Hidup ini mesti ada tujuan.... Tujuan menuju ke jalanNYA.. Mengenali siapa kita sebenarnya... Sebagai seorang hamba yang menunaikan hak kepada Tuhannya... Allahu Akbar...

Sunday, October 30, 2011

Doa Bila Kecewa...




“DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYANYANG..
YA ALLAH, WAHAI TUHANKU…
Segala pujian bagiMu, Pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarganya, sahabat-sahabat ’anhum dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah hari kiamat..
Sesungguhnya kupohon dariMu dengan segala limpah kurniaMu, ampunilah segala dosa-dosaku yang terdahulu serta yang akan datang, juga yang kusembunyikan dan yang kuperlihatkan, yang kukerjakan dengan bersungguh-sungguh, ataupun yang kukerjakan dengan sambil lewa..ampunilah aku wahai Tuhanku Ya Rahman..Sesungguhnya aku hanyalah seorang hambaMu yang lemah, lagi tidak berdaya..
Ya Rahman, Ya Malik..
Dengan nama Mu yang Quddus, sudilah kiranya Kau mendengar rintihan batinku ini, Ya Salam..Ya Al-Mukmin, sungguh bukan niat dari hatiku untuk membenci takdir Mu, apatah lagi menyalahkan Mu dalam setiap takdirMu yang telah ditakdirkan padaku..HambaMu ini hanya sekadar ingin melepaskan rasa yang pedih yang menyucuk di sudut hatiku..Juga ampunilah hambaMu ini..aku sedang cuba menahan sakit walaupun mengalir air mata..semoga susahnya hatiku dan gugurnya air mataku tidak mengeluarkan aku dari batas gelar orang sabar..Ampunilah aku Ya Allah…
Ya Al-Jabbar..Ya Al-Mutakabbir..
Aku kecewa lagi dalam mengejar cintaku..sudah beberapa kali aku cuba untuk mencari cinta seorang wanita namun kesudahannya mengecewakan lagi..Belum pernah sekali aku benar-benar rasa cinta seorang wanita..semuanya yang kutemui hanya mengecewakan aku..orang yang aku suka semuanya pergi jauh dari diriku ini..hanya yang mampu aku lakukan hanya sekadar memendam perasaan dan kecewanya amat memedihkan hatiku ini Ya Allah..Ampunilah aku kiranya ini balasan aku terhadap orang-orang yang aku singkirkan dari hatiku ini..aku tak boleh tipu diri sendiri dan permainkan perasaan mereka..aku tak dapat terima dan teruskan andainya hatiku tidak dapat menerima orang2 yang ikhlas menyukai diriku..benar Ya Allah..SeseungguhNya Engkau sajalah amat mengerti hati dan jiwaku ini..Ampunilah dosaku ini terhadap mereka semua itu..Andai ini balasanku. Aku terimanya dengan Redha..
Ya Wahhab, Ya Razzaq..
Tak sangka selama ini hatiku meratapi sesuatu yang bukan milikku..Acapkali dia berada di depanku, berkocak laut tenangku..Meskipun aku cuba atasi segalanya namun getaran itu tetap melanda laut tenangku..kocakan rasa itu adakala aku tidak mampu melawan bilamana dia hadir dengan segala usikan dan gurauan yang indah..aku akui belum pernah ada lelaki seberaninya yang mampu mendekati dan mengusikku yang pemalu ini dengan kata-kata yang indah..Wahai Na Azhair, yang mengetahui lahir dan batinku ini, teguhkanlah keimanku ini..tenangkan jiwaku dan damaikanlah rasaku dari segala sesuatu yang memesongkan aku dariMu Ya Wali..
Ya Allah, tuhan tempatku mengadu..
Malam ini aku telah mendapat jawapan atas segala persoalan yang bermain difikiranku ini terhadap wanita yang aku suka itu..Jawapan yang sama yang telah aku ketahui sebelum ini..Nampaknya kali ini aku terpaksa menerima hakikat bahwa dia bukan jodohku..walaupun aku benar-benar rasa kecewa dan sedih yang teramat sangat namun aku bersyukur padaMu Ya Allah kerna aku tidak perlu lagi membuai rasa seorang diri..membuai rasa yang sia-sia..
Mulai malam ini. Aku perlu belajar untuk melupakannya..melupakan segala kenangan bersamanya..melupakan segala usikan dan gurauannya yang amat indah dalam hidupku ini..Seandainya dia telah ditakdirkan bukan untukku Al-Baith, maka bantulah aku untuk memadamkan segala ingatan, harapan dan apa jua yang menarik hatiku kepadanya..Bantulah juga diriku mengubat kelukaan ini Ya Allah..Jadikanlah luka ini luka yang indah, sebagaimana Kau telah menarikku kembali ke jalanMu dengan kelukaan semalam yang terindah suatu ketika dahulu..Ya Al-Matin, biarpun hidup yang Kau pinjamkan padaku ini dihiasi dengan hiba dan duka, namun dengan ZatMu yang Mulia kepada aku hambaMU..yang tidak punyai apa-apa meskipun hanya sehembus nafas..Ya Allah..redhakanlah hatiku ini terhadap apa jua kurnia dariMu kerna segala pemberianMu sebenarnya nikmat..Bantulah aku yang lemah ini Ya Allah..
Ya Al-Tawwab, Ya Al-Muntaqim..
Semoga dengan kehadirannya dalam hidupku dengan takdirMu akan menjuruskan aku untuk lebih mengenaliMu..Moga juga, kelukaan ini tidak akan memalingkan aku dariMu..Aku redha dengan apa yang telah terjadi..Pastinya segala kejadian ada himahnya..sedangkan aku tidak berpengetahuan tentang segala sesuatu yang tersembunyi..
Ya Allah, Ya Hamid..
Berikanlah aku kekuatan dan kesabaran sebagaimana yang telah Engkau berikan kepadaku suatu ketika dahulu atas kekecewaan yang sama…Aku pasrah atas ketentuanMu..Aku pohon agar Engkau gantikan insan yang lebih baik selepas ini..insan yang benar-benar jodoh yang terbaik buat kehidupanku di dunia dan jua akhirat..insan yang benar-benar dapat memimpin aku ke jalanMu..
Ya Allah.. Sesungguhnya Engkau Maha Petunjuk
Tunjukkan padaku jalan yang lurus..selamatkan aku dari kejahatan dan kecelakaan..Sesungguhnya aku adalah yang menganiayai diriku sendiri dan tiada pengampuanan melainkan dengan ampunanMu..sesungguhnya tiada upaya dariku melainkan dengan izin Mu..Akulah hamba Mu yang mengharapkan belas dari Mu..
Perkenankanlah harapanku Ya As-Sabur..Wahai Tuhanku yang Maha Berkuasa..Kaulah segala-galanya bagiku..Amin Ya Rabbal A’Lamin..”

[MTV] Shahir - Pendam


Assalamualaikum WBT..

Semoga sahabat semua dirahmati Allah...


Kali ini, saya tak mampu untuk berkata apa-apa.. Cuma mungkin lagu di atas cukup untuk menggambarkan apa yang saya rasakan sekarang..


Allah memberikan saya ujian yang bertimpa-timpa... moga DIA memberikan saya jua kekuatan dalam menempuhinya...




Saturday, October 29, 2011

Aktiviti Bila Tension!!!

Assalamualaikum WBT
Semoga Allah merahmati sahabat semua...

Alhamdullah...entri kali ni nak simple je.. Yup..dua tiga menjak ni memang tahap kewarasan otak menurun sedikit dek tension tahap kronik yang melanda jiwa..

Asbab ketensionan tu...biarlah menjadi rahsia.. CUma sejak dua menjak ni memang sibuk. Mujurlah dapat juga cuti hari ni. Jadi, hari cuti sebegini dihabiskan masa dengan meredakan rasa tension. Buat apa ya????

Aa lagi la yang Cik Nurin ni nak buat selain daripada masak..masak..masak... Ape benda pula yang nak dimasak hari ini ye? OOooo.... rasa nak makan sup.. Yupp...Cik Nurin ni memang peminat sup.. Apa saja makanan yang berasaskan sup.. Tapi hari ni tak nak la makan sup yang berempah.. Just sup simple yang lite dan tak banyak minyak.. Yup, sup ayam dengan tauhu dan makaroni...


Sup ni mudah saja.. Just reneh daging ayam dengan sup bunjut Adabi, pastu masukkan bawang goreng dalam satu sudu, garam, serbuk perasa dan sesudu kecil serbuk perisa ayam.

Sambil reneh sup, boleh rebus makaroni..bila dah empuk, terus tos dan basuh dengan air sejuk supaya makaroni tak terlebih masak.

Guna periuk lain..gorengkan tauhu yang dah dibelah 2 sampai warnanya kecoklatan.. Angkat saja tauhu terus masuk dalam periuk sup yang tengah mengelegak.

Masukkan daun sup dan daun bawang yang dah dihiris halus.. Tutup api.

Hidangkan bersama makaroni, daun sup dan bawang goreng.. Jangan lupa sambal kicap dan limau nipis.. Nyum..nyum..

*cara nak hasilkan sambal kicap yang sedap... ambil segenggam cili padi, 2 ulas bawang putih, 1/3 cawan bawang goreng, 1 cawan kicap manis, 2 sudu gula.. blender halus..Rasanya memang berbeza daripada sambal kicap yang biasa..

Friday, October 28, 2011

Tak Tahu Malu?


Assalamualaikum WBT...
Semoga sahabat semua dirahmati Allah SWT...

“woih, junior kita ke ni? Seksi gila..”
“Biar betul budak ni, Teruknya!”
Perkataan – perkataan ini menggamatkan suasana seketika, tatkala kecoh apabila seorang junior perempuan telah mengupload gambar – gambarnya ke dalam facebooknya.
Saya juga turut melihat. Masyaallah, memang ia cukup teruk sekali. Tidak bertudung dan hanya bersinglet. Apakah ini?
Dimanakah nilai kamu sebagai seorang muslimah wahai junior?
Apakah kamu bermaruah? Dimana taraf kamu sebagai bakal pendidik?
Kamu tidak malukah?
Wanita itu perlu malu
Seorang muslimah yang patuh kepada perintah Allah dan RasulNya tidak akan menggadaikan maruah diri semata-mata mahu nampak moden dan mengikut perkembangan semasa. Wanita wajib malu mendedahkan diri mereka kepada lelaki yang boleh dikahwini dan ditengah-tengah masyarakatnya. Malu seorang wanita itu datang daripada sifat malu kerana takutkan Allah.
Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.Tentang hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)
Kalian tidak takutkah ancaman azab Allah wahai wanita?

Kalian telah berlaku zalim!
Ya, saya mengatakan kalian zalim
Saya tidak akan mengatakan kalian zalim jika kalian sendiri ingin menjadi bahan api neraka. Itu hak kamu jika kamu tidak mahu mendengar nasihat. ( Tetapi itu zalim juga, zalim kepada diri sendiri )
Tetapi,
Tahukah wahai wanita sekalian bahawa Allah telah memberi amanah  kepada bapa, abang datuk dan bapa saudara kalian untuk memelihara kehormatan kalian?
Adakah kamu sanggup melempar bapa kamu ke dalam neraka lantaran sifat kamu?
Kamu juga zalim kepada Islam, kerana kamu telah mencalarkan imej Islam.
Kamu juga telah zalim kepada bakal suami kamu, kamu telah mendedahkan bahagian tubuh kamu kepada yang tidak berhak.
Kamu juga telah menzalimi lelaki lain yang bukan mahram melihat aurat kamu, dengan menyebabkan mereka berdosa.
Ingatlah, setiap lelaki yang memandang aurat kamu akan mendapat dosa, tetapi kamu pula akan menanggung dosa setiap lelaki yang memandang kamu!

Kroniknya masalah ini
Kroniknya masalah ini, kerana ia merosakkan kepercayaan masyarakat kepada Islam dan institusi pendidikan. Mungkin orang lain melihatnya sebagai perkara biasa, tetapi saya tidak
Tetapi, atas sikap kita sendiri, manusia-manusia mula hilang hormat kepada warga pendidik. Tetapi saya lebih melihat perkara ini sebagai masalah ummah
“Orang Islam pun pakai seksi”
“Cikgu muslimah pun tak jaga aurat”
Dan manusia-manusia yang berusaha menjatuhkan Islam akan menggunakan hal ini sebagai satu ruang untuk memburuk-burukkan Islam.
Formula di dalam kepala manusia mudah.
Orang Islam = Islam itu sendiri. Apa-apa sahaja orang Islam itu lakukan, maka mereka akan merasakan bahawa itu adalah apa yang Islam ajarkan, lebih – lebih lagi imej yang dibawa oleh warga pendidik.

Penutup : Saya sudah menegur, terpulanglah
Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga.

“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya”
 (Riwayat Bukhari)
Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang wanita. Malah, memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur.  Ingatlah kita ini diperhatikan hakikatnya. Diperhatikan oleh Allah dan para malaikat untuk dinilai buat tuaian ladang akhirat. Diperhatikan oleh manusia juga untuk dicontohi. Diperhatikan juga musuh untuk dipergunakan.
Seorang pujangga mengatakan, “hidupnya wajah berkat malu, sebagaimana tanaman berkat air”
Malu adalah kunci segala kebaikan, maka tanamlah sifat malu supaya kita menjadi manusia yang lebih berintegriti.

Bila rasa nak meraung..nak melalak...

Assalamualaikum WBT...
Semoga sahabat semua dirahmati Allah SWT..




Sedih...perasaan ini sering disusuli dengan air mata.. Terbuai dengan perasaan sedih sehingga terkadang menggoncang emosi dan pemikiran waras seseorang.. Kita sedih..kita menangis..sehingga kita rasa hanya kita seorang saja yang ditimpa kesusahan..Tiada lagi yang lebih susah atau lebih malang daripada kita..

Adakah hari-hari yang kita lalui diisi dengan perasaan sedih yang berpanjangan? Apakah takdir ini terbeban ke atas kita sepanjang masa?

Setiap orang mesti pernah merasai kesedihan.. Kita bukan patung yang sentiasa happy..yang boleh ketawa sepanjang masa.. (walau muka macam barbie doll, dia tetap ada perasaan)Banyak asbab yang membawa kepada kesedihan.. Kita sedih kerana diperlakukan sesuatu tanpa kerelaan, ditengking, dimarahi, diejek dan dikeji, dihinakan, atau mendapat sesuatu musibah tak dijangka misalnya kematian, kesusahan, kegagalan hidup,  sukar mendapat jodoh, kesakitan serta pelbagai rona-rona rasa yang lainnya. Semangat terus lumpuh ke tahap terkebawah.

Ketika saat itu juga, hati kita menjadi rawan berpanjangan, emosi meruntun hiba, sedih bersangatan. Lalu termenung sendiri sambil menyeka air mata yang berjujuran. Air yang dihirup tidak lagi dirasa lazat, tetapi umpama duri-duri yang bercerucuk di kerongkongan. Diri lantas dipersalahkan, bahkan rasa sesal menjadi manusia bermain-main di kotak minda.

Sedangkan Allah SWT telah berfirman:

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?”

Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 2-3)

Bagi yang tidak kuat pegangan agamanya, lemah imannya, maka jalan terakhir ialah dengan cara bunuh diri. Na’uzubillahhi minzalik. Pada hematnya, cara ini mampu mengurangkan tekanan yang dialami.

Tidak! Kenyataan ini tidak benar sama sekali. Bukan caranya kita bersedih lalu berusaha menjauh diri dari Ilahi atau menempah pintu-pintu neraka.

CARILAH UBAT MENGATASI KESEDIHAN….

Setiap penyakit ada penawarnya, kecuali bila ajal mula mendekati – tiada penawar lagi. Justeru, indahnya Islam kerana di sana letaknya tegahan tetapi ada suruhan (bimbingan), adanya penyakit turut bersamanya penawar.

Kerana itu sahabat Baginda apabila merasa runsing dan bersedih hati, mereka langsung mendapatkan motivasi dari Rasulullah SAW agar pencerahan kembara Ilahi jelas tanpa was-was. Mereka segera kembali kepada jalan al-Quran dan Sunnah bukan mengikut telunjuk hati yang rawan ataupun syaitan yang membisikkan kenistaan.

Ayuh! Usahlah terus bersedih, bangkitlah.. jangan jadi orang ‘kalah’ lagi. Hamparkan sejadah, lalu bertawajuh dan menadahkan tangan memohon bantuan dari-Nya. Engkau tidak keseorangan.

Di bawah ini saya selitkan doa merawat kesedihan, cubalah baca dan amalkan.

Terdapat di dalam musnad Imam Ahmad dan sohih Ibnu Hibban, daripada  Abdullah Ibnu Mas’ud r.a bahawasanya Nabi Muhammad SAW telah bersabda:




Tidaklah sama sekali berkata mana-mana hamba apabila dia dilanda kebimbangan (tentang perkara akan datang) atau kesedihan (merujuk perkara yang telah berlalu); (dengan cara berdoa sebagaimana berikut):

Maksud doa: “Ya Allah! Sesungguhnya aku hamba-Mu, juga anak hamba lelaki-Mu (ayahku) dan anak hamba perempuan-Mu (ibuku). Dahiku berada di tangan-Mu (Engkau bebas mengawal dan menentukan arahnya; kebaikan atau keburukan yang ditujunya). Sudah berlalu pada diriku keputusan-Mu. Sememangnya adil buat diriku (apa jua) ketentuan-Mu.

(Justeru), aku memohon kepada-Mu dengan semua nama yang selayaknya buat-Mu; yang Engkau namakan dengannya diri-Mu, atau yang Engkau turunkannya dalam kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkannya kepada salah seorang daripada makhluk-Mu (Nabi Muhammad SAW) atau yang Engkau (sengaja) sembunyikan tentangnya di alam ghaib di sisi-Mu..

Supaya Engkau jadikan al-Quran sebagai musim bunga (berasa tenteram dalam) hatiku, cahaya di dadaku, keluar daripada (belenggu) kesedihan, dan penghilang kebimbanganku.”

Sambungan hadis Baginda SAW:

Melainkan pasti Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Agung menghilangkan kebimbangannya dan menggantikan buatnya tempat kesedihan tersebut dengan kegembiraan.”

Mereka (para sahabat r.a) berkata: “Wahai Rasulullah! Semestinya ke atas kami mempelajari bilah-bilah kata ini.”

Nabi menegaskan: “Benar! (Bukan setakat kamu; bahkan) semestinya kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya perlu mempelajarinya.”

Janganlah bersedih wahai jiwa, sekiranya engkau beriman kepada Allah SWT, percaya kepada ketentuan qada’ dan qadarnya – hikmah tersembunyi. Jangalah bersedih wahai jiwa yang tenang, kerana bersangatan sedih itu membuatkan dirimu dinodai Syaitan. Janganlah bersedih wahai jiwa yang lara, kerana bersama engkau ialah Tuhan Yang Maha Mendengar rintihan hamba-hambanya.

Ingatlah, Allah Yang Satu itulah yang mengobarkan kemenangan insan terdahulu, yang mengatur urusan manusia sebelum-sebelumnya. Malah ada urusan mereka lebih sulit dari kita. Selalulah bersyukur dan mengingati Allah SWT.

La tansa zikrullah.

Nah, lekas hilangkan airmata dukamu beriringan penawar tersedia!



Thursday, October 20, 2011

Bila Nak Kawen????

Assalamualaikum WBT
Semoga Allah melimpahkan kasih sayangNYA buat semua pembaca..
Allahumma Amin Ya Rahim...

Ohoh...tajuk entri kali ni agak kontroversi... Kahwin..kahwin..kahwin... Pergh.. Cik Nurin ni dah boleh jadi doktor cinta dah.. Asyik-asyik cakap pasal kahwin..kahwin..kahwin.. (Ye ke???). Selalu ke cakap pasal kahwin?? Haha.. Ada la lima enam kali.. (pergh...banyaknya kali)



Nak buat macam mana kan..kan.. soalan ni lah yang selalu saya dengar.. Sama ada diajukan ke saya atau sahabat saya.. Dan sekarang ni saya rasa makin banyak pula persoalan ni dilayangkan ke saya.. Adakah kerana usia saya yang makin up..up..and up.. Tuakah saya?? Tua ke? Hm...25 tu tua ke? Huu...tuanya saya..
Memang la kadang-kadang terasa tua..(kadang-kadang ke?) apa lagi bila ramai sahabat yang melayangkan kad undangan walimah..belum lagi yang datang ke majlis dengan mendukung anak.. Mula la diri terasa... betul ke semua ni kawan saya?

Dan seperti biasa...jawapan lazim yang akan diberikan ialah... "bila dan sampai jodoh...." Memang soalan tahap selamat la ni.. Dan terkadang jawapan itu dibalas dengan ayat-ayat sinis penuh sindiran... atau cukup senyuman mengejek (tak tahulah kalau saya sorang perasan). Ayat "kau memilih sangat...", "tu la..hantaran tingi sangat.." memang dah biasa dah menyapa telinga.. Kalaulah setiap ayat itu mengeluarkan haba..rasanya dah cair meleleh tahi telinga..

Dan seperti biasa saya menjawab... "kalaulah hidup saya ni hanya perlu fikirkan diri saya seorang...memang senanglah saya nak buat keputusan.. Dah lama saya kahwin. Tapi saya masih ada mak ayah..yang selama ini menjaga saya..saya punya adik beradik yang selama ini banyak menolong saya.. Adakah patut saya membelakangi mereka?"

Dulu saya pernah tersilap langkah... ternyata Allah bukakan 'mata' saya.. Rupanya seburuk mana pun adik beradik kita... lambat laun, mereka jugalah yang akan menolong kita.. sebab kita darah daging mereka.. Tapi orang lain yang berjanji akan menjaga kita...membantu kita... lambat laun mereka akan membuang kita.. Sebab kita siapa? Kita bukan darah daging mereka.. Setahun dua mungkin bolehlah.. tiga empat tahun kemudian??? Sebab tu..andai anda terasa nak membuang keluarga, nak mengetepikan mereka..fikirlah sedalam-dalamnya..

Ok, kembali kepada soal jodoh... Jodoh itu perlukan usaha.. Betul tak? Sebenarnya..setiap apa yang kita lakukan dalam hidup ini perlukan usaha.. Allah tidak akan mengubah nasib hambaNYA melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri.. Dan setiap usaha yang kita lakukan tak akan berhasil tanpa izin Allah..

Ada orang selalu kata..... ."bilalah aku nak kahwin"... "entah-entah aku tak kahwin sampai bila-bila".. "aku huduh, tak ada sapa nak kat aku... "

Sebenarnya..monolog-monolog seperti ini hanya akan menghancurkan kita.. Memang..saya memahami perasaan sesetengah orang yang menghadapi situasi sebegini.. Hidup seorang diri..jauh dari keluarga..tak ada 'social life'..hari-hari rutin yang sama..cukup menjadikan seseorang itu separuh 'gila'. Nak mengadu masalah tak ada sesiapa..kecuali dinding..cemburu dengan kebahagiaan orang lain apatah lagi apabila orang tersebut berada di sekeliling kita.. Hari-hari terpaksa mengadap kelakuan mereka.. kebahagiaan mereka yang kita belum mampu kecapi...

Tapi......ada tapinya.. Kita lupa.. (sebenarnya bukan lupa..tapi buat-buat lupa), Allah tahu apa yang terbaik buat kita.. Disebalik tangisan..kesunyian...kita tahu Allah sentiasa ada.. Walaupun kita rasa kita seorang hidup kat dunia ni..kita lupa Allah sentiasa melihat dan mendengar doa hambaNYA... Kenapa kita masih mengeluh? Masih ragu? Kenapa hati tetap tidak mahu menerima hakikat? Itulah permainan syaitan..yang sentiasa menggoncang hati kita agar sentiasa merungut, mengeluh dan bersedih.. Tanpa disedari.. kita mempersoalkan..apa yang Allah tadbirkan buat kita.. Astaghfirullahal'azim..

Setiap manusia..Allah berikan ujian yang berbeza.. Ada orang diberikan perjalanan jodoh yang mudah..ada orang yang disukarkan perjalanan mencari jodohnya.. Ada orang Allah berikan kesenangan dahulu..kesusahan kemudian..Ada yang diberikan kesusahan dahulu...kesenangan kemudian.. Apa ya maksudnya???

Saya berjumpa ramai kenalan yang dipermudahkan jodohnya.. Bernikah pada usia muda.. Namun Allah uji mereka dengan keretakkan dalm rumah tangga..ada yang langsung roboh..ada juga yang diuji tanpa penyeri rumahtangga setelah 4-5 tahun berkahwin.. Namun ada pula yang Allah uji dengan perjalanan jodoh yang sukar.. Meniti usia lewat 20-an..ada yang sudah 30 lebih.. Masih belum bertemu pasangan.. Namun sampai masanya...berkahwin juga..dan sehingga kini bahagia... Ada juga yang sekali bertemu sudah sampai jodohnya... Tapi ada juga yang sampai sepuluh kali bertukar pertemuan..namuan masih belum jumpa yang sesuai.. Kenapa? Sebab Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNYA..

Amatlah malang seandainya manusia mengira soal jodoh adalah urusan antara kita dan hati kita sahaja.. Sedangkan kita lupa bahawa hati itu masih ada pemilik yang Maha Agung...iaitu Allah SWT. Oleh itu sentiasalah berdoa dan meletakkan setinggi pengharapan kepadaNYA..

Berusaha mencari jodoh tidak bermakna kita perlu mengarang surat-surat cinta palsu atau bergaul bebas antara lelaki dan perempuan... Sebaliknya berusaha dalam memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.. Kita mungkin mampu merancang setahun dua akan datang.. Tapi Allah sudah merancang beribu tahun yang mendatang..

Mulai saat ini, kesatlah air matamu..saat kau runsing memikirkan jodohmu.. Helakan nafasmu andai urusan jodoh itu menyesakkan dadamu.. Ingatlah...Allah sentiasa mendengar isi hati kita..berdoalah.. Doa itu senjata mukmin...

Wednesday, October 19, 2011

Butik Baby Shop

Assalmualaikum WBT

ALhamdulillah.. sekarang ni dah buat bisness online untuk baju baby.. Kebanyakannya koleksi BeBe yang sukar dijumpai di pasar raya besar.. Kena pergi butik baby baru jumpa.. Belian melebihi 3 barangan layak mendapat sehingga 20% bergantung terma dan syarat..

RM 35
Laura Allen

Bebe
RM 35

RM 49

RM 100
Al-Iman
Termasuk tudung

Polo
RM 30
RM 55
Bebe
RM 40
Saiz S,M,L
Tollyjoy
S,M,L
RM 35
Tollyjoy
Saiz M, L
RM 32
RM 28


RM 20

RM 20

RM 20

RM 28


RM 100
Al-Amin
Termasuk tudung