Aku kini punya kehidupan yang baru. Jalan yang ku pilih sendiri. Memang, tindakanku nekad dan Alhamdulillah dipermudahkan Allah. Hari itu juga aku ditemuduga dan esoknya aku mula bekerja. Nak tahu kerja apa? Aku jadi pengasuh bayi. Kenapa? Tak percaya?
Ya, aku bekas graduan. Pemegang seguung ijazah. Namun bukan bermakna aku perlu bekerja di pejabat goyang kaki. Sememangnya semasa belajar dahulu aku sudah menetapkan dalam hati..aku mahu belajar kerana ilmu, bukan kerana nak dapatkan gaji lumayan ataupun jawatan.
Kerja di Taska Ihsan... merubah hampir keseluruhan hidupku. Di sana aku dapat melupakan segala kesedihan. DI sana aku lebih banyak ketawa. ALhamdulillah, sekurang-kurangnya ku temui sinar baru. Dengan pengalaman menjaga anak saudara selama 6 tahun..ku ingatkan ianya sudah cukup untuk menjadikan aku pengasuh berjaya. (ketawa).. Namun sangkaanku meleset. Jaga anak saudara dengan anak orang memang jauh bezanya. Masing-masing punya ragam masing-masing. Itu belum dengan mak ayah budak lagi.
2 minggu lebih aku bekerja di sini... banyak yang aku pelajari. Dah expert nak menguruskan 5 orang budak dalam 1 masa.. Dah tahu macam mana nak mandikan bayi yang masih kecil. Memang seronok. Terfikir juga.. bestnya kalau ada anak sendiri.
Ada seorang anak yang benar-benar mencuri hatiku. Anis.. Kecil saja budaknya. Halussss tapi sangat aktif. Ada je kerja nak buat. Apa yang menariknya.. Anis ni sentiasa tersenyum. Bila datang taska dia senyum..nak balik pun dia senyum. Tapi anis dah mula bercuti. tahun depan baru dia datang balik. Rindunya...
Maryam..anak foreigner dari Arab Saudi. Sangat mudah untuk dijaga. Letak saja atas tilam..dia main sendiri. Bila dia merengek, tandanya dia mengantuk. Bedung dia (bungkus guna kain) nanti pandailah dia tidur sendiri. Maryam cantik orangnya.. Comel. Seorang lagi anak foreigner..Hamzah. Ni berbeza dengan Maryam sebab Hamzah ni selalu menangis. Tak boleh ditinggal. Asyik merengek saja. kalau di bilik bayi, kami panggil dia 'tambi'.. sebab dia anak Pakistan. Hamzah ni ada abang umur 4 tahun. Namanya Abdullah. Abdullah tak faham bahasa Inggeris. bahasa Melayu lagi la. Dia cuma faham bahasa Arab. Dah jadi 1 kerja aku kena speaking arab dengan dia. Abdullah ni akan menangis dari pagi sampai petang di pintu taska. Tunggu ibunya. Memang susah sangat nak pujuk.
Balqis..bermata bulat. COmel.. Berat.. Tak pandai jalan lagi. Rapat juga denganku. Selalu mandikan dia..bagi dia makan. Tapi kini Balqis dah berpindah ke Terengganu. Dah ta jumpa dia lagi. Sedihnya!!! Walaupun baru jaga 2 minggu, tapi kehilangan dia cukup terasa. Semalam..seharian aku memeluknya. Sayu hati bila dia melangkah keluar dari taska.
Hm..banyak lagi nak cerita.. Tapi masa tak cukup. InsyaAllah, ada masa aku sambung lagi. Sebab kalau cerita pasal dunia baruku ini memang tak cukup sehari.
No comments:
Post a Comment