Kali ini, saya ingin berkongsi kisah seorang sahabat.. Kisah cinta semestinya.. Tragis atau tidak, entahlah. Saya tak pandai menilai.
Kisahnya bermula saat dia ingin melangsungkan pertunangan dengan seorang lelaki dari Terengganu. Lelaki yang dikenali melalui seorang sahabat di laman maya. Mereka tak pernah bertemu, namun tatkala pertama kali berjumpa di hadapan ibu dan ayahnya..ternyata lelaki ini tampak baik agamanya dan tingkah laku sehingga menarik hati keluarga teman saya ni.
Namun tanpa di duga, satu hari teman saya mendapat berita bahawa bakal tunangnya ini sebenarnya suami orang. Malah sudah 2 kali berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Berita yang besertakan bukti. Allah saja yang tahu perasaan teman saya ketika itu. Teman saya pula mempunyai seorang sahabat, juga dikenali dalam laman siber islamik. DI situlah dia mengadu segala kesedihan. Dan temannya itu sentiasa memberi semangat.
Satu hari, sahabat saya menerima panggilan telefon, menanyakan andai dirinya sudi menjadi isteri kepada teman sibernya itu. Tanpa banyak soal, dia terus bersetuju. Entah kenapa hatinya yakin dengan jawapan yang diberi. lalu perancangan dibuat. Pihak lelaki datang ke rumah secara 'agak mengejut'.
Namun Allah menguji.. Hasrat teman saya ditentang keluarga (terutama kakak dan abangnya), dan mak serta ayah hanya mengikut mereka. Alasannya, lelaki itu tidak mempunyai kerja tetap. Seharian teman saya menangis, lantas pada ibu lelaki itu teman saya mengadu, bahawa kakak dan abangnya menentang keras hubungan mereka.Ibu lelaki itu bertanya kepada teman saya..andai sudah bulat keputusan teman saya untuk bersama lelaki itu? Tanpa mengambil masa yang panjang, teman saya mengiyakan. Lantas ibu lelaki itu memujuk agar teman saya tetap dengan pendiriannya.. Tidak berganjak.
Banyak cabaran yang teman saya terpaksa hadapi demi mempertahankan keputusannya untuk menikahi lelaki itu. Malah keputusannya bulat apalagi ibu lelaki itu memberi sokongan sepenuhnya kepada teman saya. Antara dugaan yang terpaksa dihadapi teman saya ialah, yang pertama..sehari selepas kedatangan rombongan lelaki, ayahnya dimasukkan ke hospital kerana stress dan gastrik. Melihat keadaan si ayah yang hampir nazak..membuatkan teman saya serba salah.. Lantas sekali lagi ibu lelaki itu dihubungi. Si ibu menyuruhnya bersabar dan tidak mudah mengalah.
Keesokannya.. teman saya dimarahi bertalu-talu oleh abang dan kakaknya. Berpuluh pesanan sms masuk ke telefon bimbit. Semuanya dalam nada marah. Kemuncaknya..kakak dan abang sepakat. Teman saya disuruh berhenti kerja serta merta. Tidak dibenarkan keluar rumah. Malah teman saya dibaling kayu sempoa..kerana si abang terlalu marah akibat sikap teman saya yang tetap mempertahankan lelaki itu.
Seminggu teman saya tak putus-putus berdoa.. Agar Allah membukakan jalan untuknya.. Sekurang-kurangnya ruang untuk dia mencari ketenangan. Alhamdulillah.. Doa teman saya dimakbulkan. Dia diterima bekerja..hampir dengan rumah ibu lelaki itu. Kerana jarak rumah teman saya dengan tempat kerja jauh.. Ibu lelaki itu menawarkan teman saya untuk tinggal bersamanya..dan teman saya bersetuju.
Dalam pada masa yang sama..teman saya tetap berdoa agar hati keluarganya terbuka.. Memang, hampir saja teman saya putus asa.. Mahu mengambil langkah mudah- bernikah di sempadan. namun..dia cuba mencari jalan terbaik buat mereka berdua.. Agar tidak ada kesulitan di kemudian hari. Kali ini teman saya guna kaedah psikologi. Segala kemahuan keluarga dipenuhi. Tidak membantah walau sedikit pun.. Dan sekali lagi Allah memakbulkan doa teman saya.. Satu hari, ibunya bertanya tentang lelaki itu.. Masih menghubungi teman saya atau tidak.. Bila dijawabnya masih.. si ibu hanya tersenyum..menyatakan dia menerima siapa saja pilihan teman saya..Begitu juga ayah.. semasa kenduri bersama saudara mara.. si ayah sempat berseloroh menyatakan anak gadisnya sudah berpunya. Dan yang paling megejutkan.. si abang.. Tak pernah berbaik dengan teman saya.. Tapi kali ini tutur katanya begitu lembut memohon maaf di atas keterlanjuran kata. menyokong siapa pun pilihan adiknya asalkan lelaki itu sanggup bersabar untuk beberapa bulan..
Teman saya mula rasa gembira.. Lantas perkhabaran itu sampai ke pengathuan lelaki itu. Tapi ternyata lelaki itu terlalu ego. rasa terhina dek kata-kata keluarga teman saya yang mempertikaikan pekerjaannya.. lelaki itu membuat syarat; andai mahu mereka bersatu..keluarga perempuan itu harus datang memohon maaf kep[adanya. Aduhai.. cubaan apa lagi yang terpaksa dihadapi teman saya kali ini? Teman saya mula runsing..hatinya sudah sayang, namun syarat yang dikemukakan tak mampu dipenuhi. tak sanggup melukai hatri keluargnya lagi..lantas memaksa teman saya mengundurkan diri..
Sayang... bukan mudah hilang.. Apa lagi bila perasaan itu telah dibaja rapi. Walaupun mereka tak punya apa-apa hubungan, teman saya masih mengharapkan satu hari nanti lelaki itu terbuka hatinya. Teman saya juga mengharapkan sokongan ibu lelaki itu... Namun sekali lagi harapan teman saya hancur. tatkala kedatangan anak angkat ibu lelaki itu ke rumahnya.. ternyata ibu lelaki itu sudah punya perancangan lain.. Calon lain untuk lelaki itu. tatkala itu Allah saja yang tahu betapa remuknya perasaan teman saya. Selama ini dia menyangka ibu lelaki itu akan terus menyokongnya.. rupa-rupanya tidak. Dalam masa tak sampai sebulan mereka putus, ibunya sudah mula mencdari pengganti yang lain. Sedangkan keluarga teman saya pun masih belum diberitahu akan hubungan mereka yang terputus. Terasa sakit dibaling kayu kembali lagi.. Pedihnya dimarah..berjauhan dengan keluarga..
pada siapa teman saya mahu mengadu? Mak dan ayah? tidak mungkin. Sudah pasti keluarganya marah. Dahulu begitu bersungguh-sungguh nakkan lelaki itu sampai sanggup melawan mereka. Kini putus pula.
Dan hanya saya tempat dituju.. Pada saya diluahkan segala rasa yang ada.. Rajuk hatinya memaksa dia keluar sementara mencari ketenangan..Teman saya nekad untuk pindah dari rumah ibu lelaki itu. Tidak mahu menanbah luka di hati.. Memang, mereka sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan.. namun tidak sangka begitu cepat lelaki itu berpaling hati.. Begitu mudah si ibu mencari ganti sedangkan suatu ketika dahulu..si ibu itu jugalah yang beria-ia menyokong teman saya untuk tetap dengan pendiriannya.. Sempat teman saya berkata; "Selama ini, aku kena jaga banyak hati.. tapi tak seorang pun yang menjaga hati aku.."
pada teman saya.. saya cuma mampu nyatakan.. bersabarlah... Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..
No comments:
Post a Comment