Hari cuti tahun baru cina kali ini adalah hari yang sungguh meletihkan. Mana tidaknya, 5 orang adik beradikku berkumpul di rumah mak. Anak-anak saudaraku yang ramai, semuanya berkumpul di satu rumah. Meriah memang meriah, namun aku yang mulanya berangan nak rehat lama dan "top=up" tidur akhirnya terpaksa akur.. Hasratku itu nampaknya tidak mampu untuk ku penuhi. Selaku Mentari Hal Ehwal Dapur, aku tahu aku perlu melaksanakan tanggungjawabku sebaiknya.
Hari Khamis itu, tergerak hatiku nak membuat Muffin Vanilla. Satu adunan siap. Tak lama kemudian, kelihatan kereta Kak Nor memasuki perkarangan rumah. Patutlah tergerak nak masak, nak kemas.. rupanya ada orang nak datang. Jadi, malam itu bermulalah tugasku sebagai tukang masak utama di rumah.
Menu pertama, nasi goreng kampung speacial dengan ikan cencaru bakar dan ayam golek. Semuanya resepi sendiri. Licin 3 ekor ayam, 3 ekor ikan dan sekuali besar nasi goreng. Jangan terkjut tengok bilangan ayam dan ikan, sebab memang ramai kat rumah masa tu.
Pagi, sarapan nasi lemak dengan sambal sotong.. Pun aku yang bersengkang mata.. bangun pagi menyiang lada. Tengah hari pula makan nasi ayam.. Ni memang speacial order from my mom. Nak tak nak kenalah buat.. Walaupun penat. Malamnya, aku rehat masak, sebab Kak Nor nak belanja Mc Donald. So, ambil peluang rehat. Dan masa tu juga aku mengerah tenaga Kak Linda untuk mengurut kakiku yang lenguh.
Esoknya, sarapan roti canai beli kat kedai. Tengah hari masak Ayam goreng berempah, ikan talapia sweet sour dengan sayur cendawan tumis.Petang tu buat lagi muffin. 4 adunan.. ingat bolehlah bawa ke rumah ummi, rupa-rupanya dah kena bawa lari ke Port Dickson. Sabar je la. Malam tu masak mee hailam untuk family.. Lepas isya' baru Kak Nor balik.
Hari Ahad ingat nak berehat, rupanya mak cikpula datang, jadi terpaksalah masak untuk dia.. masak simole saja.. Ayam goreng berempah dengan sambal kupang dan sup sayur. Ada telur dadar sebagai lauk tambahan.. Petang tu, kelam kabut kemas barang, Abang Jamil hantar ke Jusco.. kami jalan0jalan ke MPH bookstore, kemudian makan mee sizling di sana.
Itu di rumah, belum lagi di taska. Mak Idah dan Mak Ani selalu bertanya resepi. Hari tu Mak Idah dah pass buat nasi Ayam, Nasi Beryani dan Kek Coklat.. mak Ani dah terrer buat Muffin Vanilla dengan Krim keju straberry.. Alhamdulillah, segala ilmu dikongsi bersama.. Aku juga yang untung sebab bila mereka masak..akulah yang jadi tukang rasa. hehehe..
No comments:
Post a Comment