Hidup ini mesti ada tujuan.... Tujuan menuju ke jalanNYA.. Mengenali siapa kita sebenarnya... Sebagai seorang hamba yang menunaikan hak kepada Tuhannya... Allahu Akbar...

Thursday, September 29, 2011

Mari Main Masak-masak.. ^____^" : Laksa Johor

Sedang belek-belek blog http://fromintankitchen.blogspot.com/, mata tertumpu pada satu resepi..Laksa Johor. Yupp, resepi warisan zaman berzaman.. malu wehh jadi anak Johor kalau tak pandai masak laksa Johor ni.. Saya pula bukan tak pandai buat, cuma dah lama tak buat..Ingat-ingat lupa (sehh, alasan)

Laksa ni remeh sikit nak buat.. Dan tak berbaloi la kalau setakat nak masak untuk sorang dua makan.. Kalau dah teringin sangat pun saya biasa masak banyak-banyak lepas tu kuahnya saya asingkan.. Satu tak letak santan..saya sejuk beku dalam freezer. lain masa saya masak balik dan tinggal masukkan santan. Mudah cerita.

Ok, sebab saya ni ada sikit-sikit terjangkit virus "M"..maka saya pinjam je resepi dari Kak Azlita Masam Manis.. Tapi sama je dengan resepi yang saya buat. yelah, dah nama orang Johor yang masak kan.. Ngeh..ngeh..ngeh..

Oh ya, kelebihan laksa Johor ni..ianya dimakan bersama spagetti, bukan laksa beras macam laksa penang atau laksa yang lain.. Rasanya pun tak la masak..lebih lemak dan pekat.. Nyum..nyum.. jom jenguk sikit, apa bahannya..

Bahan utk kuah laksa

1kg ikan tenggiri atau kembung - direbus
1/2 mangkuk minyak
6 sudu rempah kari daging - dibancuh dgn air
2 mangkuk santan

Bahan A
10 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 batang serai
4 cm lengkuas
4 biji buah keras
4 cm halia
2 cm kunyit

Bahan B
5 mangkuk air rebusan ikan
1/2 mangkuk kerisik
2 keping asam keping
1 sudu besar garam
1/2 buku gula melaka
2 kiub ikan bilis

Cara menyediakannya

Rebus ikan dan ambil isinyer, kemudian dikisar dgn air rebusan ikan.
Kisar bahan A hingga halus
Panaskan minyak di dalam periuk lalu tumiskan bahan A hingga terbit minyak. Masukkan rempah kari dan Kacau rata hingga sedikit garing. Kemudian masukkan kesemua bahan B.
Setelah itu masukkan isi ikan dan air rebusan ikan. Akhir sekali masukkan santan dan masak hingga kuah mendidih dan pekat.

Antara ulam-ulaman yang dimakan bersama laksa Johor




No comments:

Post a Comment