Hidup ini mesti ada tujuan.... Tujuan menuju ke jalanNYA.. Mengenali siapa kita sebenarnya... Sebagai seorang hamba yang menunaikan hak kepada Tuhannya... Allahu Akbar...

Thursday, July 29, 2010

Tanda Kiamat Sudah Dekat

TERBITNYA MATAHARI DARI BARAT...................

Menjelang akhir zaman nanti, akan terjadi peristiwa terbitnya matahari dengan munculnya BINATANG MELATA dari perut bumi....
Jika terbitnya matahari dari barat dikatakan waktu itu sebagai tidak diterimanya keimanan seseorang maka kemunculan binatang melata diwaktu dhuha menjadi pelengkap tanda ini
Binatang tersebut akan membawa CINCIN NABI SULAIMAN A.S dan TONGKAT NABI MUSA A.S untuk memberi cap MUKMIN DAN KAFIR mereka yang dicap dengan tongkat NABI MUSA A.S akan menjadi kafir dan dicap dengan cincin NABI SULAIMAN A.S akan bercahaya wajahnya... itulah wajah orang mukmin........

HADIS RASULULLAH S.A.W 

Sebuah hadis NABI S.A.W ada menerangkan berhubung dengan CINCIN NABI SULAIMAN A.S dan TONGKAT NABI MUSA A.S ini...
Dalam sabda NABI S.A.W mengenai pekara tersebut yang maksudnya.... " Binatang bumi itu akan keluar dengan membawa TONGKAT MUSA dan CINCIN SULAIMAN , maka ia akan mengecap hidung orang kafir dengan tongkat dan akan membuat terang wajah orang mukmin dengan cincin sehingga dengan demikian apabila telah berkumpul beberapa orang yang makan semeja hidangan , maka salah seorang dari mereka akan berkata.

" MAKANLAH INI WAHAI ORANG MUKMIN DAN MAKANLAH INI WAHAI ORANG KAFIR"

Hadis ini diriwayatkan oleh Abdu Daud , Ath-Thayalisi, Ahmad dan Ibnu Majah . semua riwayat tersebut berasal dari Hammad bin Salamah dari Abi Hurairah...................

dihapuskan sepuluh keburukkan (dosa) dan diangkat sepuluh darjat (kemuliaan).


عَنْ أَبِي طَلْحَةَ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ: أَصْبَحَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا طَيِّبَ النَّفْسِ يُرَى فِي وَجْهِهِ الْبِشْرُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَصْبَحْتَ الْيَوْمَ طَيِّبَ النَّفْسِ يُرَى فِي وَجْهِكَ الْبِشْرُ قَالَ أَجَلْ أَتَانِي آتٍ مِنْ رَبِّي عَزَّ وَجَلَّ فَقَالَ مَنْ صَلَّى عَلَيْكَ مِنْ أُمَّتِكَ صَلَاةً كَتَبَ اللَّهُ لَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ وَمَحَا عَنْهُ عَشْرَ سَيِّئَاتٍ وَرَفَعَ لَهُ عَشْرَ دَرَجَاتٍ وَرَدَّ عَلَيْهِ مِثْلَهَا

Terjemahan: Daripada Abi Thalhah al-Anshari (radhiyallahu ‘anhu), beliau berkata:

Pada suatu hari, Rasulullah berada dalam keadaan yang sangat baik, jelas terpapar pada wajahnya kegembiraan, maka (para sahabat) bertanya:

“Wahai Rasulullah, pada hari ini engkau dalam keadaan yang sangat baik, jelas dapat dilihat kegembiraan pada wajahmu?” Beliau berkata:

“Benar, telah datang kepadaku (malaikat) dari Tuhan-ku, ia berkata:

“Sesiapa yang berselawat kepadamu dari ummatmu satu kali, nescaya Allah mencatat baginya sepuluh kebaikan, menghapuskan darinya sepuluh keburukkan (dosa), mengangkat baginya sepuluh darjat/kemuliaan, dan membalas kepadanya sebagaimana selawat tersebut.” (Hadis Riwayat Ahmad, 26/272, no. 16352. Syaikh Syu’aib al-Arnauth berkata: Isnadnya dhoif. Dinyatakan sebagai Hasan lighairihi oleh Syaikh al-Albani, Shohih at-Targhib wa at-Tarhib, 2/135, no. 1661)

Aduhai Buah Hati Pengarang Jantung....

Suatu hari, ketika aku sedang leka menonton tv, Aliah datang lalu berbisik kepadaku... "Cik, nak makan pizza." Aku tercengang. Ku pandang mukanya... Dia merenungku penuh harapan (cehh).. Lalu aku ke kedai membeli beberapa barang. Petang itu, kami menjalankan operasi.. Kebetulan ibuku tiada..maka operasi kami menjadi semakin mudah. habis berkecah satu dapur dek serangan 5 orang anak saudaraku... Siap! Masing-masing bertepuk tangan. Habis pizza yang kami buat. Esoknya, dia mula merengek nak minta lagi. Kuturuti kehendaknya.. hari ketiga.. aku pura-pura sibuk..

Suatu hari, aku pulang ke kampung untuk cuti semester.. Dek kerinduan yang mendalam..ku tak lupa membelikan minuman kegemaran mereka "milo".. Sampai rumah, sudah masuk waktu subuh. Usai solat, aku memandang rumahku yang berselerak.. Dengan semangat yang membara, aku pun menjalankan tugasklu sebagai MBJB.. Pagi itu, anak-anak saudaraku bangun, sempat ku berpesan agar mereka tidak menyepahkan rumah. Aku ke dapur.. Tiba-tiba Aisyah menjerit. Cepat-cepat aku ke depan.. Ya Allah.... Rupa-rupanya Nabil sedang menuang air milo di atas lantai.. habis lantai yang baru saja ku mop. Aku ke bilik, kali ini cermin besar yang ada di bilik putih melepak.. ku lihat krim muka yang baru ku beli dah tergolek ke lantai.. Aduhai.... sempat juga ku hadiahkan 'cubitan manja' kepadanya.. tapi dia tersengih...

Aisyah dan Anisya... Kakak dan adik yang beza umurnya setahun.. sering menguji kesabaranku. Mana tidaknya, di rumah asyik bergaduh dan bersepah... Kalau waktu cuti sekolah...pantang kita leka, mereka hilang ke rumah jiran.. Kadang-kadang, menangis aku dibuatnya melayan kerenah mereka.. itu belum cukup dengan si abang..Addin..Abah di rumah dah berbakul-bakul bebelan.. Ada ketika, ku rotan juga sebagai peringatan.. tetapi tidaklah sampai mencederakan.. Rotan manja.  Tapi yang kelakarnya.. Anisya.. Belum pun sempat rotan menjengah ke badan, nangisnya macam dah kena 10 sebatan. Adeh, pening kepala.. Bab belajar...mengaji, lain pula ceritanya.. Sering aku memarahi mereka apabila mereka susah nak keluarkan suara.. mengaji macam orang berbisik. Sedangkan kalau menyanyi...tengok kartun..kuat pula suaranya.. Dengan Nabil, bila kusuruh kuatkan suara...serta merta suaranya ditinggikan.. kemudian volume sedikit demi sedikit kedenganran sayup-sayup...

Banyak lagi kerenah anak-anak saudaraku yang tak sempat ku coretkan di sini.. Semuanya menjadi kenangan manis dan pahit dalam diri. Kadang-kadang menguji kesabaranku...namun bila berjauhan..menggamit rindu.. Yang paling kusayangi sudah tentu Nabil Muammar... Yang kujaga sejak usianya 7 bulan hingga hampir 2 tahun. makan minum..tidur..semua denganku.. Aku dah mengalami bagaimana rasanya bangu lewat malam untuk tukar lampin, bancuh susu.. belum lagi bila dia sakit.. tak tidur malam..berjaga sepanjang hari...Mereka semua sudah kuanggap seperti anak kandungku sendiri.. Kadangkala terfikir juga, bagaimana nanti bila aku sudah berumah tangga..kemudian jauh dari mereka.. Ya Allah..berikan aku kekuatan..

Wednesday, July 28, 2010

Kenapa Hati Tidak Bahagia?

MAZMUMMAH DIDALAM HATI. Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah : 

1. Pemarah 
paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ... bawak2lah senyum..... 
2. Pendendam 
tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. 

3. Hasad 
dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..) 

4. Bakhil 
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia 

5. Tamak 
orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. 

6. Tidak sabar 
andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan. 

7. Ego 
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. ..pasal semua org ada egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut... 

8. Riak 
terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yg kita ada... 

9. Cinta dunia 
Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. 

Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Jadi..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia ...buruklahh padahnya

TUBUH BADAN NABI MENGIKUT PUJIAN PARA SAHABAT

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. 


Di antara kata-kata para sahabat ialah: 
• Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw. 
• Aku melihat cahaya dari lidahnya. 
• Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit. 
• Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan. 
• Rasulullah umpama matahari yang bersinar. 
• Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah. 
• Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama. 
• Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona. 
• Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat. 
• Wajahnya seperti bulan purnama. 
• Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. 
• Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. 
• Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang. 
• Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut. 
• Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya. 
• Mulut baginda sederhana luas dan cantik. 
• Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan. 
• Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya. 
• Janggutnya penuh dan tebal menawan. 
• Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik 
• Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah. 
• Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya. 
• Rambutnya sedikit ikal. 
• Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi. 
• Rambutnya terbelah di tengah. 
• Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat. 
• Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa. 
• Seimbang antara kedua bahunya. 
• Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik. 
• Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut. 
• Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. 
• Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. 
• Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya. 
• Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. 
• Warna putihnya lebih banyak. 
• Warna kulit baginda putih kemerah-merahan. 
• Warna kulitnya putih tapi sihat. 
• Kulitnya putih lagi bercahaya. 
• Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh. 
• Badannya tidak gemuk. 
• Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak. 
• Perutnya tidak buncit. 
• Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka. 

KESIMPULANNYA : 

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Hijrah remaja: Remaja Mengatasi Cabaran (bhg 5)

MENGATASI CABARAN PENGARUH DALAMAN DAN LUARAN

Perkara terpenting untuk mengatasinya ialah :

1- Mempertingkatkan Keimanan
Maksudnya adalah seorang muslim perlu sentiasa merasakan dirinya dilihat dan diperhatikan oleh Allah S.W.T. Hadirkan rasa muraqabatullah dalam diri. Ingat bahawa Allah tidak pernah leka dan lalai daripada melihat apa yang kita lakukan dan mendengar setiap apa yang kita katakan. Firman Allah S.W.T :ö

7. Tidakkah Engkau memikirkan, Bahawa Sesungguhnya Allah mengetahui Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan ada Yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan ada Yang keenamnya, dan tiada Yang kurang dari bilangan itu dan tiada Yang lebih ramai, melainkan ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian ia akan memberitahu kepada mereka – pada hari kiamat – apa Yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(Surah al-Mujadalah, ayat 7)

Jika keimanan ini dapat diterap dan ditanam di dalam hati, nescaya segala pengaruh negatif tidak akan mampu memberi kesan kepada seseorang.

2- Memenuhi Waktu Lapang Dengan Perkara Berfaedah
Sabda nabi Muhammad S.A.W :


“Jagalah atas apa sahaja yang memanfaatkan kamu. Mintalah pertolongan Allah dan janganlah kamu leka…”
(hadis riwayat Muslim)

Para Ulama’ telah menyatakan bahawa remaja yang tidak memenuhi masa lapangnya dengan kerja yang berfaedah akan lebih mudah terdorong untuk melakukan maksiat. Ini kerana syaitan akan lebih mudah menggoda manusia ketika  sedang leka di waktu lapang. Menjadikan manusia berkhayal dan memikirkan kenikmatan dunia. Mempengaruhinya melakukan kerosakan dan kejahatan di muka bumi.

Maka setiap remaja harus mengetahui cara untuk memenuhi waktu dan kelapangan dengan kerja berfaedah. Seperti beriadah untuk menyihatkan badan, melakukan ibadah untuk mendidik rohani, mengulangkaji dan membaca bahan ilmiah untuk menambah pengetahuan, menghadiri kuliah agama untuk mempertingkatan ilmu agama serta mendekatkan diri kepada Allah. Menolong keluarga,  teman dan masyarakat untuk menaut ukhuwah sesama mereka. Dan pelbagai aktiviti berfaedah lain agar diri tidak dihanyut oleh godaan dan khayalan syaitan.

3- Kawan Dan Suasana Yang Soleh
Dua keadaan ini merupakan perkara atas untuk memperbaikan diri. Kawan dan suasana sekeliling merupakan faktor kepada lingkah laku manusia terutama remaja. Kawan soleh mampu mengubah diri temannya menjadi baik dan begitu jugalah sebaliknya.

Sabda nabi Muhammad S.A.W :

“Jangan kamu berkawan kecuali kawan yang beriman, dan jangan kamu makan makananmu kecuali yang halal serta suci”.
(hadis riwayat At-Tirmizi)

Secara teori dan praktikal telah dibuktikan bahawa seorang remaja yang berkawan dengan kawan yang beriman dan bertaqwa akan menjadikan diri remaja itu lebih baik. Kawan solehnya ini akan mengajaknya kepada kebaikan, istiqamah dan tetap dalam melakukan perintah Allah S.W.T. Maka remaja ini akan terbentuk dengan keperibadian soleh yang didatangkan oleh kawannya.

Begitu jugalah sebaliknya. Jika seseorang remaja berkawan dengan ahli kerosakan, kejahatan dan maksiat. Kawannya ini akan mengajaknya untuk melakukan segala kemungkaran dan penyelewengan. Dengan mudah kawannya mampu mempengaruhi dan membentuk peribadinya menjadi jahat.

Oleh itu, wajib ke atas setiap muslim meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Memenuhi setiap waktunya dengan amalan-amalan soleh dan pekerjaan yang berfaedah. Sentiasa ditemani oleh kawan-kawan yang soleh dan hidup di dalam suasana keimanan. Setiap godaan, hasutan dan pengaruh negatif pasti ada cara mengatasinya. Setiap cabaran pasti akan dapat diharungi. Benarlah firman Allah S.W.T di dalam surah at-Tolaq :
   
2. dan sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya),
3. Serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Cabaran gangguan syaitan, keinginan hawa nafsu, pengaruh dalaman dan luaran merupakan cabaran besar yang perlu diatasi oleh setiap manusia. Cabaran ini perlu diatasi dengan penuh kesungguhan, diharungi dengan kecerdikan dan kebijaksaan agar diri bebas daripadanya.

Hijrah remaja: Remaja Mengatasi Cabaran (bhg 4)

3- CABARAN PENGARUH DALAMAN DAN LUARAN :

Pengaruh dalaman terjadi akibat daripada keperibadian dan jati diri muslim yang lemah. Pengaruh ini mampu menguasai diri seseorang sehingga nafsu mengatasi iman dan akal. Diri akan cenderung melakukan kejahatan dan maksiat tanpa rasa salah dan dosa. Pertimbangan akal tidak dapat membezakan di antara baik dan buruk. Membawa diri terjerumus dan dihanyutkan arus kerosakan, kejahatan dan kebinasaan.


Pengaruh dalaman ini timbul akibat jiwa yang kosong dan akal yang tidak berilmu. Didikan, tarbiah dan perjalanan hidupnya tidak dipimpin dengan manhaj yang disediakan Allah dan rasul-Nya. Jiwa dan akalnya tidak diisi dengan ilmu agama. Rohnya tidak ‘disuap’ dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.

Apabila pengaruh dalaman menguasai diri maka pengaruh luaran akan mudah hadir. Pengaruh luaran tidak akan mampu mendatangkan apa-apa kesan negatif jika dalaman seseorang kuat dan utuh sebagai muslim. Pengaruh luaran adalah persekitaran. Keluarga, teman dan suasana sekeliling merupakan persekitaran yang mampu mempengaruhi seseorang.