Semoga Allah merahmati sahabat-sahabat sekalian..
Tik..tok..tik..tok..
Masa tidak pernah berhenti, malah akan terus berlalu.
Dan bunyi itulah yang akan menemani malamku..
Selain bunyi bacaan surah Yaasin yang sentiasa memecah sunyi taska.
Tiada orang lain, selain aku.
temanku berbual? Dahulu...dinding, cermin..
Mujurlah sekarang ada laptop, inipun pinjam.
Tapi, tak lama lagi laptop ni pun akan pergi meninggalkan aku.
Duduk sendirian ni, peritnya Allah saja yang tahu.
Pernah aku sakit, nak melangkah pun payah..
Tak ada siapa tahu.
Sehingga keesokkan harinya, itupun setelah aku terbaring di stor menggigil kesejukan.
Pernah juga hatiku terguris..
Tiada bahu untuk bersandar..
Menangis seorang diri, hanya Allah tempat mengadu.
Ada juga mulut2 bersuara.. "kahwinlah nurin, kesian duduk sorang2".
Hm...berkata memang mudah,
Hakikatnya terlalu banyak yang pahit berbanding yang manis dalam usahaku mencari jodoh.
Andailah perkahwinan itu semudah "main kahwin2 " masa kecil dahulu
Andailah jodoh itu datang bergolek..
Terlalu banyak kekurangan diri,
menjadikan aku redha,
kalau jodohku tidak di sini,
mungkin ku temui juga akhirnya di sana
Kesepian ini juga mengajarku banyak perkara..
Satu hari nanti kita juga pasti sendiri.
Tiada apa di sisi
Saat jasad tak mampu lagi bergerak,
saat mulut berhenti berbicara..
Bagaimanakah keadaannya nanti?
Ya Allah,
Tuhan yang membolak-balikkan hati
Jangalah Kau palingkan hambaMU daripada NUR Islam..
Janganlah Kau biarkan aku tanpa hidayahMU
Jadikanlah hambaMU ini hamba yang bersyukur
Jadikanlah hambaMU ini hamba yang taat akan perintahMU
Ya Allah...
berikanlah hambaMU ini ketenangan hati..
Keteguhan iman..
Keindahan akhlak..
Labuhkanlah cinta hambaMU hanya padaMU
Biar tanpa teman..
HambaMU tetap tidak rasa sunyi..
Selagi Engkau ada di hati.
Amin ya Robbal 'Alamin
No comments:
Post a Comment