Semoga sahabat semua dirahmati Allah..
Hari ni Johor cuti.. So, banyaklah masa terluang kat rumah. Pagi-pagi lagi abah dan yang lain-lain bersiap nak ke kebun.. Tinggal la saya kat rumah dengan mak dan abang rudi.
Agenda pagi ni ialah mengemas.. Adoii la.. Penatnya mengemas 2 bilik yang ada (tangan lenguh sebab kena injection typoid). belum lagi 2 ruang tamu dan dapur. Nasib baik 4 bilik yang lain tak perlu dikemas. Ohoh..bukan nak raya la.. Bukan juga sebab nak buat kenduri apa lagi kenduri kahwin.. Kih..kih.. tapi kakak saya yang kat Sabah bersama suami dan anak-anaknya yang "comel2" nak balik kampung. yelah, duduk jauh, setahun sekali je la balik..
Siap mengemas...masak untuk makan tengah hari pula.. Simple je. ikan talapia goreng, sayur air bendi dan sambal belacan ala-ala sambal penyet.. Marvellous.. Ringkas namun membuka selera.. Ikan talapia tu bela sendiri tau.. kebetulan ahad lepas abah lupa nak tengok kolam dia.. Yelah, sibuk dengan kenduri kahwin sedara-mara. Sudahnya lebih 6 kilo ikan telah terkorban. Huuu.. Tak pe la..Jimat sikit duit nak beli lauk minggu ni.
Lepas masak tengah hari..dek kerana kerajinan terlebih maka saya berhasrat nak buat kuih.. memang feberet ni... Dulu mak selalu buat.. Tapi cara mak tu agak cerewet sebab nak kena tanak pulut dalam periuk..masak bahagian atasnya dalam periuk.. tapi cara saya ni agak mudah.. Kukus je pulut dalam loyang.. Dah masak pulut, tuang pula bancuhan atas yang berwarna hijau.. Kukus selama satu jam. Siap..
Nak resepi ke? Saya tempek ye.. Saya ambil resepi ni kat my resepi tapi saya modified.. pulut kat bawah tu saya kukus dengan santan. pulut tu saya gaul dengan kelapa parut sikit.. So makin la rasa lemak masin yang sungguh menyelerakan.
Bahan-bahan ( size loyang 22cm / 3'' )
- Bahan lapisan bawah:-
- 500gm beras pulut
- 400ml santan cair
- 1 st garam
- 2 sm minyak
- 4 sudu kelapa parut (optional)
- Bahan lapisan atas:-
- 120gm tepung gandum
- 3 sm tepung jagung
- 140gm gula
- 3 biji telur
- 450ml santan pekat
- 1/2 st garam
- 300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)
Cara-cara
- Untuk lapisan bawah:-
- A) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
- B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
- C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
- D) Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
- E) Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
- F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
- Untuk lapisan atas:-
- 1) Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
- 2) Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
- 3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
- 4) Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....
- PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
Ok..gambar ni bukan gambar kuih yang saya buat.. Sebabnya kuih saya bahagian atas tu merekah.. Bukan sebab adunan salah..adunan dah marvellous dah.. Cumanya dek kerana saya tak sabar-sabar nak tunggu sejuk..maka saya potong je kuih tu time panas.. So memang tak cantik la jadinya..
Moral of the story... Sabar itu sebahagian daripada imaannn..
No comments:
Post a Comment