Hidup ini mesti ada tujuan.... Tujuan menuju ke jalanNYA.. Mengenali siapa kita sebenarnya... Sebagai seorang hamba yang menunaikan hak kepada Tuhannya... Allahu Akbar...

Wednesday, November 10, 2010

Mimpi Nak Makan Ikan Siakap Kukus..

Dijadikan satu malam... aku tidur awal. Entah kenapa mataku rasa teramat berat. Tak mampu nak tahan-tahan lagi dah. Mungkin kerana terlalu mengantuk..aku lupa nak baca doa sebelum tidur. Letak saja kepala kat katil, terus lelap.

Alkisah..dalam tidur yang lena..aku bermimpi, sedang masak ikan siakap kukus kegemaranku. Tak tahulah macam mana boleh mimpi. Esoknya..aku teringat-ingat ikan siakap yang muncul dalam mimpiku. Sarapan kebetulan keropok lekor losong. Aduhai..memang sensitif aku dengan keropok tu. Ada kenangannya. Aku makan dalam hiba. Aduh..rasa nak meraung je.. (dalam pada tu habis juga 5 keping keropok ku telan).

Di taska, aku masih terbayang-bayang ikan siakap kukus. Sehinggalah lusa..kebetulan aku kena masukkan duit madrasah. Lalu aku pun singgah ke Jusco. Mula terfikir nak beli apa.. Ternampak ikan siakap cantik tersusun.. (Hahaha..alasan, padahal banyak lagi ikan yang tersusun kat situ). Nak beli..aku mula berkirta-kira. Takut ummi marah. Sebab hari tu ummi dah warning, jangan beli apa-apa. Aduh.. Dalam hati dah rasa terrrrriiinginnnnn sangat nak makan siakap kukus. Argh!! Aku tak kira, biarlah kali ini aku dimarah, aku sanggup.. Asalkan hasratku tercapai. lalu ku capai 3 ekor ikan siakap. Bahan-bahan yang lain pun aku beli. Sampai rumah ummi, terus aku minta maaf pada ummi sebab dah ingkar arahan dia. Tapi nak tahu apa ummi cakap????

"Tak pe la, lagipun hari ni Nadjah masak lauk lemak cili api dengan tempoyak. Nurin tak makan.." Haaaa???? Tempoyak?? Tekak ku kembang. Patutlah aku termimpi-mimpi nak masak ikan kukus. Rupanya hari ni ummi masak lauk yang memang aku tak boleh dekat. Apa lagi sentuh. Huh..kan dah kata..aku boleh scan apa yang ummi nak masak hari ni. Haha.. Akhirnya jadilah ikan siakap kukus yang ku impikan.. Nyum..nyum.. sedap walaupun ala kadar. Alhamdulillah..

Oklah.. mesti ada yang terliur kan ila dah sebut ikan siakap kukus. Kat sini saya sertakan resipi ikan siakap kukus yang saya cipta sendiri.

Bahan-bahan:
1 ekor Ikan Siakap (saiz ikut suka la..)
1 biji Bawang besar
2 ulas bawang putih
3 cm halia
2 batang serai
sedikit daun saderi
dan 3 hirisan lemon
cili api (ikut suka)
semua bahan dihiris nipis kecuali ikan.
tomato ceri

bahan lain:
1 kiub ayam
1 sudu tepung jagung
sedikit garam

cara-cara:
basuh ikan siakap bersih-bersih, lumur garam sikit. Lepas tu tabur garam sikit.Tabur bahan yang dihiris.. lemon susun kat atas ikan. (jangan anyak sangat lemon, nanti masam sangat)

Untuk kuah.. kiub ayam dihancurkan dan dibancuh dengan air suam.. campurkan tepung jagung dan sedikit garam. Curah atas ikan..masukkan dalam pengukus. Kukus selama 15 minit.

Dah siap..Silakan makan...

No comments:

Post a Comment