumah tangga kita benar-benar diasaskan oleh cinta kelas pertama atau masih dibelenggu oleh cinta kelas kedua? Jika kelas pertama, syukurlah. Insya-Allah cinta itu akan kekal selama-lamanya. Bagaimana kita boleh memastikan bahawa rumah tangga kita benar-benar diasaskan kepada cinta ini?
Jawapannya mudah. Cuba nilai, apakah seluruh isi keluarga lalai atau taatkan perintah Allah? Bagaimana dengan solat kita dan anak-anak semua? Bagaimana dengan al-Quran? Sudahkah kedengaran suara kita (ayah ibu) dan anak-anak membaca al-Quran? Jangan jadikan rumah kita kuburan kerana Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa rumah yang penghuninya tidak membaca al-Quran umpama sebuah kubur!
Padahal semasa kita mula membinanya dahulu kita katakan membina masjid. Jika suami atau isteri payah hendak diajak membaca al-Quran, kenapa kita tidak memulakannya dahulu? Ironinya, kita kekadang lebih banyak menatap surat-surat lama pasangan kita semasa hangat bercinta dahulu, konon untuk memperbaharui rasa cinta. Malangnya, ramai yang mengalir air mata, sedih, sayu, pilu apabila mengenangkan kata-kata mesra dan rindu dahulu kini sudah tiada.
Mengapa menanti sesuatu yang tidak tiba? Mengapa merajuk pada yang tidak kasih? Tinggalkan dahulu surat cinta yang lama, carilah semula 114 surat cinta daripada Allah (al-Quran). Siapakah yang dapat menandingi kemesraan, kasih sayang dan cinta Allah buat hamba-Nya yang terpapar dalam 114 surah al-Quran? Bacalah ayat Manzil, al-Ma’thurat, Yasin, al-Mulk atau apa-apa sahaja. Sama ada yang diambil secara bersanad daripada guru-guru yang thiqah ilmunya ataupun sekadar diambil daripada kitab-kitab atau buku-buku yang dipercayai kesahihannya.
Jika tidak mampu baca banyak, bacalah sekadar satu muka surat atau paling lekeh sekadar lima ayat. Tetapi istiqamahkan amalan ini. Barulah syaitan akan kecut untuk menggoda hati ahli keluarga kita supaya terlibat maksiat. Atau mengacah-acah kita dengan prasangka sehingga sering berbalah walaupun dalam soal-soal yang kecil. Bayangkan hanya kerana hendak masak apa hari ini, berebut saluran televisyen atau hanya tersilap istilah atau cakap, sudah bergaduh sampai tinggi-tinggi suara atau pukul-memukul. Ini angkara siapa? Tentu syaitan.

Bentuk Cinta Kelas Pertama
Mengapa syaitan begitu berkeliaran dalam rumah kita? Kerana rumah kita jadi kuburan, bukan jadi masjid. Banyak perkara-perkara mungkar dalam rumah kita yang menyebabkan syaitan suka bertandang. Tapi ingat, syaitan bukan dihalau dengan membaca al-Quran sekali-sekala seperti yang kita lihat “Pak Ustaz” halau hantu dalam drama mistik dan tahyul. Tetapi syaitan dihalau dengan bacaan al-Quran berserta niat zikrullah, hendak diamalkan kehendaknya dan ditinggalkan larangannya. 

Jika sekali-sekala terjadi pertembungan antara kehendak Allah dan kehendak isteri atau suami serta anak-anak, yang mana satu didahulukan? Jika didahulukan kehendak mereka, sah itu petanda cinta telah tersasar. Hakikatnya, inilah yang banyak berlaku dalam alam berumah tangga kini. Dan inilah punca mengapa ramai suami isteri berpisah sekalipun mereka saling mencintai. Berpisah bukan kerana mereka tidak cinta, tetapi cinta terpisah kerana mereka memisahkan cinta Allah.
Cinta yang meminggirkan cinta Allah adalah rendah mutunya dan tidak tahan uji.  Cinta kelas kedua itu ialah cinta kelas bawahan. Apabila wajah kendur, cinta luntur. Apabila kemudaan hilang, sayang terus melayang. Sebaliknya cinta Allah mampu mengekalkan, malah boleh meningkat lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku kerana tapak cinta itu di hati, bukan di mata. Cinta di mata boleh dipisahkan oleh jarak dan usia tetapi cinta di hati tidak ada sesiapa yang mampu menjarakkannya, apatah lagi memisahkannya!
Cinta yang dibina atas dasar cinta Allah akan menjadikan perkahwinan sebagai taman atau kebun percintaan. Mungkin sekali-sekala bergolak juga, tetapi atas dasar ibadah dan tanggungjawab, cinta dapat dibina semula… terbentur tetapi tidak patah. Genting tetapi tidak putus. Justeru bajailah cinta itu selalu dengan solat, zikir, membaca al-Quran dan sedekah.
Marilah kita saling berpesan demi kebenaran dan kesabaran… jangan membina cinta di dalam kuburan!

Sumber dipetik dan telah diedit.. Layari laman ini>>  http://genta-rasa.com/2011/04/11/dia-bukan-cinta-nombor-1/