Hidup ini mesti ada tujuan.... Tujuan menuju ke jalanNYA.. Mengenali siapa kita sebenarnya... Sebagai seorang hamba yang menunaikan hak kepada Tuhannya... Allahu Akbar...

Thursday, April 7, 2011

Siapa Dia ( Bahagian 1)

Siapa dia ni? Mungkin ada yang kenal, mungkin juga ada yang tidak. Beliau adalah Raden Said atau lebih dikenali sebagai Sunan Kalijaga. Beliau merupakan salah seorang daripada Wali Songo (wali sembilan) yang terkenal di Tanah Jawa, Indonesia.

Dah tu apa pula kaitannya dengan saya? Atau saya suka-suka je nak post paslal beliau kat blog saya ni? Hm.. nak tahu tak..sebenarnya saya sangat sayaaaaaang beliau. Kenapa? Sebab beliau merupakan ayah kepada moyang saya. Ya, kami adik beradik merupakan warisnya yang kelima. 

Sejak kecil, saya banyak dengar kisah beliau daripada arwah atok dan abah. Bila masuk universiti, saya cuba cari sebanyak mungkin buku dan cerita tentang beliau. Bila saya dalami perjuangan beliau, saya jatuh cinta. 

Abah kata, makan beliau ni kat Kabupaten Tuban. Nak tahu kat mana, cari kubur yang ada kat bawah pokok besar. Datang je sana, InsyaAllah ramai yang tahu. Abang saya dah pergi masa dia belajar di pondok al-Fatah dulu. Saya bila lagi? InsyaAllah, satu hari nanti saya akan cari makam beliau.. Allahumma Amiin Ya Lathif.

No comments:

Post a Comment