Hidup ini mesti ada tujuan.... Tujuan menuju ke jalanNYA.. Mengenali siapa kita sebenarnya... Sebagai seorang hamba yang menunaikan hak kepada Tuhannya... Allahu Akbar...

Wednesday, April 6, 2011

Apabila Sekali Lagi Diuji...

Assalamualaikum WBT
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..

Hari ini, saya menerima jawapan yang pasti. Apa jawapannya..biarlah saya simpan sendiri. Sekali lagi diuji. Ini bukan ujian yang pertama kali. Namun kali ini saya semakin kuat. Alhamdulillah. Berkat mehnah yang menimpa selama ini, saya menjadi semakin tabah untuk menerimanya. Firman Allah s.w.t;


Maksudnya; "Alif laam miim. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: 'Kami Telah beriman', sedang mereka tidak diuji lagi? Dan Sesungguhnya Kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 1-3).


Manusia biasanya apabila diuji dengan kepayahan dan kesusahan, mereka akan mudah ingat kepada Allah, lalu mereka bersabar, kembali kepadaNya dan meminta pertolongan kepadaNya. Sebaliknya apabila diuji dengan kesenangan dan kenikmatan, mereka mudah lupakan Allah. Firman Allah s.w.t;


Maksudnya; " Dan jika Kami rasakan kepada manusia suatu rahmat (nikmat) dari Kami, kemudian rahmat itu kami cabut daripadanya, Pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih. Dan jika Kami rasakan kepadanya kebahagiaan sesudah bencana yang menimpanya, nescaya dia akan berkata: 'Telah hilang bencana-bencana itu daripadaku'; Sesungguhnya dia sangat gembira lagi bangga." (Surah Hud ayat 9-11)
Firman Allah swt;
وَإِذَا أَنْعَمْنَا عَلَى الْأِنْسَانِ أَعْرَضَ وَنَأَى بِجَانِبِهِ وَإِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ فَذُو دُعَاءٍ عَرِيضٍ

Maksudnya; "Dan apabila Kami memberikan nikmat kepada manusia, ia berpaling dan menjauhkan diri; tetapi apabila ia ditimpa malapetaka, Maka ia banyak berdo'a." (Surah Fussilat ayat 51).


Orang yang diuji dengan diberikan kenikmatan, sekiranya mereka bersyukur, mereka akan mendapat kedudukan yang tinggi disisi Allah s.w.t. Tetapi sebaliknya sekiranya merek kufur terhadap nikmat Allah mereka akan disiksa oleh Allah s.w.t dengan azab yang sangat berat. Oleh itu janganlah kita terlalu seronok atau terlalu gembira apabila dianugerahkan nikmat kerana sebenarnya ia merupakan ujian dari Allah s.w.t, janganlah sombong, janganlah lupa diri, janganlah menjadi seperti kacang lupakan kulit, sebaliknya sentiasalah bermuhasabah dan ingatlah Alllah supaya kita berjaya dengan ujian nikmat yang diberikan dan menjadi hamba yang bersyukur.



Ya Allah, semoga hambaMU ini akan sentiasa tabah dalam menghadapi mehnah dan ujianMU. Berikanlah hambaMU hati yang damai..

No comments:

Post a Comment