Hidup ini mesti ada tujuan.... Tujuan menuju ke jalanNYA.. Mengenali siapa kita sebenarnya... Sebagai seorang hamba yang menunaikan hak kepada Tuhannya... Allahu Akbar...

Monday, October 11, 2010

Saya Itu Saya..

Saya itu saya.. Eh, memanglah saya itu saya.. boleh ke saya jadi dia? Uiks.. berat persoalan ni.. Tapi boleh saja, sebab manusia ini ada yang berselindung di sebalik wajah orang lain. Siapa saya sebenarnya? Bagi yang tidak mengenali saya..mereka akan kata saya sombong. Sebabnya, saya tak pandai nak bercakap dengan orang yang saya baru jumpa atau baru kenal. Saya jarang senyum, sebab saya tak pandai nak senyum kat orang yang saya tak kenal terutamanya lelaki.

Saya suka masak, saya suka jaga budak budak, saya anggap 16 orang anak saudara saya macam anak saya sendiri. Tapi yang paling rapat 5 orang di rumah. Paling banyak kena cubit..5 orang tu jugalah. Maaf, saya memang tegas, terutamanya berkaitan tingkah laku mereka..sebab saya anggap mereka macam anak saya sendiri. Dengan keluarga, saya mengutamakan mereka. Saya sanggup buat apa saja demi mak ayah saya. Di universiti, ada rakan yang pertikaikan sikap saya terhadap keluarga saya.. Mereka kata saya kena fikirkan diri saya juga.. But for me, family first. Saya dibesarkan dalam keluarga yang susah. mak saya adalah inspirasi saya. Ada ke mak yang boleh buat 3 kerja dalam 1 masa? Jaga kantin sekolah, menoreh dan jaga kedai runcit? Tapi mak saya boleh. Kesenangan hari ini bermula daripada kesusahan.. Jadi orang yang nak hidup dengan saya mesti belajar rasa susah dulu sebelum menikmati kesenangan. InsyaAllah.

Saya temui ramai lelaki. Yang nak jadikan saya suri hati mereka. Saya tak minta apa-apa. Saya cuma nak mereka ikhlas terima saya. Ikhlas seikhlas ikhlasnya.. menerima kelebihan dan kekurangan dalam diri saya. Dan saya tak akan minta apa-apa dari mereka. Hidup saya mudah. Saya ada cita-cita.. nak sebarkan ilmu menerusi penulisan. Saya suka menulis. Menulis adalah dunia saya. Buat masa ini, itulah yang menjadi terapi minda buat saya. 

Saya mudah terasa, mudah merajuk.. Tapi mudah juga untuk sejuk. Mudah memaafkan kesalahan orang walau sebesar mana pun kesilapan yang dia lakukan. kalau saya tak suka..tak bermakna saya benci.. kalau saya benci sekalipun, tak bermakna saya tak boleh tegur sapa dia. Bukan hipokrit.. tapi inilah saya. Saya tak suka cari musuh..dan tak perlulah orang nak bermusuhan dengan saya. 

Penampilan saya.. personaliti saya.. bukan bermakna saya tak boleh berfikiran terbuka. Tak bererti saya mencari yang sempurna.. Tak bererti saya skema. Tapi keterbukaan saya juga punya hadnya. Selagi syariat terjaga.. Selagi Islam diletakkan di barisan pertama.. Saya tak kisah..

Saya anak bongsu daripada 8 orang adik beradik. Kalau orang kata anak bongsu ni manja.. Ye, saya mengaku, saya memang manja. Tapi manja-manja saya.. saya juga diajar untuk berdikari. Pergi mana-mana sendiri, jalan-jalan sendiri, cari duit sendiri.. Ada masalah, simpan sendiri. jangan nak susahkan hati mak abah. Sebab apa? sebab kami belajar hidup susah.. Sebab sememangnya dahulu kami susah. Sekarang pun masih juga susah.. Tapi tak adalah melarat. kami bersyukur apa yang ada. Jadi, jangan persoalkan kenapa saya balik kolej, pergi rumah kakak atau berjalan tidak berteman. Ye, keluarga tiada di samping saya. Tapi saya masih punya Allah. Saya yakin Dia akan menjaga saya.

Cukup buat masa ini... Lain masa sambung lagi. Semoga anda mengenali saya.. Agar terjalin ukhuwwah keranaNYA.

No comments:

Post a Comment