Semoga sahabat semua dirahmati Allah SWT..
Alhamdulillah...hari ini setakat ini berjalan dengan baik.. Lepas subuh tersambung tidur.. Lantas tak sengaja terlajak sampai pukul 8.15. Adoiyai..anak dara sapa la yang tak senonoh ni.. huuuu... ntah, mengantuk sangat rasanya.. Dah terlambat bangun ni memang akan kelam kabutlah mengemas rumah, masak dan basuh baju. Yelah.. masuk kerja pukul 11.30. Semua kerja mesti disiapkan sebelum pukul 10.30. Oo..penyakit kemalasan melandaku. Malas nak prepare breakfast buat anak sedaraku yang manja terlebih, Anisya.. Lantas mengheretku merempit di pagi yang tak dingin lagi dah.. Apa lagi, warung roti canai tok imam yang paling best kat area Pasir Gudang ni. tapi tak beli pun roti canai..beli nasi lemak (sebab saya tak makan tengah hari, so breakfast berat sikit la sebab nak tahan sampai malam).
Siap breakfast...kemas 1 rumah... siap-siapkan masak tengah hari... dan siap mandi..mak cakap tak de lauk dah kat rmah nak masak.. O..o... kena carilah.. Sempat mak cakap..nak kena cari ketam sebab nenek teringin nak makan ketam.. Terfikir, mana nak cari ketam kat area rumah ni.. lainlah kalau kat pasar besar ke.. Kip Mart ke.. Ada la.. Hm..suruh mak beli sabtu nanti la.. So apa lagi? Merempit lagi ke kedai.. (bayangkan dengan tudung labuh and jubah.. Topeng ninja???? Kih..kih).
Saya pun parking baeeekkkk ;punya dekat depan kedai.. dengan gaya ganaz tapi masih menampilkan ciri-ciri gadis melayu (hampeh tol ^__^ ) Tiba-tiba... Nak tahu benda apa yang pertama sekali saya nampak????? No..no..no.. bukan durian.. kalau durian, saya takkan datang kedai tu... haa... betul la.. saya nampak ketam.. Bukan yang kecik tau.. Besaaarrrr punya!!!! Dalam hati rasa nak break dance je (tak senonoh tau cik nurin ni). Apa lagi..terus capai plastik.. Perasan ada sorang abang ni nak ambil plastik juga setelah membelek2 ketam.. Haha, dengan muka selambernya saya terus masukkan ketam-ketam yang paling besar..dan yang betina.. Yang jantan saya tak ambil la.. Bukan muhrim.. kih,..kih.. tak la, mak saya tak suka yang jantan sebab tak de telur ketam.. Terpinga-pinga kejap abang tu.. tapi saya cuma senyum (bukan dia nampak pun saya senyum). Nak ambil lebih..duit tak cukup pula sebab saya beli juga ikan kembung. bawea 50 lebih. ketam sekilo da RM22. Cukuplah sorang rasa separuh..
balik rumah terus jerit... MAK!!!!!! ADIK DAPAT BELI KETAM!!!!!. Terkejut mak, masa tu tengah siram bunga.. terus jenguk ke bakul motor.. Alhamdulillah, rezeki nenek betul la hari ni.. Kat dapur..mak puji (rasa nak melayang ni).. Pandai adik pilih ketam.. semuanya penuh telur.. huuu, tengok la anak sapa (bak kata abah bila makan kuih tako saya)...
Alhamdulillah.. itu baru sikit tu nikmat rezeki yang Allah berikan.. Sebenarnya dalam hidup ini terlalu banyak nikmat yang kita perolehi dariNYA namun sedikit yang bersyukur..
"... sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya ..." (Ibrahim: 34)
Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada anda. Dunia ini, beserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan Allah untuk anda, tetapi anda tidak pernah menyedarinya; anda menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.
"... Dia telah memberikan nikmat-nikmatnya secara sempurna kepada kalian, baik yang zahir mahupun yang batin ..." (Luqman: 20)
Anda diberi sepasang mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.
"Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?" (Ar-Rahman: 13)
Apakah anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa padahal masih banyak manusia lain yang tidak mempunyai kaki? Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak dia atas kedua betis itu merupakan sesuatu yang mudah, padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua betisnya? Apakah anda merasai nikmat tidur dengan memenjamkan kedua mata, sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang mengganggunya? Pernahkah anda merasa senang ketika anda dapat menyantapkan makanan yang lazat dan minuman yang dingin, sementara masih banyak orang lain yang tidak dapat makan dan minum hanya kerana penyakit yang mereka deritai?
Renungkanlah! Betapa besarnya fungi pendengaran, di mana Allah menjauhkan anda dari ketulian; penglihatan anda terhindar dari kebutaan; ingatlah kulit anda yang cantik terhindar dari penyakit gatal dan kudis. Perhatikan juga fungsi otak anda! Allah telah memberikan kesihatan akal sehingga terhindar dari kegilaan yang menghinakan. Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud? Inginkan anda menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit? Apakah anda mahu membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah anda, namun anda bisu? Apakah anda mahu menukar kedua tangan anda dengan butiran-butiran permata dan berlian, tetapi tangan anda kudung?
Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan, anda hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih memilik roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak, dan kesihatan anda yang stabil.
Anda kerapkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material, padahal anda masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setumpuk kebaikan, kenikmatan, dan masih banyak yang lainnya. Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukurlah!
"Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah. Apakah kalian tidak memperhatikannya?" (Adz-Dzariyat: 21)
Lihatlah diri anda, keluarga, tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat, dan dunia sekeliling anda. Dan janganlah termasuk di dalam golongan:
"Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya ..." (an-Nahl: 83)
Buku La tahzan
dr. Aidh Al-Qarni
No comments:
Post a Comment