Hidup ini mesti ada tujuan.... Tujuan menuju ke jalanNYA.. Mengenali siapa kita sebenarnya... Sebagai seorang hamba yang menunaikan hak kepada Tuhannya... Allahu Akbar...

Tuesday, October 12, 2010

Cinta Tak Bersyarat

Hari ni.. aku ke pejabat. Walaupun sepatutnya aku bercuti. Cadang nak pergi rumah ummi.. Nak pergi sehari tapi bawa beg macam nak duduk seminggu. Entahlah, masuk itu masuk ini..ada je benda yang tak cukup dan rasa perlu dibawa. isk..ini baru jalan kat rumah ummi. kalau jalan tempat jauh-jauh? Mau 1 lori aku angkut. Mak dah geleng kepala. "Tu nak duduk terus rumah ummi ke?" Adoi mak ni, ada pula cakap macam tu. Haha..setahun duduk kat bawah ketiak mak, buatkan mak sukar nak bagi aku pergi jalan lama-lama. Tapi kadang-kadang mak juga suruh aku jalan-jalan. "Jadi orang terperap je dalam rumah, pergilah jalan-jalan sekali-sekala" bebel mak 1 hari. Ketika itu, aku menyatakan hasrat untuk mengikut ummi ke Port Dickson. mak tak risau, sebab Kak Nor duduk sana.

Mak tak pernah halang aku nak pergi mana pun. Cuma kalau dia tak suka, dia akan cakap. Tapi tak halang. Dan sebagai anak, kenalah buat-buat faham. Mak percayakan aku. Mak ajar aku hidup berdikari sejak kecil lagi. Dan aku sebagai anak, tidak sekali-kali memungkiri janji dan kepercayaan yang emak berikan padaku. Aku perempuan.. Nak jaga anak perempuan seorang lebih susah daripada jaga lembu sekandang. Itulah pepatah yang sering aku dengar dulu.

Mak.. Kasih dia dalam diam. Walaupun kadang-kadang aku tengok mak lebih dulukan abang aku.. tapi aku tak kisah. Sebab aku memang tabik springg kat abang aku.. Cara dia jaga mak aku, tak siapa boleh lawan. hatta kakak kakak aku sendiri. Tapi aku tahu, mak tetaaapppp sayang aku lebih, sebab aku anak bongsu mak. Yang paling lama duduk bawah ketiak mak. Hahaha..

Kasih mak tak bersyarat. Kalau aku belajar, mak tak pernah harapakan aku dapat keputusan yang cemerlang. yang penting bagi mak, aku jadi orang.. bukan hantu. tapi aku tahu, walaupun mak tak harapkan aku cemerlang, jauuuuhhhhhh kat sudut hati mak, mak masih inginkan aku berjaya.. Jadi anak yang boleh dia banggakan. Cuma dia tak nak cakap..sebab dia tak nak anak-anak dia rasa tertekan. Dan mak tak perlu ucap.. mak tak perlu cakap..semua anak-anak mak faham. Sebab itu semua anak-anak mak berjaya. Dan mak sekarang boleh berbangga cerita, anak-anak dia semua jadi orang. Bukan jadi hantu.

Mak hantar anak dia ke universiti. Mak kerja siang malam.. Pagi-pagi lagi mak bangun siapkan makanan untuk jual kat kantin sekolah. Kuih, mee, nasi..semua mak masak. Lepas tu, pukul 6.30 mak dah tolah semua makanan (guna kereta tolak) naik bukit ke sekolah. Jaraknya cuma 200 meter. Kemudian, sementara tunggu rehat, mak sempat gi menoreh. Dapat 10 pokok pun jadilah. Sambung balik jaga kantin, anak-anak mak yang sekolah akan tolong mak meniaga. Habis kemas kat kantin, mak ke kedai runcit pula.. sampai malam. Ye, memang susah masa tu, tapi walaupun susah, mak berjaya hantar semua anak-anak dia ke Universiti kecuali kakak aku nombor 3. Dia dapat tawaran belajar kat Pahang, tapi dia tolak sebab nak tolong mak aku.

Mak berhabis duit..beribu-ribu.. Tapi mak tak pernah letak syarat, bila kami kerja..kami kena bagi tiap-tiap bulan RM 200 dan sebagainya. tak pernah. Mak tak kisah anak-anak dia bagi ke tak duit. Mak tak pernah ungkit. Abang aku, lepasan sekolah pondok. Dan dah kahwin..sekarang ni kena uruskan sekolah pondok. mak tak pernah minta duit dia.. Kalau abang aku bagi duit, mak simpan.. bila abang din balik Johor dengan isteri dan anak dia.. mak senyap-senyap letak duit kat poket beg dan sebagainya. Begitulah mak..

banyak lagi kisah mak.. pengorbanan mak yang terlalu panjang untuk aku coret di sini.. Tapi, apa yang aku tahu..mak aku sayang semua anak-anak dia. mak tak pernah letak syarat.. tak pernah harap apa-apa dari kami. Makkkk!!!! I love uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..

No comments:

Post a Comment