Hidup ini mesti ada tujuan.... Tujuan menuju ke jalanNYA.. Mengenali siapa kita sebenarnya... Sebagai seorang hamba yang menunaikan hak kepada Tuhannya... Allahu Akbar...

Monday, September 5, 2011

Selamat Hari Raya!!!!

Assalamualaikum WBT..
Semoga Allah SWT merahmatik sahabat semua..



Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan selamat hari raya.. eid mubarak pada semua sahabat. Dah masuk seminggu raya dah ni..masih mood hari raya ke? Rasanya ramai yang dah start bekerja kan?

Kesibukkan menguruskan rumah menjadikan saya terleka lantas membiarkan blog saya terus sepi.. kesian blog saya ni kan..kan.. Nak buat macam mana, memang tak sempat nak menulis panjang-panjang. Ada sekali tu, penat-penat menaip tiba-tiba internet buat hal..lantas apa yang ditulis turut hilang.. Malas nak buat kerja dua tiga kali, maka saya tinggalkan saja.

Hari raya tahun ni merupakan raya paling kelam kabut diantara tahun-tahun sebelumnya. Biasanya ramai yang membantu membuat persapan raya, tapi tahun ni hanya saya dan Kak Linda saja yang menguruskan semuanya. Tapi Alhamdulillah, segala persiapan berjaya dilaksanakan.

Dan raya kali ni memang berganda-ganda gembiranya.. sebab pertama, 31 ogos..saya genap 25 tahun.. 4 ogos pula abah genap 72 tahun dannnnnnn... kami dapat ahli keluarga baru.. Abang saya dah jadi ayah..dapat baby girl.. Best kan? Alhamdulillah..nikmat Allah yang tidak terhingga.

Rasanya dah cukup dah kita meraikan kemenangan selepas sebulan menahan hawa nafsu.. Dalam pada kita gembira, sebenarnya Aidilfitri juga menuntut agar umat islam sentiasa bersyukur..tidak berlebihan dalam bergembira dan istiqomah dalam menjalani ibadah selepas ramadhan.. Justeru kita disunatkan berpuasa 6 di bulan syawal dan dituntut agar memperbanyakkan bertakbir kepada Allah...

Bayangkan..selama sebulan kita berjaya mempertingkatkan amal ibadah, kenapa harus dihentikan selepas berakhirnya Ramadhan? Bukankah satu kerugian? Jadi....marilah kita sama-sama istiqomah.. Andai sebelum ini setiap malam kita dihiasi dengan addarus dan qiamulail..kenapa tidak hari ini, esok dan seterusnya? jika boleh berpuasa sebulan berterusan..kenapa tidak boleh berpuasa isnin dan khamis setiap minggu?

Semoga Allah menguatkan diri kita untuk terus beribadah kepadaNYA.. insyaAllah.. renung-renungkan..Selamat Beramal..

No comments:

Post a Comment