Hidup ini mesti ada tujuan.... Tujuan menuju ke jalanNYA.. Mengenali siapa kita sebenarnya... Sebagai seorang hamba yang menunaikan hak kepada Tuhannya... Allahu Akbar...

Sunday, April 3, 2011

Cerita Balik Kampung...

Assalamualaikum WBT..
Semoga pembaca semua dilindungi Allah hendaknya..

Pagi ini jam 7 pagi. sambil menunggu baju siap dibasuh, terkenang pula rumah di kampung. Kalau di sana, sepagi ini sudah siap membasuh baju. Sekarang sedang sibuk di dapur menyediakan sarapan. Menunggu anak-anak saudara bangun tidur untuk mengemas rumah. Rumah di kampung memang besar, memerlukan masa untuk mengemas. Kadang-kadang siap kemas dapur, ruang tamu depan yang bersepah. Siap kemas ruang tamu, ruang santai pula bersepah. Almaklumlah, 6 orang 'pembantu kecil' ada.

Selepas habis belajar, setahun saya duduk di rumah, lantas segala urusan rumah diambil olehku. Bermula oktober 2010, saya berpindah kerjaya seterusnya berpindah ke rumah ummi (ibu angkat). Biasanya dua minggu sekali baru saya akan pulang ke kampung. Dan apabil tiba di kampung, pastinya tugas saya bertambah. Keluarga juga seperti kebiasaannya akan meminta saya masak makanan kegemaran mereka. Mungkin selama ini saya yang sediakan makanan di rumah, jadi bila saya tiada, mereka jadi rindu.

Kalau saya balik, memang abang-abang ipar akan cakap, "Hari ni mesti makan speacial," mana taknya, kakakku dah sediakan segala bahan. Daging hancur, ikan siakap dan ikan pari. Kadang-kadang ada lagi bahan lain yang dibeli. Tengok daging hancur, saya tahu kakak saya nak suruh buat popia. Saya pun menggulung popia sambil dibantu pembantu-pembantu kecilku.

Petangnya, saya akan masakkan ikan siakap kukus buat mereka. Resepi ini saya cipta sendiri selepas meneliti bahan yang digunakan sebuah restoren thai. 2 kali mencuba, usaha saya menjadi. Masakan ini bagaikan menjadi makanan wajib di hari istimewa seperti hari ibu, birthday dan kadang-kadang hari raya.

Kadang-kadang, mak minta saya masak asam pedas ikan pari. Yang ni memang diwarisi turun temurun. Khas dari Johor. Asam pedas yang enak bergantung pada kuahnya.. jangan terlalu pekat, jangan terlalu cair. Mesti cukup masin, cukup masam tapi jangan manis.

Huhu, kalau cerita bab masak memasak ni memang akan jadi panjang sebabnya??? I LOVE COOOOOOOKING VERY MUCH!!!! Suka tengok orang makan masakkan kita. Lebih-lebih lagi bila apa yang kita masak tu habis dimakan. Kepuasannya tak dapat digambarkan, ahaks.. Namun segalanya mestilah dilakukah dengan ikhlas dan penuh kasih sayang. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment