Hidup ini mesti ada tujuan.... Tujuan menuju ke jalanNYA.. Mengenali siapa kita sebenarnya... Sebagai seorang hamba yang menunaikan hak kepada Tuhannya... Allahu Akbar...

Tuesday, April 3, 2012

Beruntungnya Dia...


Assalamualaikum WBT
Semoga sahabat sekalian dirahmati Allah...




Dahulu..di saat awal-awal saya mengenali tarbiyyah,saya rasa jeles amat la dengan orang-orang yang sejak lahir dah kenal tarbiyyah ni
Family dia orang kuat jemaah itu, aktif dengan persatuan islam ini
Apee? mak dengan ayah dia tak pernah jumpa pun sebelum kahwin.
wahh...hebatnya..memang tak terkata la perasaan bila dengar tu.
untungnya mereka..
Dah dapat tarbiyyah sejak dalam perut lagi, dari rumah,tadika,sekolah rendah hingga la menengah, semuanya di dalam lingkungan biah solehah..

Perasaan Yang Berbeza

Orang yang sejak kecik lagi mak dia dah sarung tudung kat dirinya tak mungkin akan ada rasa yang sama dengan orang yang pakai tudung sebab teringin bila tengok kawan-kawan lain dah bertudung dalam kelas time sekolah rendah..

orang yang dah dibiasakan dengan tudung labuh tak mungkin memahami perasaan orang yang mencari-cari apa bezanya perasaan memakai tudung labuh dengan tudung bawal biasa..

perasaan itu tidak mungkin sama..
pasti rasanya akan berbeza..

mereka yang lahir dalam keluarga yang emak,kakak dan adik perempuannya sudah bertudung labuh tak mungkin memahami perasaan orang yang pertama kali memakai tudung labuh dihadapan family yang tudungnya biasa saja..

mereka tak mungkin memahami perasaan bilamana kadangkala family nya menegur dengan kata-kata, " tak payah nak labuh-labuh sangat la,tudung biasa sudah"

ataupun bila balik kampung," Ehh..dah jadi ustazah dah sekarang?"

mungkin juga bilamana semua orang sudah bersiap-siap untuk keluar,dia masih berada di dalam bilik tak siap-siap kerana mencari stokin yang tinggal sebelah menyebabkan si emak menjerit dari luar menyuruh tak payah pakai stokin pun takpe,takde siape nak tengok kaki tu..

nah..itu baru dari soal pakaian..

Lebih Menghargai?

so,bila kita lahir dalam keluarga macam ni adakah kita nak kata Allah ni tak adil dekat kita?

tak.mestilah tak! Allah tidak pernah menzalimi kita.
segala apa ketetapan yang Allah aturkan buat kita itu pasti ada hikmah untuk kita cari sendiri apa didikan yang Allah mahu berikan kepada kita.

cuba kita tengok orang yang revert kepada Islam sebab mencari sendiri kebenaran dalam islam tu
kadang-kadang rasa malu sangat, amal mereka lebih hebat dari kita yang dapat islam sedari lahir ni
mereka hafal quran lebih banyak, sifat kehambaan mereka lebih tinggi..
kerana apa? kerana mereka tahu betapa bernilainya nikmat islam yang mereka temui itu
mereka rasa sendiri jerih pedih untuk mendapatkan islam, jadi mereka lebih menghargai..
jauh lebih menikmati islam itu dari kita yang ada di antaranya tidak tahu pun sebab kenapa dia menerima islam sebagai agama. islam keturunan? kita dah terlalu sering mendengarnya..

sebab tu lah..bila kita tak lahir dalam family yang bertudung labuh, tak aktif program islamik sana sini, janganlah kita rasa itu penghalang untuk kita menjadi muslim yang lebih baik dari orang-orang disekeliling kita
bahkan sebenarnya itu adalah didikan dari Allah untuk diri kita, kita mencari.. pasti kita akan lebih menghargai..
percayalah..Allah mengira setiap usaha kita untuk mendekatiNya
setiap butiran air mata yang mengalir saat kita merintih, "Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang lurus"..
Allah tidak akan mensia-siakan kita..bahkan dengan semua itulah kita akan menjadi lebih kuat

islam itu bukan warisan..
semua orang berhak mendapat tempat yang terbaik di sisiNya sekiranya dia berusaha
ya..persekitaran itu antara faktor penting untuk menentukan bagaimana keadaan diri kita
tetapi itu bukanlah faktor yang utama
soalnya, diri kita sendiri. diri kita! mahu atau tidak..

Renungilah janjiNya ini.sematkan di dalam hatimu yang paling dalam..

" Dan orang yang bersungguh-sungguh di jalan Kami, maka akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami.."
[Al-Ankabut:69]

bersungguh-sungguhlah!

Allah akan membantu dirimu..
tidak sekali-kali Dia memungkiri janji..



p\s: kalau kita datang dari keluarga yang biasa-biasa saja bukanlah bererti kita tidak beruntung, didikan Allah itu kan berbeza bagi setiap orang. tapi, pastilah di dalam hati kita ni tak mahu anak-anak kita nanti mengalami nasib yang sama macam kita kan? kita tak kenal tarbiyyah sejak dari dalam perut?takpe..mungkin itu adalah yang terbaik untuk diri kita. untuk anak-anak kita nanti, usahakanlah yang lebih baik..
bagaimana bentuk corakan tarbiyyah mereka bermula dari diri kita hari ini lagi..percayalah.
La haula wala quwwata illa billah..:)

Jalan Itu Bukan Mudah...

 
“ Barangsiapa menyeru kepada hidayah (petunjuk) maka ia mendapatkan pahala sebagaimana pahala orang yang mengerjakannya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Dan barangsiapa menyeru kepada kesesatan maka ia mendapatkan dosa sebagaimana dosa yang mengerjakannya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun” 
[Hadith Riwayat Muslim]


Dakwah Itu...


Dakwah bukan kerja ustaz atau ustazah sahaja
Tapi dakwah itu milik semua orang yang mengaku beriman dengan sebenar-benarnya..


Dakwah bukan untuk orang yang tidak mahu bersusah dan manja
Bukan untuk orang yang asyik memberi alasan itu ini begitu begini
Bukan untuk orang yang merungut kenapa macam tu kenapa macam ni..
Tapi dakwah untuk orang yang tidak kisah masanya tiada untuk berseronok macam orang lain
Sebab dia yakin benar yang masa berehat itu bukanlah di dunia tetapi hanya apabila dia sudah bertemu dengan tuhannya..


Tapi..
Dakwah ini susah..
Banyak mata yang memandang..
Banyak mulut yang bercakap..


"Eleh..nak tegur orang.diri sendiri pun teruk lagi,"
"Dia ingat tudung dia dah labuh dia bagus sangat?"


Mereka tidak tahukah yang dia itu juga hanya manusia biasa?
Mesti ada juga salah dan cacat celanya..


Pastinya..
Tak semua orang sanggup nak buat dakwah
tapi semua orang yang mengimpikan syurga pasti sanggup menggalasnya!


*Saya.mahu.jadi.D.A.I.E

Monday, April 2, 2012

Kenapa Saya Jarang Online??






Assalamualaikum WBT
Semoga Allah merahmati sahabat sekalian...'




Alhamdulillah...diberi kesempatan sekali lagi 
menulis di entri ini setelah sekian lama menyepikan diri. Terlalu sibuk dengan kerja, bila balik badan pu letih. Bukan mudah nak kendalikan restoran, apatah lagi bila melibatkan bahagian pengurusan. Ditambah waktu kerja yang tidak menentu, belum lagi dengan tugasan rumah.. Menambah singkatnya masa..


Kesibukkan ini membuatkan saya sering muhasabah diri.. Ya Allah, alangkah ruginya masa saya yang banyak terluang suatu ketika dahulu... Memandangkan sekarang ni yang memang cukup-cukup terbatas. Sebab tu la.. kena ingat lapang sebelum sempit.



Maksud Surah Al-’Asr :
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan melakukan amalan yang soleh, serta saling berpesan pada kebenaran dan saling berpesan pada kesabaran”

Astaghfirullahal'azim... Banyaknya khilaf yang dilakukan.. Alangkah ruginya hidup ini disia-siakan tanpa amal ibadah yang cukup untuk bertemu dengan-NYA..
InsyaAllah... akan berubah dari masa ke semasa.. Semoga menjadi hamba Allah yang bersyukur .... Doakan saya..