Assalamualaikum WBT..
Semoga Alah merahmati sahabat sekalian..
Alhamdulillah...sejak kebelakangan ni Allah permudahkan urusan balik kampung. Setiap minggu dah saya balik kampung. Kalau tak 2-3 minggu sekali baru balik.
Sebelum-sebelum ni, sabtu dan ahad saya sibuk uruskan penjualan coklat. Tapi hari ni memang tak sempat. Cuma sempat beli barang saja. Mana tidaknya, hari Khamis lagi Kak Linda dah call katanya ada yang nak tempah nasi ayam untuk 100 orang makan. So, terpaksalah stop buat coklat dulu.
Nasi ayam ni tak susah macam nak menyiapkan nasi jagung, nasi beryani or nasi minyak. Simple dan tak banyak sepah. Malam, sampai saja di bustand Masai, Kak Linda dah ajak shopping barang-barang dapur. Sampai rumah dah tak larat, so saya biarkan anak-anak sedara kupas bawang. Saya rehat kejap. Lepas tu baru saya sediakan bahan untuk perap ayam.
Pukul 10 pagi baru start masak. Siap semuanya lepas Zuhur. Alhamdulillah.. Hm, bila dah siap semuanya..cakap dengan kakak, apa kata kita jual nasi ayam? Tapi bila kira-kira baik..tak jadilah. Ayam sekarang dah mahal. Tak berbaloi. Huhu..
Ape pun...misi kali ni dah berjaya.. Moga lepas ni Allah murahkan rezeki yang lain pula. InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment