Assalamualaikum pembuka bicara...
Ini merupakan posting saya yang pertama..Sebelum bicara diteruskan..ingin saya perkenalkan diri saya serba sedikit.. Saya Durratul Mujahid..berusia 24 tahun dan kini bekerja sebagai novelis. Saya kini dalam proses akhir menyiapkan novel sulung saya yang berjudul "Tarbiah Syahadah". Buku pertama saya yang berjudul "40 Tokoh Ulama' Johor" telah diterbitkan pada awal Febuari 2010...
Saya merupakan anak bongsu daripada 8 orang beradik..Ada yang kata anak bongsu ni manja..Betul ke? tapi saya rasa tidak.. Sebab sebagai anak bongsu...saya diajar untuk menerima apa yang ada..dan jangan membazir..
Seronok juga jadi anak bongsu..Tapi kadang-kadang anak bongsu kena mengalah.. Saya pernah melupakan hasrat untuk bekerja semasa menunggu keputusan SPM dan STPM untuk menjaga anak saudara saya yang masih kecil..(3 bulan). Tapi itu semua pengalaman yang berharga buat saya..
Prinsip hidup saya? Islam jalan hidupku.. Ya..Selagi saya hidup, InsyaAllah..Islam tetap menjadi pegangan.. Cukup di sini sessi taaruf..Semoga berjumpa di lain masa..Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment