1 Febuari 2010
Hari ini merupakan suatu permulaan yang baru dalam titik hidupku.. Hijrah...ya..titik permulaan bagi hijrahku untuk berhijab.. Pada mulanya aku ragu, namun akhirnya ku temui jua kemanisan dalam berpurdah.. Walaupun keluarga pada mulanya agak membantah..Namun aku yakin..jika niat kerana Allah..pasti akan dipermudahkan segala urusan.
Mana beli purdah?
Hari itu...aku berjalan ke Larkin.. Sempat meronda satu stesen bas nak cari buku mulanya..Akhirnya terhenti di satu kedai (milik orang Yaman).. Nampak dia pakaikan patung dengan purdah..cantik..terus aku masuk..tanya berapa harga.. Lepas tu tanpa ragu-ragu..aku beli satu. Sampai kat rumah..aku tenung purdah tu...hati berbolak balik..Lantas malam itu aku istikharah minta Allah beri petunjuk...Alhamdulillah...aku yakin akan jalan yang ku pilih...
Keluar Rumah Pakai Purdah..
Huhu..saspen ni..mula-mula minta abah hantar ke bus stand di pasir Gudang...tak pakai purdah masa tu sebab takut abah marah. Sampai bus stand..terus masuk toilet...pakai la purdah yang dibeli.. Keluar je tandas..terus dengan selamba aku berjalan.. Tapi kan..yang bestnya bila berpurdah...zikir tak kering di bibir..tak tahu kenapa..rasa dekat sangat padaNYA.. MasyaAllah..Subahanallah..Allahu Akbar...Jika inilah nikmatnya...Alhamdulillah Ya Allah. Tak tergambar..nak menangis pun ada..Mula-mula nak makan..rasa agak kekok..tapi cekalkan hati..Nak minum..kena pakai straw..yelah, takkan nak tonggak je air tu bawah purdah kan.. Sepanjang berjalan..hati berbunga riang.. Nampak lelaki..pandangan ditundukkan..Alhamdulillah... Yang kelakar..ada juga Pak Arab yang cuba nak speaking dengan aku..tapi dek kerana penguasaan aranb masih lemah..ku diamkan saja..
Cabaran Berpurdah
Setiap apa yang kita lakukan..cabaran tetap ada.. Itulah ujianNYA untuk mengukur keupayaan dan keikhlasan kita.. Di pejabat..aku terpaksa buka juga purdah..Tapi nasib aku agak baik sebab tak ramai di pejabat..dan aku pun tak perlu nak keluar sangat dari pejabat..Jadi tak banyak komunikasi dengan lelaki..Alhamdulillah...Allah memeliharaku..
Semoga satu hari nanti aku dapat istiqomah dalam menjalankan tanggungjawabku sebagai hambaNYA.. Demi menggapai cintaNYA..
No comments:
Post a Comment