Hidup ini mesti ada tujuan.... Tujuan menuju ke jalanNYA.. Mengenali siapa kita sebenarnya... Sebagai seorang hamba yang menunaikan hak kepada Tuhannya... Allahu Akbar...

Sunday, April 3, 2011

Lama Tak Cerita Pasal Masak...

Assalamualaikum...
Semoga Allah merahmati kalian.. 

Malam ini terasa agak kebosanan..walaupun boleh melayari internet sepau hati, terasa ada sesuatu yang hilang. Malas nak cari apa yang hilang, saya pun mula merajinkan jari menari di papan kekunci laptop Baihaqi. Oh ya, sambil tangan kanan menggaru muka. (Natijah langgar pantang makan ketam)

Sebut pasal ketam, rasanya dah lama tak cerita pasal masak. Dulu rajin juga kongsi resepi. Tengah hari tadi, Menantu ummi bawa balik 2 ekor ketam yang agak besar, ikan pari dan jantung pisang. Terfikir, banyaknya beli padahal hanya 2 mulut yang perlu diisi. Nampak saja ketam terus teringak masak lemak cili padi, tapi memandangkan kelapa dan serai tak ada, saya tukar resepi. CUkuplah sekadar ketam digoreng dan disiram sos thai buatan sendiri. Mula-mula ketam tu saya marinated dengan garam, serbuk kurma, serbuk kunyit dan tepung jagung. Lepas tu goreng garing. Sambalnya saya buat daripada cili merah dan bawang putih yang diblender bersama, direneh dan diletak cuka, garam dan gula. Last sekali saya masukkan sos cili. Mudah tapi sedap. Enak dimkan bersama popia, keropok mahupun nasi ayam.

Ikan dah siap siang (selamat den) jadi saya perap dengan bawang putih, lada hitam dan garam sebelum dibakar. jantung pisang kami rebus saja. Kemudian Kak Zyla buat sambal belacan dan masak nasi.

Alhamdulillah, jadilah lauk ringkas namun enak dimakan. Hias macam kat restoren, akhirnya selamat juga masuk di perut. Itulah dinamakan rezeki. Sedap? Memang lah sedap.. kalau tak, tak adalah licin semua lauk. Tapi yang menyedapkan makanan tu Allah.. Bukan dek kerana kepandaian atau "ketererran" orang yang masak tu. Ahaks. 

Salah satu rahsia saya ketika memasak, selain membaca beberapa surah lazim seperti 3 qul dan sebagainya.. Saya selalu doa, "Ya Allah, jadikanlah masakkan ini sedap di mulut mereka yang memakannya. dan berkatilah apa yang aku masak untuk mereka". Yupp, saya tak ada jampi serapah.. cukup doa ini. InsyaAllah, dengan izin Allah, masakkan kita akan menjadi sedap.

No comments:

Post a Comment