Tinggal berapa jam saja lagi kita dah melangkah ke tahun baru.. 2011. Sebelum ini... masa yang ada dicuri sedikit untuk memuhasabah diri.. Merenung kembali masa-masa yang berlalu.. Ternyata banyak kelemahan dan kekurangan yang telah dilakukan..
Sebenarnya.. sepanjang berlalunya 2010... banyak kenangan manis dan pahit yang terjadi.. Manisnya... Apabila hasrat menjadi seorang penulis terlaksana tatkala buku sulung saya diterbitkan.. Diikuti dengan majlis konvokesyen saya.. perkenalan saya dengan ibu angkat.. dan banyak lagi.. ang pahit pula.. apabila saya diuji dengan ujian yang cukup hebat.. Sehinggakan sampai satu tahap.. saya sendiri sudah tidak mampu untuk menghadapi semua ini lagi. Mujur..masih ada sisa kekuatan dalam diri saya. Justeru saya masih di sini.. Sebab itulah..lewat kebelakangan ini, post saya lebih menjurus kepada luahan hati (cehh... dalam hati ada lautan darah kononnya)
Namun..saya sedar, sebesar manapun ujian yang mendatang..pasti ada hikmah yang tersembunyi.. Dan saya menunggu hikmah disebalik semua ini.
Ok..kita mula pada topik asal.. Tahun baru...azam pun kena baru juga ke? Uiks.. azam lama pun tak terlaksana lagi ni.. Ke nak kena bawa azam lama tu ke depan? Musykil..musykil...
Ada orang suka menyalahgunakan nama “Azam” dan kemudian mengatakan sia-sia sahaja membuat azam, tak pernahnya jadi. Kata mereka. Pengalaman saya lain pula. Alhamdulillah, kebanyakan azam saya tercapai, cuma cepat atau lambat sahaja. Dan kadang-kadang ia datang dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Lagipun bukankah Allah sudah berjanji kepada kita, berdoalah dan DIA akan makbulkan. Percayalah dengan yakin dan saya yakin, amat mustahil untuk anda tidak mencapainya, walau apa pun target anda. Cuma sooner or later sahaja.
Azam saya dulu-dulu... nak pastikan novel saya yang pertama diterbitkan... Halangan>>>> Sebab banyak sangat habiskan masa depan komputer dek benda lain.. saya jadi blank.. kering idea.. hampir 6 bulan.. (Lame kan??) ditambah dengan ketiadaan laptop.. usaha murni saya semakin sukar. (Hahaha).. AKHIRNYA>>> Saya tak dapat terbitkan novel..tapi saya dapat tulis buku dan berjaya dicetak 2 kali.. (Yesss!!!!!) Dan novel kini berada dalam proses akhir sebelum siap sepenuhnya..
Ada banyak lagi azam.. nak buka bisness, nak dapatkan lesen.. nak dapatkan laki (ops..hahaha) Ada sesetengahnya yang mengambil masa yang sekejap untuk berjaya, ada yang mengambil masa lama sedikit, tetapi tetap tercapai akhirnya.
Kepada sesiapa yang masih ragu-ragu mengenai konsep azam ini, cuba anda check balik. Anda sebenarnya berazam ataupun berangan?
Bila anda berazam, anda at least buat sedikit tindakan ke arah untuk mencapai azam tersebut. Kalau berangan, hehe… sendiri mau ingatlah.
Dan saya tahu ramai orang di luar sana yang takut dan tak yakin dengan konsep azam ini. (Jangan bimbang, ada bukan keseorangan. Saya pun begitu. Sebab itu saya faham benar ) Sebenarnya, jika anda termasuk dalam golongan ini anda bukan tak yakin dengan konsep azam tapi anda tidak yakin dengan kemampuan anda sendiri untuk mencapainya. Sudah banyak tokoh terkenal memperkatakannya, Azizi Ali sendiri mengatakan ia adalah senjata beliau yang paling “power”, if it doesn’t work with you, there is something wrong with you. Dan dari pengalaman saya berkomunikasi dengan ramai orang yang berjaya dan tidak berjaya, saya akan kata “For sure”. Memang beza langit dan bumi antara cara komunikasi orang berjaya dan orang yang gagal ni…
Tips saya jika anda ada masalah kurang keyakinan diri ini:
1) Senaraikan kejayaan anda dan bersyukur mengenainya. (orang putih kata Gratitude List, jika perlu bantuan software sila ke GratitudeLog.com)
Ramai orang apabila diminta menyenaraikan kejayaan mereka, mereka akan listkan “Graduasi, Kahwin,blablabla…)
Itu bukan apa yang saya maksudkan! Itu bukan kejayaan, melainkan anda betul2 rasa itu kejayaan bagi anda.
Kejayaan ini tidak semestinya apa yang orang lain rasa kejayaan. Kejayaan boleh jadi berjaya tunggang basikal (saya belajar 4 tahun baru boleh), berjaya belajar bawa kereta (saya tanam azam bertahun baru boleh bawa).
Bersyukur dan appreciate walaupun kejayaan yang kecil.
Ingatlah kejayaan yang kita anggap kecil itu sebenarnya pada orang lain adalah kejayaan yang besar, bahkan bagi kita sendiri beberapa tahun yang lepas pun adalah sesuatu yang mustahil untuk dicapai.
Jadi bila kita sudah mencapainya, bersyukurlah dan raikanlah.
2) Bila anda dah ada list kejayaan anda, barulah anda akan terasa “sedikit” hebat, positif dan sedikit termotivasi. Nah, reframekan diri anda ketika dalam situasi ini dan barulah cuba untuk capai azam anda yang anda rasakan mustahil itu.
Mari kita jadikan post ini sebagai post yang positif dan membina. Kongsi kejayaan-kejayaan anda di ruangan komen. Walaupun anda takut riak, jangan bimbang. Takde riak-riaknya. Ini untuk tujuan motivasi, bukan sahaja untuk memotivasi diri anda, tetapi motivasi diri pembaca lain apabila melihat kejayaan-kejayaan anda (anda boleh tulis banyak kali). Mari kita kongsi.
Bismillah.
ReplyDeletesyukran atas perkongsian ya..
(=
memang benar,
azam lama pun masih usaha diperbaiki.
diperkebal dalam diri.
walau tak sedar kaki da pun melangkah dalam tahun baru ini.
memang bukan mudah,
tapi saya setuju dengan kata kata ukhty,
serius.
tu smua ikut lambat atau cepat,jika kita yakin.
usaha sedkit demi sdikit ke arah itu.
mka pasti tetap dapat laksanakan juga azam ni..
kan?
^^ ya saya memang ad msalah kurang yakin dan berkeyakinan dalam diri.pada diri.
tapi tu smua dlm azam tuk diperbaiki jg..heh..
sedangkan nak bercakap di depan khalayk pun perlu kekuatan,
apetah lagi membawa kereta di jalanan.
tu smua brkait dgn keyakian.
kan?
terima kasih,
syukran atas perkongsian.
menarik! ^^d