Hidup ini mesti ada tujuan.... Tujuan menuju ke jalanNYA.. Mengenali siapa kita sebenarnya... Sebagai seorang hamba yang menunaikan hak kepada Tuhannya... Allahu Akbar...

Friday, July 29, 2011

Masak-masak Kenduri Kawen...

Assalamualaikum WBT..
Semoga sahabat semua dirahmati ALLAH SWT..

Hm...mungkin dah lambat, tapi tak salah rasanya nak berkongsi cerita.. Mingu lepas, walimah sambut menantu Lutfi and Qistina.. Anak sepupu saya.. Kira anak sedara saya la ye? Ahaks.. Tua bebenar rasanya...

Ok, nak dijadikan cerita, family saya ditugaskan untuk memasak sepanjang walimah berlangsung. Ceh, family ye..berapa orang la agaknya kan? Hu... siapa lagi kalau bukan Abang Jamil, Kak Linda, saya dan abah? 4 orang saja yang masak untuk 2000 tetamu. Bayangkan...betapa ramainya orang yang datang. Tapi kerja kami mudah sikit sebab tuan rumah tempah ayam golek dan "air cedok" sepanjang majlis berlangsung jadi kuranglah sikit tugas kami.

Kebetulan..Rabu dan Khamis saya demam manakala Jumaat hampir-hampir pitam akibat keletihan yang teramat (kekurangan pekerja di taska). Jumaat petang gagahkan diri untuk balik juga walaupun terpaksa menepuh 3 bas untuk sampai ke rumah. Punyalah penat. Malam tu tak boleh tidur jadi esoknya saya bangun lewat. Itupun dikejut kakak yang meminta saya mengikutinya ke pasar untuk membeli barang masak "rewang".

Sabtu tu sebenarnya ada walimah sorang lagi penduduk kampung, jadi tak ramai la yang datang merewang. Ni tau tak rewang tu apa? kalau kat Johor, orang panggil gotong royong masak kenduri sebagai rewang.. Biasanya rewang bermula sehari sebelum walimah.. Ada la 5-6 orang makcik yang hadir tolong kupas bawang dan sayur.. Tengah hari tu masak simple saja. Ikan goreng, iken kering, sayur lemak labu dan kacang panjang, ulam timun, sambal belacan dan kerang rebus. Alhamdulillah, semua makan dengan berselera. Seronok tengok orang makan apa yang dimsak sampai habis. Rehat sekejap..Pukul 4 sambung masak untuk rewang malamnya pula. Masak sup ayam tua, sayur campur dan sambal kicap. tu je.. Simple kan? Pastu sediakan roti dan nasi.. yang tak syoknya..semua puji sup u sedap...sambal sedap.. tapi puji kat sapa??? Abang jamil. Apa kess?? Den yang masak. Grrrr.....

Berbual punya berbual...jam dah pukul 12. Ngantuknya....balik kejap lelapkan mata sampai pukul 2.30. Pastu naik motor sorang-sorang ke rumah sepupu (cayalah!). Eh, sunyi sepi? Rupanya tak ada orang. Masing-masaing dah penat rewang kat rumah kenduri siang tadi. Dan frustated bila Malaysia kalah bola. Ahaks. Jadi tinggal la saya..Kak Linda dan Abang Jamil. Jadilah daripada tak ada. lagipun tinggal menumis je. Bahan yang lain macam bawang semua dah siap blender. Pukul 3.30 dah mula menumis ayam masak kicap pedas, pastu tumis dalca pula (tak letak santan lagi), rebus kacang hijau untuk bubur pengat.. Nasi masak pukul 7, tunggu abah datang. Senang kan? Pukul 7 semua dah siap. Den tinggal balik rumah..abah dengan beberapa orang jiran take over.

Itu sebelum majlis... Semasa majlis pula..punyalah riuh sebab banyak barang dah habis. Bukan salah kami..kami dah bagi senarai barang yang cukup pada tuan rumah.. tuan rumah tu yang beli tak complete.. Lepas tu kata masak 1500 orang...tapi tetamu yang datang lebih 2000..macam mana? Sepatutnya masak nasi 6 periuk besar saja.. Ni tambah lagi 1 setengah periuk..Ayam tak cukup..Dalca tinggal kuah, itu pun sekuali saja.. Jam baru pukul 3, tetamu masih ramai. Apa lagi..macam lipas kudung pergi kedai beli 10 ekor ayam lagi..bawang...timun..lada dan macam-macam lagi untuk tambah apa yang patut... Alhamdulillah, 5.30 semua selesai.. Ramai puji nasi abah sedap..lauk pun sedap..semua habis, tak ada langsung yang terbuang kecuali kerak nasi.. Itupun jadi habuan ayam dan itik kat rumah...

Malamnya, kepenatan yang amat sangat sampai tak boleh bangun..minta kakak urut kaki. esok pagi pun tak boleh bangun..Badan sakit-sakit. Dah rasa nak sambung cuti lagi sehari... Tapi tak jadi bila petang dah rasa segar semula.. Alhamdulillah.. Hm..yang penting semua dah selesai kan? seronok juga bila tolong kenduri orang ni.. InsyaAllah orang akan bantu ermudahkan kenduri kita pula. Bila???? Wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment