Hidup ini mesti ada tujuan.... Tujuan menuju ke jalanNYA.. Mengenali siapa kita sebenarnya... Sebagai seorang hamba yang menunaikan hak kepada Tuhannya... Allahu Akbar...

Thursday, July 14, 2011

Bila Dah Ada PhD..

Assalamualaikum WBT..
Subhanallah.. Semoga Allah merahmati sahabat sekalian..

Kali ini.. biarkan jari saya menari-nari di lantai keyboard ini..(cewah..) Izinkan saya berkongsi rasa hati yang berdarah (adoiyai)..

Dua tiga hari ni rasa tak semgat nak kerja. Nak menangis pun ada..tension sangat-sangat. Berusaha untuk keluar dari sini namun sedang mencari masa-masa yang sesuai.. Berat hati memang la berat. Apatah lagi saya dah terlalu rapat dengan Zaqwan..Aqlan..Akif..Maya.. Hani Zulaikha dan yang lain..

Saya tak tahu apa lagi yang mereka tak puas hati.. tak pegang budak salah..pegang budak salah. Salah saya ke kalau budak-budak tu rapat dengan saya? Menangis nak ikut bila nampak saya.. Tak nak dengan orang lain. Saya pula dituduh manjakan budak-budak tu. Saya layan sama rata.. kalau budak menangis takkan nak dibiar? Saya pujuk la.. Budak tu buang air, takkan nak buat tak tahu? Daripada mula masuk kerja sampai sekarang, siapa yang lebih banyak jaga budak-budak? Saya tak pernah ungkit.. Bila orang lain buat kerja sikit. Tapi jangan salahkan saya la bila budak-budak tu rapat dengan saya. Diorang pun boleh tahu siapa yang selalu pegang, siapa yang selalu jaga.. Budak-budak pun ada perasaan.

Baru-baru ni Zubayr..memang kuat nangis.. Dan dia memang nak dengan saya je.. Tak boleh lepas, asyik nak dipegang. Maybe sebab dia ingat saya mak dia sebab mak dia lebih kurang saya je.. saya pegang Zubayr selalu sebab tak nak dia menangis terlalu kuat sampai mengganggu orang lain. Saya yang uruskan dia..mandikan..dukung, orang lain ada ambil kisah? Dalam pada masa saya jaga Zubayr pun saya tetap ambil peduli kat budak-budak lain.. Malah orang lain sedap tidur sedangkan saya sorang berjaga tunggu budak "buang air besar".

tapi pedihnya hati saya bila itupun orang nak pertikaikan. Nak senangkan kerja diorang je.. dah tu tak fikir ke kat saya ni? Semua nak saya buat..dah tu yang lain makan gaji buta?Allah je yang tahu apa yang saya rasa. kena sindir ukan sekali dua.. Saya tak oleh nak kata lebih sebab saya muda..dorang dah tua. kalau bukan kerana hormat.. hmm...

Sampaikan semalam..kemarahan memuncak saya.. Bila ada yang kata nak berhentikan Zubayr sebab asyik menangis.. Mengganggu budak-budak nak tidur.. Mengganggu budak-budak nak tidur atau mengganggu pengasuh nak tidur? Bila Ainul datang..menangis. nak ikut saya sedangkan masa tu saya tengah pegang Akif.. kalau ye pun geram kat saya..janganlah dipukulnya budak2 tu. Tak ada akal ke? Budak-budak tu tahu apa? tak guna masjid habiskan beratus ringgit hantar pergi kursus kalau mind set masih kat takuk lama. ingat bila dah kursus berubah.. Kejap je berubahnya..

Hm..maaflah, terlepas perasaan kat entri ni pula. Saya tak tahu nak luah kat siapa.. Sekarang ni, saya dah tak boleh nak dukung budak-budak tu selalu macam dul.. Tak boleh nak pujuk lebih-lebih kalau ada yang menagis.. Sebab bila saya dekat je..ada mata yang menjeling.. Ada mulut yang mengata.. Saya tak dengar..tapi saya tahu. Yang mampu saya buat??? menangis dalam hati.. Sedih bila tengok Akif menangis tak dipujuk.. Zubayr menangis 2-3 jam tak de yang tenangkan. Arghhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!

1 comment:

  1. sian nya..peliknya mereka yang awak cerita ni..sabarla..susah juga bila ada org tak puas hati tapi patutnya dari satu segi mereka melihat "kan bagus ada wak yang boleh pujuk anak2 yang kuat menangis tu.."

    sian juga bila awak terpaksa hadkan layanan pada anak-anak tu..saya rasa tentu awak ni pengasuhkan..pengasuh pun mainkan peranan penting sebagai penganti ibu bapa bila mereka beri amanah untuk menjaganya.. takpalah doa pada allah banyak agar allah mudahkan urusan perkerjaan awak sekarang.buat sahaja jika wak rasa betul...saya juga doakan semuanya mudah dan lancar bagi awak..Amin

    kalaulah saya ada kapasiti, saya nak tingkatkan pendapatan semua bapa dan ibu wajib menjaga anak2 mereka dirumah (memang itu lebih utamakan) Yala, orang lain takkan sama rasa belas, didikan dan sayang pada naak kita..:( tapi apa daya keperluan dunia makin mendesak dan mencengkam dada :(

    ReplyDelete