Hidup ini mesti ada tujuan.... Tujuan menuju ke jalanNYA.. Mengenali siapa kita sebenarnya... Sebagai seorang hamba yang menunaikan hak kepada Tuhannya... Allahu Akbar...

Friday, April 1, 2011

Bila Dah Dapat.. Tak Tahu Pula Erti Syukur..

Assalamualaikum W.B.T..
Sahabat yang dikasihi Allah..

Kali ini saya nak kongsi tentang erti syukur.. Entah kenapa sejak dua menjak ini terlalu banyak peristiwa yang terjadi di sekeliling saya telah membuatkan saya berfikir, betapa tamaknya manusia.. sudah diberikan apa yang diminta, namun tak pula mengucapkan syukur sebaliknya terus-terusan merungut dan mengeluh.

Di tempat saya bekerja, hanya ada 2 orang sahaja yang belum berumahtangga. Kak Syaz dan saya sendiri. Berbanding Kak Syaz, saya sering dijadikan tempah meluah perasaan bagi mereka. Banyak yang diluahkan, ada berkaitan dengan suami, anak-anak, kewangan dan sebagainya. Ok lah, saya tak kisah. Dan saya akan tetap menjadi pendengar setia mereka. 

Cuma apa yang saya lihat, ada di antara mereka terlalu memikirkan soal remeh temeh sehingga mereka lupa bahawa mereka sebenarnya cukup bertuah kerana memiliki suami yang soleh.. baik dan bertanggungjawab. Cuma biasalah, manusia mana ada yang sempurna.. Setakat buat salah sikit-sikit tu lumrah la. Manusia selalu menuntut kesempurnaan sedangkan mereka lupa bahawa mereka juga belum tentu mampu memberikan kesempurnaan. 

BERSYUKURLAH kerana Allah telah memilih anda untuk menjadi seorang isteri kerana disaat ini masih terlalu ramai wanita solehah yang menanti detik-detik untuk menjadi seorang isteri tetapi mereka diuji oleh Allah, bukan kerana Allah membenci tetapi untuk meningkatkan lagi ilmu dan amalan mereka supaya setelah menapak di gerbang rumahtangga mereka lebih bersedia dari kita yang berkahwin di awal usia.

Ye, manusia selalunya begini. Bila tak sampai jodoh..mengeluh, kenapa aku tak kahwin-kahwin lagi. Tapi bila dah dapat suami yang baik, mengeluh pula..kenapa suami aku ni perangan macam ni.. Tak macam yang aku harapkan.
Ada pula yang masa belum dapat anak siang malam berdoa, menangis sebab belum ditakdirkan untuk mengandung. Tapi bila dah ditakdirkan mengandung, mengeluh pula penat la nak bawa pertu, anak kuat menangis la, degil dan bermacam lagi..

Lagi satu soal rezeki. Ada yang sebelum ini mengeluh tak dapat kerja. Tapi bila dah dapat kerja, merungut pula kerja susah la..gaji kecil.. persekitaran tak memuaskan. Sedangkan mereka lupa, kat luar sana masih ramai yang belum mendapat kerja..masih menganggur dan dibelenggu hutang. Justeru kenapa masih mengeluh? Tidakkah mahu bersyukur? Kita sering lupa bahawa rezeki kta ni Allah yang bagi. Bukan boss kita.. Kerja yang kita buat ni cuma asbab saja bagi mendapatkan rezeki. Kadang-kadang Allah nak bagi rezeki lain, bukan duit tapi munkin ada jiran nak bagi makanan dan sebagainya.. itu semua rezeki. Justeru bila ada yang mengeluh sebab duit tak cukup, gaji kecil.. mereka seharusnya muhasabah diri mereka.


Sesiapa yg sentiasa bersyukur bermakna dirinya mengingati Allah. Rasa bersyukur terhadap Maha Pencipta yg memberikan segala kehidupan ini dan rasakan diri sentiasa hampir kepada Allah. Justeru, Allah membalasnya dgn melimpahkan nikmat yg lebih baik.

Allah berfirman bermaksud: “ Maka ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingatimu dan syukurlah atas nikmat- Ku dan janganlah sekali2 kamu kufuri nikmat Ku. ”
(Surah al-Baqarah, ayat 152). 

Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada seluruh manusia, tanpa mengira orang beriman atau tidak beriman. Orang yg ingkar akan menanggung kerugian di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Kehidupan orang yang tidak bersyukur sentiasa tertekan dan gagal memanfaatkan apa yg dimilikinya. Justeru..sentiasalah bersyukur akan nikmat yang Allah berikan agar kita terlindung dari kesempitan..

Walaupun mendapat banyak kemewahan dan kesenangan, jiwa orang tidak bersyukur sentiasa berasa masih tidak mencukupi. Semakin banyak yang dikejar, semakin dirasakan bebanan perasaan dan bertambah kekufurannya. Allah berjanji menambah nikmatnya kepada sesiapa yg sentiasa bersyukur. Betapa beruntungnya orang yg bersyukur, mendapat nikmat di dunia dan pembalasan syurga di akhirat.

Firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat Ku), maka sesungguhnya azab Ku sangat pedih.” 
(Surah Ibrahim, ayat 7). 

Kita disuruh bersyukur bukan saja apabila mendapat kemewahan atau apa yang dihajati tercapai. Sebaliknya, rasa bersyukur juga di atas ciptaan Allah yang menjadikan dunia ini untuk kemudahan manusia serta seluruh kehidupan lain di dunia ini.

Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud: “Tidaklah kekayaan itu dgn banyak harta, tetapi sesungguhnya kekayaan itu ialah kekayaan jiwa.” 
( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

InsyaAllah..semua ini mengajar saya erti syukur.. Mengajar saya cara untuk berdepan dengan kehidupan pada masa akan datang. Yupp, perjalanan hidup saya masih jauh.. Masih banyak perkara yang belum saya lalui lagi. Hari ini mungkin mereka melaluinya, esok lusa mungkin saya? Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment