Semoga Allah SWT merahmati sahabat sekalian...
Tak lama lgi, masa saya online dah terbatas. Tak macam selalu. Entah ada masa atau tidak ye nak menulis blog? Hm..sementara tinggal 2 hari masa yang ada ni, saya nak kongsi aktiviti yang paaaaliiing saya suka. Apa dia? Main masak-masak la.. Dah lama rasanya tak memasak untuk keluarga. Yelah, minggu ni saya tak balik kampung. Bila duduk seorang kat taska ni menu harian saya ialah nasi goreng, mi sup atau nasi putih, telur mata kerbau dan kicap manis. Almaklumlah..makan sorang. Apa yang sedap?
Kebiasaannya, saya memang suka buat kek or muffin. Teruja sebab sekarang dah pandai buat icing for decoration kek tu.. Dan resepinya pun saya cipta sendiri tau. Malah dapat sambutan masa hari raya. Bayangkan, malam raya saya sibuk bakar muffin, buat 2 adunan (lebih kurang 60 biji) dan semuanya habis dalam masa sehari. Lebih membakar semangat bila birthday abah (4/9). masa birthday Abang Jamil saya buat oreo cheescake.. Yummy, menjadi pula. Birthday abah pula terasa tak de mood nak buat cake..So, beli je la kat kedai berdekatan rumah.. Sangat mengecewakan bila makan kek tu..Icingnya masin. Huu, mesti dia guna butter/marjerin. Sebenarnya, nak dapatkan icing yang best kena guna unsalted butter and shortening.. baru sedap.
Ok..ok.. Tak nak cerita asal kek sebab saya hari ni teruja nak kongsi resepi Nasi Lemak Kukus Wangiiii.. Sebab apa? Ntah, tetiba teringin nak makan nasi lemak. Tapi tak bolehlah masak sekarang sebab membazir je masak untuk seorang makan. Nanti la hujung minggu, saya buat operasi di dapur. Nasi lemak ni adalah hasil ciptaan saya berdasarkan pemerhatian erhadap nasi lemak yang mak masak. (Saya jarang tanya resepi, sebaliknya suka try sendiri sampai dapat ^____^" )
Pinjam gambar google |
Bahan-bahan Nasi Lemak Kukus Wangiiiiii
1 kg beras wangi siam (basuh dan bersihkan airnya)
5 1/2 cawan santan (asli diperah tau, bukan kotak.)
3 helai daun pandan (koyak dan simpul)
2 batang serai (dititik)
2 incin halia (ditumbuk/giling))
1 sudu halba
4 ulas bawang merah/kecil (ditumbuk/giling)
2 ulas bawang putih (ditumbuk/giling)
garam secukup rasa.
Cara-cara
Mula, mula masukkan 2 sudu minyak makan ke dalam kuali, tumis bawang sehingga naik bau, masukkan halba dan serai.
Masukkan bahan umisan ke dalam periuk yang berisi beas, daun pandan dan santan.
Masakkan nasi separuh masak/sehingga santan kering.
Masuk dalam mangkuk pengukus dan kukus selama 30 minit atau sehingga nasi masak.
Tadaaaa..dah siap. Mudah kan? Cuba la..Sedappp. bayangkan, nasi yang panas dan lemak dengan aroma halba..bawang bergabung dengan haruman serai dan dan pandan.. wau! Mesti la marvellous kan?
Lagi sedap kalau ada telur mata kerbau/rebus..kacang tanah goreng, ikan blis goreng dan timun. Lepas tu ada pula sambal udang atau sotong.. Pergh..Ok, saya sertakan pula resepi sambal udang. kalau kat taska ni memang jadi feveret la.. Lagi satu, agak lain sikit cara masaknya dengan sambal udang biasa yang saya jumpa. Nak tau apa yang lain???? Ok..jom kita lihat...
Bahan-bahan Sambal Udang Meletopp!!
1 kg Udang (tak best la kan kalau udang tu kecik)
Cili kering (haha..yang ni saya tak pandai nak bagi sukatan. Agak-agak la..kalau nak pedas letak la banyak)
2 biji bawang besar (1 biji dikisar, sebiji lagi dihiris)
4 ulas bawang putih (dikisar)
2 inci belacan (dikisar sekali dengan bawang)
1/3 cawan santan pekat (yang ni la special sikit. Guna santan kotak pun ok)
garam, bahan perasa dan gula secukup rasa
Cara-caranya...
Tumis bawang besar yang dihiris sehingga layu, masukkan bahan yang dikisar..tumis sehingga naik bau
Masukkan cili kering yang sudah dikisar, tumis lagi sehingga pecah garing.
(masa ni bersiap sedia sebab mesti ada yang bersin tak henti - anyway orang tua kata..kalau masak tu sampai orang sekeliling bersin..tandanya masakkan kita tu sedap. haha)
Masukkan udang, masak agak udang bertukar kemerahan (err..memang la merah, kan dah masuk dal;am cili?)
Lepas tu masukkan santan, gula, garam dan serbuk perasa..
Masak sampai semuanya sempurna... (Nak best, pastikan rasanya semua cukupp;..masinnya cukup idak terlebih begitu juga manisnya)
TIPS: Untuk mendapatkan rasa sambal yang sedap dan tak sakit perut, sila rebus dulu cili kering sebelum dikisar. Kisar dengan sedikit air dan 1 sudu minyak masak untuk elak biji cili tu tak hancur. Pastu..selain udang, boleh juga digantikan dengan sotong. nak tambahkan petai lagi sedap.. Boleh juga..
Ok la..sekian saja resepi saya untuk dikongsi bersama.. Selamat mencuba!!!
No comments:
Post a Comment