Hidup ini mesti ada tujuan.... Tujuan menuju ke jalanNYA.. Mengenali siapa kita sebenarnya... Sebagai seorang hamba yang menunaikan hak kepada Tuhannya... Allahu Akbar...

Saturday, April 23, 2011

Masak Itu Mudah..

Assalamualaikum WBT
Semoga pembaca semua dilindungi Allah..

Entah kenapa, mood masak memasak saya memuncak. Lama tak mencuba resepi baru, dan lama juga tak praktikkan resepi lama. Waa, pasti banyak yang terlupa. Kalau kat rumah ummi ni, saya tak berapa ligat nak masak sebab dapur orang.. Tapi bila balik kampung, memang saya pulun habis-habisan. Time ni mak dan kakak memang tak boleh nak kata apa. Tapi yang paling happy of course la anak sedara saya yang 5 orang tu. Ada saja yang diorder.. Nak pizza la, muffin la.. chicken grill, popia.. Semua main order.

Sebut pasal muffin, tau tak, benda alah ni paling senang nak masak? Simple dan sedap. Biasanya saya akan buat banyak-banyak sebagai bekalan anak-anak sedara saya. Kadang-kadang mereka bawa ke sekolah dan bagi kat cikgu. Saya ada banyak resepi muffin ni. Tapi sebenarnya, resepi ni boleh diolah ikut selera kita. 1 resepi boleh jadi dua tiga jenis. Ikut kreativiti.

Jom saya kongsikan dengan anda, 1 resepi muffin asas yang boleh bertukar menjadi muffin pelbagai perisa..

Bahan-bahan untuk muffin ini:

2 cawan tepung naik sendiri
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan gula kastor
1 biji telur
1 cawan susu segar
1/4 cawan minyak masak/mentega cair



cara-cara:
1. panaskan oven...180-200 darjah celcius..ikut kesuaian oven.oven aku..aku guna suhu 185
2.dalam mangkuk/bekas besar, campung tepung+garam+gula...gaul sebati guna senduk kayu.kemudian buatkan lubang di tengah
3. dalam mangkuk kecil, pukul telur sikit(macam pukul telur dadar),masuk susu dan minyak.tuang dalam mangkuk berisi tepung tadi.
4. gaul sebati guna senduk kayu dalam 4-5 kali gaul.adunan memang akan nampak berketul ketul sedikit.
5. masuk dalam bekas muffin 3/4 penuh. aku guna souffle cup,so tak perlu guna tiffin muffin.kalau guna bekas muffin yang biasa,perlu letak dalam  tiffin muffin.
6. masuk dalam oven.bakar selama 25 min.

Note:

boleh pelbagaikan rasa muffin. kalau nak buat muffin blueberry..tambahkan 1 cawan bluberi segar/jem bluberi,kalau nak buat muffin kurma atau kismis..tambahkan 1 cawan kurma/kismis yang telah dipotong2 ,kalau nak buat muffin choc chip...tambahkan 1 cawan choc chip...kalau nak buat muffin choc chip inti cadbury...tambahkan 1 cawan choc chip..dan letak adunan separuh dalam cup muffin,masuk choc cadbury kemudian tambahkan lagi adunan...kalau nak perisa cheese..tambahkan 1 cawan cheddar cheese yang telah di parut..dan macam2 lagi..ikut kreativiti masing2 ye:)

Ok.. dah dapat resepi kan? Cuba tau.. Nak masak ni kena ada keberanian yang tinggi. Berani mencuba dan berani dikritik. Biasalah, sekali cuba kalau tak sedap..jangan mengalah.. cuba dan cuba lagi. Macam saya juga.. suka ambil resepi kat internet. Bila cuba kadang-kadang ada yang menjadi dan tak jadi. So, dah biasa kena kutuk.. Last-last bila menjadi selalu.. family tak kutuk lagi. malah diorang suka.

Apa untungnya pandai masak? Eh, banyak sangat untungnya.. Pertama, tak payah susah nak makan luar atau nak beli kat kedai. Kita tahu tahap kebersihan..halal tak halal barang dan lain-lain lagi. Murah pun murah sebab tak ada side cost. 

Lagi satu, bila memasak..kita panggil budak-budak tolong sama. Secara tak langsung dapat tingkatkan lagi pengetahuan dan imiginasi mereka. Di samping tu, seronok juga bila dapat penuhi permintaan mereka.. 

Oh ya, tak dapat la nak masukkan segala masakan yang pernah saya buat sebab saya tak de kamera.. Mungkin satu hari nanti saya akan titipkan koleksi hasil kerja tangan saya. insyaAllah.. 


No comments:

Post a Comment