Hidup ini mesti ada tujuan.... Tujuan menuju ke jalanNYA.. Mengenali siapa kita sebenarnya... Sebagai seorang hamba yang menunaikan hak kepada Tuhannya... Allahu Akbar...

Thursday, November 4, 2010

Sampai Bila???

Sejak kebelakangan ini, aku sering menulis episod-episod luka dalam hidupku. Semua yang berlaku sememangnya amat payah untuk aku terima. Ya, inilah aku. Aku juga manusia biasa..ada kalanya aku kuat, dan ada kalanya aku lemah. Segala apa yang berlaku..hanya laman inilah tempat aku luahkan segalanya. Serik untuk meluahkan masalah dengan mereka yang berada disekelilingku. Dan segala episod pedih.. Keluh kesah.. Bukan bermakna aku lupa akan ujian Tuhan.. Bukan bermakna aku tidak redha dengan takdirku.. Cuma aku tidak mampu menyimpan segalanya seorang diri...

Lantaran kekecewaan ini, aku melarikan diri di sini. Walaupun aku tahu.. Lari daripada masalah bukan jalan penyelesaian terbaik bagi setiap masalh. namun apa lagi jalan yang aku ada? Aku cuba untuk jaga hati orang lain.. Untuk jaga hati semua orang yang ada disekelilingku. Walaupun hatiku sendiri terluka. Aku sangka aku mampu puaskan hati mereka.. Nyata sangkaanku jauh tersasar. Aku gagal puaskan hati mereka..Dan lebih parah..hati aku sendiri tambah terluka. Ya Allah, apa lagi yang harus aku lakukan? Jalan mana yang harus kutempuhi? Bantulah aku Ya Allah...

Entahlah..aku tak tahu, apa lagi yang mereka mahu dariku, Tidak cukupkah pengorbanan yang aku lakukan selama ini? Kenapa aku jua yang terus dipersalahkan? Seolah-olah kehadiranku lebih banyak membebankan. Atau memang sebenarnya mereka rasa terbeban?Apa sebenarnya yang mereka mahu? Semakin aku cuba memuaskan hati mereka.. Semakin kusut jadinya. Di mana silapnya?

Aku lemah Ya Allah.. bantulah hambaMU.Kerdilnya aku di hadapanMU. Kalau dulu tanganku laju saja mencoret sesuatu di alam maya.. Komentarku menghiasi forum-forum menasihakan mereka.. Tapi bila aku sendiri diuji? Aku jauh tersungkur dari mereka. Malunya aku... Maafkan segala khilafku sahabat.. Aku tidak layak untuk bersuara. Justeru sekarang.. bila aku masuk ke sana, aku lebih banyak mendiamkan diri. kadang-kadang terasa nak membalas..tapi tanganku kaku.. Aku tak mampu.

Dan saat ini... aku sudah tidak mempunyai kekuatan lagi. Nafasku sesak.. Semakin aku cuba untuk bertahan..semakin aku lemah.. Semakin aku goyah. Kadang-kadang aku terfikir, sampai bila aku ingin terus begini? Terus lemah..Berselubung dalam keperitan..Astaghfirullahal'azim.. Aku khilaf Ya Allah..

Ya Allah.. Kau tetapkanlah hatinya padaku. Kau bukalah hati orang-orang disekelilingku. Kau berikanlah aku kekuatan menghadapai ujianMU. Kau teguhkanlah hatiku untuk mempertahankan dia Ya Allah.. Kentalkanlah hatiku mempertahankan pilihanku andai inilah yang terbaik buatku.

Buat dia.... Kau pernah lalui apa yang aku kini lalui. Walaupun aku tahu, apa yang aku lalui tidak sehebat dengan apa yang pernah kau hadapi. Tak sebanding walau sekelumit pun. Namun, zku mohon.. fahamilah aku. Aku bukan wanita sempurna.. Banyak kelemahan berbanding kelebihan. Aku tidak mampu jadi seperti yang kau impikan. bagaimana mungkin aku sedemikian sedangkan aku sendiri belum mampu jadi sebagaimana yang aku mahukan? Maafkanlah andai terlalu banyak kesalahan yang aku lakukan. Aku cuba menjadi yang terbaik.. sebaik yang kau inginkan..namun aku manusia biasa..perlukan masa..dan semuanya dengan izinNYA. Dan aku ingin kau tahu, aku tak mampu mengubah apa yang dah berlaku.. Tapi aku sentiasa mengharapkan hari yang bakal kutempuhi menjadi yang sebaik seperti yang kau mahu.

Ya Allah... bantulah hambaMU ini.. Hanya Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMU dan tetapkan ia kepada kami.

Cuba mencari kekuatan untuk hari esok. Semoga Allah menunjukkan aku jalan yang lurus.. Yang diredhaiNYA..


No comments:

Post a Comment