Assalamualaikum WBT...
Semoga sahabat semua dilindungi dan dirahmati Allah..
Sejak kebelakangan ini...masa saya melayari internet agak terbatas.
Menetap di Taska Ihsan..tak ada tv, tak ada internet.
Hanya berteman sepi..
Ya, kadangkala sepi itu indah..
Dan kerana indahnya sepi itulah maka saya memutuskan untuk mendiamkan diri daripada semua ini buat sementara waktu..
Jangan pelik kalau blog ini terbiar kosong tidak dijenguk..
Jangan bimbang kalau tiada apa post di wall FB saya..
Cukuplah doa kalian sebagai teman..
Luka di hati masih ada walaupun kian sembuh namun perlukan masa.
Berilah saya masa untuk merenung kembali apa yang berlaku..
Sampai masanya saya akan hubungi dia semula..
Itulah..Allah menguji pasti ad hikmahNYA
Kalau dulu saya menghadapinya sendiri..
Namun kini masih ramai orang-orang disekeliling saya yang sentiasa menyokong saya..
Semoga saya terus tabah menghadapi dugaanNYA dan menjadi insan yang lebih baik..
Semoga istiqomah dalam menegakkan syariatNYA..
Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment