Assalamualaikum WBT
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..
Hari ini, saya menerima jawapan yang pasti. Apa jawapannya..biarlah saya simpan sendiri. Sekali lagi diuji. Ini bukan ujian yang pertama kali. Namun kali ini saya semakin kuat. Alhamdulillah. Berkat mehnah yang menimpa selama ini, saya menjadi semakin tabah untuk menerimanya. Firman Allah s.w.t;
Maksudnya; "Alif laam miim. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: 'Kami Telah beriman', sedang mereka tidak diuji lagi? Dan Sesungguhnya Kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 1-3).
Manusia biasanya apabila diuji dengan kepayahan dan kesusahan, mereka akan mudah ingat kepada Allah, lalu mereka bersabar, kembali kepadaNya dan meminta pertolongan kepadaNya. Sebaliknya apabila diuji dengan kesenangan dan kenikmatan, mereka mudah lupakan Allah. Firman Allah s.w.t;
Maksudnya; " Dan jika Kami rasakan kepada manusia suatu rahmat (nikmat) dari Kami, kemudian rahmat itu kami cabut daripadanya, Pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih. Dan jika Kami rasakan kepadanya kebahagiaan sesudah bencana yang menimpanya, nescaya dia akan berkata: 'Telah hilang bencana-bencana itu daripadaku'; Sesungguhnya dia sangat gembira lagi bangga." (Surah Hud ayat 9-11)
Firman Allah swt;
وَإِذَا أَنْعَمْنَا عَلَى الْأِنْسَانِ أَعْرَضَ وَنَأَى بِجَانِبِهِ وَإِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ فَذُو دُعَاءٍ عَرِيضٍ
Maksudnya; "Dan apabila Kami memberikan nikmat kepada manusia, ia berpaling dan menjauhkan diri; tetapi apabila ia ditimpa malapetaka, Maka ia banyak berdo'a." (Surah Fussilat ayat 51).
Orang yang diuji dengan diberikan kenikmatan, sekiranya mereka bersyukur, mereka akan mendapat kedudukan yang tinggi disisi Allah s.w.t. Tetapi sebaliknya sekiranya merek kufur terhadap nikmat Allah mereka akan disiksa oleh Allah s.w.t dengan azab yang sangat berat. Oleh itu janganlah kita terlalu seronok atau terlalu gembira apabila dianugerahkan nikmat kerana sebenarnya ia merupakan ujian dari Allah s.w.t, janganlah sombong, janganlah lupa diri, janganlah menjadi seperti kacang lupakan kulit, sebaliknya sentiasalah bermuhasabah dan ingatlah Alllah supaya kita berjaya dengan ujian nikmat yang diberikan dan menjadi hamba yang bersyukur.
Ya Allah, semoga hambaMU ini akan sentiasa tabah dalam menghadapi mehnah dan ujianMU. Berikanlah hambaMU hati yang damai..
Hidup ini mesti ada tujuan.... Tujuan menuju ke jalanNYA.. Mengenali siapa kita sebenarnya... Sebagai seorang hamba yang menunaikan hak kepada Tuhannya... Allahu Akbar...
Wednesday, April 6, 2011
Sunday, April 3, 2011
Ala.. Nak La Tengok Muka... o_O"
Assalamualaikum WBT
Alhamdulillah, syukur atas kurniaan-NYA..
Saya dah lama tak berjalan-jalan luar Johor Bahru. Tapi sekali-sekala berjalan keluar daerah, kenangannya terasa hingga kini. Akhir tahun lepas, saya menyertai gathering Selatan Online di Tanjung Piai, Pontian Johor. Walaupun cuma 2 hari 1 malam, namun program di sana memang seronok. Jumpa sahabat maya yang selama ini tidak dikenali, ternyata memberikan satu pengalaman yang baru. Lebih manis apabila gathering di sana turut dihadiri YB Salahuddin Ayub. Antara pemimpin PAS yang disegani. Memang terbaekklah.
Ada juga yang lucunya bila saya berjumpa dengan anak seorang forumer, Shakh kalau tak silap. Masa tu saya menemani budak itu di lobby chalet. Ayah dan ibunya keluar. Ditenungnya saya. Bila saya tanya kenapa, dia kata, "Akak, buka la tutup muka tu, nak tengok.". tergelak besar saya ketika itu. Disebabkan tak ada orang masa tu (lobby tu memang sunyi sikit) saya buka la sekejap untu tatapan dia. "Dah buka ni, comel tak?" Sempat saya bertanya kepadanya. Dia tersenyum kemudian mengganguukan kepala. Waah, bangga la sekejap. Hehehe.
Itu di Tanjung Piai. Pertengahan bulan 3, saya bersama ibu angkat saya bertolak ke Kuala Terengganu. Juga atas sebab perjumpaan laman Halaqah.Net. Salah 1 laman web islamik yang selalu saya kunjungi sejak setahun yang lalu. kalau tak silap, ada saya kongsikan dalam blog ini >>> http://durratulmujahid.blogspot.com/2011/03/jalan-jalan-ke-terengganu.html
Ada satu lagi pengalaman manis berkaitan 'topeng ninja' yang saya pakai. Ada seorang anak halaqian ini, Iman namanya..sangat lasak dan hyperaktif. Satu hari, ketika mendengar ceramah agama di masjid, dia menghampiri saya. Ingatkan apa, rupanya dia nak tarik purdah saya. nak tengok muka agaknya. Tapi tak berjaya sebab saya ikat purdah tu agak ketat. kasihan adik tu, tak ada rezekilah nampaknya dik. Apa pun adik memang best, rindu kat Iman.
Di taska tempat saya kerja pun kadang kala ada anak-anak yang akan menyuruh saya membuka purdah saya. Ada juga yang sembunyi bila saya pakai purdah. Sebabnya mereka tak kenal cikgu mereka. masa ni tak hairan la ada yang menangis. Tapi paling kelakar bila ada seorang budak yang memang takut sangat kalau saya pakai stokin kaki. Nampak saja terus dia menangis. Adoilah.. Macam-macam kerenah ya? Apa pun, semoga kalian menjadi anak yang soleh dan solehah suatu hari nanti.. Allahumma Amiin Ya lathif.
Cerita Balik Kampung...
Assalamualaikum WBT..
Semoga pembaca semua dilindungi Allah hendaknya..
Pagi ini jam 7 pagi. sambil menunggu baju siap dibasuh, terkenang pula rumah di kampung. Kalau di sana, sepagi ini sudah siap membasuh baju. Sekarang sedang sibuk di dapur menyediakan sarapan. Menunggu anak-anak saudara bangun tidur untuk mengemas rumah. Rumah di kampung memang besar, memerlukan masa untuk mengemas. Kadang-kadang siap kemas dapur, ruang tamu depan yang bersepah. Siap kemas ruang tamu, ruang santai pula bersepah. Almaklumlah, 6 orang 'pembantu kecil' ada.
Selepas habis belajar, setahun saya duduk di rumah, lantas segala urusan rumah diambil olehku. Bermula oktober 2010, saya berpindah kerjaya seterusnya berpindah ke rumah ummi (ibu angkat). Biasanya dua minggu sekali baru saya akan pulang ke kampung. Dan apabil tiba di kampung, pastinya tugas saya bertambah. Keluarga juga seperti kebiasaannya akan meminta saya masak makanan kegemaran mereka. Mungkin selama ini saya yang sediakan makanan di rumah, jadi bila saya tiada, mereka jadi rindu.
Kalau saya balik, memang abang-abang ipar akan cakap, "Hari ni mesti makan speacial," mana taknya, kakakku dah sediakan segala bahan. Daging hancur, ikan siakap dan ikan pari. Kadang-kadang ada lagi bahan lain yang dibeli. Tengok daging hancur, saya tahu kakak saya nak suruh buat popia. Saya pun menggulung popia sambil dibantu pembantu-pembantu kecilku.
Petangnya, saya akan masakkan ikan siakap kukus buat mereka. Resepi ini saya cipta sendiri selepas meneliti bahan yang digunakan sebuah restoren thai. 2 kali mencuba, usaha saya menjadi. Masakan ini bagaikan menjadi makanan wajib di hari istimewa seperti hari ibu, birthday dan kadang-kadang hari raya.
Kadang-kadang, mak minta saya masak asam pedas ikan pari. Yang ni memang diwarisi turun temurun. Khas dari Johor. Asam pedas yang enak bergantung pada kuahnya.. jangan terlalu pekat, jangan terlalu cair. Mesti cukup masin, cukup masam tapi jangan manis.
Huhu, kalau cerita bab masak memasak ni memang akan jadi panjang sebabnya??? I LOVE COOOOOOOKING VERY MUCH!!!! Suka tengok orang makan masakkan kita. Lebih-lebih lagi bila apa yang kita masak tu habis dimakan. Kepuasannya tak dapat digambarkan, ahaks.. Namun segalanya mestilah dilakukah dengan ikhlas dan penuh kasih sayang. InsyaAllah..
Semoga pembaca semua dilindungi Allah hendaknya..
Pagi ini jam 7 pagi. sambil menunggu baju siap dibasuh, terkenang pula rumah di kampung. Kalau di sana, sepagi ini sudah siap membasuh baju. Sekarang sedang sibuk di dapur menyediakan sarapan. Menunggu anak-anak saudara bangun tidur untuk mengemas rumah. Rumah di kampung memang besar, memerlukan masa untuk mengemas. Kadang-kadang siap kemas dapur, ruang tamu depan yang bersepah. Siap kemas ruang tamu, ruang santai pula bersepah. Almaklumlah, 6 orang 'pembantu kecil' ada.
Selepas habis belajar, setahun saya duduk di rumah, lantas segala urusan rumah diambil olehku. Bermula oktober 2010, saya berpindah kerjaya seterusnya berpindah ke rumah ummi (ibu angkat). Biasanya dua minggu sekali baru saya akan pulang ke kampung. Dan apabil tiba di kampung, pastinya tugas saya bertambah. Keluarga juga seperti kebiasaannya akan meminta saya masak makanan kegemaran mereka. Mungkin selama ini saya yang sediakan makanan di rumah, jadi bila saya tiada, mereka jadi rindu.
Kalau saya balik, memang abang-abang ipar akan cakap, "Hari ni mesti makan speacial," mana taknya, kakakku dah sediakan segala bahan. Daging hancur, ikan siakap dan ikan pari. Kadang-kadang ada lagi bahan lain yang dibeli. Tengok daging hancur, saya tahu kakak saya nak suruh buat popia. Saya pun menggulung popia sambil dibantu pembantu-pembantu kecilku.
Petangnya, saya akan masakkan ikan siakap kukus buat mereka. Resepi ini saya cipta sendiri selepas meneliti bahan yang digunakan sebuah restoren thai. 2 kali mencuba, usaha saya menjadi. Masakan ini bagaikan menjadi makanan wajib di hari istimewa seperti hari ibu, birthday dan kadang-kadang hari raya.
Kadang-kadang, mak minta saya masak asam pedas ikan pari. Yang ni memang diwarisi turun temurun. Khas dari Johor. Asam pedas yang enak bergantung pada kuahnya.. jangan terlalu pekat, jangan terlalu cair. Mesti cukup masin, cukup masam tapi jangan manis.
Huhu, kalau cerita bab masak memasak ni memang akan jadi panjang sebabnya??? I LOVE COOOOOOOKING VERY MUCH!!!! Suka tengok orang makan masakkan kita. Lebih-lebih lagi bila apa yang kita masak tu habis dimakan. Kepuasannya tak dapat digambarkan, ahaks.. Namun segalanya mestilah dilakukah dengan ikhlas dan penuh kasih sayang. InsyaAllah..
Tugas Baru, Tanggungjawab Baru, Amanah Baru..
Alhamdulillah, hari ini saya menggalas tangungjawab baru sebagai editor di Utara Online. Walaupun saya bukan orang utara, namun selain halaqah.net dan Selatan Online, saya kerap berkunjung ke sana.
Nak cerita bagaimana saya boleh menghantar resume? Sebab satu hari, (minggu lepas rasanya) ada orang kuat Utara Online yang menghantar mesej ke inbox akaun FB meminta saya menjadi editor di sana. Saya agak keberatan dek tugas yang menggunung dan kekangan masa, namun bila memikirkan mungkin inilah jalan mujahadah saya, maka saya tukar fikiran. namun awal-awal lagi saya maklumkan, saya tak mampu nak beri sepenuh komitmen terhadap tanggungjawab ini.
Biasanya saya mengedit buku-buku agama dan buletin, kali ini diminta mengedit laman web. pastinya cabaran yang besar terbentang di depan mata apatah lagi kemahiran saya dalam bidang ini terhad. baru sebentar merenung bilik editor kepala sudah mulai pening, apatah lagi terpaksa 'berkampung' di sana? Harap-harap editor dan wartawan yang lain dapat memberikan tunjuk ajar kepada saya yang masih mentah ni.
Jadi apa perlu saya buat? yang pertama...tenangkan diri. Malam dah makin larut, mungkin masa untuk melelapkan mata.. Esok yang belum pasti, namun perancangan dah terbentang di kepala. InsyaAllah, moga jalan mujahadah ini dipermudahkan. Allahumma amiin Ya Lathif.
Nak cerita bagaimana saya boleh menghantar resume? Sebab satu hari, (minggu lepas rasanya) ada orang kuat Utara Online yang menghantar mesej ke inbox akaun FB meminta saya menjadi editor di sana. Saya agak keberatan dek tugas yang menggunung dan kekangan masa, namun bila memikirkan mungkin inilah jalan mujahadah saya, maka saya tukar fikiran. namun awal-awal lagi saya maklumkan, saya tak mampu nak beri sepenuh komitmen terhadap tanggungjawab ini.
Biasanya saya mengedit buku-buku agama dan buletin, kali ini diminta mengedit laman web. pastinya cabaran yang besar terbentang di depan mata apatah lagi kemahiran saya dalam bidang ini terhad. baru sebentar merenung bilik editor kepala sudah mulai pening, apatah lagi terpaksa 'berkampung' di sana? Harap-harap editor dan wartawan yang lain dapat memberikan tunjuk ajar kepada saya yang masih mentah ni.
Jadi apa perlu saya buat? yang pertama...tenangkan diri. Malam dah makin larut, mungkin masa untuk melelapkan mata.. Esok yang belum pasti, namun perancangan dah terbentang di kepala. InsyaAllah, moga jalan mujahadah ini dipermudahkan. Allahumma amiin Ya Lathif.
Lama Tak Cerita Pasal Masak...
Assalamualaikum...
Semoga Allah merahmati kalian..
Malam ini terasa agak kebosanan..walaupun boleh melayari internet sepau hati, terasa ada sesuatu yang hilang. Malas nak cari apa yang hilang, saya pun mula merajinkan jari menari di papan kekunci laptop Baihaqi. Oh ya, sambil tangan kanan menggaru muka. (Natijah langgar pantang makan ketam)
Sebut pasal ketam, rasanya dah lama tak cerita pasal masak. Dulu rajin juga kongsi resepi. Tengah hari tadi, Menantu ummi bawa balik 2 ekor ketam yang agak besar, ikan pari dan jantung pisang. Terfikir, banyaknya beli padahal hanya 2 mulut yang perlu diisi. Nampak saja ketam terus teringak masak lemak cili padi, tapi memandangkan kelapa dan serai tak ada, saya tukar resepi. CUkuplah sekadar ketam digoreng dan disiram sos thai buatan sendiri. Mula-mula ketam tu saya marinated dengan garam, serbuk kurma, serbuk kunyit dan tepung jagung. Lepas tu goreng garing. Sambalnya saya buat daripada cili merah dan bawang putih yang diblender bersama, direneh dan diletak cuka, garam dan gula. Last sekali saya masukkan sos cili. Mudah tapi sedap. Enak dimkan bersama popia, keropok mahupun nasi ayam.
Ikan dah siap siang (selamat den) jadi saya perap dengan bawang putih, lada hitam dan garam sebelum dibakar. jantung pisang kami rebus saja. Kemudian Kak Zyla buat sambal belacan dan masak nasi.
Alhamdulillah, jadilah lauk ringkas namun enak dimakan. Hias macam kat restoren, akhirnya selamat juga masuk di perut. Itulah dinamakan rezeki. Sedap? Memang lah sedap.. kalau tak, tak adalah licin semua lauk. Tapi yang menyedapkan makanan tu Allah.. Bukan dek kerana kepandaian atau "ketererran" orang yang masak tu. Ahaks.
Salah satu rahsia saya ketika memasak, selain membaca beberapa surah lazim seperti 3 qul dan sebagainya.. Saya selalu doa, "Ya Allah, jadikanlah masakkan ini sedap di mulut mereka yang memakannya. dan berkatilah apa yang aku masak untuk mereka". Yupp, saya tak ada jampi serapah.. cukup doa ini. InsyaAllah, dengan izin Allah, masakkan kita akan menjadi sedap.
Saturday, April 2, 2011
Kenapa Suka Menyakiti Hati Orang?
Assalamualaikum W.B.T.
Semoga pembaca dirahmati Allah SWT.
Alhamdulillah, hari ini masa saya diisi dengan melayari internet dan membaca buku-buku agama. Pengisian yang baik berbanding 'top-up tido' seperti yang biasanya dilakukan oleh segelintir anak muda di hujung minggu. (muda ke?) Dalam pada saya mengisi masa terluang membaca blog-blog sahabat, melayan perbincangan di Halaqah.Net dan utaraonline.net, bacaan saya kali ini tertumpu pada satu isu yang dibangkitkan sahabat sewaktu di universiti. Isu ini turut mendapat perhatian pensyarah. Isu apa? Isu perselisihan pandangan atau lebih senang nak faham "gaduh". Jujur, saya jarang ambil pusing apa yang berlaku di kalangan sahabat sekuliah kecuali bagi mereka yang benar-benar rapat dengan saya. namun, apabila hampir sebahagian daripada mereka membicarakan hal yang sama, saya jadi ingin tahu (bukan busy body) tapi lebih kepada prihatin (yelah tu).
Terkadang saya merasa simpati pada mereka yang menjadi mangsa hamba Allah seorang ni. Bukan seorang dua yang kena, ramai dah. Saya memang tahu prinsip hamba Allah ini yang sememangnya tak akan ambil peduli pada kata orang (hakikatnya dia akan melenting bila orang berkata tentang dia.. yelah, siapa pun akan tergugat kalau orang kata soal diri terutama yang buruk-buruk).Namun, saya lebih suka muhasabah diri. Barangkali Allah menghadirkan dirinya sebagai ujian buat kita ini yang lain tak bukan sebagai asbab untuk kita lebih dekat padaNYA. Bersyukurlah kerana 'dianugerahkan' sahabat sepertinya kerana sekurang-kurangnya setiap kali kita dihina, setiap kali kita diserang, maka waktu itulah kita dekat dengan Allah, mengadu pada Allah. Sahabat seperti inilah yang akan mengajar kita erti sabar..erti ikhlas. Dan maaflah, saya krang bersetuju dengan sesetengah komen atau feedback 'kesat' yang diluahkan. Bagi saya, tak ada bezanya si pemberi komen dengan 'hambaAllah' itu andai dia mengeluarkan kata-kata sedemikian. Biarlah semarah manapun kita, berbalahlah dengan bermaruah.
Buat hamba Allah itu, ingatlah..dalam dunia ni, kita dituntut untuk menjaga hubungan dengan Allah dan kita juga dituntut untuk menjaga hubungan dengan manusia.. Dalam konteks perhubungan baik antara sesama manusia, Allah S.W.T. berfirman, maksudnya, “Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kalian daripada seorang lelaki dan seorang perempuan (Adam dan Hawa), dan Kami jadikan kalian berbagai bangsa dan suku agar kalian saling kenal mengenali (antara satu sama lain)”. (Surah al-Hujurat ayat 13).
Perhubungan manusia dengan Allah S.W.T., pula merupakan tujuan pokok manusia diciptakan-Nya. Allah S.W.T., berfirman, bermaksud, “Dan aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah (beribadat) kepada-Ku”. (Surah al-Dzariat ayat 56).
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud : ”Hai orang-orang beriman, janganlah berolok-olok satu kaum kepada kaum yang lain kerana boleh jadi mereka (yang diprolok-olokkan itu) lebih baik daripada mereka (yang mengolok-olokkan itu), jangan juga wanita-wanita kepada wanita-wanita yang lain kerana boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan itu) lebih baik daripada wanita-wanita (yang mengolok-olokkan itu), janganlah kalian mencela diri kalian sendiri dan janganlah kalian panggil memanggil dengan gelaran yang buruk. Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka. Sesungguhnya kebanyakan prasangka itu adalah dosa. Janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kalian memakan daging saudaranya yang mati?". (Surah al-Hujurat ayat 11 dan 12).
Demikianlah, larangan Allah S.W.T. Umat Islam, bukan sahaja dilarang daripada melakukan perlakuan atau tindakan yang boleh mencederakan fizakal atau mengorbankan nyawa orang lain, tetapi juga ditegah daripada melakukan apa sahaja perbuatan yang boleh menyinggung atau menyakiti hati atau boleh memutuskan tali perhubungan.
Sebaliknya, Islam menekankan galakan agar manusia melakukan apa sahaja perbuatan yang akan menyenangkan hati dan membahagiakan kehidupan manusia yang lain. Sehinggakan senyuman kepada seseorang itu dikira sebagai satu sedekah (Maksud Hadis).
Islam menggalakkan perpaduan ummah. Allah S.W.T., berfirman maksudnya : "Sesungguhnya segala orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikan antara dua saudara yang bersengketa". (Surah al-Hujurat ayat 10).
Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Mukmin dengan mukmin itu umpama bangunan, sebahagiannya saling berkaitan dengan bahagian yang lain"
Nabi S.A.W bersabda maksudnya : "Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri".
Umat Islam dilarang melayani nafsu dan membiarkan hati dijangikiti penyakit mazmumah seperti hasad, tamak, riyak, ujub, takabbur dan sebagainya.
Di samping mendatangkan manfaat duniawi, jalinan persaudaraan sesama penganut Islam itu juga akan menghasilkan manfaat ukhrawi.
Rasulullah saw bersabda, maksudnya : "Barangsiapa menjalin persaudaraan kerana Allah maka Allah akan meninggikan darjatnya di dalam syurga".
Mu'az bin Jabal meriwayaatkan: Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Suatu kelompok manusia pada hari kiamat kelak akan memperoleh kursi di sekitar Arasy. Wajah mereka bagaikan bulan purnama pada malam lailatul-qadar. Waktu itu manusia panik sedangkan mereka tidak berasa panik dan manusia takut padahal mereka tidak berasa takut. Mereka itu adalah aulia Allah yang tidak pernah takut terhadap mereka (musuh-musuh Allah) dan tidak pernah merasa khuatir".
Lalu Mu'az bertanya: "Siapakah aulia itu, ya Rasulullah?"
Rasulullah menjawab: "Mereka ialah orang-orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah".
(Hadis Riwayat Ahmad dan Hakim)
bu Hurairah pula meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Allah berfirman pada hari kiamat: 'Di mana orang-orang yang menjalin rasa cinta kerana Aku? Hari ini pada saat tidak ada lagi naungan apa pun kecuali naungan-Ku, maka akan Aku naungi mereka di bawah naungan-Ku'".
Maksud persaudaraan kerana Allah itu ialah persaudaraan yang berasakan matlamat menegakkan kalimah Allah, mempertahnkan kebenaran (hak) dan menentang kebatilan. Mereka yang terlibat menjalinkan cinta kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah (Maksud hadis, riwayat Ibnu Hibban dan Hakim daripada Anas bin Malik).
Semoga kita semua mengambil iktibar daripada apa yang berlaku.. Peringatan ini buat saya juga dalam menjaga hubungan dengan Allah dan manusia. Wallahu’alam.
Friday, April 1, 2011
Bila Dah Dapat.. Tak Tahu Pula Erti Syukur..
Assalamualaikum W.B.T..
Sahabat yang dikasihi Allah..
Kali ini saya nak kongsi tentang erti syukur.. Entah kenapa sejak dua menjak ini terlalu banyak peristiwa yang terjadi di sekeliling saya telah membuatkan saya berfikir, betapa tamaknya manusia.. sudah diberikan apa yang diminta, namun tak pula mengucapkan syukur sebaliknya terus-terusan merungut dan mengeluh.
Di tempat saya bekerja, hanya ada 2 orang sahaja yang belum berumahtangga. Kak Syaz dan saya sendiri. Berbanding Kak Syaz, saya sering dijadikan tempah meluah perasaan bagi mereka. Banyak yang diluahkan, ada berkaitan dengan suami, anak-anak, kewangan dan sebagainya. Ok lah, saya tak kisah. Dan saya akan tetap menjadi pendengar setia mereka.
Cuma apa yang saya lihat, ada di antara mereka terlalu memikirkan soal remeh temeh sehingga mereka lupa bahawa mereka sebenarnya cukup bertuah kerana memiliki suami yang soleh.. baik dan bertanggungjawab. Cuma biasalah, manusia mana ada yang sempurna.. Setakat buat salah sikit-sikit tu lumrah la. Manusia selalu menuntut kesempurnaan sedangkan mereka lupa bahawa mereka juga belum tentu mampu memberikan kesempurnaan.
BERSYUKURLAH kerana Allah telah memilih anda untuk menjadi seorang isteri kerana disaat ini masih terlalu ramai wanita solehah yang menanti detik-detik untuk menjadi seorang isteri tetapi mereka diuji oleh Allah, bukan kerana Allah membenci tetapi untuk meningkatkan lagi ilmu dan amalan mereka supaya setelah menapak di gerbang rumahtangga mereka lebih bersedia dari kita yang berkahwin di awal usia.
Ye, manusia selalunya begini. Bila tak sampai jodoh..mengeluh, kenapa aku tak kahwin-kahwin lagi. Tapi bila dah dapat suami yang baik, mengeluh pula..kenapa suami aku ni perangan macam ni.. Tak macam yang aku harapkan.
Ada pula yang masa belum dapat anak siang malam berdoa, menangis sebab belum ditakdirkan untuk mengandung. Tapi bila dah ditakdirkan mengandung, mengeluh pula penat la nak bawa pertu, anak kuat menangis la, degil dan bermacam lagi..
Lagi satu soal rezeki. Ada yang sebelum ini mengeluh tak dapat kerja. Tapi bila dah dapat kerja, merungut pula kerja susah la..gaji kecil.. persekitaran tak memuaskan. Sedangkan mereka lupa, kat luar sana masih ramai yang belum mendapat kerja..masih menganggur dan dibelenggu hutang. Justeru kenapa masih mengeluh? Tidakkah mahu bersyukur? Kita sering lupa bahawa rezeki kta ni Allah yang bagi. Bukan boss kita.. Kerja yang kita buat ni cuma asbab saja bagi mendapatkan rezeki. Kadang-kadang Allah nak bagi rezeki lain, bukan duit tapi munkin ada jiran nak bagi makanan dan sebagainya.. itu semua rezeki. Justeru bila ada yang mengeluh sebab duit tak cukup, gaji kecil.. mereka seharusnya muhasabah diri mereka.
Sesiapa yg sentiasa bersyukur bermakna dirinya mengingati Allah. Rasa bersyukur terhadap Maha Pencipta yg memberikan segala kehidupan ini dan rasakan diri sentiasa hampir kepada Allah. Justeru, Allah membalasnya dgn melimpahkan nikmat yg lebih baik.
Allah berfirman bermaksud: “ Maka ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingatimu dan syukurlah atas nikmat- Ku dan janganlah sekali2 kamu kufuri nikmat Ku. ”
(Surah al-Baqarah, ayat 152).
Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada seluruh manusia, tanpa mengira orang beriman atau tidak beriman. Orang yg ingkar akan menanggung kerugian di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Kehidupan orang yang tidak bersyukur sentiasa tertekan dan gagal memanfaatkan apa yg dimilikinya. Justeru..sentiasalah bersyukur akan nikmat yang Allah berikan agar kita terlindung dari kesempitan..
Walaupun mendapat banyak kemewahan dan kesenangan, jiwa orang tidak bersyukur sentiasa berasa masih tidak mencukupi. Semakin banyak yang dikejar, semakin dirasakan bebanan perasaan dan bertambah kekufurannya. Allah berjanji menambah nikmatnya kepada sesiapa yg sentiasa bersyukur. Betapa beruntungnya orang yg bersyukur, mendapat nikmat di dunia dan pembalasan syurga di akhirat.
Firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat Ku), maka sesungguhnya azab Ku sangat pedih.”
(Surah Ibrahim, ayat 7).
Kita disuruh bersyukur bukan saja apabila mendapat kemewahan atau apa yang dihajati tercapai. Sebaliknya, rasa bersyukur juga di atas ciptaan Allah yang menjadikan dunia ini untuk kemudahan manusia serta seluruh kehidupan lain di dunia ini.
Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud: “Tidaklah kekayaan itu dgn banyak harta, tetapi sesungguhnya kekayaan itu ialah kekayaan jiwa.”
( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Subscribe to:
Posts (Atom)








