Assalamualaikum WBT
Semoga Allah merahmati sahabat semua..
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah, akhirnya diberi kesempatan untuk menulis semula setelah 2 bulan blog ini menyepi.. Ye, masa itu semakin terbatas. terlalu banyak benda yang perlu difikir dan diuruskan sehingga membataskan rutin harian saya. Ingatkan nak menyepi sebulan sahaja, tapi tak sangka meleret sampai hampir 2 bulan.. Maaf sangat-sangat ye..
Mungkin ada yang tertanya-tanya..kenapa Cik Nurin kita ni sibuk sangat kan sampai tak sempat nak update blog? Sebenarnya Cik nurin dah tukar kerja baru.. Sekarang ni tengah menjalani latihan selama 6 bulan.. Concentrate dengan kerja sampai tak sempat online.. Kemudian cik Nurin dapat anak sedara baru.. Kakaknya baru setahun lebih, belum pandai berjalan lagi. So, kenalah jaga si kakak sementara mamanya menjaga si adik.. Kemudian...sampailah kepada agenda terpenting dalam hidup Cik Nurin buat masa ni.. Uhuks..uhuks.. Cik Nurin sibuk dengan persiapan pertunangan Cik Nurin.. Dengan sape? Huuu... Cik Abe la..
23hb Januari.. Semalam la kan.. adalah kemuncak hari yang menyibukkan. Dapat cuti 2 hari je.. Dengan semua persiapan diuruskan sendiri.. Daripada barang hantaran hinggalah agenda masak-memasak.. Nasib baik ramai adik-beradik yang balik dan banyak membantu.. itupun keluarga pihak lelaki datang sehari awal..maka sibuklah memasak untuk mereka..
Mulanya pertunangan ni nak dibuat secara kecil-kecilan.. cukup cuma ahli keluarga terdekat dengan jiran tetangga saja.. tapi dua minggu sebelum majlis...dah mula pak cik mak cik belah mak heboh... tak dijemput nanti ada yang kecil hati.. Maka jemputlah adik beradik mak semua... nak sorok pun susah juga sebab tinggal sekampung. Dan tak diduga, pagi majlis tu, dapat panggilan, ada saudara abah nak datang ziarah.. ramai juga, dalam 5 buah kereta. Memang rezeki mereka la.. Sempat juga kakak berkejar ke kedai berdekatan untuk tambah lauk.. Alhamdulillah semua tamu dapat makan... tak ada yang kurang. Itu yang penting. Terima kasih buat semua yang hadir membantu dan memeriahkan majlis..
Ok la.. tak dapat nak berbual lama sebab masih tak siap kemas rumah.. Jumpa lagi nanti.. Assalamualaikum.
Tahniah diatas pertunanagan durattul..mudah mudahan lancarlah dan mudahlah urusan nikah yang akan dtg...insyaallah..:)
ReplyDelete