Retorik tak tajuk Post saya hari ini? Dalam Hati Ada Taman.. Itu dulu..sekarang tak lagi.. Yupp.. Beginilah episod hidup saya yang tragis.. Dalam pada saya menanggung 'derita', ada pula mulut jahat yang kata: "Ha..itu sajalah dia ni..bercinta..putus..tukar orang lain.. Uiks..Kejamnya statement.
Hakikatnya..saya tak pernah meletakkan cinta kepada manusia.Saya bukan jenis kaki dating. Jumpa pun sekali dua saja dengan bertemankan muhrim. Kalau ada lelaki yang nakkan saya?? Silakan..jumpa mak ayah saya. Jangan yakinkan saya sebab saya tak pernah kisah dengan siapa saya dijodohkan selagi baik agamanya. Namun..berusahalah meyakinkan ibu bapa dan keluarga saya..
Masa kat Universiti dulu ada yang bertanya.. "Akak tengok Ryn kalau putus cinta ke..gaduh ke..relax je. Tak macam orang lain." Ujarnya..
Macam yang saya katakan tadi la.. Saya tak meletakkan cinta pada manusia.. Kerana saya tahu, cinta itu pasti mengecewakan saya. Sedih? Siapa kata tidak? Sesungguhnya hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu.
Episod duka yang paling berkesan dalam kamus hidup saya.. Cukup pahit..cukup perit. Apabila perkahwinan saya yang tinggal hanya 2-3 bulan terputus.. Yang lebih mengecewakan..Lelaki itu tidak langsung memutuskannya secara baik. Malah kami sekeluarga ditipu! Demi Allah, saya tak marah kalau dia hanya tipu saya, tapi apabila dia membabitkan mak ayah saya (apatah lagi mak sedang sakit)..sangat-sangat menyakitkan.
Ye..saya hampir rebah. Serebah-rebahnya.. Namun saya kembali muhasabah diri. lantas saya letakkan segalanya di tangan Allah. hanya padaNYA tempat untuk saya mengadu. Untuk pulih bukan mudah. Namun ada insan yang menenangkan saya.. Dan dialah yang membuka hati saya..
Pertama kali dalam hidup saya.. Setelah ramai lelaki yang saya kenal.. Inilah satu-satunya lelaki yang benar-benar menyentuh hati saya. Namun sekali lagi saya diuji. Selepas lelaki itu dan keluarganya datang ke rumah.. Abang dan kakak saya berkeras menentang. Saya cuba pertahankan dia..kerana saya yakin, da lelaki yang baik. Bukan calang-calang cabaran yang saya terima untuk pertahankan dia....
3 bulan saya bawa hati saya.. rajuk saya..berjauhan dengan keluarga. Saya menumpang di rumah orang (walaupun ianya bukan sesuatu yang saya suka). Ye, mulanya saya dan dia dapat mengharungi dugaan ini... Tak putus-putus saya berdoa agar keluarga saya dibukakan hati untuk menerima dia..
Tapi sekali lagi saya diuji, tatkala Allah buka hati mereka..hati dia pula yang berubah. Satu permintaannya tak mampu untuk saya penuhi.. Dan saya tak mahu mengguris hati keluarga saya lagi.. Lantas kali ini saya berkorban.. Walaupun pahit menerima perpisahan ini, namun saya redha.. Hanya ni jalan yang ada.
Berbulan lamanya saya korbankan hati saya sendiri demi kebahagiaan orang lain.. Dan kini, biarlah saya kuburkan perasaan cinta saya demi keluarga saya..
Benar..saat ini Allah saja yang tahu apa yang tersirat di hati. Namun, saya sentiasa berdoa agar saya terus diberikan kekuatan untuk menghadapi ujianNYA.. InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment