Assalamualaikum WBT..
Semoga Allah merahmati sahabat sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah.. Diberi kelapangan masa untuk menulis sesuatu di blog. Kesibukkan kerja di taska dan di rumah menghalang saya untuk menulis. Apatah lagi dengan mood yang kejap ada kejap tiada. Lantas blog ini dibiarkan sepi.
Oh ya, ada rasanya saya cerita tentang abang saya yang baru dapat baby girl.. Kebetulan mak mertua abang sibuk uruskan kedai, jadi kakak ipar berpantang di rumah. Biasalah...bila dah berpantang kat rumah, siapa lagi yang kena jaga kalau bukan kakak dan saya. Cuma saya ambil alih jaga time hujung minggu saja (jumaat-ahad).
Tak susah sebenarnya nak jaga orang berpantang dan baby ni. Cuma masa dia di bawa balik ke rumah ni, dah mula nak 'bentan', Mirza Nur Zahrah pun kena demam kuning. Jadi, memang kami jaga betul-betul (dari segi pemakanan dan sebagainya). Ok, berlaku la perselisihan pendapat.. Nampaknya saya saja yang kawal ketat (padahal belum pernah bersalin pun). Sedangkan mak pula tak kisah menantunya nak makan apa. Isk..isk..isk..
Maaf la, saya ni suka bertanya mak cik - mak cik kat taska, apa yang baik dan apa yang tidak untuk orang berpantang ni. Bagi saya, badan kita ni mana ada spare part. So, kena la jaga elok-elok. Antara yang kami selalu tak seiring...soal makanan la.. mak saya kata masa dia pantang dulu..arwah atuk siap sembelih ayam bagi dia makan. (Kes kakak ipar nak makan ayam tapi saya tak bagi). Hm..bagi saya, ayam dulu tak sama dengan ayam sekarang. Ayam dulu ayam kampung, pastu ayam 'dara'. Tak macam ayam sekarang...cucuk sana, cucuk sini mengalahkan orang suntik botox. Lagi satu, sayur bukan semua sayur boleh makan. Timun, terung, cendawan semua tu mana boleh. Tapi abang saya boleh borong cendawan banyak-banyak konon nak masak sup.. isk..isk..isk.. No..no..no.. Dan saya dah pesan awal-awal, jangan bagi makan ikan masin. tak ada khasiat. Cari la alternatif lain selain ikan masin. Dah la ibu tu nak susukan bayi lagi.
So, saya setkan menu. (pertama kali la dalam family kami ada set menu untuk orang berpantang). Biasanya kakak2 saya yang lain makan ikan singgang je. Takpun ikan bilis digoreng tanpa minyak. kira beruntung la kakak ipar saya ni. Antara menu yang menjadi pilihan ialah...ikan bakar, ikan kukus, sup ikan, ikan masak singgang, sup sayur (kacang botol, brokoli, bayam, kentang dan carrot, taugeh,), kicap + bawang besar + lada hitam). Ikan tu selang seli la..ada ikan kembung, selar, siakap, cencaru, talapia dan haruan. Oh ya, haruan ni baik untuk pulihkan luka tau. Cuma kadang-kadang orang tak tahan dengan baunya, Orang berpantang pun tak boleh makan yang bergoreng dan berminyak. Sebab tu semua menunya tak menggunakan minyak. Dan semua ikan sebab kakak ipar saya ada resdung teruk, so tak berani la nak bagi makan yang gatal2.
Bab jaga baby pula... soal kebersihan memang penting. Saya kerap tukarkan lampin dan baju. Sekurang-kurangnya 4 kali sehari. Saya pula yang rasa tak selesa bila baju baby ada saki baki bau susu.. nak mandikan..saya tengok dulu, kalau selesema, sekali je mandi (tengah hari). yang pagi dan petang tu saya lap dengan air suam je. Yang penting baby bersih. yelah, dia bukan berpeluh pun..cuma nak hilangkan daki dan kotoran kecil je. Oh ya..selalu2 periksa mulut baby, akalu dah tebal putih kat lidah tu, bersihkan la.. Lepas menyusu lap bersih2 bahagian mulut, nanti kena kurap susu dah susah nak hilang. Kalau perut baby dah nak kembung tu, cepat2 layur daun mengkudu..tekup kat perut baby. Bila nak selesema...ambil minyak kayu putih, sapu kat ubun2 and tapak kaki baby. Kalau rasa baby tu kena kuning, bagi minum susu kambing dan jemur la kat cahaya matahari.. (seeloknya pukul 8-11).
Hm.. Biasalah, bila ada orang berpantang...yang lain pun kalau boleh pantang la sikit. Nak makan sedap-sedap jangan depan mereka.. Kejam..kejam..Alamatnya, mereka telan air liur saja la.
Ok la..sampai sini saja untuk hari ini.. Doa saya untuk Mirza Nur Zahrah Binti Mohd Masrudi bin Mohd Masry...semoga sihat dan menjadi anak yang solehah.. Amiiin..
Oh ya, saya ada temuduga Selasa ni, doakan saya ye.. Semoga semuanya berjalan lancar. insyaAllah..
No comments:
Post a Comment