Assalamualaikum WBT..
Semoga Allah merahmati sahabat sekalian..
Well, nak cakap macam mana ye.. ^__^"
Minggu ni memang mood masak memasak. Selain nak rewind balik resepi lama, rasa berkobar-kobar nak mencuba resepi yang baru. So, makin lancar la jari ni melakukan 'blogwalking' ke blog2 yang memang 'taiko' bab masak memasak ni. Antaranya blog Kak Azlita Masam manis dan blog Che Mat Gebu, Tiffin Biru.
Tapi hari ni saya tak nak kongsi resepi diorang yang pernah saya cuba, sebaliknya saya nak kongsi resepi yang saya search kat internet dan saya modified sendiri.. Resepi ni request form my sister yang tengah pregnant masa bulan puasa hari tu. tak sangka sekali buat dah menjadi and dia sangat suka malah dapat pujian.. (^__^)" Seminggu juga dia request tapi saya tak layan dengan memberi pelbagai alasan.. Tapi, memandangkan yang dia tengah pregnant, amatlah bersalahnya saya rasakan bila tak memenuhi kehendaknya.. Nanti tak pasal2 air liur baby meleleh..dah saya juga yang kena. Huuu...
Ohoh, kalau ada gambarnya pun, hasil daripada carian di google. Sebab ini resepi rewind, mana ada save gambar.. Dan kamera phone saya pun boleh nak download gambar kt internet..sabar ye..nanti saya tepek gambar sendiri bila buat lagi sekali.
Bahan-bahan Cottage Pie
Inti
500g Daging Cincang (Nak tukar dengan ayam pun boleh juga)
2 biji bawang bombay (yang kulit oren tu) potong dadu
4 ulas bawang putih (potong dadu)
lada benggala merah/hijau (potong dadu) yang ni ikut suka nak letak banyak ke sikit
1 tin cendawan butang (potong dadu)
1 batang carrot (potong dadu)
1 tin sederhana kacang peas
3 tangkai daun sup dihiris halus
2 sudu sos tiram
1 sudu rempah kari daging (optional)
1 ketul kiub ayam knorr
garam dan lada sulah
Minyak untuk menumis
Cara2 nak masak inti
goreng daging cincang dengan menggunakan 1 sudu minyak..sampai 1/2 masak (toskan)
Tumis bawang besar dan putih sehingga naik bau,
Masukkan rempah kari dan sos tiram
Masukkan daging yang telah ditos
masuk carrot dadu, cendawan butang dan kacang peas
masukkan daun sup dan bahan perasa yang selebihnya
tumis hingga sebati
Kentang Lenyek untuk topping
6-8 biji kentang (kupas kulit dan rebus dengan sedikit garam sehingga empuk) lenyekkan
2 sudu besar mentega/margerine
2 sudu besar susu segar/ susu tepung
lada sulah sikit
mozarella cheese secukupnya atau cheddar cheesr sebagai topping paling atas.
Cara-cara nak masak cottage pie
Sediakan bekas tin/kaca untuk membakar (ikut kesesuaian kuantiti makanan)
Sapukan bekas dengan sedikit minyak zaitun/ minyak masak
Ratakan inti daging yang elah siap masak ke dasar bekas, padatkan sikit
Kemudian masukkan kentang lenyek ke atas inti daging dan ratakan hingga padat
Akhir sekali, tabur cheese parut menutupi kentang lenyek
Bakar dalam oven dengan suhu 200 darjah celcius selama 30-40 minit
Hm...bila dah keluar dari oven...aromanya....nyum..nyum..
Selamat mencuba ya!
No comments:
Post a Comment