Hidup ini mesti ada tujuan.... Tujuan menuju ke jalanNYA.. Mengenali siapa kita sebenarnya... Sebagai seorang hamba yang menunaikan hak kepada Tuhannya... Allahu Akbar...

Sunday, April 10, 2011

Aduhai Anak Sedara..

Assalamualaikum WBT
Semoga pembaca dirahmati Allah sentiasa..

Hari ni nak kongsi cerita tentang anak sedara saya. Anak sedara saya ni ramai. Ada 17 orang semuanya. insyaAllah bulan 9 ni tambah lagi sorang. Disebabkan anak sedara yang ramai, tak ada istilah anakku, anakku..anak engkau, engkau punya pasal. TAK ADA! Anak kakak ke, anak abang ke..semua sama. Anak kakak sulung boleh jadi anak kakak nombor 3 dan begitulah sebaliknya. Maknanya, kami diberi kuasa penuh untuk menegur anak-anak sedara yang lain sama seperti anak sendiri. Dan takkan ada yang akan kecil hati ke, marah ke soal ni.

Saya? mana ada anak, jadi semua anak kakak saya adalah anak saya. Sebab itulah bila Kak Lina dapat tawaran KPLI dan nabil ketika itu berusia 6 bulan, maka diserahkan pada saya untuk memeliharanya, kebetulan sebab sebelum ni pun saya yang jaga Nabil lepas dia keluar dari hospital. Lagipun, tak ada sesiapa yang sanggup jaga sebab masa tu Nabil masih bergantung pada oksigen.

Masa mula-mula nabil dilahirkan, memang banyak kompilasi yang timbul. Lama juga kena tahan sampaikan doktor yang merawatnya kata, Nabil takkan boleh hidup lama, kalau hidup pun ada masalah lain akan timbul. jadi, macam-macam ikhtiar kami cuba untuk rawat Nabil. Alhamdulillah, sampai sekarang dah besar panjang anak sedara saya ni. Sihat wal'afiat lagi. Memang benarlah..ajal maut semuanya di tangan Allah.

Hm..balik kampung jumaat baru ni, kak Lina beritahu Amira Batrisya masuk hospital sebab kena sengat tebuan tanah masa ikut mak dia mengajar di maahad.. huu, kesiannya sayang chik ni.. Semoga sayang chik cepat sembuh ya. Amira Batrisya, budak comel yang pandai. Selalu teman mak dia ajar budak mengaji agaknya sampaikan bila ada yang salah bacaan, bisinglah mulutnya 'ikut menegur'. Sukalah dia sebab kat sana ramai yang dukung. Tapi bila balik Johor, tak ramai yang dukung, mulalah dia menangis sakan.

Ok, ini pula kisah anak sedara saya yang bakal menduduki UPSR tahun ni. Dia ni 'malas' sikit nak belajar. Bila disuruh ambil buku, dia boleh melencong buat benda lain. memang menguji kesabaran betul. Tapi kalau tengok kartun boleh pula lama-lama. jadi, daripada dia tengok kartun, saya 'buli' dia hari ni dengan menyuruhnya buat tugasan rumah. Mula-mula saya suruh dia basuh toilet, sidai kain, basuh pinggan. Lama-lama dia muncung. Saya faham, dia dah penat tapi saya buat tak tahu. Bila saya siap masak, saya hidangkan dia semangkuk mee hoon soto. kemudian saya tanya, "Penat Din?" Dia hanya diam. Saya sambung lagi, "Addin kalau malas nak belajar, nanti kena kerja lagi teruk daripada apa yang Addin buat sekarang. Nak ke?" tanya saya tegas. Dia menggelengkan kepala. "Sebab tu mama, baba suruh belajar rajin-rajin. Biar nanti dapat masuk U, kerja kat pejabat. Bukan kerja tengah panas. ini suruh buat kerja sikit dah penat." Addin hanya membatu. Saya membiarkan dia berfikir sendiri. "Lepas ni, kalau chik tengok Addin tak belajar, chik suruh Addin buat kerja. Senang, boleh jadikan latihan dari awal. Kan dah besar nak jadi buruh buat rumah. Betul tak?" Tanyaku. Addin pantas menggelengkan kepala. tak nak la tu.

Saya berdoa, semoga nasihat saya padanya berbekas di hati. Alhamdulillah, esoknya bila saya suruh dia buka buku, laju saja dia mengeluarkan buku latihan. tidak seperti sebelum ini.

begitulah ragam anak-anak sedara saya yang pelbagai. Memang, banyak menuntut kesabaran bila berhadapan dengan mereka namun kesabaran yang diberikan hari ini, pasti akan terbalas jika mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment