Hidup ini mesti ada tujuan.... Tujuan menuju ke jalanNYA.. Mengenali siapa kita sebenarnya... Sebagai seorang hamba yang menunaikan hak kepada Tuhannya... Allahu Akbar...

Thursday, November 17, 2011

Kita Tak Sama...



Assalamualaikum WBT
Semoga sahabat semua dirahmati Allah...


Alhamdulillah..diberi kesempatan bersama sahabat semua di blog saya.. Ye, kalau sahabat semua perasan..sejak dua menjak ni saya agak senyap.. Di blog mahupun di facebook. Entahlah... mood menulis malap walaupun idea datang mencurah. kemudian hilang begitu saja idea yang ada dek sibuk dengan tugasan.. Mood semakin hilang tatkala menerima berita buruk.. kakak angkat saya menghadapi masalah rumahtangga yang sedikit sebanyak membuatkan saya sedih. Mungkin kerana sebelum ini kami rapat..tinggal bersama.. Selalu berkongsi cerita.. Apa yang terjadi padanya terkesan juga disanubari saya.. Nak buat macam mana.. Saya ni 'hati kristal' 


Kemudian menerima undangan perkahwinan.. 3 sahabat dan seorang 'adik'.. Ye..saya memang mudah tersentuh bila terima kad walimah ni. Cemburu? tidaklah.. Siapa saya untuk merasa cemburu... Cuma terdetik juga di hati... Adakah ruang untuk saya merasai detik itu? yelah..di usia 25 tahun..susah juga sebenarnya membawa status bujang ni.. Cuma siapalah saya nak melangkau taqdir yang diatur untuk saya kan.


Ape pun soal jodoh bukan sesuatu yang menjadi prioriti.. Sekarang yang menjadi prioriti bagi saya ialah mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan yang saya ada.. kalau ikutkan..saya bukan memilih.. kerja apa pun tak kisah.. gaji kecil pun tak pe.. Asalkan halal dan berkat.. kegusaran saya dalam mencari pekerjaan menebal setelah anak tok imam depan rumah (sebaya dengan saya) dah dapat kerja dan dah pakai kereta baru.. ops..saya bab kereta memang tak pandang (sebab bukan ada lesen pun), tapi bila mak...abah dan yang lain dah mula "berbunyi" soal kerja.. nak tak nak saya kena fikirkan juga.. Jujur, saya tak nak hampakan harapan keluarga saya.. memang, mereka harapkan saya juga hulur seratus dua kat mak abah, walau;pun mak abah tak pernah minta.. Saya pun teringin juga nak bagi mak abah rasa hasil titik peluh saya setiap bulan (walaupun kadang2 saya hulur juga bila ada rezeki lebih). Alhamdulillah..doa saya dimakbulkan apabila dapat kerja di bidang kulinari.. Gaji walaupun untuk perluaan ni cukup makan seribu..tak pelah, demi pengalaman.. yelah, saya pun memang bercita-cita nak buka restoren sendiri satu hari nanti..


Bila dengar ujian yang dihadapai sahabat yang lain.. Ujian yang dihadapi keluarga dan juga ujian yang menimpa diri sendiri.. saya selalu terfikir.. Ujian kita masing-masaing.. semuanya tak sama.. nampak sama tapi masih ada bezanya.. Apepun Allah tak membertai hambaNYA dengan sesuatu yang tak mampu ditanggung..


Kalau rasa masalah kita besar sebenarnya ada manusia lain yang lebih berat masalah daripada kita. Lihatlah masalah secara positif bukan dari sudut negatif. Masalah adalah ujian Allah SWT untuk melihat kesabaran hambanya untuk ditingkatkan makam imannya. Apa juga masalahnya jangan sesekali minta tolong dengan makluk minta tolong lah hanya pada Allah SWt seperti firman Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 4 “Di sana pertolongan itu hanya dari Allah yang hak.” Setiap masalah ada jalannya dengan bantuan Allah SWT. Jangan cepat kecewa dan putus asa. Insya ALLAH setiap masalah ada hikmahnya bagi mereka yang benar-benar bersabar dan redha seikhlas hati dengan ujian Allah SWT.




Hayati juga Firman Allah SWT surah Aam Nasyrah “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu, Yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.”
Firman Allah SWT surah Al Baqarah, ayat 286 : “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”
Setiap masalah hidup insya Allah ada jalannya.

No comments:

Post a Comment